Di Stalkers Cafe, Eyza Adriana dan Dania Farhanim minum petang di situ. Eyza Adriana tidak menangis lagi namun air mukanya masih muram. Dania Farhanim memahami situasi gadis yang baru dilukai hatinya itu.
" Babe, sabarlah ya?", ujar lembut Dania Farhanim kepada Eyza Adriana.
" Babe, kalau kau jadi aku apa perasaan kau kalau insan yang kau sayang, yang kau cinta bertahun-tahun ada kekasih lain masa kau berjauhan dengan dia.", soal Eyza Adriana mula berbicara setelah puas menitiskan airmatanya. Dania Farhanim membuntangkan matanya kerana terlalu terkejut dengan apa yang Eyza Adriana bertanyakan kepadanya.
" Serius apa yang aku dengar ni, babe? Aku mestilah rasa patah hati.", ujar Dania Farhanim yang masih dalam keadaan terkejut seperti tadi.
" Ya, babe. Itu yang aku rasa sekarang ni.", luah Eyza Adriana. Namun, tiada lagi airmatanya yang mengalir.
" Aku tak faham kenapa Tazwin buat macam tu kat kau.", ujar Dania Farhanim sambil menggelengkan kepalanya.
" Biarlah, babe. Sekarang ni, aku rasa lebih lega sebab tak ada maknanya aku menangis untuk lelaki macam tu." ujar Eyza Adriana tersenyum.
Sekali lagi Dania Farhanim terkejut bercampur hairan melihat perilaku Eyza Adriana yang masih boleh tersenyum walaupun hatinya telah dihancurkan oleh Tazwin Iqbal, cinta pertamanya.
" Kau mesti pelik dengan aku kan, babe?", soal Eyza Adriana tersenyum lagi.
" Kalau aku jadi kau, meroyan aku ni, babe. Kau boleh tersenyum lagi ek? Pelik, pelik.", ujar Dania Farhanim menggelengkan kepalanya.
" Babe, memang aku patah hati sekarang ni. Tapi, dalam masa yang sama aku berfikir. Allah Maha Penyayang. Allah jauhkan aku daripada lelaki macam tu walaupun dia cinta pertama aku. Babe, tak semestinya cinta pertama tu jodoh kita. Allah sebaik-baik Pencipta. Alhamdulillah, dia bukan jodoh aku. Life must be go on and teach myself to move on, babe.", ujar Eyza Adriana panjang lebar sambil tersenyum manis kepada Dania Farhanim. Dania Farhanim memeluk sahabatnya dengan erat. Tiba-tiba airmata mengalir di pipinya.
" Aku tahu hati kau hancur sangat-sangat sekarang ni, Eyza. Tapi, aku bersyukur kau terima ketentuan takdir ni dengan penuh redha.", ujarnya.
" Ya, hati aku ni dah hancur sangat. Tapi, aku fikir Allah dah tentukan jodoh aku with somebody that we don't know about him, right? Dahlah, babe. Jangan nangis lagi. Aku dah ok. Malulah orang tengok.", ujar Eyza Adriana masih dengan respon seperti tadi lagi. Dania Farhanim terus memeluk erat sahabat baiknya itu. Tiba-tiba sepasang mata Dania Farhanim ternampak kelibat Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis yang masuk ke dalam cafe itu.
" Babe, ada sweet couple masuk tu.", ujar Dania Farhanim sambil melepaskan pelukan mererka dan mengesat airmatanya. Eyza Adriana menoleh ke belakang. Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis tersenyum terserempak dengan mereka. Pasangan itu pun pergi kepada dua sahabat baik itu.
" Assalamualaikum, guys. Dah lama ke lepak kat sini?", Fikri Rizwan memberikan salam dan Qira Yuhanis pula bersalam,berlaga pipi dengan kedua-dua sahabatnya itu.
" Wa'alaikummussalam, Fikri. Lama jugalah dalam hampir sejam kami kat sini.", salam itu dijawab Dania Farhanim.
" Oo.. Lama jugalah tu. Boleh lepak sekali tak?", ujar Fikri Rizwan. Eyza Adriana dan Dania Farhanim hanya mengangguk dan tersenyum. Fikri Rizwan pergi ke kaunter cafe itu menempah hidangan minum petang bersama Qira Yuhanis. Setelah selesai membuat tempahan, mereka pun kembali ke tempat duduk mereka tadi.
" Korang bila balik sini?", Qira Yuhanis bertanya kepada kedua-dua gadis itu.
" Kami balik hari Selasa baru-baru ni.", ringkas bersahaja jawapan Dania Farhanim. Mereka pun bersembang sehingga masuk waktu Asar.
" Guys, kami nak balik dulu ya? Dah masuk waktu Asar ni. Assalamualaikum. Bye, guys.", Eyza Adriana memberikan salam dan melambaikan tangan kepada pasangan kekasih itu. Begitu juga dengan Dania Farhanim. Mereka berdua menaiki kereta dan pulang ke rumah masing-masing. Setibanya Eyza Adriana di rumahnya, pintu pagar masih lagi berkunci.
" Mak dan ayah tak balik lagi rupanya", ujarnya dalam hati. Dia pun membuka kunci mangga pagar itu dan masuk ke dalam rumahnya. Menuju ke dalam bilik tidurnya dan menghempaskan dirinya ke atas katil. Hatinya masih lagi hancur, pilu dan sakit yang teramat sangat. Namun, dia redha dengn ketentuan Allah. Dia pun mengambil tuala dan mandi. Selesai sahaja mandi, dia memakai pakaian dan telekung terus solat fardhu Asar. Di akhir solatnya, dia berdoa.
" Ya Allah, Ya Tuhanku. Alhamdulillah Engkau telah jauhkan diriku daripada perkara-perkara mungkar. Terima kasih, Ya Allah. Kau berikanlahku kekuatan bagi menempuh segala cabaran dan dugaan hidupku ini,. Kau tentukanlah diriku dengan jodoh dari-Mu, Ya Allah. Kau berikanlah juga hidayah kepada Tazwin yang telah hanyut dikuasai hawa nafsunya itu, Ya Allah. Lindungilah kami semua. 'Aamiin 'aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..", diraut tangannya ke muka menamatkan doanya bersama airmata yang berjujuran. Jauh di sudut hatinya masih mengingati Tazwin. Namun, dia cuba melupakan jejaka itu.
Selesai solat, dia termenung melihat kalendar di sudut katilnya.
" Lagi seminggu aku nak balik ke USM rupanya. Cepatnya masa berlalu. Lepas tu, aku tunggu result study. Nak buat apalah nanti ya? Kerjalah kot?", ujarnya sendirian. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Nama 'Fikri Rizwan' terpapar di skrin telefon itu. Panggilan itu dijawab.
" Hello, Eyza. Assalamualaikum. Maaf ganggu. Awak tengah buat apa tu?", suara Fikri Rizwan di talian.
" Hello, Fikri. Wa'alaikummussalam. Awak tak ganggu pun. Saya baru je siap solat Asar. Awak kat cafe lagi ke tu?", ujar Eyza Adriana pula.
" Saya kat masjid ni baru siap solat Asar juga lepas hantar Qira balik. Awak kat rumah ke tu? Saya ingat nak jumpa awak sekejap boleh tak, Eyza?", soal Fikri Rizwan.
" Fikri, bukan saya tak bagi awak datang. Mak dan ayah saya tak ada kat rumah sekarang ni. Tak manis orang pandang kan?", ujar Eyza Adriana mengharap Fikri Rizwan memahami maksudnya.
" Oo..saya faham, saya faham. Malam ni boleh kita jumpa sekejap? Tapi, saya ambil awak kat rumah datang bersama Qira. Boleh kan?", ujar Fikri Rizwan yang juga mengharapkan Eyza Adriana bersetuju dengan pelawaannya.
" Ok, Fikri. In Shaa Allah kalau tak ada apa-apa aral kita jumpa malam ni.", ringkas jawapannya. Fikri Rizwan tersenyum dan memberikan salam di hujung talian. Eyza Adriana menjawab salam itu dan mematikan panggilan.
" Kenapa Fikri nak jumpa aku?", bisik hati kecilnya.
Share this novel