Apa Khabar Isteri dan Anakku?

Drama Completed 341

Hujan turun perlahan. Langit kelabu seperti hatinya.

Haris duduk di dalam keretanya, menatap kosong ke luar jendela. Dia baru keluar dari pejabat atau lebih tepat, diarah bercuti tanpa gaji oleh pihak atasan. Prestasinya jatuh teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Dia sering lewat, kerja tidak terurus, dan emosi yang tidak stabil.

Rambutnya kusut, janggutnya tidak terurus padahal dulu, dialah lelaki yang sangat menjaga penampilan.Dengan pakaian yang sentiasa kemas,berwangian mahal dan fesyen rambut yang tak terkalahkan. Kini, dia hanyalah sekadar bayang-bayang dari siapa dirinya yang dahulu.Dia merasa inilah akibat dari perbuatannya yang lalu.Biasalah,penyesalan itu selalu datang terlambat.Dunia reality tidak pernah menipu.Setiap perbuatan buruk pasti akan ada akibatnya.

"Aisyah..." nama itu terbit di bibir Haris, perlahan.

"Rayyan..."

Air matanya mengalir tanpa dipaksa.

Sudah hampir setahun lebih dia tidak melihat dua insan itu. Tidak ada satu khabar pun dari mereka. Dia tidak tahu di mana mereka tinggal sekarang dan apa yang mereka lakukan. Namun wajah Aisyah sentiasa menemaninya.Di sebalik mata yang tertutup dan di sebalik mimpi malam yang tidak pernah lena.

Kerinduan itu mencengkam kuat. Ia bukan sekadar rindu seorang suami, tetapi rindu seorang lelaki yang tahu dia telah kehilangan segala-galanya kerana kebodohan sendiri.Penyesalan itu terlalu menyakit Haris.

Dia tahu Aisyah seorang wanita tabah. Dia tahu Aisyah tidak akan tinggal diam. Tapi… bagaimana keadaan Aisyah sekarang? Sihatkah dia? Bahagiakah dia? Sudahkah dia memaafkan dia?dan adakah dia sudah membina hidup baru bersama orang yang baru?

Rayyan… anaknya yang semakin membesar. Haris memejamkan mata. Air mata menitis ketika dia teringatkan suara Rayyan memanggilnya “Papa” buat kali terakhir.Suara kecil yang penuh harapan. Harapan yang dia hancurkan dengan ego dan ketamakan.Baru sekarang dia merindukan sosok itu setelah bertahun dia abaikan.

"Apa khabar isteri dan anakku?" bisiknya perlahan, seakan bertanya kepada langit.

________
Haris pernah beberapa kali memandu melewati kawasan yang merupakan alamat baru Aisyah.Dia mengetahui itupun dari Mak Pah. Tapi sayang dia tidak pernah berani singgah. Malu. Takut. Dia merasakan dirinya terlalu hina untuk berdiri di hadapan wanita yang pernah dia aniaya. Dia tak tahu bagaimana mahu membuka mulut dan lebih takut lagi, kalau Aisyah dan Rayyan tidak mahu menerima kehadirannya yang tiba-tiba.

Dia sedar dia tidak layak.

Dia tahu itu.

Tapi rindu ini seperti racun.

Setiap malam dia menangis sendiri. Makan tidak lalu, tidur pun tidak lena. Sekelilingnya semakin menjauh. Sahabat-sahabatnya menjauhkan diri bila dia jatuh. Nadine masih cuba menghubunginya namun,dia menolak sehabis mungkin untuk bertemu dengan wanita itu.Dia merasa jijik dengan wanita licik itu.Semua rakan kerja dan klien yang dulu mengaguminya perlahan pergi menjauh membawa bersama segala kehancuran yang ditinggalkannya.

Haris termenung lama, tangan meraba dompet yang lusuh. Ditariknya gambar kecil Aisyah dan Rayyan.Satu-satunya kenangan yang masih dia simpan. Gambar itu diambil sewaktu Rayyan baru berumur empat tahun, ketika mereka ke taman bunga. Wajah Aisyah tersenyum.Senyuman yang kini hanya tinggal kenangan.

"Maafkan abang, Aisyah... Rayyan..." tangisnya pecah perlahan.Tubuhnya menggeletar dengan suara isak tangis yang tidak tertahankan.Dia menangis semahunya ketika itu.Dia pendosa yang ingin bertaubat dengan kisah lampaunya.

Dia ingin sangat bertemu. Ingin sangat memeluk Rayyan. Ingin sangat meminta maaf kepada Aisyah. Tapi langkahnya berat. Hatinya penuh dosa. Dirinya tak layak menuntut apa-apa.

Dia hanya mampu berdoa dalam diam, setiap malam.

Semoga Allah memelihara dua insan yang pernah menjadi seluruh dunianya.

Dan jika takdir mengizinkan… dia berharap dapat sekali lagi menatap wajah mereka walau dari jauh.

Haris berubah menjadi lebih baik.Dia kembali ke jalan yang benar.Ibadah yang tidak putus.Solat taubat berulang kali.Namun begitu,dia masih dengan perasaan yang sama.Dosanya masih tidak layak di ampunkan sebelum Aisyah dan Rayyan mengampunkan kesalahannya.

Saban hari,dia mulai rajin ke masjid.Mendalami banyak ilmu agama.Dan setelah itu dia kembali menyesal.Mengingat fakta bahawa dia adalah seorang pemimpin yang sepatutnya memimpin dan melindungi keluarganya.Sebaliknya dia pula yang menyesatkan diri sendiri dan menghancurkan masjid yang telah teguh berdiri.Jika dia mampu memutar waktu dia tak akan mengulangi kesilapan yang sama.Kehilangan Aisyah satu kerugian besar baginya.Dia kehilangan ketenangan dan kebahagiaan yang dulu pernah dia ada.Baru saat ini dia sedar bahawa harta benda tidak lagi berguna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience