Pagi itu, langit cerah.Tapi dalam hati Aisyah, awan hitam masih pekat berteduh.Dia bangun dan menyediakan sarapan seperti biasa. Dia kemudian memerhatikan Rayyan sarapan dan tiba-tiba anak kecil itu meletakkan sudu.Aisyah melihatnya hairan.
"Kenapa?ibu masak tak sedap ke harini?"soalnya lemah lembut.Rayyan menggeleng.
"Jadi?"Soal Aisyah.Selama hidupnya belum pernah Rayyan gagal menghabiskan makanan yang dia hidangkan untuk Rayyan.Rayyan diam menunduk.
“Ibu…”Rayyan memandang tepat ke mata Aisyah.
Aisyah merenung Rayyan seraya cuba tersenyum hambar. “Ya, sayang?”
Ada sesuatu yang menganggu fikiran anak kecil itu.
Rayyan diam sejenak, sebelum membuka mulut dengan suara yang lebih matang dari usianya.
“Ibu… tak payah pujuk papa lagi.”
Aisyah terkaku. “Kenapa cakap macam tu, Rayyan?”
Anak kecil itu tunduk, menggenggam jari-jarinya. “Sebab… papa dah tak sayang kita. Kalau papa sayang, dia mesti datang tengok kita. Tapi dah lama… dia tak datang. Tak telefon. Tak peluk Rayyan…Rayyan ada buat salah dengan papa ke ibu?papa bencikan Rayyan ke?kenapa papa taknak jumpa Rayyan lagi?”
Suara kecil itu bergetar, tapi penuh sedar.Aisyah kehilangan kata-kata ketika itu.Dia tidak menyangka anak sekecil itu sudah pandai berteka teki seserius ini.Otak Aisyah berputar-putar untuk menjawab persoalan Rayyan namun belum sempat dia memjawab Rayyan sudah dahulu menyuarakan kata.
“Ibu.. jangan sedih. Rayyan tak marah. Rayyan faham. Mungkin papa tak perlukan kita lagi. Tapi Rayyan… Rayyan masih ada ibu,Ibu jangan tinggalkan Rayyan ye.Rayyan taknak hilang ibu juga.”
Aisyah cuba tahan air mata, tapi tidak mampu. Dia peluk Rayyan erat-erat, seolah-olah tidak mahu lepaskan.
Dalam pelukan itu, terbit rasa yang belum pernah muncul sebelum ini.Dendam. Bukan kerana ditinggalkan sebagai isteri. Tetapi kerana Haris membuang anaknya, darah dagingnya sendiri, seperti sampah yang tak berharga.
____
Di sudut lain kota, Nadine sedang duduk di balkoni hotel mewah. Di sebelahnya, Haris menuang kopi sambil tersenyum.
“Hari ni kita telah berjaya nikah, sayang,” ucap Haris lembut.
Nadine tertawa manja. “Akhirnya… kita sah suami isteri. Tanpa perlu fikirkan perempuan itu.Jangan risau baby.I akan buatkan you menjadi lelaki paling bahagia abad ini.Itu hadiah untuk you sebab jadikan I isteri.”
Dia mencium pipi Haris, gembira.Gembira di atas penderitaan seorang isteri dan anak yang pernah menjadi dunia lelaki itu.
Tanpa disedari, Haris sedang kehilangan bahagianya yang sebenar. Senyum Nadine menyilaukan, tetapi kosong. Tidak seperti senyum Aisyah yang dulu menenangkan. Tidak seperti pelukan Rayyan yang menghangatkan jiwa.Tapi semuanya itu sudah ditinggalkan.Kerana dianya buta.Benar-benar buta.
Dan di sinilah garis bermula.
Aisyah tidak akan menangis lagi.
Dia akan bangkit.
Dan dia akan pastikan, setiap air mata yang pernah jatuh… akan dibayar satu hari nanti.Dia tidak mendoakan kejatuhan Haris dan Nadine.Dia tidak berdoa untuk rasa sakitnya tapi,setiap hari dia berdoa untuk di beri jalan keluar daripada neraka dunia ini.Dan dia berdoa agar memperoleh kekuatan yang lebih untuk berdiri lebih utuh tanpa rapuh lagi.
Share this novel