Prasangka Itu Rupanya Benar

Drama Completed 341

Petang itu, setelah Aisyah keluar dari hospital dan mendapatkan rawatan susulan, dia memandu kembali pulang dengan hati yang penuh kerisauan. Keputusan ujian masih menghantui fikirannya, bayangan Rayyan dan Haris berlegar di fikirannya.Bagaimana dengan mereka?ujarnya dalam hati.

Aisyah memandu perlahan, memperlahankan kelajuan kereta ketika melintasi satu kawasan berhampiran kafe terkenal di bandar. Ketika itulah matanya menangkap sesuatu yang mengejutkan.Sesuatu yang membuat jantungnya terhenti sebentar.

Di luar kafe, berhampiran kereta Haris yang terparkir, dia melihat Haris sedang berdiri dekat dengan seorang wanita, wanita yang sering dilihatnya keluar dengan suaminya ke sana-sini. Mereka kelihatan mesra, terlalu mesra.

"Itu Nadine rakan kerja Haris.."bisik Aisyah perlahan.

Nadine, dengan senyuman manis dan wajah yang penuh kepuasan, berdiri rapat dengan Haris. Tangan Haris merangkul pinggang Nadine dengan penuh kasih, seperti pasangan kekasih.Terlihat juga Haris mengucup lembut pipi wanita itu.wanita itu turut merangkul sejambak bunga.

Aisyah menahan nafas, matanya terasa berat. Keperitan itu datang lagi.Lebih tajam, lebih dalam.

Dia tahu dia tidak boleh terus melihat. Tapi dia tak mampu menoleh. Satu perasaan aneh meresap ke dalam dirinya.Rasa kecewa, sakit hati, dan marah. Semua perasaan bercampur, menghimpit hatinya.

Dia menundukkan kepalanya, menyeka air mata yang mulai menitis. Terasa begitu hina, begitu bodoh. Selama ini dia berusaha bertahan untuk sebuah hubungan.Menepis semua prasangka buruk demi kesejahteraan hubungan mereka.Namun rupanya firasatnya benar.Suaminya Curang!.Dia mulai mempersoalkan sejak bila Haris mula berpaling? Sejak bila dia berhenti menjadi suami yang setia?apa yang kurang dalam dirinya?apakah suaminya itu benar-benar tidak bahagia bersamanya?

Aisyah menggenggam stereng keretanya dengan erat. Dia mahu menangis, tetapi dia tahu, dia tidak boleh. Tidak di sini. Tidak di depan dunia yang mengkhianatinya.

Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Dan perlahan-lahan, Aisyah memecut keretanya pergi. Dia tidak mahu menjadi saksi kepada pertemuan itu. Tidak mahu mendengar atau melihat betapa mudahnya Haris menggenggam tangan,mengucup dan merangkul wanita lain sementara dia hanya mampu menahan sakit sendirian.Dan dia merahsiakan sakitnya demi suaminya namun apa yang dia dapat?suaminya seronok bermain cinta bersama wanita lain.

---

Keesokan harinya, Haris pulang lebih lewat daripada biasa. Aisyah sudah siap dengan makan malam, tetapi hatinya tidak ada semangat. Di ruang tamu, dia cuba bersikap biasa.Dia cuba untuk kekal bertenang.

“Abang, kerja macam mana hari ni? Banyak sangat?” tanya Aisyah dengan senyuman terpaksa, menunggu reaksi suaminya.

Haris meletakkan beg kerja di atas meja, kelihatan letih. Tetapi senyumannya sedikit canggung. “Biasa. Banyak perkara perlu diselesaikan.”

“Abang... semalam, saya nampak abang dengan Nadine dekat kafe...sangat mesra” Aisyah berkata perlahan, matanya tetap menatap lantai.

Haris terdiam seketika. Dia menunduk, berusaha mencari kata-kata yang tepat.

“Aisyah, itu hanya perasaan awak saja. Nadine dan saya... kami hanya berkawan,” Haris menjawab, cuba kelihatan tenang.

Aisyah tertawa kecil, rasa panas di dada semakin membara. "Kawan? Kalau itu hanya kawan, kenapa abang peluk cium dia? Kenapa abang peluk dia, Abang? Kalau itu kawan, kenapa seintim itu?"

Haris mengeluh dan duduk di sofa. “Aisyah, kenapa tiba-tiba bercakap tentang ini? Tak ada apa-apa yang berlaku. Nadine hanya rakan sekerja.”

“Tapi abang tahu, kan?” Aisyah bertanya, suaranya sedikit bergetar.

“Aisyah tahu apa yang abang cuba sembunyikan. Aisyah bukan bodoh. Aisyah tahu apa yang terjadi, dan Aisyah tak mahu menjadi bodoh lagi.”

Haris hanya terdiam. Tiada jawapan yang keluar. Aisyah memandang suaminya, dan untuk pertama kalinya, dia rasa seperti ada tembok besar di antara mereka.Tembok yang tidak akan pernah hilang.

Aisyah bangun, berjalan ke dapur. “Aisyah penat, abang. Aisyah penat selama ini cuba faham abang.Aisyah buang prasangka buruk Aisyah demi abang.Kerana Aisyah percayakan abang.Tapi apa??inikah alasannya?. Kalau abang rasa ada orang lain yang lebih baik, Aisyah tak akan halang. Aisyah tak akan ganggu.Tapi kenapa bohong Aisyah??kenapa perbodohkan Aisyah??Kurang apa Aisyah??.”

Tanpa menunggu jawapan, Aisyah terus masuk ke dapur, meninggalkan Haris yang masih duduk terdiam. Aisyah tahu, dia tidak akan menunggu jawapan lagi. Tidak untuk kali ini. Hatinya sudah terlalu terluka. Sudah terlalu banyak yang disembunyikan.Pengkhianatan ini terlalu menyakitkan baginya.Haris kemudiannya juga terus menghilang dari rumah.Tanpa ada cubaan untuk menjelaskan atau menidakkan tuduhan Aisyah.

Aisyah memandang jendela, melihat hujan yang turun perlahan. Hujan yang sama seolah menghapuskan segala yang telah dilalui. Dia tidak tahu apa yang akan datang selepas ini, tetapi dia tahu satu perkara.Dia kena lebih kuat, walaupun terpaksa menghadapinya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience