BAB 09 Akan Kucuba Menyelami Hatimu

Romance Completed 24098

Pagi Jumaat hari ini membuatkan hati Eyza Adriana berdebar. Tidak pernah dia merasakan sebegitu. Fikri Rizwan pula berasa amat teruja untuk mengetahui jawapan tentang soalannya malam tadi.
Selepas selesai kelas tambahan Sejarah pada petang itu, Fikri Rizwan pergi ke meja Eyza Adriana yang sedang mengemas alat-alat tulisnya ke dalam beg galas. Dia sudah mengetahui tujuan Fikri Rizwan. Tazwin Iqbal mengikut sahaja Fikri Rizwan tanpa dia mengetahui tujuan sebenar sahabat baiknya itu walaupun hatinya masih berdebar apabila berhadapan dengan gadis bermata bulat itu. Fikri Rizwan mengangkat kening sambil tersenyum manis kepada Penolong Ketua Pelajar itu. Dania Farhanim agak pelik dengan sikap mereka bertiga. Selesai mengemas alat-alat tulisnya, Eyza Adriana bangun dan berhadapan dengan Fikri Rizwan.

" Secara jujurnya... Ya, saya suka dia.", ringkas jawapan Eyza Adriana sambil tersenyum kepada kedua-dua jejaka tampan di hadapannya. Fikri Rizwan tercengang seketika dan tersenyum puas dengan jawapan Eyza Adriana. Tazwin Iqbal dan Dania Farhanim pula terkulat-kulat tidak memahami apa-apa.

" Tapi, cuma sebagai seorang kawan dan tak lebih daripada tu.", sambung bicaranya lagi. Fikri Rizwan mengangguk dan tersenyum. Eyza Adriana juga memberikan respon yang sama sambil memandang Tazwin Iqbal. Debaran hati Tazwin Iqbal semakin kencang.

" Baik, madam!!", ujar Fikri Rizwan sambil tangannya tabik di atas dahi. Eyza Adriana hanya tersenyum. Mereka keluar bersama dari kelas ke tempat parkir kenderaan mereka.

Sebaik sampai di parkir motor Eyza Adriana, Dania Farhanim bertanyakan tentang kejadian yang baru sahaja berlaku tadi.

" Babe, sebenarnya apa yang ada aku tak tahu ni wey??.", tanya Dania Farhanim kepelikan. Eyza Adriana hanya tersenyum dan secara jujur pada dirinya, dia rasa amat lega.

" Fikri ada tanya yang aku ni suka ke tak kat BFF dia tu? So, apa yang kau dengar tadi, itulah jawapan aku.", jujur sahaja Eyza Adriana menjawab soalan Dania Farhanim. Terbeliak biji mata Dania Farhanim mendengarnya.

" Seriously, babe? Bukan kau cakap hari tu Tazwin tu bukan taste kau ke?.", soal Dania Farhanim lagi.

" Babe, salah ke aku anggap dia tu sebagai seorang kawan je walaupun dia bukan taste aku? Aku ni lebih fikirkan tentang real STPM tau tak? Kita tinggal lagi 3 minggu je dah, babe. Hal-hal selain STPM, aku letak tepi dulu. Fokus pada masa depan kita dulu. Aku tak nak berselirat kepala memikirkan hal selain STPM yang lebih penting buat aku masa ni. Do you got what I mean?.", soal Eyza Adriana pula. Dania Farhanim tersenyum dan mengangguk tanda faham dengan maksud kata-kata Eyza Adriana.

" Babe, aku gerak dululah ek? Nak balik mandi. Badan dah melekit ni.", ujar Eyza Adriana yang kelihatan tidak selesa dengan keadaan tubuh badannya.

" Ok, babe. Take care.", ujar Dania Farhanim pula sambil tersenyum dan melambaikan tangannya. Eyza Adriana juga memberi respon yang sama. Dania Farhanim pergi ke parkir keretanya dan pulang ke rumah.

" Bro, apa yang kau dan Eyza bualkan tadi? Korang cakap tentang siapa? Kenapa kau tak ada pun bagitahu aku apa-apa?", bertalu-talu soalan Tazwin Iqbal bertanya kepada Fikri Rizwan.

" Kau ni, tanya aku mengalahkan polis..", seloroh Fikri Rizwan.

" I'm serious right now, bro. Please tell me all about this." Semakin tidak keruan hati Tazwin Iqbal selagi dia tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku tadi.

" Ok,ok. Semalam, aku ambil kan nombor telefon dia? Malam tadi, aku whatsapp dia tanya dia suka kat kau tak? Tapi, dia balas akan bagitahu jawapan dia lepas kita habis kelas tambahan hari ni. So, kau pun dah dengar tadi kan apa jawapan dia?", ternganga mulut Tazwin Iqbal mendengar penjelasannya. Seakan tak percaya apa yang didengarnya baik di mulut Fikri Rizwan atau Eyza Adriana.

" Woit, bro! Kau apahal macam kena sampuk hantu ni? This is real, bro.", ujar Fikri Rizwan lagi sambil tersenyum geli hati melihat gelagat sahabat baiknya itu.

" Kau ni, malunyalah aku. Adoyai.. Kenapalah kau tak ada pun bagitahu aku tentang hal ni?", ujar Tazwin Iqbal sambil meraut wajahnya yang kemerah-merahan sambil tersenyum. Perasaan malu yang amat sangat menguasai diri jejaka itu ketika ini. Fikri Rizwan pun hanya tersenyum.

" Dah kau tu lambat sangat bertindak? Aku tengok lepas kau tegur dia hari tu, kau dah lain tau? Kurang bercakap dan mata kau asyik cari dia je. Aku dah lama perhatikan cara kau cuba untuk rapat dengan dia daripada dulu lagi. Sampai bila nak pendam, bro? Aku tak nak nanti kau patah hati.", jelas Fikri Rizwan panjang lebar. Tazwin Iqbal hanya menunduk.

" Aku segan nak tegur dia, bro. Apatah lagi, untuk aku rapat dengan dia? Kau pun nampak dia mana ada rapat sangat dengan pelajar-pelajar lelaki kan? Kecuali kalau ada cikgu suruh buat study group. Dia lain, bro. Dia jenis perempuan yang tak bebas macam perempuan lain. Itu je, bro.", penuh perasaan Tazwin Iqbal meluahkan pengakuannya. Fikri Rizwan masih tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

" Bro, dengan pelajar-pelajar perempuan lain kau tak adalah macam ni. Sebenarnya, kau dah jatuh cinta dengan Eyza tu. Tapi, kau takut perasaan tu tak dibalas kan? Jadi, kau pendam je. Relax, bro. Eyza kan sukakan kau juga? Kau dengar tadi kan?", Fikri Rizwan cuba membuatkan Tazwin Iqbal betul-betul mengaku tentang perasaan yang terindah itu. Tazwin Iqbal hanya tunduk dan mendiamkan diri.

" Oklah, bro. Ya, aku mengaku memang aku dah jatuh cinta dengan dia sejak dia dilantik jadi Penolong Ketua Pelajar sebab kami banyak buat kerja pengurusan bahagian pelajar kat sekolah ni sama-sama. Tapi, masa tu je kami bercakap hanya hal kerja. Lepas tu, kami buat hal masing-masing. Kalau kau jadi aku, boleh ke kau tahan perasaan yang macam ni kalau kau jumpa perempuan yang boleh buat hati kau tak nak perempuan lain selain dia?. Kau tak rasa lagi, bro. Aku cuba sedaya-upaya sorok perasaan ni. Tapi, makin lama makin tak boleh sebab tak lama lagi, kita akan habis exam STPM dan aku takkan jumpa dia macam sekarang ni, bro.", bersungguh-sungguh Tazwin Iqbal menjelaskan kenyataan itu. Fikri Rizwan tekun mendengarnya.

" Sebab itulah aku buat macam ni, bro. Beranikan diri kau. Cinta pertama takkan sama dengan cinta yang kedua, ketiga atau seterusnya. Aku dah rasa semua ni walaupun cinta kami bukan satu sekolah macam kau dan Eyza yang selalu kau nampak di depan mata. Yang penting, kepercayaan tu jangan dimusnahkan. Simple kan? Bro, kau fikir-fikirkan apa yang aku cakap ni sebelum terlambat.", ujar Fikri Rizwan sambil tangannya menepuk bahu Tazwin Rizwan.

" Thank you, bro. Kau amat memahami aku. Thank you so much. Aku akan cuba untuk dapatkan cinta pertama aku.", ujar Tazwin Rizwan sambil menggenggam tangan sahabat baiknya itu. Mereka tersenyum dan melagakan dada sambil ketawa.

" No hal la, bro. Aku nak tengok kau happy je. Bila kau happy, aku lagi happy.", ujar Fikri Rizwan pula. Mereka ketawa lagi. Begitulah keakraban hubungan persahabatan di antara Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan. Mereka memandu kereta dan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience