BAB 17 Bermonolog Dengan Fikiran

Romance Completed 24098

Akhirnya, Eyza Adriana dan Dania Farhanim menjejakkan kaki di menara gading impian mereka, USM. Dah hampir sebulan mereka di sini. Kehidupan mereka di sini baik-baik sahaja. Apa yang paling penting, mereka mahu mencapai cita-cita yang diidamkan. Namun, di sebalik kisah mereka ada seorang jejaka yang memerhatikan segala aktiviti harian mereka. Shahriz Aryan, seorang jejaka yang sempoi namun pelajar yang bijak menguruskan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya. Shahriz Aryan berasal dari Bandaraya Kuala Lumpur. Anak kepada seorang Pensyarah UTM. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang doktor. Sama seperti Eyza Adriana yang sekuliah dengan gadis itu.

Pada petang itu, Eyza Adriana dan Dania Farhanim makan di gerai ABC di sebelah USM. Shahriz Aryan juga turut berada di situ bersama Fakhrul Nazmi. Fakhrul Nazmi merupakan sahabat baik jejaka bertubuh sasa itu. Sekuliah dengan Dania Farhanim.

" Shahriz, hang pandang sapa tu?", Fakhrul Nazmi seakan-akan hairan dengan perilaku sahabat baiknya itu.

" Budak-budak perempuan yang pakai tudung warna maroon dan biru turqoise tu." ringkas sahaja jawapannya.

" Oo.. Awat? Want to try ke?", sakat Fakhrul Nazmi.

" Entahlah kenapa budak perempuan yang pakai tudung warna biru turqoise tu macam ada besi berani. Bila aku tengok dia seolah-olah ditarik pandangan aku ni untuk tengok dia je. Aku tak tahu kenapa.", ujar Shahriz Aryan bersahaja.

" Aku tahu pasai apa hang jadi lagu tu. You are fall in love with her, bro.", ujar Fakhrul Nazmi sambil mentertawakan sahabat baiknya itu.

" Ish! Apalah kau ni, Fakhrul. Tak ada maknanya aku nak fall in love dengan dia. Aku cuma nak berkawan jelah dengan dia.", ujar Shahriz Aryan keliru dengan perasaan sendiri sebenarnya. Fakhrul Nazmi hanya mentertawakannya.

Di UPM, kehidupan Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan juga baik-baik sahaja. Namun, ada seorang gadis yang cuba mendekati si jejaka berlesung pipit itu. Sofea Ramona seorang gadis yang cantik dan bertubuh ramping bak model. Menjadi rebutan jejaka-jejaka di institusi itu. Sofea Ramona memang ingin mendapatkan tempat di hati Tazwin Iqbal daripada kali pertama dia bertemu dengan jejaka tampan itu. Bagi Tazwin Iqbal, tiada perempuan lain di hatinya selain Eyza Adriana. Cukuplah dia menganggap Sofea Ramona sebagai kawan biasa sahaja. Fikri Rizwan tidak menyenangi keperibadian Sofea Ramona.

Pada pagi hari minggu awal bulan September itu, Encik Johari dan Puan Salmiah pergi ke USM. Amat merindui anak tunggal mereka. Lagipun, ada kejutan yang ingin mereka sampaikan kepada Eyza Adriana. Mereka telah sampai di Daerah Gelugor, Pulau Pinang itu pada malam tadi dan bermalam di hotel berhampiran.

" Assalamualaikum mak,ayah.", Eyza Adriana memberi salam kepada ibubapanya sambil menyalami mereka. Gembira tak keruan di hatinya. Tersenyum manis menyambut kedatangan ibubapanya.

" Wa'alaikummussalam, nak.", jawab Encik Johari dan Puan Salmiah lalu memeluk Eyza Adriana.

" Kamu sihat, nak?", soal Puan Salmiah. Masih memeluk anaknya itu.

" Sihat,mak. Mak dan ayah sihat?", soalnya pula.

" Mestilah sihat. Kalau tak sihat, takkan sampai mak dan ayah kat sini.", ujar Encik Johari sambil tersenyum. Begitu juga Puan Salmiah dan Eyza Adriana.

" Jomlah duduk kat bawah pokok tu mak,ayah. Ada kerusi dan meja kat situ. Mak dan ayah mesti penat kan?", ujar Eyza Adriana sambil memimpin tangan ibubapanya. Encik Johari dan Puan Salmiah mengikut sahaja.

" Macam mana kehidupan Eyza kat sini? Ok?", Encik Johari seoreang ayah yang prihatin.

" Ok je, ayah. Mak dan ayah jangan risau ya?", ujar anak gadis itu sambil tersenyum. Rasa bahagia di hatinya apabila bertemu dengan ibubapanya.

" Yalah. Mak dan ayah nak Eyza jaga diri elok-elok duduk kat tempat orang ni. Dania ada belajar sekali dengan Eyza kan? Mana dia?", mata Puan Salmiah tercari-cari kelibat sahabat baik anak gadisnya itu.

" Dania akan turun kejap lagi, mak.", jawab Eyza Adriana sambil sepasang matanya mencari kelibat Dania Farhanim.

" Haa..itupun dia.", ujarnya apabila terlihat gadis bertubuh kecil molek itu. Dania Farhanim memberikan salam dan bersalam tangan dengan Puan Salmiah. Dengan Encik Johari, dia sekadar menundukkan kepalanya sahaja. Tanda hormat tanpa perlu bersalam dengan lelaki yang bukan mahramnya.
Hari itu mereka berempat menghabiskan masa sehingga ke petang. Eyza Adriana dan Dania Farhanim dibenarkan keluar dari kampus itu sehingga pukul 6:30 petang. Setelah mereka selesai berjalan-jalan dan pulang ke kampus pada pukul 6 petang.

" Mak dan ayah balik esok kan? Dah lewat nak balik petang-petang macam ni.", ujar Eyza Adriana kerisauan.

" Memang mak dan ayah balik pagi esok pun. Eyza jangan risau ya?", ujar Puan Salmiah. Encik Johari hanya mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata isterinya.

" Ayah dan mak ada suprise untuk Eyza.", ujar Puan Salmiah dengan wajah yang suspen.

" Hmm? Suprise? Apa dia, mak?", soal Eyza Adriana penuh keterujaan.

" Ayah dah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Juru Audit di syarikat yang ayah kerja tu, Eyza.", ujar Encik Johari dengan senyuman yang lebar.

" Hah! Alhamdulillah. Syukur. Tahniah, ayah!", ujar Eyza Adriana penuh kegembiraan dan memeluk bapanya.

" Alhamdulillah. Tahniah, pakcik dan makcik.", ujar Dania Farhanim dan memeluk Puan Salmiah. Tersenyum melihat kegembiraan mereka sekeluarga.

" Terima kasih, nak. Terima kasih, Dania. Ayah dan mak pun berharap kamu berdua terus berusaha mencapai cita-cita kamu dan jaga diri kamu ya?", pesan Encik Johari dan memberikan kata-kata semangat kepada dua orang gadis itu.

" Sama-sama, ayah.", ujar Eyza Adriana. Tersenyum lagi.

" Sama-sama, pakcik.", ujar Dania Farhanim pula dan mengangguk tanda faham dengan pesanan Encik Johari. Encik Johari dan Puan Salmiah meminta diri dan pulang ke hotel penginapan mereka manakala Eyza Adriana dan Dania Farhanim balik ke bilik mereka dengan perasaan yang gembira.

Aktiviti-aktiviti mereka pada hari itu rupa-rupanya menjadi pemerhatian Shahriz Aryan yang ingin mengenali Eyza Adriana lebih dekat tanpa disedari oleh gadis yang telah menambat hatinya itu.
Pada malam itu, Shahriz Aryan hanya termenung sendirian memikirkan apa yang hatinya mahukan kepada Eyza Adriana. Adakah dia telah jatuh cinta dengan keperibadian gadis itu? Atau, adakah sekadar hanya perasaannya sahaja?.

" Aku mungkin cuma suka dia. Bukan jatuh cinta dengan dia. Tapi, kenapa setiap kali bertentang mata dengan dia, hati ni mesti berdebar-debar? Pelik sungguh. Tak pernah rasa macam ni walaupun aku tengok perempuan yang lebih cantik daripada dia. Kenapa ya?. Lagipun, takkanlah perempuan secantik dia tak ada boyfriend?", Shahriz Aryan bermonolog dengan fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience