BAB 14 Bermulanya Satu Azam Baru

Romance Completed 24098

Setelah selesai solat Isya' , Encik Johari dan Puan Salmiah membuat kejutan untuk Eyza Adriana di atas kejayaan keputusan STPM yang diperolehnya siang tadi. Eyza Adriana terlalu gembira dan memeluk kedua-dua orang tuanya.

Mereka membawa Eyza Adriana pergi ke restoran KFC dan menempah makanan kegemaran Eyza Adriana, 'Cheezy Wedges - Large Size'. Untuk mereka pula, '1 Set Family Bucket' ditempah di kaunter restoran itu. Mereka sekeluarga makan malam bersama-sama.

" Tahniah, anak ayah. Kamu buat ayah betul-betul bangga dengan kejayaan keputusan kamu.", ujar Encik Johari tersenyum dan dia bangga dengan kejayaan anak tunggalnya itu.

" Ya, Eyza. Tahniah buat kamu sebab buat kami gembira dengan kejayaan kamu ni.", ujar Puan Salmiah pula dengan senyuman yang penuh kebahagiaan.

" Eyza buat semua ni untuk balas jasa ayah dan mak yang susah-payah besarkan Eyza. Mak yang bertarung nyawa melahirkan Eyza dan ayah yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Bagi Eyza, kejayaan Eyza hari ni dan sebelum ni masih tak boleh nak balas segala jasa-jasa mak dan ayah. Memang tak akan terbalas dengan kejayaan apa pun yang Eyza boleh berikan. Terima kasih mak, ayah. Eyza sayang sangat kat mak dan ayah.", luah rasa hati Eyza Adriana sambil kedua-dua tangannya meramas tangan Encik Johari dan Puan Salmiah dan airmata kesyukuran antara mereka bertiga bergenang dan akhirnya gugur jua tanda penuh kesyukuran.

" Eh! Kenapa nak sedih-sedih pula ni?", ujar Encik Johari dengan deras menyeka airmatanya yang masih bergenang dan hampir gugur manakala Eyza Adriana dan Puan Salmiah menyeka airmata mereka yang telah berguguran menggunakan tisu. Kemudian, mereka tersenyum.

Keesokan harinya setelah bersarapan, Eyza Adriana menolong ibunya membuat kerja-kerja di rumah. Dia sudah maklum setiap pagi Sabtu dan Ahad, ibu dan bapanya akan pergi ke bersenam di padang bola berdekatan di kawasan perumahan mereka. Setelah selesai membuat kerja-kerja rumah, dia akan menyediakan hidangan untuk makan tengahari pula. Memang dia telah diajar sedemikian daripada dia masih kanak-kanak lagi. Lagipun, dia telah dibesarkan dengan disiplin diri seperti menjaga kebersihan daripada segala segi, menepati masa dan bersikap baik. Encik Johari dan Puan Salmiah memang agak tegas mendidik anak tunggal mereka itu.

Selepas selesai makan tengahari, mereka sekeluarga duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen.

" Eyza, kamu dah isi borang masuk ke IPTA atau IPTS untuk melanjutkan pelajaran kamu?", soal Encik Johari kepada Eyza Adriana.

" Belum lagi, ayah. Eyza tak online internet lagi daripada semalam lepas Eyza ambil keputusan STPM tu.", jujur jawapan gadis tinggi lampai itu.

" Oo.. Kamu nak ambil jurusan apa?", Encik Johari memang mengambil berat mengenai anak gadisnya itu.

" Eyza nak ambil jurusan perubatan, ayah. Eyza kan nak jadi doktor? Lagipun, memang tu cita-cita Eyza daripada kecil.", jawab Eyza Adriana penuh harapan.
Encik Johari dan Puan Salmiah tersenyum lebar mendengar kata-kata Eyza Adriana.

" Baguslah kalau macam tu, nak. Harapan mak dan ayah cuma kamu sorang je.", ujar Puan Salmiah sambil memeluk anaknya.

" Ya, Eyza. Selepas kakak dan adik kamu meninggal dunia, mak dan ayah hanya ada kamu sorang je.", ujar Encik Johari pula. Jelas tergambar rasa sedih di wajah Encik Johari dan Puan Salmiah apabila terkenangkan dua orang adik-beradik Eyza Adriana yang telah meninggal dunia kerana dilanggar lori ketika ingin melintas jalan raya di hadapan sekolah. Eyza Adriana tidak dapat menahan airmatanya apabila terkenangka kisah sedih itu yang berlaku di hadapan matanya sendiri. Airmatanya berjujuran gugur di pipinya. Begitu juga Puan Salmiah. Airmata Encik Johari hanya bergenang.

" Sudahlah Miah, Eyza. Mereka dah tentu berada di syurga. Allah lebih sayangkan mereka. Allah juga menguji kita supaya redha dengan ketentuan-Nya. Berimanlah kepada Qada' dan Qadar. Bersabarlah. Apa yang berlaku bukan permintaan kita. Sekarang, kita doakan Eyza dapat mencapai cita-citanya.", ujar Encik Johari tersenyum dan cuba menenangkan isteri dan anaknya

Pada keesokan paginya, Tazwin Iqbal mendail nombor Fikri Rizwan.

" Assalamualaikum, bro. Macam mana dengan plan kita petang ni? Jadi tak?", tanpa membuang masa, Tazwin Iqbal terus bertanya kepada Fikri Rizwan tentang perancangan mereka petang itu.

" Wa'alaikummussalam. Jadi, bro. Selepas solat Asar. Tapi, aku tak bagitahu lagi kat kawan-kawan kita tu.", ringkas jawapan Fikri Rizwan.

" Just inform kat whatsapp group kita tu je", ujar Tazwin Iqbal kepada Fikri Rizwan.

" Haa.. Ok, bro. Kau jelah yang informkan. Aku tengah basuh kereta ni.", ujar Fikri Rizwan pula.

" Ok, bro. Beres", ringkas respon Tazwin Iqbal. Tanpa membuang masa, Tazwin Iqbal menghantar info tersebut melalui aplikasi Whatsapp kumpulan mereka.

Selepas solat Asar, Eyza Adriana menunggu Dania Farhanim di ruang santai rumahnya. Ibubapanya telah mengetahui tujuan dia keluar dari rumah petang itu. Tidak lama selepas itu, muncul kereta Dania Farhanim di depan rumahnya. Eyza Adriana menaiki kereta itu dan mereka terus menuju perjalanan ke tempat yang telah ditetapkan oleh Fikri Rizwan.

" Semua dah ada kat sini. Jom kita celebrate kejayaan kita hari ni!!", Fikri Rizwan membawa mereka ke bawah pokok yang rendang dan terdapat set perkelahan dan set penggambaran di situ.

" Haa.. Ayam dan daging BBQ ni aku buat sendiri tau? Panas lagi ni. Jom makan?", pelawa Fikri Rizwan dengan penuh kegembiraan. Di saat ini, hanya kegembiraan yang menyelubungi mereka.

Selepas makan dan bergambar, mereka mengemas semula tempat perkelahan itu. Membuang sampah yang bersepah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Setelah selesai urusan pengemasan itu, mereka duduk di atas tikar dan membentuk satu kumpulan.

" Ok, kita dah siap makan, dah siap bergambar dan dah siap mengemas. Sekarang ni, kita relax dulu tengok Tasik Titiwangsa ni. Tenang je kan?", ujar Tazwin Iqbal sambil menarik nafasnya dalam-dalam dan dilepaskan dengan perlahan-lahan.

" Sedaplah ayam dan daging BBQ yang kau buat tu, Fikri. Bolehlah ajar aku pula buat ek?", ujar Iqmal Yusri dengan penuh keterujaan.

" Boleh. No hal, bro.", jawab Fikri Rizwan sambil tersenyum.

" Guyss!! Apa cerita korang lepas ni? Nak sambung belajar atau bekerja?", Qira Yuhanis memulakan bicara.

" Saya akan sambung belajar. In Shaa Allah kalau dapat sambung.", ringkas jawapan Eyza Adriana.

" Aku pun!!", jawab Dania Farhanim, Iqmal Yusri, Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan dengan nada yang penuh bersemangat.

" Saya pun sama.", ujar Qira Yuhanis pula sambil tersenyum.

" Semoga kita semua dapat meneruskan impian ni.", ujar Tazwin Iqbal.

" In Shaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin.", ujar Iqmal Yusri sambil kedua-dua tangannya ditadah untuk berdoa dan diusapkannya ke wajah. Kawan-kawannya juga melakukan perkara yang sama.

" Dah senja ni. Kejap lagi nak masuk waktu Maghrib. Jom kita balik.", ujar Eyza Adriana. Mereka semua pun pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience