Sudah dua malam Haris bermalam di hospital menemani Aisyah, namun sepanjang itu juga dia tidak benar-benar tenang. Hatinya kacau, fikirannya berkecamuk antara rasa bersalah dan kebingungan. Melihat Aisyah terbaring lemah, tubuhnya disambung pelbagai wayar perubatan, benar-benar menyedarkannya bahawa isterinya sedang bertarung dengan maut.
Namun, di celah kekalutan itu, nama Nadine tetap muncul. Seolah-olah Nadine tahu bila harus hadir dan bagaimana caranya untuk memonopoli perhatian Haris.
Petang itu, selepas Haris pulang sekejap ke rumah untuk menukar pakaian, telefonnya berdering.
'Nadine'
Dia teragak-agak sebelum menjawab.
"Hello?"
"Haris... awak okay? Saya dengar Aisyah dimasukkan ke hospital."
"Ya..." Haris menjawab perlahan. "Dia tak sihat. Serius."ujar Haris lagi.
"Saya minta maaf. Saya tahu ini masa sukar untuk awak..." Suara Nadine lembut, perlahan, seperti mengalun sayu. "...awak perlukan seseorang untuk bercerita? Saya boleh datang. Temankan awak... kalau awak mahu."
"Nadine... saya rasa awak tak perlu susahkan diri."
Tapi Nadine tidak berhenti di situ.
"Awak jangan pendam semua ni sorang-sorang. Awak selalu kuat sampai lupa diri sendiri. Aisyah sakit.Ya saya tahu... tapi awak pun manusia, Haris. Awak juga perlukan bahu untuk bersandar. Saya sudi jadi orang itu."
Haris terdiam. Dia tahu dia tidak seharusnya memberi ruang. Tapi dalam keadaan jiwanya yang sedang rapuh, tawaran Nadine kedengaran terlalu selesa.
---
Esoknya, Haris kembali ke pejabat seketika untuk menandatangani dokumen penting. Dia tidak menjangka akan bertemu Nadine yang sudah menunggunya di ruang legar, membawa kopi kegemarannya.
"Nadine? Awak buat apa kat sini?"
Nadine tersenyum. "Saya tahu awak akan datang hari ni. Saya belikan kopi. Mungkin boleh buat awak rasa sedikit lega."
Mereka duduk di sudut kecil kafe bangunan pejabat. Nadine memakai blaus lembut berwarna krim, rambutnya disanggul ringkas, tapi tetap menawan. Tutur katanya berhati-hati, suaranya perlahan, seolah-olah membelai jiwa Haris yang sedang kusut.
"Awak nampak letih, Haris."
"Aku memang letih." Haris menghembus nafas. "Aisyah... dia lebih sakit dari apa yang aku sangka. Dan aku... aku tak tahu kalau aku kuat hadapi semua ni."
Nadine meletakkan tangannya perlahan di atas tangan Haris.
"Awak tak perlu hadapi semuanya sendiri. Saya ada, Haris. Saya takkan biar awak jatuh."
Haris tersentak, namun tidak terus menepis. Dia hanya memandang Nadine.Wajah yang sudah terlalu lama menjadi tempat dia mencari ketenangan walau dia tahu itu satu kesalahan.
Nadine merapatkan dirinya sedikit. “Kadang-kadang, bila seseorang terlalu terluka, dia perlukan cinta yang baru... cinta yang tak menyakitkan.”Dia merangkul tangan Haris dengan manja.
Suasana menjadi senyap. Haris menarik tangannya perlahan-lahan. Tapi Nadine tidak menyerah.
“Awak tahu tak, Haris? Sejak kita kenal, saya sentiasa cemburu dengan Aisyah. Dia ada awak. Dan saya selalu tertanya, kenapa dia tak jaga awak seperti sepatutnya.”
Kata-kata itu membuat Haris tersentak. Dia berdiri tiba-tiba.
"Dia... sakit, Nadine. Dan saya abaikan dia selama ini. Itu bukan salah dia dan selama ini saya tak pernah cakap yang dia tak jaga saya seperti sepatutnya.Dia dah buat semuanya yang perlu.Dia tak pernah abaikan saya Nadine.Saya yang abaikan dia,bukan dia yang abaikan saya."ucap Haris lembut tapi sedikit tegas.
Nadine tersenyum sinis.Dia cuba bangun dan menyentuh lengan Haris, tapi kali ini Haris melangkah ke belakang.
"Jangan datang antara kami sekarang. Aisyah perlukan aku. Dan aku... aku dah terlalu lama buta."
Untuk kali pertama, Haris melihat kekecewaan jelas di wajah Nadine.
“Kalau itu pilihan awak,” katanya perlahan.Dia mengangkat kedua tangannya tanda menyerah.
“Saya cuma nak awak tahu… saya ada kalau awak berubah fikiran.”dia membelai lebut wajah Haris sebelum berlalu pergi.
Haris memandang Nadine buat kali terakhir, sebelum berpaling dan melangkah pergi.Meninggalkan godaan yang nyaris-nyaris merosakkan apa yang masih tinggal dalam rumah tangganya.
---
Namun jauh di sudut hati, dia tahu... kehadiran Nadine tidak akan semudah itu pergi. Dan di sisi lain Nadine bukan seseorang yang terkalahkan.Dia sedang memasang idea yang licik untuk memenangkan Haris.
"Haris mesti menjadi milikku!"jeritnya tekad.
Share this novel