BAB 30 Cinta Itu Sudah Mula Bertapak Dihatiku

Romance Completed 24098

Pagi Ahad itu, Shahriz Aryan sudah menunggu Eyza Adriana di luar pagar hostel. Gadis itu memakai baju kurung mini berwarna hijau buah zaitun dan selendang Naelofar Hijab kegemarannya yang berwarna merah muda. Terserlah keayuannya membuatkan hati Shahriz Aryan berdegup kencang.

" Ya Allah, cantiknya dia. Macam bidadari.", ujar hati kecilnya. Dia pula memakai T-shirt berwarna biru laut, seluar jeans hitam dan bertopi di kepalanya. Kacak dan bergaya. Amat sesuai dengan Eyza Adriana yang anggun jelita.

" Assalamualaikum, Shahriz . Morning.", Eyza Adriana memulakan bicara mereka pada pagi itu sambil tersenyum.

" Wa'alaikummussalam, Eyza. Morning, beautiful.", ujar Shahriz Aryan yang juga tersenyum. Haruman minyak wangi Eyza Adriana menusuk ke hidungnya.

" Wanginya perfume awak hari ni, Eyza? Saya suka bau perfume ni. Perfume De 'Xandra kan? Kalau tak silap nama perfume ni Forbidden. Rose by Avril Lavigne kan?", Shahriz Aryan cuba meneka nama minyak wangi yang dipakai oleh Eyza Adriana.

" Yup! Eh! Macam mana awak tahu?", Eyza Adriana terasa agak hairan.

" Kakak saya ejen perfume De ' Xandara, Eyza. Saya pun pakai perfume tu juga. Armani Code.", ujar Shahriz Aryan.

" Oh! Patutlah awak tahu. Perfume awak pun wangi juga, Shahriz.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum.

" Eyza, awak tunggu kat sini kejap ya? Tunggu tau.", Shahriz Aryan meminta Eyza Adriana menunggunya di situ.

" Awak nak pergi mana, Shahriz?.", soal Eyza Adriana.

" Saya tertinggal barang pula kat bilik. Awak tunggu kejap ya?", ujarnya lagi. Tersenyum. Sebenarnya, dia ingin memandu kereta Dania Farhanim yang dipinjamnya malam tadi.

Kereta itu dipandunya ke hadapan Eyza Adriana. Eyza Adriana pada mulanya berfikir kereta itu dipandu Dania Farhanim. Namun, dia agak terkejut apabila Shahriz Aryan yang keluar daripada tempat duduk pemandu kereta itu.

" Suprise!!", ujar Shahriz Aryan kepada Eyza Adriana. Jejaka itu membuka pintu di tempat duduk hadapan sebelah tempat duduk pemandu.

" Silakan masuk, tuan puteri.", Shahriz Aryan mempersilakan Eyza Adriana seperti seorang putera yang mempersilakan seorang puteri menaiki kereta kuda. Sungguh romantik.

" Thank you, my prince.", ujar si jelita, Eyza Adriana dengan senyuman manisnya sambil masuk ke dalam kereta itu.

" Most welcome, my princess.", jejaka tampan itu juga tersenyum. Pintu kereta itu ditutup dan dia pergi ke tempat duduk pemandu.

" Are you ready?", ujarnya lagi.

"Yes!", Eyza Adriana memberi respon balas.

Shahriz Aryan membaca doa menaiki kenderaan dalam hatinya dan terus memandu kereta itu keluar dari perkarangan USM. Mereka pergi ke Restoran Nasi Kandar Pelita untuk sarapan pagi itu. Setelah tempahan makanan mereka diambil, mereka berbual sambil menunggu makanan itu sampai ke meja mereka.

" Shahriz, pandai awak dan Dania berpakat ya? Patutlah dia tak nak ikut saya tadi. Lepas tu, konon-kononnya tadi awak tertinggal baranglah sangat.", Eyza Adriana membuka bicara mereka di situ sambil sepasang matanya memandang geram kepada jejaka yang telah lama ada hati kepadanya itu. Jejaka itu hanya tersengih nakal saja.

" Ni kan last sem kita? Tak lama lagi, final exam kita kat USM. Saya nak berjalan berduaan dengan awak, Eyza. Nak jadikan hari ni sweet memory kita masa study kat sini.", manis bicaranya jejaka yang menjadi rebutan kebanyakan gadis di USM itu.

" Sweet memory dengan saya?", ujar Eyza Adriana cuba mengorek rahsia perasaan Shahriz Aryan dengan wajah yang penuh tanda tanya.

" Yalah. Awak sorang je kawan baik perempuan saya kat USM tu. Takkanlah saya nak ajak Dania pula? Nanti Iqmal cemburu.", Shahriz Aryan memberikan jawapan kepada soalan gadis bermata bulat itu. Eyza Adriana ketawa. Begitu juga dengan Shahriz Aryan.

" Eyza, please!. Fahami isi hati aku ni. Dan, hari ni aku nak tahu kenapa kau sebenarnya nampak sedih sebelum ni. Please tell me, Eyza.", bicara hati kecil Shahriz Aryan. Matanya pula hanya memerhatikan wajah jelita di depannya itu.

Makanan yang ditempah tadi sudah sampai ke meja mereka. Mereka membaca doa makan dan makan bersama-sama.

Setelah selesai makan, Shahriz Aryan membayarnya di kaunter dan mengajak Eyza Adriana pergi ke parkir kereta. Shahriz Aryan membuka pintu kereta itu dan Eyza Adriana pun masuk ke dalamnya.

" Terima kasih, Shahriz.", ujar Eyza Adriana. Tersenyum.

" Sama-sama kasih, Eyza.", Shahriz Aryan menjawab ucapan itu. Tersenyum juga.

" Kita nak ke mana pula ni, Shahriz?", soal Eyza Adriana apabila Shahriz Aryan berada di kerusi pemandu.

" I have a suprised for you, Eyza. Saya akan bawa Eyza ke tempat tu." ujar jejaka itu sambil tersenyum.

" Hmm.. Ada suprised lagi? Ok, jom!", ujar Eyza Adriana. Teruja ingin mengetahui kejutan yang seterusnya.

Mereka pun menuju ke Tanjung Asam. Mengambil masa lebih kurang 30minit. Eyza Adriana dan Shahriz Aryan bersembang sepanjang perjalanan itu.

Akhirnya, mereka pun sampai di Tanjung Asam. Terasa segar udara di situ. Eyza Adriana rasa seronok berada di situ. Matanya dipejamkan dan menarik nafasnya dalam - dalam mengamati udara yang segar di tepi pantai itu. Shahriz Aryan juga berbuat demekian.

" Tadaa.. Ini suprisednya, Eyza. Awak suka tak tempat ni?", ujar Shahriz Aryan sambil tersenyum manis memandang Eyza Adriana.

" Suka sangat, Shahriz. Thank you bawa saya ke sini ya?", Eyza Adriana menghargai lagi kejutan yang diberikan oleh jejaka itu sambil tersenyum manis.

" Thank you lagi? Eyza, Eyza. It's ok. Saya cuma nak awak happy je.", ujar Shahriz pula. Eyza Adriana masih tersenyum seperti tadi. Shahriz Aryan pula memandang kepada kebanyakan orang awam yang pergi ke situ. Ada yang mandi laut bersama keluarga dan kawan-kawan. Ada yang berkelah.

" Ramai juga orang pergi ke sini, Shahriz?", soal Eyza Adriana untuk menyambung perbualan di antara mereka lagi.

" Hari minggu kan, Eyza? Lagipun, memang saya nak bawa awak di tempat yang ramai orang. Takkanlah saya nak ajak awak pergi menginap di chalet pula kan?,", ujar Shahriz Aryan hanya berjenaka. Dia tahu Eyza Adriana bukan gadis sebegitu.
Eyza Adriana berubah wajah. Shahriz Aryan mula merasa bersalah dengan kata-katanya.

" Hmm. Eyza, maafkan saya andai kata-kata saya tadi membuatkan awak rasa tak selesa. Saya tak sengaja. Saya hanya bergurau je. I'm so sorry.", Shahriz Aryan betul-betul meminta maaf kepada Eyza Adriana.

" Shahriz, it's ok. Saya tahu awak bukan lelaki macam tu dan awak mesti nak tahu kenapa muka saya berubah bila awak cakap macam tu kan? Saya pun dah janji nak bagitahu awak hari ni kan? Ok. Jom saya bagitahu awak apa sebabnya.", ujar Eyza Adriana sambil jarinya menunjuk ke arah pokok yang rendang di situ. Shahriz Aryan mengikut sahaja.

" Yes!! Finally, dia akan bagitahu aku juga. That's what I want.", bisik hati Shahriz Aryan. Betapa gembiranya dia.

" Shahriz, awak pernah bercinta tak?", Eyza Adriana memulakan bicara.

Shahriz Aryan hanya menggelengkan kepalanya.

Eyza Adriana terus memulakan cerita cinta pertamanya yang telah terkubur. Shahriz Aryan hanya tekun mendengar. Akhirnya, dia faham kenapa Eyza Adriana bersikap lain semenjak dua menjak sebelum ni.

" Eyza, cinta pertama tak semestinya akan berakhir dengan pernikahan. Sedangkan yang dah berkahwin pun, ada yang bercerai. Sabarlah, Eyza. Tapi awak patut bersyukur sebab Allah dah jauhkan jodoh awak dengan lelaki macam tu kan? Pastinya akan ada jodoh yang lebih baik daripada dia. Percayalah, Allah sebaik-baik Pencipta. Sekarang ni, just focus for our final exam.", ujar Shahriz Aryan panjang lebar untuk memberikan kata-kata semangat kepada Eyza Adriana. Gadis yang telah menjadi pemilik hatinya. Namun, perasaan istimewa itu masih dipendam tanpa diketahui sesiapa termasuk Fakhrul Nazmi.

" Yup! That's right!. Berdebar rasanya kita dah nak final exam ni kan? Apa-apa pun, good luck for you, my BFF.", ujar Eyza Adriana untuk mengalih topik perbicaraan mereka sambil tersenyum memandang jejaka itu.

" Tau takpa. Good luck for you too, Eyza. My sweet BFF.", ujar Shahriz Aryan pula yang memberi respon yang sama seperti Eyza Adriana.

" Eh! Terasa laparlah, Eyza. Jom kita pergi makan nak? Dah pukul 1:15 petang dah ni.", Shahriz Aryan menyambung perbualan mereka setelah melihat jam G-Shock berwarna biru di pergelangan tangannya.

"A'ah kan? Sekejapnya masa.", ujar gadis bertubuh ramping itu.

Mereka pun beredar dari situ dan menuju ke restoran berhampiran untuk mengisi kekosongan perut. Shahriz Aryan memandu masuk ke sebuah restoran yang tertera nama ' LAKSA TEMPURUNG '. Eyza Adriana seakan-akan terpesona dengan permandangan di restoran itu.
" Tadaa.. Cantik kan permandangan kat sini?", ujar Shahriz Aryan sambil tersenyum dan mengangkat keningnya.

" Suprised lagi, Shahriz? Allahu. Awak ni penuh dengan kejutan tau. Anyway, thank you so much, my BFF. But, kali ni saya pula yang belanja awak ok?", ujar gadis yang berwajah jelita itu.

" It's ok, my BFF. Biar saya je yang belanja. Laksa dan ABC kat sini sedap dan unik tau.", ujar jejaka tampan itu lagi.

" Ok. Jom order laksa dan ABC yang awak cakap unik tadi.", ujar gadis itu dengan nada yang penuh keterujaan.

" Orait, madam!", Shahriz Aryan berseloroh.

Mereka menempah makanan-makanan itu kepada pelayan restoran yang berdiri menunggu tempahan di meja mereka. Tidak lama selepas itu, makanan yang ditempah itu pun sampai. Mereka pun makan.
" Wow! Memang uniklah laksa dan ABC kat sini, Shahriz. Mereka letak dalam tempurung dan rasanya pun lain daripada laksa dan ABC yang pernah saya makan tau. Nak cakap ape yang lain tu pun saya tak tahulah, Shahriz. Boleh viral ni. Serius sedap. Dengan permandangan yang cantik.", Eyza Adriana betul-betul teruja.

Eyza Adriana mengambil gambar hidangan mereka, papan tanda restoran dan permandangan di situ. Kemudian, diposkan ke media sosial Fac dan Instagram miliknya. Shahriz Aryan tersenyum puas melihat respon Eyza Adriana yang penuh keterujaan itu. Kemudian, mereka berswafoto bersama tapi tidak diposkan ke media sosial. Cukup sekadar dijadikan kenangan di antara mereka.

Setelah selesai makan dan membayar hidangan tadi, mereka bergerak ke kereta. Mereka terjumpa sebuah surau berdekatan di kawasan Pantai Tanjung Asam. Surau Pasir Belanda. Mereka berhenti di situ untuk menunaikan solat Zuhur. Setelah selesai bersolat, mereka pergi ke parkir kereta. Jam di tangan Eyza Adriana sudah menunjukkan hampir pukul 3:00 petang.

" Dah dekat pukul 3 dah, Shahriz. Cepatnya masa berlalu, kan? Tak puas round kat sini. Saya suka tempat ni. Best.", ujar gadis itu dan masih tersenyum. Shahriz juga tersenyum melihat keseronokan yang penuh keterujaan di wajah Eyza Adriana. Namun, masih ada kejutan yang belum dia berikan kepada gadis idamannya itu.

" Takpa, Eyza. Nanti kalau ada rezeki, kita pergi lagi. In Shaa Allah. Ada kejutan lagi untuk awak ni tau. Kalau dah pergi ke Tanjung Asam ni wajib pergi ke tempat tu. Rasanya mustahil kalau awak tak pernah dengar nama tempat tu, Eyza.", ujar Shahriz Aryan. Masih tersenyum lagi.

" Shahriz, kejutan apa lagi ni? Allahuakbar. Insan ini penuh dengan kejutannya. Semoga dia selalu diberkati-Mu. Aamiin.", ujar Eyza Adriana sambil menadah tangannya mendoakan yang baik-baik untuk Shahriz Aryan.

" Aamiin.Thanks a lot, my BFF. Jom kita pergi ke tempat tu." ,ujar jejaka itu pula.
Tersenyum bahagia.

Kereta itu dipandu menuju ke kedai ' Jeruk Madu Pak Ali'. Eyza Adriana sekali lagi teruja. Mereka berdua turun dari kereta dan pergi ke kedai jeruk yang hangat dibualkan di media-media sosial. Dania Farhanim juga pernah menyebut tentangnya. Eyza Adriana membeli jeruk-jeruk kegemarannya dan Dania Farhanim di situ. Shahriz Aryan juga begitu. Untuk Fakhrul Nazmi. Setelah selesai membayar jeruk-jeruk itu, mereka pun menuju ke parkir mereka untuk pulang ke USM.

" Shahriz, saya nak bayar tadi pun awak tak bagi. Semuanya awak belanja. Terima kasih sekali lagi, Shahriz. Semoga awak dimurahkan rezeki. Aamiin.", ujar gadis bermata bulat itu. Tersenyum.

" Sama-sama, Eyza. Aamiin. Tak ada hallah. Saya ikhlas buat semua tu. Terima kasih juga kerana mendoakan saya.", ujar Shahriz Aryan pula.

" Eyza, boleh tak awak panggil saya, Shah je? Rasanya itu lebih mesra.", sambungnya lagi.

" Ok, Mr. Shah!", ujar Eyza Adriana sambil menabik tangan kepada Shahriz Aryan. Mereka tertawa dan pulang ke USM.

Mereka pun tiba di USM.

" Eyza, kunci kereta ni pulangkan kat Dania ya? Ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat dia. Oklah, Eyza. Saya nak balik ke hostel dulu. Nak solat Asar. Dah pukul 5 petang dah ni. Kirimkan salam saya kat dia ya?. Take care.", ujar jejaka yang berbadan sasa itu.

" Ok, Shah. Terima kasih atas segalanya hari ni.", ujar balas Eyza Adriana pula.

" Tengok? Terima kasih lagi?", ujar Shahriz Aryan sambil tersenyum.

" Yalah. Saya happy sangat-sangat hari ni, Shah.", Eyza Adriana berterus-terang mengenai perasaannya hari ini.

" Memang saya nak awak happy je. Saya tak nak awak stress sebab tak lama lagi kita nak final exam kan? Saya nak kita sama-sama capai cita-cita kita. Itu je , Eyza.", ujar Shahriz Aryan tersenyum melihat wajah Eyza Adriana sentiasa tersenyum hari ini.

Terasa bahagia yang tak terhingga di hatinya. Eyza Adriana pula rasa terharu. Mahu saja dia menangis kerana terlalu gembira mempunyai sahabat lelaki yang baik seperti Shahriz Aryan. Namun, dia tahan airmatanya daripada mengalir kerana tidak mahu jejaka itu risau.

" Oklah, Shah. Bye. Assalamulaikum.", ujar gadis idaman Shahriz Aryan itu sambil melambaikan tangannya dan langkahnya pula menuju ke hostel.

Salamnya dijawab Shahriz Aryan dan dia juga melangkah pulang ke hostelnya. Dihatinya terasa puas melihat kegembiraan di wajah Eyza Adriana.

Mereka pun sampai di bilik masing-masing. Shahriz Aryan memberikan jeruk-jeruk yang dibelikannya untuk Fakhrul Nazmi. Selepas itu, dia mandi dan solat Asar. Begitu juga dengan Eyza Adriana. Diserahkan juga kunci kereta Dania Farhanim.

Hari itu amat bermakna bagi mereka berdua. Pada malam itu, gambar-gambar swafoto mereka dilihat berkali-kali.

" Pudarlah nanti gambar korang tu, Eyza.", Dania Farhanim mengusik sahabat baiknya. Ketawa nakal.

" Aik? Nampak je kau ni.", Eyza Adriana tersipu malu.

Dania Farhanim hanya tertawa. Di hatinya terasa lega melihat wajah Eyza Adriana yang ceria dan tidak muram seperti sebelum ni.

" Eyza, kau dah jatuh cinta ke dengan Shahriz tu? Dia tu baik kan? Dahlah handsome, sado, tinggi dan macam-macam lagilah. Perfect! Dan sesuai sangat dengan kau, Eyza.", ujar Dania Farhamin sambil jarinya membentuk huruf 'O' tanda OK.

" Pandai-pandai kau je. Dah! Dah! Study! Study!" , Eyza Adriana tersenyum malu diusik Dania Farhanim dan mencari alasan supaya tidak diusik lagi.

Dania Farhanim tertawa nakal. Mereka pun mengulangkaji. Tinggal sebulan lagi masa untuk mereka menduduki peperiksaan terakhir sebelum menamatkan pengajian mereka di situ.

" Aku tahu kau dah mula suka dan sayangkan Shahriz tu, Eyza. Jelas sangat semua tu. Kalau kau tak suka dan sayangkan dia, takkanlah kau boleh keluar berdua dengan dia macam hari ni. Masa kau couple dengan Tazwin dulu, takdanya kau nak keluar berdua dengan dia. Memang sah kau dah mula suka dan sayangkan Shahriz! 100%! Tapi, kau tak nak bagitahu aku. Kau takut dikecewakan lagi. Sabarlah, Eyza. Take your time. Aku harap kau akan bahagia dengan Shahriz suatu hari nanti. Aamiin.", hati Dania Farhanim berbisik dan mendoakan yang terbaik buat sahabat baiknya. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat gadis itu di hadapannya tanpa disedari oleh Eyza Adriana yang sedang asyik mengulangkaji.

" Shah, sebenarnya aku dah mula suka kau masa kita mula rapat sebelum ni. Tapi, hari ni aku rasa aku dah mula nak sayamgkan kau pula. Tapi, aku takut nak mengakuinya. Cinta pertama aku dah hancur bertahun-tahun yang lalu. Andainya ada jodoh di antara kita, ia takkan salah alamat. In Shaa Allah.', kata hati Eyza Adriana pula.

Mereka pun mengulangkaji. Masing-masing hanya bermonolog dalam hati sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience