BAB 29 Akan Ku Cuba Selami Isi Hatimu

Romance Completed 24098

" Eyza, kenapa awak tak macam biasa? Stress sangat ke untuk last exam kita ni? Bukan saya nak busybody tapi, saya risau tengok keadaan awak macam ni.", ujar Shahriz Aryan apabila keluar dari bilik kuliah mereka.

" Saya ok je, Shahriz. Awak jangan risau ya?", respon gadis itu dengan hanya tersenyum tawar. Shahriz Aryan hanya mendiamkan diri tetapi di dalam hatinya mengatakan Eyza Adriana sedang bersedih tapi tidak tahu atas sebab apa.

Hari Sabtu minggu itu, Tazwin Iqbal dan Sofea Ramona telah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah. Hari itu amat membahagiakan pasangan itu. Namun, tiada seorang kawan Tazwin Iqbal yang hadir ke majlis itu. Dia tidak kisah. Dia hanya memikirkan kegembiraan hati Sofea Ramona sahaja.

Eyza Adriana hanya berkurung di dalam biliknya di hostel pada hari itu. Dania Farhanim tahu sahabat baiknya sedang bersedih mendengar tentang majlis pernikahan bekas kekasihnya.

" Babe, sudahlah tu. Kita tak lama lagi nak last exam kan? Memang depan mata aku ni, kau tak menangis. Tapi, aku tahu dalam hati kau tu macam mana. Aku pun perempuan, babe. Aku tahu apa perasaan kau sekarang ni.", Dania Farhanim turut bersedih melihat keadaan Eyza Adriana yang tidak ceria seperti biasa. Dia tahu betapa sakitnya hati apabila cinta pertama dimusnahkan.

" Aku ok je, babe. Cuma selesema je. Tapi, kau jangan risau. Aku dah makan ubat tadi.", Eyza Adriana cuba menafikan kenyataan Dania Farhanim tadi sambil tersenyum tawar.

" Kau boleh nak tipu orang lain. Tapi tidak dengan aku. Kau ingat kita ni baru kenal ke?", ujar Dania Farhanim. Dia duduk di hadapan Eyza Adriana yang berada di atas katilnya. Eyza Adriana tidak dapat nak selindungkan lagi perasaannya. Dia terus memeluk Dania Farhanim di hadapannya. Menangis di bahu sahabat baiknya itu. Dania Farhanim membiarkan sahaja supaya Eyza Adriana lebih merasa tenang meluahkan kesedihannya. Dia juga turut menitiskan airmatanya.

" Babe, hari ni kau pun tahu yang Tazwin nikah kan? Kau pun tahu apa yang aku rasa kan? Memang aku cakap aku dah move on. Cinta aku dah tak ada untuk dia. Tapi, aku tak boleh nak move on dengan kenangan-kenangan aku dan dia. Dia cinta pertama aku, babe.", Eyza Adriana meluahkan rasa hatinya saat ini. Airmatanya masih mengalir di bahu Dania Farhanim. Namun, dia tidak kisah dan membiarkan saja.

" Eyza.", Dania Farhanim melepaskan pelukan mereka. Ingin berbicara bertentang mata dengan gadis yang sedang bersedih itu.

" Aku faham sangat-sangat apa yang kau rasa sekarang. Memang aku tak pernah hadapinya macam kau sekarang ni tapi aku tahu betapa sakitnya cinta pertama itu dimusnahkan.", ujar Dania Farhanim yang airmatanya juga berguguran.

" Terima kasih, Dania sebab kau memang seorang sahabat aku yang ada tak kira masa aku senang atau susah.", ujar Eyza Adriana bersama tangisannya lagi.

" Kau tetap sahabat aku sampai bila-bila, babe.", ujarnya lagi. Dania Farhanim hanya menganggukkan kepalanya dan memeluk erat sahabat baiknya. Mereka menangis bersama-sama dalam pelukan itu. Memang sudah umpama lebih daripada adik-beradik hubungan persahabatan mereka.

Malam itu, Shahriz Aryan ingin berjumpa dengan Eyza Adriana di cafe yang berdekatan hostel itu. Eyza Adriana hanya mengikut sahaja. Mereka pergi ke cafe itu.

" Eyza, awak nak order air apa? Nak makan?", soal Shahriz Aryan apabila mereka sampai di cafe itu.

" Air milo suam jelah. Saya dah makan tadi, Shahriz.", ujarnya bersama senyuman. Shahriz Aryan tersenyum dan mengangguk faham. Dia pun pergi ke kaunter dan menempah minuman.

" Eyza, macam mana awak sekarang ni? Dah ok selesema tu?", sal Shahriz Aryan.

" Alhamdulillah dah ok, Shahriz. Terima kasih sebab awak bagi ubat selesema tu ya?", ringkas jawapan gadis berwajah jelita itu. Bibir mungilnya tersenyum.

" Alhamdulillah. Lega hati saya. Kalau tak, awak monyok je. Saya rindukan senyuman ceria sahabat baik saya yang sorang ni tau.", Shahriz Aryan cuba mengambil hati Eyza Adriana. Gadis berhidung mancung itu tersenyum mendengar ungkapan kata-kata jejaka tampan itu.

" Haa.. Macam tulah. Tersenyum manis je", ujar Shahriz Aryan sambil tertawa kecil.

" Ya Allah, manisnya senyuman dia.", ujar Shahriz Aryan dalam hatinya pula.
" Manisnya, manisnya senyumanmu. Tahu lagu siapa tu, Eyza?", Shahriz Aryan berceloteh lagi mengusik Eyza Adriana.

" Tahu sangat. Lagu Manisnya Senyumanmu. Kumpulan Elite nyanyi kan? Saya tahulah, kumpulan tu favourite group singer saya masa kecil-kecil dulu tau." ujar Eyza Adriana dengan nada suara yang ceria.

" That's right! Pandainya awak teka.", ujar Shahriz Aryan pula dengan nada suara yang sama. Mereka ketawa bersama. Minuman yang telah ditempah tadi sudah sampai ke meja mereka. Mereka pun minum dan berbual lagi. Shahriz Aryan gembira melihat senyuman gadis idamannya itu.
Setelah selesai minum di cafe, mereka pun berjalan bersama-sama pulang ke hostel masing-masing.

" Eyza, saya tahu awak tengah sedih dan pendam perasaan tu sekarang ni.", ujar Shahriz Aryan. Langkah mereka terhenti seketika.

" Shahriz, saya tak sedih pun. Saya happy je kan?. Tengok? Saya tersenyum ni kan?", ujar Eyza Adriana untuk menyembunyikan perasaan sebenar dalam dirinya sambil tersenyum.

" Eyza, maafkan saya kalau awak kurang selesa dengan kata-kata saya tadi. Tapi, saya tak suka kena tipu. Please, be honestly. I'm your bestfriend, right? Share with me if you have some problem.", ujar Shahriz Aryan berharap Eyza Adriana memahami isi hatinya yang tidak dapat diluahkannya sendiri.

" Shahriz, saya tahu awak seorang sahabat yang baik. Ok, esok saya bagitahu awak ye? Dah lewat malam ni. Pagi esok kita jumpa lagi. Kita brekfast sama-sama.", ujar Eyza Adriana pula sambil tersenyum. Shahriz Aryan hanya mengangguk faham dan setuju dengan kata-kata Eyza Adriana. Mereka pun pulang ke hostel masing-masing.

Sebelum Eyza Adriana sampai ke biliknya, Shahriz Aryan menghubungi Dania Farhanim. Dia meminta bantuan Dania Farhanim tentang sesuatu. Dania Farhanim bersetuju memberikan bantuan itu. Shahriz Aryan ingin berjumpa gadis kecil molek itu di luar hostel. Dania Farhanim keluar dari biliknya sebelum Eyza Adriana sampai ke bilik itu untuk berjumpa dengan Shahriz Aryan.

" Shahriz!", Dania Farhanim memanggil nama jejaka itu yang menunggunya di luar pagar hostel.

" Nah! Kunci kereta saya. Awak nak ke mana esok?", Dania Farhanim masih belum tahu tujuan Shahriz Aryan meminjam keretanya.

" Terima kasih, Dania. Saya nak ajak Eyza pergi ke Tanjung Asam hari esok. Awak nak ikut?.", ujar jejaka itu sambil tersenyum.

" Bestnya. Tapi, saya dah pergi dengan family saya masa mula-mula sampai USM ni. Tak apalah. Awak pergilah dengan Eyza. Barulah romantik nak pergi dating.", Dania Farhanim menyakat Shahriz Aryan.

" Mana ada nak pergi datingnya, Dania. Saya dan Eyza kawan je. Saja je nak jalan-jalan.", ujar jejaka tampan itu tersenyum malu. Dania Farhanim juga tersenyum.

" Betul tu. Kalau tak, Eyza asyik termenung je dalam bilik tu. Kalau tak termenung, dia study. Asyik study je boleh jammed perjalanan saraf otak kan? Dekat-dekat nak final exam ni, baguslah awak nak bawa dia jalan-jalan.", ujar Dania Farhanim panjang lebar.

" Ok, Dania. Saya pun tak nak Eyza straight study. Saya nak dia enjoy sekali-sekala. Tapi, awak jangan bagitahu apa-apa kat dia tau? Saya nak buat suprise untuk dia.", ujar Shahriz Aryan pula sambil tersenyum.

" Great! Ok, saya tak bagitahu apa-apa kat dia. Hati-hati dan jaga diri korang esok tau. Oklah, Shahriz. Saya balik ke bilik dulu ya?. Bye. Assalamualaikum.", ujar Dania Farhanim sambil tersenyum dan melambaikan tangannya kepada Shahtiz Aryan.

" Ok, Dania. Take care to you too. Thank you. Wa'alaikummussalam. Bye.", salam itu dijawabnya dan dia menunjukkan kunci kereta Dania Farhanim sambil tersenyum.

Shahriz Aryan pun berjalan balik ke hostel dan biliknya. Bahagia rasa di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience