Larangan yang penuh Cinta

Drama Completed 341

Haris berdiri lagi di hadapan pintu rumah Aisyah, dengan hati yang berdegup kencang. Ini adalah kali pertama dia ingin mendekati Aisyah setelah bertahun berpisah. Meskipun dia tahu Aisyah telah menjalani hidupnya dengan penuh ketabahan dan kesabaran.Dia harus berjumpa dengan wanita itu.Dia perlu menebus semula kesalahannya.Dia merindui Aisyah, merindui cara Aisyah tersenyum dan berbicara dengan lembut, merindui sentuhan hangat tangan Aisyah yang selalu menguatkannya.

Namun, ada sesuatu yang menghalang. Rayyan. Anak itu telah menjadi penghalang utama setiap kali Haris ingin mendekati Aisyah. Dan kali ini, Haris tahu dia harus berbicara dengan Rayyan sebelum dia dapat melangkah lebih jauh. Meskipun Rayyan masih muda, dia tahu bahawa anak itu sudah jauh lebih bijaksana dari usianya.

Haris mengetuk pintu dengan perlahan. Tak lama kemudian, Rayyan muncul dari dalam rumah. Mata Rayyan tajam memandang Haris, seakan menilai setiap gerak-geriknya. Anak itu belum banyak berubah, namun Haris bisa melihat ekspresi yang lebih dewasa di wajahnya, jauh lebih matang dari yang dia ingat.

"Papa.." kata Rayyan dengan suara yang tegas, meskipun ada getaran lembut di balik kata-katanya. "Kenapa papa datang lagi?"

Haris menelan air liur. “Rayyan… Papa ingin berbicara dengan ibu, ingin berjumpa dengannya. Ada banyak yang ingin papa katakan.Tolong Rayyan untuk kali ini sahaja bagi papa jumpa ibu...”

Rayyan menggelengkan kepala, matanya yang sedikit berkaca memandang Haris. "Papa, sudah cukup. Ibu sudah cukup terluka. Jangan ganggu ibu lagi.."

Haris terkejut. Perkataan Rayyan seperti halilintar yang menyambar dadanya. Anak itu, meskipun masih kecil, sudah tahu betapa besar kesakitan yang telah dia sebabkan. Tapi Haris tidak boleh berhenti di sini. Dia harus berusaha, entah bagaimana caranya.

"Apa maksud kamu, Rayyan? Papa cuma nak minta maaf pada ibu. Papa nak perbaiki semuanya. Ibu berhak mendapat penjelasan. Jangan kamu larang papa," kata Haris dengan suara bergetar, tetapi tekadnya tidak goyah.

Namun, Rayyan tetap dengan pendiriannya. "Papa, kalau papa benar-benar sayangkan ibu, papa tidak perlu jumpa ibu. Ibu sudah cukup menderita. Ibu bukan lagi seperti dulu, papa. Ibu sudah berubah. Ibu kuat, tapi dia masih sakit.Dan kalau papa nak perbaiki tolong jangan datang lagi..Ibu akan sedih lagi kalau tahu papa datang.Rayyan tak nak ibu sakit lagi." Rayyan menghela nafas panjang, cuba menenangkan dirinya sebelum melanjutkan.
"Papa bukan hanya menyakiti ibu. Papa juga menyakiti diri Papa sendiri,Papa takkan pernah tahu ibu dah banyak menangis sebab papa.Rayyan saksi kesedihan ibu selama ini"

Haris terdiam. Kata-kata Rayyan benar-benar memukulnya. Anak itu, meskipun belum benar-benar remaja, sudah memahami kedalaman perasaan ibunya dan juga dirinya. Haris dapat merasakan kepedihan di mata Rayyan.Bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi untuk ibunya yang telah lama menyimpan segala beban itu seorang diri.

"Rayyan, tolonglah..." suara Haris semakin pecah. "Papa rindu pada ibu. Papa mahu semuanya kembali seperti dulu. Tidak ada yang lebih penting bagi papa selain ibu dan kamu."

Rayyan menggelengkan kepala. "Papa takkan pernah tahu apa yang ibu alami. Papa takkan pernah tahu seberapa dalam luka yang ayah beri pada ibu. Ibu... ibu sayangkan papa, tapi sekarang, papa bukan lagi yang kami kenal. Ibu sudah cukup kuat untuk hidup tanpa papa." Rayyan berhenti sejenak, memandang Haris dengan pandangan yang penuh ketegasan. "Kalau papa betul sayangkan ibu, jangan ganggu dia. Biarkan ibu bahagia dengan hidupnya sekarang."

Air mata hampir mengalir di mata Haris, tetapi dia menahannya. Kata-kata Rayyan begitu dalam dan menusuk hati. Ia seperti cermin yang memantulkan semua kesalahan dan penyesalannya selama ini. Bapa yang seharusnya menjadi pelindung dan sumber kekuatan, malah telah meruntuhkan segalanya.

"Apa yang boleh papa lakukan, Rayyan?" suara Haris tersedu. "Papa tak tahu bagaimana untuk menebus semuanya."

Rayyan melihat ke dalam mata bapanya dengan tajam, seolah-olah mencari kejujuran dalam setiap kata yang keluar. "Papa sudah terlambat. Ibu sudah cukup terluka. Papa... kalau memang sayang, buktikan dengan tidak mengganggu dia. Jangan buat ibu tertekan lagi."

Dengan kata-kata itu, Rayyan berpaling dan berjalan ke dalam rumah. Haris hanya berdiri terpaku, merasakan seluruh tubuhnya lemah dan rapuh. Selama ini dia tidak tahu apa yang terjadi di hati Rayyan, apa yang anak itu rasakan. Dan ternyata, selama ini, Rayyan sudah menyaksikan segala perubahan yang terjadi, termasuk rasa terluka ibunya, yang Haris sendiri tidak pernah benar-benar fahami.

Haris tetap berdiri di luar rumah itu, menatap pintu yang kini tertutup rapat di hadapannya. Dia tahu, tidak ada lagi tempat bagi dirinya dalam hidup Aisyah sekarang. Dia telah melukai terlalu banyak perasaan. Perasaan Aisyah, perasaan Rayyan. Seandainya waktu boleh diputar kembali...

Tetapi, Haris tahu satu perkara.Dia harus menghormati keputusan Rayyan.Anak itu sedang mengantikan posisinya melindungi Aisyah. Jika itu yang terbaik untuk Aisyah, jika itu yang terbaik untuk Rayyan, maka dia harus menerima kenyataan ini.

Malam itu, Haris pulang dengan hati yang kosong. Perjalanan menuju rumah terasa sangat panjang, setiap langkah penuh dengan penyesalan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi, selain menunggu kesempatan yang mungkin tak akan pernah datang. Dan di dalam hatinya, dia tahu... Aisyah sudah berjaya hidup bahagia tanpa dirinya, dan itu adalah keputusan yang harus dia hormati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience