Sejak bertemu di Port Dickson, Tazwin Iqbal terus-menerus menghubungi Eyza Adriana. Dia tetap menghubunginya tanpa jemu. Eyza Adriana pula merasa rimas dengan sikap bekas kekasihnya. Shahriz Aryan pula hanya memikirkan tentang apa yang dia nampak baru-baru ini.
" Haruskah aku masuk campur dengan urusan mereka? Aku tak nak Eyza kecewa lagi dengan Tazwin. Perlu ke aku luahkan perasaan aku kat dia? Nanti dikatakan aku nak ambil kesempatan pula dengan keadaan sekarang? Apa yang aku nak buat ni?", kata hati kecil jejaka yang tinggi lampai itu.
Tiba-tiba, telefon pintarnya berbunyi dan tiada nama yang terpapar di skrin telefon itu. Hanya nombor sahaja yang dipaparkan. Shahriz Aryan menjawab panggilan itu.
" Hello. Siapa ni?", ujarnya sebaik menjawab panggilan itu.
" Hello. Ni Shahriz ke?", kedengaran suara seorang lelaki di talian panggilan.
" Ya, saya Shahriz. Awak siapa dan kenapa call saya?", rasa ingin tahu siapa si pemanggil itu kian memuncak di dalam diri Shahriz Aryan.
" Aku, Tazwin. Aku nak jumpa kau petang ni kat cafe Monjo Coffee, Cyberjaya. Boleh?", si pemanggil itu berterus-terang tujuan dia menghubungi Shahriz Aryan.
" Ok, boleh je.", ringkas jawapan Shahriz Aryan.
Petang itu, mereka bertemu di tempat yang telah ditetapkan. Shahriz Aryan agak lambat sedikit sampai.
" Assalamualaikum, bro. Maaf lambat sampai. Jalan jammed tadi. Kau dah lama ke sampai?", salam diberikan dan pembuka bicara didahulukan oleh Shahriz Aryan.
" Wa'alaikummussalam. Aku pun baru sampai ni, bro. Orderlah dulu.", salam itu dijawab dan pelayan cafe itu telah bersedia ingin menerima tempahan daripada Shahriz Aryan.
Tempahan telah diambil dan pelayan cafe itu pun berlalu pergi. Tazwin Iqbal hanya memerhati perilaku Shahriz Aryan.
" Tazwin, kau nak jumpa aku ni ada hal apa-apa ke? Dan kau dapat nombor aku daripada siapa?", Shahriz Aryan tidak mahu melengahkan masa.
" Chill, bro. Aku mintak nombor telefon kau daripada Fikri. Saja je nak berkenalan lebih rapat dengan kau. Kita kan baru kenal? Tak salah kan?', ujar Tazwin Iqbal dengan nada suara yang tenang.
" Oh! No hal, bro.", ujar Shahriz Aryan pula sambil tersenyum.
Pelayan cafe tadi datang membawa minuman yang ditempah oleh Shahriz Aryan. Tazwin Iqbal menjemputnya minum.
" Kau tak nak makan ke, bro? Orderlah. Aku belanja.", ujar Tazwin Iqbal.
" No, thanks. Aku kenyang lagi ni.", ringkas jawapannya.
Tazwin Iqbal mengangguk tanda faham. Mereka pun minum bersama. Tazwin Iqbal ingin mengatur bicara dengan jejaka tampan di hadapannya dengan cara yang baik. Padahal, di hatinya betul-betul merasa cemburu melihat keakraban di antara Eyza Adriana dan jejaka tampan di depan matanya itu.
" Bro, kau dan Eyza ada speacial affair ke sekarang ni?", soalan daripada Tazwin Iqbal membuatkan Shahriz Aryan terkedu seketika.
" Tak adalah, bro. Aku dan dia kawan baik je. Tak lebih daripada tu." jujur jawapan Shahriz Aryan.
" Oh! Eyza tu baik kan? Kau tak rasa lebih daripada seorang kawan ke, bro?", soalan maut yang terkeluar daripada mulut Tazwin Iqbal amat susah untuk Shahriz Aryan menjawab soalan itu.
" Dia bukan macam perempuan lain, bro. Susah nak cari perempuan macam dia. Perempuan yang tahu menjaga maruah diri. Bukan senang nak tawan hati dia.", Shahriz Aryan masih mahu menafikan perasaannya kepada Eyza Adriana.
" So, memang kau pun crush dengan Eyza kan? Bro, aku nak ingatkan kau tolong jauhkan diri kau daripada dia. Aku tak nak tengok kau rapat lagi dengan dia.", akhirnya, Tazwin Iqbal memberitahu tujuannya ingin berjumpa dengan Shahriz Aryan.
" Apa masalah kau, bro? Aku dengan dia cuma kawan baik je. Aku dah cakap tadi kan?", Shahriz Aryan seperti berang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Tazwin Iqbal tadi.
" Wow! Kau masih nak nafikan perasaan kau kat Eyza tu? Bro, aku pun lelaki. Aku dah nampak segala-galanya masa kita kat Port Dickson tu. Ya, memang bukan mudah untuk tawan hati Eyza. Eyza cuma milik aku. Kau jangan cuba rapat lagi dengan dia. Kalau kau nak habuannya, kau tulis banyak mana yang kau nak? Nah! Ambil cek dan pen ni tulis berapa banyak yang kau nak.", penuh keangkuhan Tazwin Iqbal memberikan cek kepada Shahriz Aryan sambil ketawa.
" Kau ingat kau boleh beli segala-galanya dengan kekayaan kau? Actually, you are loser, bro. Kau sebenarnya tak tahu apa itu cinta. Bagi kau, cinta tu hanya dapat memiliki jasad seorang perempuan atau dengan kata yang lebih jelas, hanya kerana nafsu semata-mata. Bro, tolonglah sedar. Allah ciptakan kaum hawa untuk melengkapkan kehidupan kaum adam. Bukan kerana nafsu semata-mata. Please thinking about it!", Shahriz Aryan menghempas cek dan pen yang diberikan oleh Tazwin Iqbal tadi ke atas meja itu.
Tazwin Iqbal agak cuak dengan perilaku Shahriz Aryan. Shahriz Aryan meninggalkan Tazwin Iqbal kerana merasakan betul-betul marah kepada jejaka itu.
Tengahari itu, Eyza Adriana telah menerima sepucuk surat yang akan mengubah kehidupannya. Surat itu dibacanya dengan teliti.
" Akhirnya tercapai juga cita-cita Eyza, mak. Mak tengok surat ni.", ujar Eyza Adriana dengan penuh kesyukuran.
" Alhamdulillah. Syukur.", Puan Salmiah menangis kegembiraan setelah membaca surat itu dan memeluk anak gadisnya.
Eyza Adriana juga menangis kegembiraan bersama ibunya.
" Kenapa kamu dua beranak menangis ni? Ada berita yang tak baik ke?", Encik Johari cemas melihat isteri dan anak gadisnya menangis berpelukan.
" Abang baca surat ni.", Puan Salmiah memberikan surat itu kepada Encik Johari.
Encik Johari membaca surat itu dengan teliti. Reaksi wajahnya gembira tak terkata dan memeluk kedua-dua wanita di hadapannya.
" Alhamdulillah. Segala usaha Eyza tak sia-sia. Ayah dan mak betul-betul bangga dengan Eyza.", ujar Encik Johari.
Petang itu, Dania Farhanim pergi ke rumah sahabat karibnya dengan perasaan yang gembira. Sepucuk surat dibawanya bersama.
" Kau dapat kerja kat hospital mana, babe?", soal Dania Farhanim.
" Sama dengan kaulah. Kat Hospital Pantai KL.", Eyza Adriana menjawab pertanyaan sahabat karibnya.
Mereka menjerit penuh keterujaan dan berpelukan. Rasa terlalu gembira.
" Shahriz pun dapat kerja sekali dengan kita tau, Dania? Dia ada call aku tadi. Bestnya kita bertiga bekerja sekali di tempat yang sama kan?", penuh keterujaan di wajah gadis jelita itu.
" Really? Bestnya.", ujar Dania Farhanim lagi.
" Yup, babe!", ringkas sahaja jawapan Eyza Adriana sambil tersenyum manis.
Sebelum melaporkan pendaftaran diri ke hospital itu, mereka bertiga mencari rumah sewa yang berdekatan. Akhirnya, ketiga-tiga sahabat itu telah dapat menyewa di Kondominium Fajaria. Agak selesa walaupun tidak sebesar mana.
Selang beberapa hari, mereka pun berpindah ke kondominium itu. Mereka bekerjasama memunggah barang-barang. Iqmal Yusri juga turut membantu sahabat-sahabatnya.
" Fuh! Bestnya hidup membujang macam korang ni nanti kan?", ujar Iqmal Yusri.
" Jomlah duduk sekali dengan aku, Iqmal? Aku duduk sorang-sorang je kat rumah tu.", Shahriz Aryan mempelawa sepupunya.
" Good idea! Betul juga apa yang Shahriz cakap tu, awak.", ujar Dania Farhanim sambil tersenyum.
" Nanti-nantilah, awak. Saya kena bincang dengan parent saya dulu.", ujar Iqmal Yusri pula sambil tersenyum juga.
Mereka terus mengemas dan menyusun barang-barang di rumah sewa masing-masing setelah selesai memunggah barang-barang itu tadi.
" Berapa sewa sebulan, Shahriz?", Iqmal Yusri bertanya kepada Shahriz Aryan.
" RM460 je , Iqmal. Sebab tak besar mana kan? Kalau duduk berdua, bolehlah share bayar kan?", ujar Shahriz Aryan sambil tersenyum memandang Iqmal Yusri.
" Aik? Lain macam je senyum tu, Shahriz?", airmuka Iqmal Yusri agak pelik dengan senyuman yang dilemparkan Shahriz Aryan kepadanya.
" Jomlah duduk kat sini dengan aku, Iqmal. Takut duduk sorang-sorang.", Shahriz Aryan sebenarnya saja berkata begitu kerana mahu melihat reaksi Iqmal Yusri.
" Ek eleh. Yelah tu takut. Sebenarnya kau boring duduk sorang-sorang dan kau nak aku share bayar sewa rumah ni kan? Betul tak?", ujar Iqmal Yusri cuba meneka apa maksud kata-kata Shahriz Aryan tadi sambil tersenyum.
Shahriz Aryan pula hanya tersenyum nakal.
" Tunggu bisnes online aku stabil dululah, Shahriz. Aku bukan tak nak duduk kat sini dan tolong kau share bayar sewa rumah ni. Aku baru nak mula niaga kan? Modal aku dah banyak habis untuk bisnes aku tu. Kau faham kan?", ujar Iqmal Yusri lagi.
" Iqmal, aku faham. Tapi, mehla duduk kat sini dengan aku. Pasal sewa rumah ni, takpelah. Aku boleh bayar untuk sesebulan dua ni. Boringlah aku duduk sorang-sorang wey.", ujar Shahriz Aryan.
" Aku kena bincang dulu dengan ayah dan ibu aku.", ujar Iqmal Yusri pula.
" Aku confirm mereka baginya, Iqmal.", Shahriz Aryan berkata dengan penuh keyakinan sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
" Amboi, amboi!", Iqmal Yusri menggelengkan kepalanya sambil tertawa.
Shahriz Aryan juga turut ketawa. Mereka berdua memang telah rapat daripada mereka kecil lagi. Hubungan sepupu di antara mereka sudah seperti adik-beradik kandung.
Setelah berbincang dengan ibubapanya, Iqmal Yusri berpindah ke rumah sewa Shahriz Aryan. Dia semakin sibuk menguruskan perniagaan onlinenya. Shahriz Aryan, Eyza Adriana dan Dania Farhanim pula sibuk bekerja di hospital yang sama. Hubungan persahabatan di antara Eyza Adriana dan Shahriz Aryan semakin rapat. Ada pihak yang memikirkan mereka adalah sepasang kekasih.
Keakraban persahabatan mereka membuatkan Tazwin Iqbal tidak berpeluang untuk memiki cinta pertamanya lagi. Segala percubaannya untuk memenangi hati Eyza Adriana kembali tidak berjaya. Sofea Ramona pula seringkali memerhatikan tindak tanduk bekas suaminya. Dia berasa betul-betul tidak puas hati dengan Eyza Adriana. Dia juga sering memujuk Tazwin Iqbal untuk kembali ke pangkuannya semula tapi tetap gagal. Dia menganggap Eyza Adriana yang menjadi batu penghalang usahanya itu.
" Aku akan buat perempuan tu tak ada pada pandangan mata kau lagi, Tazwin. Kau tengoklah nanti apa yang aku akan buat dengan dia. Just wait and see, my dear ex-husband.", ujar Sofea Ramona bersendirian di dalam keretanya sambil memerhatikan Eyza Adriana dari jauh.
Share this novel