KRINGGGGGGGGG!!!!
Loceng sekolah berbunyi. Masa rehat untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 Atas. Fikri Rizwan kelihatan agak pelik dengan tingkah laku kawan karibnya itu. Daripada tadi sepasang mata Tazwin Iqbal mencari seseorang.
" Wey,bro! Kau cari siapa?", sapa Fikri Rizwan.
" Tak cari sesiapa pun.", Tazwin Iqbal cuba menyembunyikan perasaannya.
" Aku tahu kau cari siapa. Kau cari Eyza Adriana kan?", Fikri Rizwan cuba meneka. Pandang tepat ke arah wajah Tazwin Iqbal.
" Mana ada.. ", Tazwin Iqbal tetap menafikan tekaan Fikri Rizwan.
" Bro, aku kenal kau daripada kita sekolah tadika lagi tau? Kita ni dah macam adik-beradik dah. Aku dah lama tengok gerak-geri kau,bro. Kau memang suka kat Eyza kan? Betul tak?", Fikri Rizwan cuba mendesak Tazwin Iqbal jujur dengannya. Namun, Tazwin Iqbal hanya mendiamkan diri tetapi matanya tetap tertumpu kepada gadis yang memiliki raut wajah yang menenangkan hatinya itu. Fikri Rizwan hanya tersenyum. Habis waktu rehat, mereka semua masuk ke kelas untuk menimba ilmu.
" Eyza, awak free tak bila dah habis kelas tambahan Kimia ni?", Fikri Rizwan bertanya kepada Eyza Adriana sementara menunggu Cikgu Danial masuk ke kelas untuk mengajar subjek Kimia. Tazwin Iqbal tidak mengetahui tentang hal ini kerana dia pergi ke tandas.
" Saya terus balik ke rumah. Kenapa Fikri?", Eyza Adriana bertanya kepada jejaka berkulit sawo matang itu.
" Hmm.. Kalau saya nak nombor whatsapp awak boleh? Saya ada sesuatu nak tanya awak ni.", pinta Fikri Rizwan.
" Boleh je." , Eyza Adriana menjawab ringkas sambil tersenyum. Tanpa berfikir panjang, Eyza Adriana menulis nombor telefonnya atas secebis kertas dan memberikannya kepada Fikri Rizwan.
" Ni nombor whatsapp saya.", Eyza Adriana memberikan secebis kertas itu kepada Fikri Rizwan.
" Terima kasih, Eyza.", ujar Fikri Rizwan bersama senyumannya.
" Sama-sama, Fikri.", jawab Eyza Adriana yang turut membalas senyuman Fikri Rizwan. Dania Farhanim hanya memerhatikan mereka berdua. Selepas Fikri Rizwan balik semula ke mejanya, Dania Farhanim mencuit bahu Eyza Adriana. Eyza Adriana agak terkejut.
" Kau bagi apa kat Fikri tu tadi, babe?.", tanya Dania Farhanim.
" Fikri nak nombor whatsapp aku. So, aku bagilah.", tulus jawapan Eyza Adriana.
" Ooo... Dia nak ayat kaulah tu, Eyza.", Dania Farhanim mengusik Eyza Adriana sambil tersenyum nakal.
" Kau memang, Dania. Suka fikir yang bukan-bukan. Mungkin dia nak tanya tentang subjek atau hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti sekolah ni agaknya.", ujar Eyza Adriana bersahaja. Dania Farhanim hanya tersenyum.
Selesai kelas tambahan Kimia, pelajar-pelajar kelas U6 Amanah pulang ke rumah. Seperti biasa, Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan akan jalan bersama sehingga sampai ke parkir kereta mereka.
" Bro, tengok ni.", Fikri Rizwan menunjukkan secebis kertas yang Eyza Adriana berikan kepadanya.
" Kertas apa tu, bro?", Tazwin Iqbal ingin mengetahui apa yang ada dengan secebis kertas itu.
" Nombor telefon Eyza. Kau nak tak?.", ujar Fikri Rizwan sambil mengangkat kening dan tersenyum nakal. Hampir tersedak Tazwin Iqbal mendengar apa yang Fikri Rizwan katakan kepadanya.
" Nak buat pa nombor dia, bro?." , Tazwin Iqbal cuba mengalih tanggapan Fikri Rizwan.
" Ek eleh.. Jual mahal pulak dia. Betul tak nak ni?", Fikri Rizwan masih menyakat Tazwin Iqbal masih dengan reaksi tadi. Tazwin Iqbal hanya tersenyum.
"Jomlah balik, bro. Aku rasa penatlah hari ni.", Tazwin Iqbal bersuara agak lemah.
" Kau tak sihat ke, bro?.", kelihatan risau di air muka Fikri Rizwan.
" Tak adalah, bro. Cuma penat je.", ringkas jawapan Tazwin Iqbal.
" Ok, bro. Jom kita balik. Kau drive carefully, ok?.", pesan Fikri Rizwan.
" Kau pun.", pesan Tazwin Iqbal pula sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda BAIK.
" Aku simpan dulu nombor Eyza ni. Kau nak nombor ni nanti, whatsapp aku ok?.", sempat lagi Fikri Rizwan mengusik sahabat baiknya itu. Tazwin Iqbal hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat tingkah laku Fikri Rizwan. Mereka pun beredar untuk pulang ke rumah.
Share this novel