Sudah satu minggu Aisyah tidak mampu bangun seperti biasa. Tubuhnya terasa berat, tulangnya seperti menyimpan beban yang tidak kelihatan. Setiap kali dia cuba berdiri, pandangannya berpinar dan tubuhnya menggigil.
Namun dia tetap memaksa diri demi Rayyan, demi rumah tangga yang masih dia cuba pertahankan walau pun sudah mula retak seribu.
Di dapur, dia terduduk di kerusi sambil menekan perutnya yang mula sakit mencucuk. Nafasnya pendek. Mukanya pucat. Tapi dia tetap cuba menyediakan sarapan.
Haris melangkah masuk, baru turun dari bilik dengan baju pejabat. Pandangannya hanya sekilas pada Aisyah sebelum mencapai kopi di atas meja.
“Aisyah, kau ni kenapa lembik sangat sejak kebelakangan ni? Dah seminggu muka kau pucat macam mayat,” katanya sambil menyelak telefon.Haris mulai bersikap dingin setelah Aisyah mengetahui tentang perselingkuhannya.
Aisyah menahan diri. Dia tidak mahu menangis, tapi hatinya sudah tidak kuat.
“Abang... Aisyah tak sihat. Badan Aisyah sakit. Semalam Aisyah demam.Aisyah rasa macam... makin lemah,” suara Aisyah perlahan, nyaris berbisik.
Namun Haris hanya memandang sejenak. “Kau ni dari dulu memang kuat drama. Kadang-kadang aku rasa kau terlebih inginkan perhatian.Bukan macam ni cara tarik perhatian orang.Dulu sihat je tetibe pula sakit macam dah nak mati.”
Tiada lagi bahasa diri abang dan Aisyah.Haris berkata kasar dengan ber 'aku' 'kau' dengan Aisyah.
Aisyah terdiam. Jantungnya berdegup laju, entah kerana marah atau kerana kecewa yang terlalu dalam.Atau keduanya sekali.
“Abang… Aisyah tak pura-pura. Aisyah sakit. Aisyah penat, abang. Boleh tak abang... duduk sekejap? Dengar Aisyah? Pegang tangan Aisyah macam dulu?ya memang Aisyah nakkan perhatian abang tapi sumpah wallahi Aisyah tak pura-pura lemah.Aisyah sakit abang..”
Haris berdiri tegak, gelas kopi di tangan diletakkan ke meja dengan kasar.
“Aisyah, aku ada kerja. Kalau semua kau nak aku buat, siapa nak cari duit? Kau takkan mati sekarang pun, kan? Kalau teruk sangat, pergi hospital. Jangan nak tarik perhatian aku dengan cerita sakit kau tu.Lagi kau buat macam ni lagi semak kepala aku ni..Sakit kan?nahh makan ni”Haris menghempas kasar ubat paracetamol di hadapan Aisyah.
Perkataan itu menikam hati Aisyah seperti belati. Tidak ada satu pun nada simpati. Tidak ada pelukan, tidak ada genggaman tangan. Yang tinggal cuma dingin. Dingin yang menusuk lebih dari kesejukan ubat kemo.
Aisyah berpaling, tidak mahu Haris melihat air matanya jatuh. Tapi hatinya sudah tidak mampu menanggung. Dia bangkit perlahan-lahan dan masuk ke bilik, meninggalkan sarapan dan suami yang hanya peduli pada waktunya sendiri.Dia tidak mempunyai kudrat berdebat ketika ini.Bukan ini yang dia mahukan.Di mana hilannya suami yang dulu mencintainya setengah mati?mana perginya lelaki yang bersumpah janji akan menjaga dirinya seumur hidup?..Ini sungguh menyakitkan gumam Aisyah dalam hati.Dia merasa dunia seakan tidak adil kepadanya.
"Di mana sebenarnya salahku hingga harus mengahadapi dugaan sebegini besar?"Aisyah mempersoalkan nasibnya.Tangis dan rasa sakit adalah teman sejatinya ketika ini.Ohh lupa dia masih ada Rayyan sumber kekuatannya.
---
Di bilik, Aisyah terbaring sambil memegang dadanya yang sesak. Dia menangis dalam diam, mengingatkan bagaimana dulu Haris akan panik setiap kali dia demam. Bagaimana Haris akan duduk di tepi katil, menggenggam tangan dan menyuapkan bubur bila dia sakit. Kini, kata-kata Haris lebih tajam dari sebarang penyakit.
Petang itu, Aisyah pengsan ketika ingin mengambil ubat dari rak tinggi. Rayyan yang baru pulang dari sekolah menemui ibunya terbaring di lantai bilik air. Kanak-kanak itu menjerit, menangis, cuba mengejutkan ibunya yang tak bergerak.
“IBU! IBU!! Bangunlah! Ibu... jangan tinggal Rayyan!”
Haris dipanggil pulang segera oleh jiran. Apabila sampai di rumah, ambulans sudah datang membawa Aisyah ke hospital. Mukanya pucat, bibirnya biru.
Rayyan menangis dalam dakapan Mak Pah, pembantu rumah yang turut panik.
Haris berdiri di tepi pintu ambulans, terkejut.Terdiam.
Dia bertanya sendiri..
"Seteruk itukah sakitnya?"masih berfikir bahawa Aisyah sakit biasa.
---
Di hospital, doktor memandang Haris dengan wajah tegas.
“Isteri encik dalam keadaan kritikal. Leukemia yang dihidapinya sudah berada di tahap serius. Kami sudah berikan amaran sebelum ini bahawa tekanan emosi akan mempercepatkan kemerosotan kesihatannya.”
Haris terkedu. Dia tidak mampu berkata apa-apa.Kenapa dia tidak pernah mendengarkan hal ini daripada Aisyah?.
“Encik tahu tentang penyakit dia?”
Haris hanya menggeleng. “Dia... tak pernah cerita.”
“Kadang-kadang, pesakit tak mahu menyusahkan keluarga. Tapi kami tahu dari rekod, dia datang rawatan berulang kali seorang diri. Mungkin dia tak mahu menyusahkan encik.”
Kata-kata itu menghentak Haris seperti petir. Dia terdiam. Pandangannya kosong.
Aisyah... menanggung semua ini sendirian?
Dia mula terasa perit. Bukan pada tubuh, tapi pada hati.Kerana baru sekarang dia mula menyedari bahawa wanita yang dia abaikan itu sedang mati perlahan-lahan. Dan dia tidak pernah betul-betul ada di sisi ketika wanita itu sangat memerlukan dia.
Share this novel