Dua hari kemudian, Shahriz Aryan dan Eyza Adriana pergi ke Pulau Sipadan yang terletak di Semporna, Sabah dijadikan tempat penginapan bulan madu bagi pasangan pengantin baru itu. Mereka menaiki penerbangan dari KLIA pergi ke pulau itu. Tazwin Iqbal dan Sarah Alesya juga beada di KLIA untuk pulang ke London.
" Bro, akhirnya kau dah dapat seorang wanita yang dah lama kau idamkan kan? Tahniah, bro. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah dan cepat-cepat dapat baby.", ujar Tazwin Iqbal kepada Shahriz Aryan sambil tertawa kecil di hujung ayatnya.
" Terima kasih, bro. Alhamdulillah. Jodoh takkan salah alamatnya. In Shaa Allah. Semoga kau pun cepat-cepat kahwin dengan Sarah tu. Korang kahwin nanti jangan lupa jemput tau? Emel je aku.", ujar balas Shahriz Aryan pula sambil tersenyum.
Eyza Adriana dan Sarah Alesya pula berada di kerusi yang terletak tidak berjauhan di antara kedua-dua lelaki itu. Mereka juga berbual-bual.
" Macam mana Sarah kenal dengan Tazwin? Dia pikat Sarah ye?", Eyza Adriana mengusik Sarah Alesya.
" Parent dia pergi ke rumah parent saya. Parent kami memang dah lama kenal. Kebetulan masa tu saya ada kat rumah tu. Masa saya hantar minuman untuk mereka, masa tulah parent dia dah mula berkenan kat saya. Seminggu selepas tu, rombongan meminang untuk saya diadakan di rumah parent saya tu. Masa tu juga kali pertama saya dan Tazwin Iqbal bertemu. Tak tahu kenapa hati saya berdebar-debar bila bertentang mata dengan dia.", Sarah Alesya bercerita tentang pertemuannya dengan Tazwin Iqbal.
" Wow! So sweet moment. Jodoh kita berlainan situasi kan? Macam saya dan Shahriz, dah bertahun-tahun barulah tahu tentang perasaan masing-masing. Alhamdulillah dia seorang yang baik dan tak ambil kesempatan kat saya selama kamk kenal. Semoga dia terus macam ti sampai bila-bila." ujar Eyza Adriana sambil renungan matanya ditujukan kepada Shahriz Aryan.
" Alhamdulillah, Eyza. Kegagalan cinta lalu bukan kegagalan untuk cinta yang akan datang. Tazwin dah jujur cerita dengan saya segalanya tentang diri dia. Dia ada cerita tentang percintaan korang, tentang bekas isterinya, tentang persahabatannya dan segalanya tentang diri dia. Tapi, saya tak kisah tentang masa lalu dia. Hidup kita ke depan kan? Jadikan je segala pengalaman masa lalu kita sebagai panduan dan pengajaran untuk masa yang mendatang.", ujar Sarah Alesya sambil tersenyum kepada Eyza Adriana.
" Betul tu, Sarah. Semoga perhubungan korang akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Allah dah hadirkan awak sebagai peneman hidup terbaik buat Tazwin. Syukur, Alhamdulillah.", Eyza Adriana dan Sarah Alesya berpelukan.
" Terima kasih, Eyza. Semoga awak dan Shahriz akan bahagia hingga ke Jannah.", ujar Sarah Alesya sambil pelukan antara mereka dilepaskan.
Pengumuman penerbangan ke London telah berkumandang di legar lapangan terbang KLIA itu. Tazwin Iqbal memanggil Sarah Alesya untuk pergi ke balai pelepasan.
" Take care, bro.", ujar Shahriz Aryan sambil pelukan di antara dia dan Tazwin Iqbal dilepaskan.
" Take care to both of you too.", ujar balas Tazwin Iqbal pula sambil menepuk bahu Shahriz Aryan dan mereka sama-sama tersenyum.
Mereka berdua pergi ke balai pelepasan dan melambaikan tangan kepada pasangan pengantin baru itu. Lambaian tangan itu dibalas.
" Sayang, jap lagi kita pula naik flight. Sayang takut naik flight tak?", ujar Shahriz Aryan sambil tersenyum dan menggenggam tangan isteri jelitanya.
" Sayang tak takut pun, abang. Kalau sayang takut, abang kan ada dengan sayang?", ujar Eyza Adriana pula sambil mencuit hidung suaminya yang tinggi lampai dan bertubuh sasa.
Mereka tertawa dan berjalan bersama-sama untuk duduk di kerusi sambil menunggu penerbangan ke destinasi bulan madu mereka. Sungguh bahagia dan romantik.
Akhirnya, mereka telah tiba di Pulau Sipadan. Genggaman tangan di antara mereka tidak pernah dilepaskan. Mereka menuju bilik yang telah ditempah. Di bilik itu cukup indah dihiasi dengan bunga dan haruman yang menenangkan. Bilik itu pula berada di atas air laut. Cukup indah permandangan itu. Mereka membersihkan tubuh yang dirasakan tidak selesa kerana terasa penat dalam perjalanan yang jauh.
Selesai mandi dan solat Asar, mereka berada di luar bilik itu untuk menikmati permandangan yang amat menenangkan fikiran. Eyza Adriana mendepakan tangannya dan menghirup udara yang segar di situ. Shahriz Aryan hanya memerhatikannya dari dalam bilik sahaja. Dilihatnya keindahan bentuk tubuh isterinya. Terasa berdebar-debar di hatinya.
Tubuh ramping milik Eyza Adriana dipeluk erat oleh Shahriz Aryan daripada belakangnya. Sungguh asyik pelukan itu. Dia memalingkan wajah dan badannya berhadapan dengan suaminya. Mata di antara mereka bertentangan. Gelora asmara di dada amat mendebarkan jantung mereka. Terasa indah perasaaan itu. Shahriz Aryan membawa isterinya masuk ke bilik dan pintu bilik itu ditutup rapat. Selendang di kepala Eyza Adriana dibuka. Terserlah keindahan wajah jelita isterinya tanpa sebarang hijab yang menampakkan leher jinjang wanita itu. Leher itu dikucup oleh lelaki yang telah lama menyimpan kemahuan itu sejak telah disahkan menjadi suami buat pemilik tubuh badan wanita yang ramping itu. Rambut suaminya diramas lembut apabila dadanya sudah mula dikucup. Terasa nikmatnya perasaan itu.
" Eyza Adriana, izinkan abang 'memilikimu' sepenuhnya. I love you so much, baby.", ujar lembut Shahriz Aryan di telinga isterinya sambil mereka berada di atas katil yang dipenuhi taburan kelopak bunga mawar dan bilik yang berbau dengan haruman yang penuh keasyikan itu.
" Abang, sayang adalah milik abang buat selama-lamanya. Tak akan ada sesiapa yang akan memisahkan kita lagi. I'm your and i love you so much too, my lovely hubby.", ujar lembut Eyza Adriana pula yang berada di bawah tubuh sasa suaminya sambil pakaian mereka ditanggalkan perlahan-lahan.
Bibir mungil milik wanita itu dikucup manja dan mereka 'melayari bahtera' itu dengan penuh keasyikan dan kenikmatan. Terasa dunia itu hanya milik mereka berdua tanpa sebarang gangguan.
Sesudah mandi wajib dan solat Maghrib berjemaah di antara mereka, makan malam telah disediakan di restoran resort itu. Eyza Adriana memakai baju yang telah diberikan oleh suaminya. Sungguh cantik pakaian itu digaya oleh Eyza Adriana. Shahriz Aryan cukup terpegun dengan kejelitaaan isterinya itu. Mereka pun pergi ke restoran itu bersama-sama sambil berpimpin tangan. Cukup ekslusif suasana makan malam itu dan penuh keromantikan. Memang berpadanan dengan Pakej Bulan Madu yang dibayar. Sesudah makan malam, mereka pergi ke jeti melihat keindahan permandangan di pulau itu.
" Sayang, cantik tak permandangan kat sini?", soal Shahriz Aryan sambil mereka duduk di jeti itu dan berpelukan.
" Cantik sangat-sangat, abang. Siang atau malam tetap cantik. Thank you, abang.", ujarnya sambil mencium pipi suaminya.
" Sama-sama, sayang. Khas buat isteri abang yang merupakan wanita terbaik buat diri abang ni.", pelukan itu dieratkan dan dahi isterinya dikucup.
Suasana romantis itu betul-betul membahagiakan pasangan itu. Terdetik rasa yang penuh kesyukuran di hati mereka kerana dipertemukan jodoh di antara mereka.
Hampir sejam mereka di jeti itu. Shahriz Aryan mengajak isterinya balik ke bilik untuk menunaikan solat Isya' bersama-sama. Eyza Adriana hanya menurut sahaja. Dia tahu suaminya tidak suka menangguhkan waktu solat lama-lama. Itu yang membuatkannya bahagia dan bersyukur memilki suami yang tahu menjaga hubungan dengan Penciptanya.
Selesai solat Isya', mereka menonton televisyen sambil berbaring di atas katil. Kepala Eyza Adriana di atas dada bidang milik suaminya yang bertubuh sasa.
" Sayang, rasa happy tak dengan abang?", soalan itu ditanya oleh Shahriz Aryan.
" Mestilah happy, abang. Abang happy tak?", soalan yang sama ditanyakan semula kepadanya.
" Of course abang happy, sayang.", ujarnya sambil rambut isterinya dibelai.
" Ya Allah, terima kasih atas segala takdir yang terindah ini. Aku bersyukur kerana memiliki seorang suami yang soleh dan akan membimbingku ke jalan-Mu, Ya Allah.", bisik hati kecil Eyza Adriana dengan penuh kesyukuran.
" Ya Allah, aku berjanji akan terus menggalas tanggungjawabku sebagai seorang suami yang terbaik kepada wanita ini selagi ada nyawa aku di jasad ini. Semoga Kau permudahkanlah segalanya, Ya Allah.", bisik dan doa hati kecil Shahriz Aryan pula.
Keesokan harinya mereka pergi melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang telah disertakan sekali dalam Pakej Bulan Madu itu. Mereka pergi menyelam di Barracua Point untuk melihat kepelbagaian spesis ikan, penyu, batu terumbu karang dan macam-macam lagi keindahan di dasar laut di pulau itu. Selain itu, mereka juga pergi ke Gua Penyu, taman-taman gantung dan lain-lain aktiviti yang ada di sana.
Hari itu betul-betul memenatkan mereka. Namun, mereka merasa puas setelah menerokai keindahan alam semula jadi ciptaan Allah.
Setahun sudah berlalu.
Shahriz Aryan dan Eyza Adriana telah bergelar ibu dan bapa kepada sepasang kembar anak mereka. Iqmal Yusri dan Dania Farhanim juga telah dikurniakan seorang anak lelaki beberapa bulan yang lalu. Tazwin Iqbal dan Sarah Alesya telah sah bergelar suami isteri dan kini mereka menunggu masa bakal bergelar ibu bapa. Firman Yusmal, anak lelaki Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis pula bakal bergelar abang kepada adiknya yang dikandungkan ibunya kini.
Petang itu, Shahriz Aryan dan Eyza Adriana membawa sepasang anak kembar mereka, Syamsul Adrian dan Erina Aryani ke Taman Tasik Titiwangsa. Tempat itu tersimpan banyak kenangan di antara mereka.
" Sayang, indah sungguh takdir yang ditentukan oleh Allah buat kita semua kan? Abang bersyukur sangat-sangat sebab dah memiliki sayang dan anak kembar kita ni.", ujar Shahri Aryan sambil menyentuh lembut pipi anaknya dan dahi Eyza Adriana dikucupnya.
" Abang, sayang pun bersyukur sangat-sangat sebab dikurniakan suami yang soleh dan anak-anak yang comel ni. Alhamdulillah.", ujarnya penuh kesyukuran.
" Sayang, biarkanlah kisah yang dulu dijadikan kenangan. Kita harus teruskan kehidupan ni. Cukuplah hanya kita yang tahu apa itu rasa cinta yang terindah. Allah Maha Adil, Allah Maha Penyayang dan Maha Berkuasa. Kita sebagai hamba-Nya kena bersyukur dengan apa je ketentuan takdir hidup kita yang dah ditentukan oleh Allah.", sepasang mata Shahriz Aryan ditenung tepat ke dalam anak mata isteri kesayangannya, Eyza Adriana.
" Ya, abang. Aku hanya milikmu, Shahriz Aryan.", ujar Eyza Adriana pula sambil bibir mungilnya mengucup pipi suaminya.
Pelukan di antara mereka dieratkan sambil memandang keindahan waktu petang di tasik itu bersama sepasang anak kembar mereka.
" Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih atas segalanya, Ya Allah. Tiada sesiapa yang dapat memberikan kebahagiaan ini dengan keredhaan-Mu, Ya Allah. Semoga rasa cinta dan kasih sayang ini dibawa hingga ke Jannah-Mu.", bisik hati kecil sepasang suami isteri itu sambil berpelukan erat dan memandang matahari yang hampir tenggelam.
Tersusun cantik takdir yang Allah tentukan buat hamba-hamba-Nya. Sebagai hamba-Nya, bersyukurlah dengan apa sahaja yang telah diaturkan oleh Allah. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadiannya. Allah adalah sebaik-baik Perancang.
***** TAMAT*****
Share this novel