BAB 15 Cita-cita Semakin Hampir

Romance Completed 24098

" Mak!!!", Eyza Adriana menjerit kegembiraan. Puan Salmiah bergegas ke dalam bilik anak daranya itu. Kelam-kabut dibuatnya.

" Kamu ni kenapa, Eyza?", soal Puan Salmiah kehairanan.

" Mak!! Eyza dapat surat tawaran sambung belajar kat USM!! Seronoknya!!!", ujar Eyza Adriana yang penuh keterujaan dan memeluk ibunya.

" Alhamdulillah, nak. Akhirnya kamu dapat juga capai impian kamu dan doa mak selama ni jadi kenyataan.", ujar Puan Salmiah penuh kesyukuran.

" Alhamdulillah, mak. Terima kasih kerana doakan Eyza.", makin erat pelukan Eyza Adriana kepada ibunya.

" Kalau ayah tahu, mesti ayah gembira sangat nanti. Kamu simpan dulu surat tu. Lepas kita makan tengahari nanti, baru kamu tunjuk kat ayah kamu. Barulah suprise.", Puan Salmiah memberikan pendapatnya.

" Ok, mak.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum.

Setelah selesai makan tengahari dan solat Zuhur, Eyza Adriana membasuh pinggan. Encik Johari dan Puan Salmiah pula berehat di ruang tamu. Eyza Adriana pergi ke biliknya mengambil keputusan STPM itu.

" Ayah..", Eyza Adriana memanggil ayahnya dan menghulurkan sepucuk surat.

" Surat apa ni?", soal Encik Johari. Eyza Adriana hanya tersenyum melihat ayahnya. Encik Johari terus membuka sampul surat itu dan mengambil sepucuk surat lalu membacanya dengan teliti. Puan Salmiah dan Eyza Adriana menantikan reaksi wajah Encik Johari. Setelah membaca isi surat itu, wajah Encik Johari tersenyum lebar.

" Alhamdulillah. Tahniah, nak. Miah, anak kita dapat pergi ke universiti.", Encik Johari memeluk erat anaknya. Penuh dengan rasa kegembiraan. Puan Salmiah menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

" Terima kasih, ayah.", ujar Eyza Adriana pula.
Tengahari itu amat membahagiakan keluarga Encik Johari.

Petang itu, Dania Farhanim datang ke rumah Eyza Adriana membawa khabar yang menggembirakan.

" Alhamdulillah. Aku pun ada sesuatu nak bagi kau tengok ni, babe. Kejap ek?", ujar Eyza Adriana tersenyum kepada Dania Farhanim dan masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil sesuatu.

" Nah!", Eyza Adriana menghulurkan surat tawaran belajar di USM yang diterimanya pagi tadi.

" Wow! Kat USM juga, babe?. Samalah kita. Alhamdulillah.", ujar Dania Farhanim penuh keterujaan. Begitu juga Eyza Adriana. Mereka berpelukan dengan erat.

" Babe, kawan-kawan kita yang lain apa cerita ek?", Eyza Adriana tiba-tiba teringatkan sahabat-sahabatnya yang lain.

" A'ah ek? Aku pun tak tahu. Kita semua pun dah lama tak jumpa kan? Cuma berhubung dalam Whatsapp Group je," ujar Dania Farhanim.

" Itulah pasal. Hari Sabtu ni kita pakat-pakat jumpa nak? Kita berdua akan daftar kat USM awal bulan depan kan, babe?" soal Eyza Adriana sambil mencari tarikh pendaftaran di dalam surat tawaran itu. Begitu juga Dania Farhanim.

" A'ah. 8 Julai 2013.", ujar Dania Farhanim sambil menunjukkan tarikh yang tertera di dalam surat itu.

" Maknanya lebih kurang 3 minggulah. Hmm.. Aku rasa, hari Sabtu ni kita jumpa kawan-kawan kita ok tak, babe?", Eyza Adriana menyuarakan pendapatnya.

" Hari Sabtu ni? Hmm.. Aku free. Tapi, tak tahu kawan-kawan kita yang lain. Apa-apa hak pun, kita bincang dalam Whatsapp Group malam ni ek, babe?," soal Dania Farhanim pula.

" Ok, babe!", jawab Eyza Adriana pula sambil mengenyitkan mata dan menunjukkan simbol 'OK' dengan mencantum ibu jari dan jari telunjuknya membentuk huruf 'O'. Mereka tertawa.

" Oklah, babe. Aku balik dulu. Aku nak pergi kedai ni mak aku pesan beli barang.", ujar Dania Farhanim sambil bersalam dan melagakan pipinya dengan Eyza Adriana.

" Ok, babe. Be carefully.", pesan Eyza Adriana. Dania Farhanim mengangguk dan melambaikan tangannya apabila dia telah masuk ke dalam keretanya. Begitu juga Eyza Adriana melambaikan tangannya.

" Laa.. Dania dah balik ke, Eyza? Mak buatkan air ni.", ujar Puan Salmiah membawa dulang yang mengandungi sejag air dan sepinggan biskut.

" Dia nak cepat, mak. Singgah sekejap je. Dia nak pergi kedai beli barang yang mak dia pesan.", jawab Eyza Adriana pula. Puan Salmiah hanya mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience