BAB 32 Takkan Ada Cinta Buatmu Lagi

Romance Completed 24098

Petang itu, Fikri Rizwan ingin bertemu dengan Tazwin Iqbal. Ada hal penting untuk dia beritahu kepada jejaka itu. Tazwin Iqbal pun bersetuju untuk menemui sahabatnya itu.
Masa dan tempat diaturkan oleh Fikri Rizwan. Mereka bertemu di cafe yang terletak di Bukit Kiara Resort. Mereka menempah minuman kepada pelayan cafe itu dan berbual sambil menunggu minuman itu dihantarkan ke meja.

" Lama tak jumpa kau, Tazwin. Kau buat apa sekarang?", Fikri Rizwan memulakan bicara.

" Kita masing-masing busy kan? Aku tolong papa aku uruskan syarikat dia. Untuk isi masa aku sambil menunggu result kita kan?", soalan kepada pertanyaan Fikri Rizwan dijawabnya.

" Kau buat apa pula sekarang ni?", soalan yang sama ditanyakan kembali kepada Fikri Rizwan.

" Aku kerja part-time kat sini. Bahagian housekeeping. Dapat isi masa aku tunggu result macam kau juga.", ujarnya tersenyum.

" Oh! Macam tu. Dah lama kita tak lepak macam ni kan? Reunion tu bila nak buat? Tak sabar nak jumpa kawan-kawan kita.", ujar Tazwin Iqbal pula.

" Kau dah kahwin, memang jaranglah ada masa dengan kawan-kawan bujang macam kami ni. Mesti best dah kahwin kan, bro? Reunion tu kita akan buat lepas kita semua grade.", Fikri Rizwan ingin melihat reaksi wajah Tazwin Iqbal apabila sudah mendengar kata-kata itu.

Tazwin Iqbal seakan-akan merasa resah dengan soalan itu. Dia sebenarnya tidak bahagia dengan kehidupan rumahtangganya. Fikri Rizwan telah mengetahui tentang perkara itu. Sengaja soalan sebegitu diajukan kepada Tazwin Iqbal. Pelayan cafe itu pun menghantar minuman-minuman yang ditempah tadi ke meja mereka. Setelah pelayan itu berlalu pergi, Tazwin Iqbal meminum air Kopi Latte yang ditempahnya tadi. Fikri Rizwan hanya memerhatikan saja perilaku Tazwin Iqbal yang kelihatan masih tercari-cari jawapan bagi soalannya tadi.

" Bestlah, bro. Ada orang yang jaga makan minum dan pakaian aku. Dah yang paling best, tak ada rasa takut bila berduaan dengan dia.", senyuman di bibir Tazwin Iqbal ternyata palsu di mata Fikri Rizwan.

" Aku pun rasa tak sabar nak kahwin macam kau. Lagipun, hubungan aku dan Qira dah lama kan? Aku nak jumpa kau ni sebab nak jemput kau dan Sofea datang ke majlis pertunangan kami. Hari Sabtu minggu ni ya? Datang tau.", ujar Fikri Rizwan dengan mesra menjemput jejaka di depan matanya sambil tersenyum dan meminum air Kopi Mocha yang telah ditempahnya di atas meja itu.

" Oh! Baguslah macam tu. Kalau tak ada apa-apa aral, aku datang. Itu ke hal yang penting kau nak bagitahu kat aku, bro?", ujar Tazwin Iqbal sambil tersenyum.

" Bukan hal ni, bro. Hal lain. Tapi, aku harap kau tabah bila dapat tahu hal ni.", ujar Fikri Rizwan dengan nada suara yang serius sambil menatap wajah jejaka di hadapannya yang pernah memjadi sahabat baiknya dulu.

" Hal ni, bro.", bicaranya disambung sambil beberapa keping gambar di tangannya diberikan kepada Tazwin Iqbal.

Tazwin Iqbal mengambil gambar-gambar itu dan terkejut melihatnya. Fikri Rizwan memerhatikan sahaja perilakunya.

" Kau dapat kat mana semua gambar-gambar ni, Fikri?", jelas airmuka Tazwin Iqbal dalam keadaan marah.

" Relax, bro. Ada lagi ni. Nah!", Fikri Rizwan meletakkan beberapa gambar yang lain di atas meja itu.

Tazwin Iqbal terus mengambil dan melihat gambar-gambar itu. Airmukanya kian jelas menunjukkan yang dia betul-betul marah.

" Aku tanya kau tadi kan?! Kat mana kau dapat semua gambar-gambar ni, Fikri?!", tinggi nada suara Tazwin Iqbal.

" Take it easy, bro. Aku yang ambil sendiri gambar-gambar tu. Dia dan lelaki-lelaki tu check in kat bilik resort ni. Aku kan kerja part-time kat sini? Semua ni bukan fitnah atau agenda aku nak runtuhkan rumah tangga kau! Aku nak kau sedar kesilapan kau! Itu je, bro!", nada suara Fikri Rizwan juga tinggi. Dia sayang kepada sahabatnya itu walaupun berkali-kali dia telah cuba membuktikan kesilapan Tazwin Iqbal menikahi perempuan jalang seperti Sofea Ramona.

Tazwin Iqbal meraup tangan ke wajahnya. Cuba untuk bertenang.

" Aku dah banyak kali nasihatkan kau sebelum ni kan? Sofea tu bukan perempuan yang baik. Tapi, kau langsung tak pedulikan aku dan kawan-kawan kau yang ada selama ni. Aku sedih tengok keadaan kau ni, Tazwin. Dulu kau tak macam ni. Tapi, lepas kau kenal dengan Sofea tu, kau buang kawan-kawan kau! Termasuk aku yang paling rapat dengan kau dari kita kecil lagi! Eyza?! Kau tak fikir ke apa perasaan dia?! Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau! Kau sahabat aku, bro! My BFF! Tolonglah sedar, bro! Kalau kau masih tak percayakan aku lagi, fine! Kau ambil nombor bilik ni dan datang ke sini malam ni!", Fikri Rizwan menulis sesuatu di atas tisu dan meletakkannya di atas meja itu.

Dia pun pergi dari situ meninggalkan Tazwin Iqbal seorang diri. Tazwin Iqbal betul-betul terkejut mendengar kata-kata Fikri Rizwan. Dia terpinga-pinga dan rasa kesalnya meninggalkan Eyza Adriana dulu makin menebal di dalam dirinya.

Malam itu, Sofea Ramona memaklumkan kepada suaminya yang dia mahu ke rumah kawannya. Tazwin Iqbal mengizinkannya namun sebenarnya dia mengekori ke mana Sofea Ramona mahu memandu keretanya. Ternyata betul lokasi yang diberikan Fikri Rizwan. Dan, memang betul isterinya menuju ke nombor bilik yang diberikan oleh sahabatnya itu. Dia melihat seorang lelaki yang berumur lebih kurang sebaya ayahnya membuka pintu bilik itu dan mempelawa masuk isterinya, Sofea Ramona. Sofea Ramona pula memeluk lelaki di hadapannya dan masuk ke dalam bilik itu. Berdegup kencang dengupan jantungnya menahan marah. Dia terus menuju ke bilik itu. Pintu bilik itu diketuk berkali-kali.

Akhirnya, pintu bilik tersebut dibuka oleh lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa, dia terus masuk ke dalam bilik itu dan mendapati Sofea Ramona di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam sahaja. Kemarahan Tazwin Iqbal semakin membara dan Sofea Ramona pula betul-betul terkejut melihat lelaki itu di depan matanya.

" Kau pakai pakaian kau sekarang juga! Cepat! ", Tazwin Iqbal menengking Sofea Ramona.

Wanita itu pun memakai pakaiannya dan tangannya ditarik oleh Tazwin Iqbal dan mereka berlalu pergi meninggalkan bilik itu. Sampai di parkir kereta, Tazwin Iqbal menyuruhnya memandu kereta dan pulang ke rumah mereka. Sofea Ramona hanya mengikut sahaja kata-kata suaminya dalam keadaaan takut. Mereka pun memandu kereta masing-masing pulang ke rumah.

Setibanya di rumah mereka, Tazwin Iqbal mengunci pintu pagar rumah itu. Sofea Ramona cepat-cepat masuk ke rumah sebaik turun daripada keretanya. Dia betul-betul takut untuk berhadapan dengan suaminya. Tazwin Iqbal masuk ke dalam rumah dan menghempas pintu utama itu. Makin bertambah ketakutan Sofea Ramona. Tazwin Iqbal kini berada di hadapannya dalam keadaan yang betul-betul penuh kemarahan.

" Kau pergi ke rumah kawan kau ke tadi?! Kat situ ke rumah kawan kau?!", Tazwin Iqbal menyoal isterinya dalam keadaan yang penuh dengan kemarahan.

Sofea Ramona hanya mendiamkan diri dan mula menangis kerana dia tidak boleh menjawab soalan itu kerana sudah nyata dan jelas kecurangannya di mata Tazwin Iqbal.

" Kenapa kau diam?! Selama ni, aku tak pernah syak kat kau apa-apa pun! Kenapa kau buat macam ni kat aku hah?! Jawab! Jawab!", soal Tazwin Iqbal lagi dalam keadaan seperti tadi.

" You masih cintakan ex-girlfriend you, Tazwin! You nikah dengan I cuma untuk puaskan nafsu serakah you je! Bukan kerana you betul-betul cinta dan sayangkan I!", jawapan daripada Sofea Ramona membuatkan Tazwin Iqbal tersentap.

Sofea Ramona hanya tersenyum sinis kerana dia tahu apa yang dia cakapkan itu. Tazwin Iqbal pula hanya terdiam. Memang betul apa yang dikatakan oleh Sofea Ramona. Cintanya hanya untuk Eyza Adriana.

" Kenapa you pula yang senyap? Betul kan apa yang I cakap tadi? Jawablah!", giliran Sofea Ramona pula yang meninggikan suaranya kepada Tazwin Iqbal.

" Apa yang kau merepek ni hah?! Aku cuma cinta dan sayangkan kau je!", Tazwin Iqbal cuba menyembunyikan kebenaran itu.

" Tazwin, you tak payahlah nak tipu I. Kalau you tak cintakan dia, takkan you boleh sebut nama dia dalam tidur you? I tahu kita nikah pun sebab I pregnant tu kan? You dah janji kan dengan I? Bukan kerana you betul-betul cintakan I. I ni hanya tempat untuk you lepaskan nafsu seks you yang you tak dapat daripada dia kan?!", kata-kata yang diucapkan oleh Sofea Ramona betul-betul membuatkan hati Tazwin Iqbal sakit bagai dihiris.

" Sofea!!", tangan Tazwin Iqbal mahu menampar muka Sofea Ramona.

"Kau jangan pandai-pandai nak bandingkan diri kau dengan dia! Dia bukan perempuan jalang macam kau! Ya! Memang aku masih cintakan dia! Cinta tu takkan mati untuk dia walaupun jasad aku dah dimiliki kau! Puas hati?!", kemarahan Tazwin Iqbal betul-betul berada di tahap maksima.

Sofea Ramona terpaku mendengar kata-kata suaminya. Airmatanya mengalir laju di pipinya apabila Tazwin Iqbal telah mengakui tanggapannya selama ini. Dia mengambil tas tangannya lalu meninggalkan Tazwin Iqbal di ruang tamu itu dan pergi ke bilik tidur. Tazwin Iqbal hanya duduk dan melihat tingkah laku isterinya.

Pada hujung minggu itu, Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis telah mengadakan majlis pertunangan mereka. Eyza Adriana, Dania Farhanim dan Iqmal Yusri dijemput. Tazwin Iqbal juga dijemput. Sepanjang majlis itu dijalankan, Tazwin Iqbal cuba untuk menegur Eyza Adriana. Namun, jelas tindakan gadis itu cuba mengelakkan mereka bertegur sapa. Eyza Adriana tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.

" Eyza, Win tahu Win yang bersalah. Win masih cintakan Eyza. Eyza, please bagi peluang untuk Win.", bisik hati kecilnya.

" Aku takkan berundur apabila aku dah melangkah pergi, Tazwin Iqbal. Takkan ada cinta daripada aku buat kau lagi. Lambat-laun kau akan lenyap daripada memori hidup aku.", bisik hati kecil Eyza Adriana pula yang seakan tahu apa yang hati kecil Tazwin Iqbal katakan.

Tazwin Iqbal memaklumkan kepada Fikri Rizwan bahawa dia mahu pulang ke rumahnya. Terseksa jiwanya apabila melihat Eyza Adriana berada di majlis itu. Dia pun pulang ke rumahnya. Sebaik tiba di rumahnya, Sofea Ramona sedang memunggah beg pakaian ke dalam bonet keretanya.

" You nak pergi mana ni?", soal Tazwin Iqbal.

" I nak pergi bercuti.", ringkas sahaja jawapan Sofea Ramona.

" Oh! Nak pergi honeymoon dengan jantan lain kan?", ujar Tazwin Iqbal tersenyum sinis kepada isterinya.

" Up to you nak cakap apa pun, Tazwin. I cuma nak release tension sorang-sorang je. Malas I nak serabutkan kepala dengan sesiapa.", ujar balas Sofea Ramona.

" Ok, that's good. Listen carefully what I want to tell you right now. Sofea Ramona Binti Datuk Tajul Izuluddin, aku ceraikan kau dengan talak satu.", kata-kata yang dilafazkan oleh Tazwin Iqbal itu membuatkan Sofea Ramona tergamam.

" Tazwin! You sedar atau tak apa yang you cakapkan ni?!", Sofea Ramona betul-betul terkejut dan airmatanya mula mengalir.

" I sedar dan I lafazkan cerai ni dalam keadaan yang waras, Sofea. I tak nak jadi suami yang dayus! Please, Sofea! Jangan balik lagi ke sini! Kita dah bercerai! Kita akan jumpa di mahkamah nanti! Berambus sekarang!", Tazwin Iqbal menegaskan kata-katanya dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Sofea Ramona terduduk kaku di sisi bonet keretanya. Tergamam dan tiada kata-kata yang dapat diucapkan ketika itu. Dia gagahkan juga dirinya dan memandu keretanya keluar dari rumah itu ditemani tangisannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience