BAB 04 Teguran Buat Kali Pertama

Romance Completed 24098

" Hari ni, saya nak kamu semua buat 12 kumpulan. Selepas itu, buat carta organisasi kumpulan kamu. Dah siap carta organisasi tu, kamu berikan kepada Cikgu Munirah. Faham semua?", arah Cikgu Syukri yang merupakan guru disiplin SMK Damansara Utama.
" Faham,cikgu!!", kesemua calon-calon STPM itu memberikan respon kepada arahan Cikgu Syukri.

Seminar Bina Jati Diri anjuran Persatuan Motivasi sekolah mereka perlu diikuti oleh calon-calon STPM tahun ini.
Setelah selesai carta organisasi 12 kumpulan seperti yang diarahkan oleh Cikgu Syukri diserahkan kepada Cikgu Munirah,pelbagai aktiviti dijalankan di seminar itu sehingga ke petang.

Selesai mengikuti seminar berkenaan, semua pelajar yang terlibat diberikan sijil penglibatan mereka dan sesi fotografi mereka bersama barisan pendidik sekolah itu. Sepanjang perlancaran seminar itu,Tazwin Iqbal cuba menegur Eyza Adriana tetapi tidak berkesempatan walaupun mereka dalam kumpulan yang sama. Eyza Adriana tekun mengerjakan tugas-tugas yang diberikan oleh cikgu-cikgu yang terlibat dalam seminar itu.

" Eyza, aku kena balik awal hari ni. Maaf sebab aku tak boleh hantar kau balik ya? Ada atok aku datang dari kampung. ", ujar Dania Farhanim dalam keadaan kelam-kabut mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Oo..yeke? Xpelah.. Aku tak kisah, Dania. Atok kau bukan selalu datang rumah kau kan? Aku faham. Nanti kirim salam kat atok dan family kau ya? Take care.", ujar Eyza Adriana tersenyum tenang sambil memeluk sahabat baiknya itu.

" Thank you, Eyza. Ok, nanti aku sampaikan salam kau tu ya? I need to go now. Take care to you too, Eyza. I love you.", ujar Dania Farhanim sambil duduk di kerusi memandu dalam keretanya.

" Most welcome, Dania. I love you too.", balas Eyza Adriana pula sambil tersenyum melihat gelagat kelam-kabut Dania Farhanim.

" Aku nak balik dengan siapa ni? Bas pukul 6:30 petang lambat lagi. Nak bawa motor tadi, ayah nak guna. Nak suruh ayah ambil aku, dia ada kat tempat kerja lagi ni.", buntu Eyza Adriana memikirkan cara untuk dia pulang ke rumah.
" Nampaknya, terpaksalah aku tunggu bas pukul 6:30 petang tu.", Eyza Adriana akur dengan keputusan itu.
" Duduk kat kantin dululah. Boleh tengok semula aktiviti yang dah dibuat masa seminar tadi sementara nak tunggu bas tu.", bisik hatinya.

" Bro, aku balik dululah ya? Jumpa hari Isnin nanti. Bye." ,ujar Fikri Rizwan kepada Tazwin Iqbal sambil melambai tangan antara satu sama lain.
Tazwin Iqbal masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke rumah tetapi sepasang matanya tertumpu kepada seorang gadis yang berada bersendirian di kantin sekolah. Dia seakan kenal susuk tubuh gadis itu.

" Eyza tu. Kenapa dia tak balik lagi? Sorang-sorang pulak tu. Mana Dania?.", Tazwin Iqbal berbicara sendirian.
" Aku nak pergi kat dia ke tak ya? Risau pulak aku tengok dia." , kata hatinya pula.

Tazwin Iqbal cuba memberanikan dirinya ke kantin sekolah untuk berbicara buat kali pertama dengan Eyza Adriana. Berdebar rasa hatinya.

" Assalamualaikum, Eyza.", salam Tazwin Iqbal diberikan kepada Eyza Adriana.

" Wa'alaikummussalam..", Eyza Adriana menjawab salam daripada Tazwin Iqbal dengan nada yang agak terkejut. Dia memalingkan wajah dan badannya berhadapan dengan Tazwin Iqbal.

" Eh! Tazwin. Ingatkan siapa tadi. Awak tak balik lagi?.", Eyza Adriana memulakan bicara untuk menyembunyikan rasa terkejutnya sebentar tadi.
Tazwin Iqbal hanya tersenyum manis mendengar pertanyaan Eyza Adriana.
" Saya baru je nak tanya soalan tu kat awak.", ujar Tazwin Iqbal pula.

Eyza Adriana tersenyum.
" Saya nak tunggu bas pukul 6:30 petang ni. Sekarang baru pukul 5:15 petang. Jadi, saya tunggulah kat kantin ni. Nak tunggu kat bus stop rasa tak selamat pulak.", jelas Eyza Adriana.

Tazwin Iqbal hanya mengangguk tanda dia faham apa yang Eyza Adriana maksudkan.

" Oo..kenapa awak tak tunggu kat pondok pengawal je, Eyza? Kan lebih selamat kat situ? Ada pak cik guard. Kat kantin ni awak duduk sorang-sorang je. Bahaya tau.", Tazwin Iqbal cuba menggambarkan kebimbangannya terhadap gadis itu. Eyza Adriana hanya mendengar dan tersenyum.

" Takpelah, Tazwin. Saya lebih selesa kat sini. Lagipun, tak manis kan saya dan pak cik guard duduk berdua je kat situ?", jelasnya sekali lagi.

" Hmmm..betul jugak tu. Dania mana ya? Biasanya korang berdua?." , soal Tazwin Iqbal.

" Dania ada hal kena balik cepat ke rumahnya, Tazwin.", Eyza Adriana menjawab soalan itu dengan tenang.

Perbualan mereka terhenti. Kelu untuk bersuara. Debaran di hati Tazwin Iqbal makin kencang. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Eyza Adriana menyimpan barang-barang yang dikeluarkannya tadi masuk ke dalam beg galasnya semula.

" Eyza, boleh kita duduk kat bus stop tu? Saya boleh temankan awak kat situ.", Tazwin Iqbal memberanikan dirinya bertanya sedemikian.

" Boleh juga. Rasa selamat ada 'hero' dengan saya kat bus stop tu.", Eyza Adriana menjawab pertanyaan itu dengan nada gurauan yang disertakan sekali senyuman yang manis di bibir mungil milik gadis itu.

Makin kencang debaran di dada Tazwin Iqbal. Sebelum ini, dia menyangkakan Eyza Adriana seorang yang serius. Mereka pergi berjalan menuju ke perhentian bas. Jam tangan Eyza Adriana sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang.
Mereka masih membisukan diri sehingga Tazwin Iqbal bersuara memecahkan situasi sepi itu.

" Eyza, tumpang kereta saya jelah. Saya hantar awak balik.", Tazwin Iqbal memperlawa Eyza Adriana menumpang kereta Toyota Vios TRD miliknya.

" Takpelah,Tazwin. Saya naik bas je. Dah pukul 6:15 petang ni. Kejap lagi adalah bas tu", Eyza Adriana menolak pelawaan Tazwin Iqbal dengan penuh sopan.
Tazwin Iqbal terkedu dengan jawapan Eyza Adriana. Tersenyum tawar.

" Gopohlah kau ni, Tazwin. Baru first time kot kau tegur dia? Dah tentu dia tak selesa nak tumpang kereta kau. Apalah kau ni. Be cool,man..", hati Tazwin Iqbal berbicara. Mereka membisukan diri masing-masing. Lagi 5 minit sebelum pukul 6:30 petang, bas yang Eyza Adriana tunggu pun sampai.

" Tazwin, bas saya dah sampai tu. Terima kasih ya temankan saya kat bus stop ni?", ujar Eyza Adriana menghargai bantuan Tazwin Iqbal.

" Oh! Bas dah sampai ya? Ok,Eyza.. Small matter je tu. Hati-hati. Bye.", balas Tazwin Iqbal melambaikan tangan kepada Eyza Adriana sambil tersenyum manis.

"Ok, Tazwin. Bye", Eyza Adriana pula membalas lambaian jejaka yang berlesung pipit itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience