Shahriz Aryan hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik setelah balik dari cafe. Di fikirannya hanya memikirkan apa yang dia nampak di cafe tadi.
" Memang sepadanlah mereka berdua tu. Cantik, handsome dan pandai bergaya. Boyfriend dia kaya pula tu. Aku ni apalah yang ada kan?", ujarnya sendirian sambil memandang siling biliknya. Padahal yang sebenarnya dia seorang yang kacak juga kerana berdarah kacukan Melayu dan Russia. Anak seorang pensyarah di UTM. Bertubuh sasa, tinggi lampai dan berhidung mancung. Tetapi, dia lebih suka merendah diri. Di USM, ramai pelajar-pelajar perempuan di sana cuba untuk mendekatinya namun dia cuma lebih selesa berkawan sahaja dengan mereka.
Eyza Adriana dihantar pulang ke rumahnya oleh Zayid Arman. Dia memberikan salam kepada ibubapanya yang sedang menonton televisyen. Salamnya dijawab. Dia pun duduk di ruang tamu itu bersama ibubapanya.
" Amboi? Tersenyum lebar anak mak ni? Macam mana dating tadi? Ok tak Zayid tu, Eyza?", Puan Salmiah bertanya kepada Eyza Adriana dengan nada suara yang teruja.
" Awak ni pun, Miah. Anak kita baru je balik. Biarlah dia rehat dulu.", ujar Encik Johari sambil menggelengkan kepalanya. Puan Salmiah hanya menjebikkan bibirnya. Eyza Adriana pula hanya tersenyum melihat gelagat ibu dan bapanya.
" Abang Zayid tu ok je,mak.", ringkas jawapannya.
" Alhamdulillah. Tak lama lagi, bolehlah kamu bertunang dengan dia kan, Eyza?", Puan Salmiah berasa teruja mendengar jawapan daripada mulit anaknya walaupun ringkas.
" Astaghrafirullah al 'azim, Miah. Cuba bawa bertenang boleh tak? Eyza tu entah setuju ke tidak nak jadikan si Zayid Arman tu tunang dia.", berisghtifar panjang Encik Johari dengan sikap isterinya.
" Mak, ayah. Eyza tak fikir lagi tentang semua tu. Eyza nak capai cita-cita Eyza dulu. Kalau panjang jodoh kami, adalah jodoh kami nanti, mak.", jelas Eyza Adriana. Encik Johari tersenyum dengan jawapan anaknya. Puan Salmiah pula seakan-akan kecewa. Eyza Adriana melutut di hadapan ibunya.
" Mak, janganlah sedih. Jodoh dan ketentuan hidup kita kan urusan Allah? Memanglah kita berusaha tapi ketentuannya tetap Allah yang tetapkan, kan? Maafkan Eyza kalau mak terasa dengan kata-kata Eyza tadi.", Eyza Adriana cuba untuk memujuk ibunya.
" Mak cuma mahukan yang terbaik untuk Eyza je.", ujar ibunya sayu.
" Eyza tahu, mak. Ibu mana yang tak nak anaknya gembira kan?", ujar gadis itu tersenyum.
" Dahlah tu. Ada jodoh mereka, adalah nanti, Miah.", ujar Encik Johari pula.
" Oklah mak, ayah. Eyza nak masuk bilik dulu ya? Nak mandi dan solat Zuhur.", Eyza Adriana mengundur diri. Ibubapanya hanya mengangguk sahaja.
Eyza Adriana menghempaskan diri ke atas katilnya. Berfikir tentang rancangan pertunangan mereka yang ingin ditetapkan oleh ibubapanya dan ibubapa Zayid Arman. Eyza Adriana amat menghormati perasaan teman wanita Zayid Arman. Dia takut betapa sakitnya apabila hati seorang wanita dilukai. Dia pernah merasainya. Lagipun, dia tahu Zayid Arman betul-betul cinta dan sayangkan kekasihnya. Kalau tidak, Zayid Arman takkan bersetuju dengan buah fikirannya.
" Bertuahnya kekasih Abang Zayid dapat teman lelaki yang setia walaupun dah 8 tahun bercinta. Semoga jodoh mereka berpanjangan.", bisik hatinya. Dia pun bangun, mengambil tuala dan mandi.
Selepas mereka sekeluarga makan tengahari, Encik Johari dan Puan Salmiah bersiap-siap ingin pergi ke rumah Encik Khalid, bapa saudara Eyza Adriana dan adik kandung Puan Salmiah. Eyza Adriana rasa hairan ibubapanya ingin pergi ke mana setelah melihat mereka bersiap-siap.
" Mak dan ayah nak ke mana bersiap cantik-cantik ni?", soalnya kehairanan.
" Oh, ya! Mak dan ayah nak ke rumah Pak Ngah kamu. Lupa ayah nak bagitahu tadi. Kamu nak ikut tak?", Encik Johari memberitahu dan mempelawa Eyza Adriana.
" Nak ikut, ayah. Dah lama tak jumpa Pak Ngah sekeluarga.", ujarnya dengan perasaan teruja.
" Kamu pergilah bersiap. Mak dan ayah tunggu kamu dalam kereta ya?", ujar Puan Salmiah pula. Eyza Adriana cepat-cepat masuk ke dalam biliknya dan bersiap untuk pergi mengikut ibubapanya pergi ke rumah Encik Fadil.
Setelah bersiap, Eyza Adriana mengunci pintu rumah dan pintu pagat rumah mereka dengan kunci mangga. Selepas itu, dia menaiki kereta bersama Encik Johari dan Puan Salmiah menuju ke rumah bapa saudaranya di Kota Damasara.
Zayid Arman balik ke rumah ibu bapanya petang itu untuk membincangkan tentang apa yang telah dirancang dengan Eyza Adriana pagi tadi.
" Ayah, mak. Saya nak bagitahu keputusan saya dan Eyza, tak nak bertunang. Saya dah ada pilihan sendiri.", Zayid Arman berterus-terang kepada ibubapanya.
Encik Kamal dan Puan Rohana amat terkejut dengan kata-kata anak sulung mereka.
" Zayid, kenapa kamu tak bagitahu ayah dan mak awal-awal? Sekarang ni, kita sekeluarga dah pergi merisik dia kan?", ujar Encik Kamal dengan nada suara yang agak tinggi.
" Saya tak berkesempatan nak bagitahu apa-apa, ayah. Saya ingatkan ayah dan mak cuma nak berkenalan je dengan Ezya semalam. Tak sangkalah pula ayah dan mak pergi merisik dia. Saya terkejut sangat masa tu.", Zayid Arman meluahkan perasaannya.
Encik Kamal dan Puan Rohana termenung mendengar luahan perasaaan anak mereka.
" Zayid, ayah nak kamu bawa pilihan hati kamu tu ke rumah ni. Ayah dan mak nak berkenalan dengan dia.", Encik Kamal membuat keputusannya. Puan Rohana bersetuju dengan keputusan suaminya.
" Baiklah, ayah. Nanti bila dia free, saya akan bawa dia ke sini.", ujar Zayid Arman dengan penuh kegembiraan.
" Tapi, macam mana dengan risikan kita kat Eyza semalam, abang?", Puan Rohana seperti risau pula dengan keputusan suaminya tadi.
" Tak apa, Ana. Abang tahu macam mana nak uruskannya nanti.", Encik Kamal tenang menjawab persoalan isterinya.
" Mak dan ayah tak payah risau. Pagi tadi saya dah jumpa Eyza dan jelaskan pada dia tentang hal ni.", ujar Zayid Arman sambil tersenyum.
" Oh, yeke? Apa jawapan dia?", soal Encik Kamal.
" Dia pun sebenarnya tak nak ada ikatan apa-apa lagi dengan mana-mana lelaki sebab dia nak capai cita-cita dia untuk jadi doktor.", jelas Zayid Arman. Ibubapanya mendengar penjelasan anak mereka dengan teliti.
" Tak apalah kalau kamu berdua dah buat keputusan macam tu. Nanti ayah cakap dengan Pak Cik Johari dan Mak Cik Salmiah pula tentang hal ni.", ujar Encik Kamal dengan tenang. Zayid Arman tersenyum lega.
Share this novel