Lupa Yang Dipilih

Drama Completed 348

Minggu-minggu berlalu dengan pantas. Suasana rumah yang dahulu dipenuhi gelak tawa dan suara riuh Rayyan kini tinggal sunyi. Haris tidak pulang ke rumah sejak hampir Sebulan. Tidak menjenguk Aisyah yang sudah keluar dari hospital. Tidak bertanya khabar Rayyan. Tidak menjawab panggilan Mak Pah.Haris selalu pulang ketika Aisyah masih di hospital namun sejak sebulan lalu,tepat ketika Aisyah di benarkan pulang oleh Doktor,Haris tidak pernah pulang. Dan paling menyedihkan.Dia tampak tidak peduli.Haris seperti hilang di telan bumi.Entah di mana silapnya Haris sudah tidak lagi prihatin.

Pagi itu, Haris bangun di apartmen Nadine. Cahaya matahari memancar masuk melalui langsir separa terbuka. Nadine masih tidur di sebelahnya, lena dalam pelukan dunia yang mereka ciptakan bersama. Dunia yang bebas daripada tanggungjawab. Dunia yang tidak menuntut pengorbanan, hanya kenikmatan.Hanya dia dan Nadine.Semua itu terasa menyenangkan baginya.

Haris bangun perlahan-lahan, mengambil telefonnya. Beberapa notifikasi masuk. Mesej daripada Mak Pah, sekali lagi mengingatkan tentang pemeriksaan hospital Aisyah hari itu.Kalau boleh dia mahu Haris menemani Aisyah untuk melakukan pemeriksaan.Dia risau jika Aisyah harus pergi sendiri.Pada masa itu Mak Pah turut tidak dapat menemani Aisyah kerna Rayyan yang sedang demam juga perlu di pantau.

Dia hanya memandang sekilas. Tidak dibuka. Tidak dibalas.

Sebaliknya, dia membuka aplikasi pemindahan wang kemudian menghantar sejumlah besar ke akaun Aisyah.

“Selesai,” katanya perlahan.

Baginya, tanggungjawab kini hanyalah sekadar angka di skrin. Cukup untuk meredakan rasa bersalah yang makin tipis.Dia sangka wang adalah penyelesaian.

---

Nadine bangun tidak lama kemudian, membelitkan lengannya ke pinggang Haris.

“Baby...you fikir pasal perempuan tu lagi?”

Haris menggeleng. “Taklah..macam biasa I hantar duit je tak fikir lebih pun”ujarnya bersahaja.

Nadine tersenyum puas. Dia tahu, dia sudah menang. Haris bukan lagi lelaki yang resah mengenang isterinya. Dia kini lelaki yang rela melupakan.

“Bagus. I suka you yang sekarang baby... Tenang... Bebas dan You dengan I..”Nadine megucup Haris dengan menggoda.

Haris tersenyum tawar. Entah tenang, entah kosong.Dia sendiri tidak pasti. Tapi dia sudah penat memikir. Lebih mudah begini. Lebih senang untuk tidak peduli.Dia hanyut dengan kesenangan bersama Nadine.Perempuan itu benar-benar telah mengalihkan Haris daripada realiti.

---

Di hospital, Aisyah menunggu Haris dengan sekelumit harapan.Mungkin kali ini dia akan datang. Mungkin dia mahu tahu tentang kemajuan rawatan. Tapi sejam berlalu. Dua jam. Dia tidak muncul.Memang tidak ada bayang Haris muncul pada Hari itu.

"Hemm di mana salah saya,sebenci itukah Haris kepadaku sekarang?"soalnya sedih.

Akhirnya doktor memulakan sesi tanpa kehadiran suami.

“Puan Aisyah semakin menunjukkan respon positif. Kita akan teruskan sesi dalam dua fasa terakhir. Tapi puan perlu rehat yang cukup dan emosi yang stabil, ya?”

Aisyah hanya mengangguk. Senyum kecil di bibirnya, walaupun hatinya pedih. Dia tidak lagi menangis kerana Haris tidak datang. Dia sudah belajar menerima hakikat.Suaminya sudah pergi, walaupun jasadnya masih hidup.Dia tahu bahawa Haris sedang angau bercinta dengan wanita itu.Dia merenung diri sendiri.

"Yelah saya sakit,badan dah tak cantik,Muka pun dan berubah..siapa nak kan?"Aisyah semakin sedih..

---

Rayyan juga makin mengerti. Dia tidak lagi bertanya tentang ayah. Tidak lagi berharap ayah akan pulang dan membaca buku cerita sebelum tidur. Dia hanya peluk Aisyah erat setiap malam dan berdoa sendiri sebelum tidur.Mereka melewati hari-hari yang sukar tanpa Haris.Mereka kehilangan sosok itu sepenuhnya ketika ini.Jauh di lubuk hati Aisyah tahu ini angkara siapa..

"Sampai hati abang tinggalkan Aisyah dan Rayyan.."Ujarnya penuh sebak.

Dan malam itu, Aisyah pandang anaknya yang tidur di sisi. Dia bisik perlahan,

“Terima kasih sebab buat ibu kuat, Rayyan. Kita cuma ada satu sama lain sekarang.”
Airmatanya tidak tertahankan.Dia menangis di samping Rayyan.Tangisnya cuba di tahan tapi dadanya sesak dan minta dia melepaskan emosi yang tak terbuku itu.

---

Sementara itu, Haris dan Nadine menikmati makan malam di sebuah restoran tepi laut. Gelak ketawa, anggur dalam gelas, dan pandangan mata yang saling memujuk. Nadine ketawa, Haris turut ketawa. Dia ketawa untuk menutup kekusutan dalam dirinya.Walaupun begitu,rasa bersalahnya kepada Aisyah sesekali datang menyapa hati.Terkadang dia merindukan sesuatu yang dia tidak pasti.

Tapi dia tidak akan kembali.

Kerana dalam fikirannya, yang di belakang sudah tiada nilai untuk dipertahankan.Aisyah akan pergi meninggalkannya satu hari nanti dan dia melakukan ini dengan alasan bawa 'dia mahu bersedia menghadapi pemergian Aisyah'.Gila bukan?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience