BAB 10 Kejar Impian dan Kejayaan Bersama-sama

Romance Completed 24098

" Eyza!!.", nama Eyza Adriana dipanggil sebaik sahaja dia masuk ke kelas. Suara itu milik Dania Farhanim, gadis yang tinggi lampai dan berkulit kuning langsat.
Eyza Adriana hanya tersenyum. Dania Farhanim pula berlari anak menurut Eyza Adriana masuk ke kelas dan meletakkan begnya ke atas kerusi bersebelahan Eyza Adriana.

" Babe, aku balik semalam kan fikir punya fikir kau dan Tazwin sesuai sangat tau?", ujar Dania Farhanim.

" Apalah yang ku merepek ni, babe? Kau ni, pagi-pagi dah mengarut.", ujar Eyza Adriana pula. Dania Farhanim hanya tersenyum nakal. Tiba-tiba muncul Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan di pintu masuk kelas mereka di mana meja Eyza Adriana dan Dania Farhanim berada di hadapan kelas betul-betul di tepi pintu masuk itu. Mata Eyza Adriana dan Tazwin Iqbal bertentangan. Kedua-dua hati mereka berdebar-debar. Keadaan sekeliling sunyi sebentar. Fikri Rizwan dan Dania Farhanim hanya tersenyum. Namun, Eyza Adriana seakan sedar tingkah laku mereka diperhatikan.

" Selamat pagi." sapanya kepada kedua-dua jejaka itu.

" Selamat pagi, Eyza.", kedua-duanya membalas sapaan Eyza Adriana dan menuju ke meja mereka. Tazwin Iqbal tersenyum malu. Eyza Adriana pula hanya menunduk malu. Pehanya dicuit Dania Farhanim sambil tersenyum nakal. Mereka berdua ketawa kecil.

KRINGGGGGGG!!!!

Telah berbunyi loceng waktu balik untuk pelajar-pelajar SMK Damansara Utama. Masing-masing keluar dari kelas dan pergi ke parkir kenderaan mereka. Ada juga yang berjalan kaki ke perhentian bas dan ada juga yang menaiki kenderaan ibu bapa mereka. Tazwin Iqbal, Fikri Rizwan, Eyza Adriana dan Dania Farhanim berjalan seiring.

" Eyza, Dania. Korang ada buat apa-apa tak petang ni? Hari ni kelas tambahan dibatalkan kan? Jom kita buat study group kat Perpustakaan Awam nak? Saya tak berapa pandai bab pengiraan formula Fizik tu. Korang boleh ajar kan?.", ujar Fikri Rizwan.

" Boleh juga tu. Eyza? Tazwin? Korang macam mana? Boleh joint sekali?.", balas Dania Farhanim. Eyza Adriana dan Tazwin Iqbal hanya tersenyum saja.

" Saya ok je.", jawab Eyza Adriana.

" Saya pun.", jawab Tazwin Iqbal pula.

" Ok, cun!! Kita jumpa pukul 3:30 petang ni kat sana ye?.", Fikri Rizwan menetapkan masa. Eyza Adriana, Dania Farhanim dan Tazwin Iqbal menganggukkan kepala tanda setuju. Mereka berempat berpakat untuk belajar secara berkumpulan di Perpustakaan Awam petang ini.

Pukul 3:10 petang, Eyza Adriana menunggu Dania Farhanim di luar rumahnya ditemani ibunya. Selang 5 minit kemudian, Dania Farhanim muncul. Eyza Adriana menyalami dan mencium tangan ibunya sebagai berkat. Dia terus menaiki kereta Dania Farhanim yang sedang menunggunya.
" Pergi dulu, makcik. Assalamualaikum.", ujar Dania Farhanim kepada Puan Salmiah dan mereka melambaikan tangan kepada wanita itu. Puan Salmiah menganggukkan kepalanya dan menjawab salam Dania Farhanim. Pada pukul 3:35 petang, mereka sampai di Perpustakaan Awam itu. Fikri Rizwan melambaikan tangan kepada kedua-dua gadis itu yang sedang melangkah untuk masuk ke Perpustakaan Awam. Mereka berdua pergi kepada Fikri Rizwan. Tazwin Iqbal juga ada di situ.

" Korang dah lama ke sampai?.", Dania Farhanim bertanya kepada mereka berdua.

" Baru juga sampai.", ringkas jawapan Fikri Rizwan.

" Guys, kita study kat luar jelah ek? Saya tak berapa selesa duduk dalam bilik yang ada aircond. Boleh kan?.", ujar Fikri Rizwan menberikan pendapat.

" Saya tak kisah pun. Korang berdua macam mana?.", soal Dania Farhanim kepada Eyza Adriana dan Tazwin Iqbal.

" Jom.", ujar Tazwin Iqbal. Ringkas.

Mereka menuju ke sebuah meja yang terletak bawah pokok yang rendang. Mereka mengulangkaji di situ. Pada pukul 4:36 petang, terdengar bunyi azan di surau berdekatan dengan Perpustakaan Awam itu.

" Guys, jom kita solat Asar dulu ye? ", ujar Eyza Adriana.

" Ok, Eyza. Lepas solat Asar kita semua pergi minum ya? Dahagalah.", ujar Tazwin Iqbal pula sambil jari-jemarinya mengusap leher.

" On je, bro. Kau belanja ek?.", Fikri Rizwan memeluk bahu sahabat baiknya dan menunjukkan jari telunjuknya ke bahu Tazwin Iqbal sambil tersenyum nakal.

" Ok, bro. No problem.", tersenyum Tazwin Iqbal menjawab pertanyaan itu sambil ibu jari dan jari telunjuknya membentuk huruf 'O' tanda OK.

Eyza Adriana dan Dania Farhanim hanya tersenyum melihat telatah dua sahabat baik itu. Mereka berempat ke surau berkenaan dan menunaikan solat Asar. Selepas siap solat, Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan menunggu kedua-dua gadis itu di kereta Tazwin Iqbal. Setelah berbincang di mana lokasi yang mereka mahu menghilangkan dahaga, mereka pun bergerak ke lokasi tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience