Langkah Dalam Diam

Drama Completed 341

Pagi itu Aisyah bangun lebih awal dari biasa. Dia duduk sendirian di meja makan sambil memegang cawan kopi yang sudah sejuk. Di sekelilingnya, rumah kelihatan sama.Tenang, teratur, seperti selalu. Tapi dalam dirinya, ribut tidak pernah berhenti.

Dia menoleh ke arah bilik tidur, mendengar bunyi air pancuran dari dalam bilik air. Haris sedang bersiap ke pejabat seperti biasa, seolah-olah semalam tidak pernah berlaku. Seolah-olah tidak ada yang berubah.

Aisyah menunggu Haris keluar dari bilik air sebelum bersuara.

“Abang… Aisyah nak tanya sikit.”

Haris mengangkat kepala, sedikit terkejut. “Hmm?”

“Aisyah kemas meja abang semalam. Aisyah… terjumpa resit hotel.”

Wajah Haris berubah. Tapi hanya sesaat. Dia cepat-cepat mengukir senyum nipis.

“Oh. Tu... Ada klien dari luar. Tak sempat nak balik malam tu.”

“Di Kuala Lumpur?” soal Aisyah perlahan, namun tajam.

Haris diam. Sekilas, matanya berubah. Tapi dia tidak menjawab. Sebaliknya, dia mengambil kunci kereta dan beg kerja.

“Aisyah, abang dah lambat. Nanti kita bincang, ya?”

Dia berlalu pergi, meninggalkan Aisyah terpaku dengan jawapan yang tidak pernah hadir.Sah ada sesuatu yang salah.

Aisyah sedar. Haris sudah mula berbohong. Dan sekarang dia tahu,kebenaran tidak akan datang sendiri. Ia perlu dicari.

---

Hari itu, selepas menghantar Rayyan ke sekolah, Aisyah membuat keputusan untuk pergi ke syarikat Haris. Dia tahu jalan ke sana, pernah beberapa kali menghantar makanan bila Haris tertinggal makan tengah hari.

Namun kali ini, dia tidak membawa apa-apa. Hanya hati yang berat dan kepala yang penuh teka-teki.Dia ingin tahu kenapa suaminya berada boleh berada di Kuala Lumpur dan bukan di Penang.Padahal pada hari tersebut Haris ada mengabarkan bahawa dia sudah tiba di penang dan meminta Aisyah agar tidak menggangunya dengan panggilan atau mesej kerana dia mahu fokus dengan perbincangan projek bersama klien di situ.

Di kaunter hadapan, dia disambut oleh penyambut tetamu yang ramah. “Cik cari siapa ya?”

“Saya isteri kepada Encik Haris. Saya nak jumpa dia sebentar, kalau dia ada di pejabat.”

Wanita itu memandang Aisyah sejenak, kemudian tersenyum tipis.

“Maaf puan… Encik Haris tak masuk hari ini. Dia bercuti, menurut sistem kami.”

Aisyah membeku. “Cuti?”

Wanita itu mengangguk. “Ya puan. Sejak semalam.”

Dengan jantung berdegup kencang, Aisyah mengucapkan terima kasih dan beredar. Di dalam keretanya, dia menggenggam stereng dengan kuat, cuba menenangkan nafas yang semakin sesak.Dia berbohong!memang betul dia berbohong.

"Ya Allah adakah betul firasatku selama ini??"Aisyah mulai kecewa.

Haris bukan saja berbohong. Dia kini menyembunyikan sesuatu yang lebih besar. Dan mungkin… seseorang.

Namun anehnya, Aisyah tidak menangis. Hatinya tidak meletup seperti yang dia sangka. Sebaliknya, dia tenang. Sangat tenang. Mungkin kerana luka itu belum pasti.Dia masih ingin mencari alasan bahawa suaminya tidak melakukan hal yang salah.Dia memilih untuk kekal bertenang.

Malamnya, Aisyah menulis di dalam buku catatannya—buku yang selama ini digunakan untuk merancang rutin harian dan impian masa depan.

> Hari ini, aku berhenti berharap Haris akan berkata yang sebenarnya.Jika dirinya benar ada masalah aku akan membantunya.Namun jika benar seperti apa yang dikatakan oleh kata hatiku maka berilah aku kekuatan.<

Dan malam itu, Aisyah tidur bertemankan senyap.Tidak berbicara sepatah pun.Tidak lagi cuba bermanja.Dia berharap jika benar suaminya menghadapi masalah,ia akan berkongsinya bersama dirinya.Aisyah masih mencari alasan untuk memandang baik suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience