Fikri Rizwan berada di Balai Polis Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Tazwin Iqbal dan Sofea Ramona ditangkap khalwat di Hotel Grand Rocky. Tazwin Iqbal meminta tolong Fikri Rizwan sebagai wakil ibubapanya yang kini bercuti di luar negara. Sofea Ramona pula tidak mahu kejadian itu diketahui oleh keluarganya.
Fikri Rizwan kebetulan bermalam di rumah sepupunya di Kampung Janda Baik. Dia tidak merasa terkejut dengan kejadian yang berlaku di antara Tazwin Iqbal dan Sofea Ramona.
" Oklah, bro. Aku nak balik dulu.", Fikri Rizwan meminta diri setelah selesai dengan hal laporan kes tangkap khalwat di antara mereka berdua.
" Terima kasih, bro.", Tazwin Iqbal mengucapkan terima kasih kepada sahabat karibnya itu walaupun mereka tidak seakrab dulu. Fikri Rizwan hanya bersalam dengan Tazwin Iqbal dan balik ke rumah sepupunya.
Dalam perjalanan ke rumah sepupunya, Fikri Rizwan menitiskan airmata. Tazwin Iqbal adalah sahabat karibnya daripada mereka masih kecil lagi. Dia sedih memikirkan sikap Tazwin Iqbal yang hanyut dengan hawa nafsu serakahnya.
Tazwin Iqbal dan Sofea Ramona mendaftar keluar daripada hotel itu dan berada di kereta Tazwin Iqbal. Mereka bersiap untuk pulang ke rumah. Setelah siap meletakkan barang-barang mereka di dalam bonet, mereka masuk ke dalam kereta.
" By, kita nak tidur kat mana ni?" soal Sofea Ramona dengan rasa bimbang.
" Baby, kita kena balik ke rumah kita.", ujar Tazwin Iqbal dengan tenang.
" Tapi by, I tak nak family I tahu kenapa I tiba-tiba balik awal-awal pagi ni.", Sofea Ramona mula ingin menangis.
" Baby, relax. Hmmm.. Parent I tak ada kat rumah dalam 2,3 malam ni, baby. So, you stay kat rumah I ya?", ujar Tazwin Iqbal memujuk Sofea Ramona dengan memegang dagu wanita cantik itu. Mata mereka bertentangan.
" Ok, by. I love you.", Sofea Ramona tersenyum dan bibir mereka berkucupan.
" I love you too, baby.", balas Tazwin Iqbal pula. Bibir mereka terus berkucupan dengan penuh berahi dan seolah-olah kejadian yang berlaku tadi tiada apa-apa kesan buat mereka untuk sedar akan kesilapan mereka.
" Let' s go to our home, baby. 2 malam lagi untuk kita 'honey moon',." Tazwin Iqbal tersenyum nakal kepada kekasihnya. Sofea Ramona rasa gembira dengan senyuman nakal itu. Mereka pun pulang ke rumah Tazwin Iqbal.
Dalam lebih kurang 2 jam lebih, mereka sampai ke rumah Tazwin Iqbal. Sofea Ramona tersedar daripada tidurnya.
" Kita dah sampai, by?", ujarnya dalam keadaaan yang masih mengantuk.
" Yes, baby.", jawab Tazwin Iqbal sambil mengangkat barang-barang mereka di bonet kereta dan membawa masuk ke dalam rumah itu.
Setelah selesai kerja-kerja itu, Tazwin Iqbal memanggil Sofea Ramona.
" Tak laratlah, by. Baby mengantuk sangat nak bangun.", ujarnya manja.
Tazwin Iqbal pergi kepada Sofea Ramona.
" Baby nak by angkatlah tu kan?", ujarnya sambil tersenyum. Sofea Ramona hanya mengangguk manja sambil memaut tangannya ke bahu Tazwin Iqbal. Lelaki mana yang boleh menepis hawa nafsu yang sedang membara di hatinya apabila disajikan dengan godaan seorang wanita yang putih gebu, seksi dan cantik seperti Sofea Ramona? Nafsu serakahnya kembali menerpa ke jiwa kelakiannya. Dengan segera dia merangkul tubuh wanita itu sambil mengucup bibirnya sampai ke dalam rumah. Pintu rumah itu dikunci serapat-rapatnya kerana tidak mahu ada gangguan di saat mereka 'berbulan madu'. Sofea Ramona terus berada di dalam pangkuan Tazwin Iqbal sehingga dia berada di atas katil di bilik milik Tazwin Iqbal.
Tazwin Iqbal menanggalkan bajunya dan memeluk Sofea Ramona yang telah dibaringkan di atas katilnya. Sofea Ramona melayani Tazwin Iqbal seperti seorang isteri yang memberikan tanggungjawab beraksi di ranjang bersama suaminya walaupun mereka bukan suami isteri yang sah. Malam itu, sekali lagi mereka 'melayari bahtera cinta' mereka tanpa merasa perasaan sedikit takut pun melakukan dosa itu.
Tengahari keesokan harinya, Encik Kamal menelefon sahabat baiknya, Encik Johari untuk membincangkan tentang hal kelmarin.
" Oh, yalah! Aku tunggu kau datang petang ni. Assalamualaikum.", ujar Encik Johari mengakhiri perbualannya di talian bersama Encik Kamal.
Puan Salmiah menyedari suaminya baru sahaja selesai mengakhiri panggilan itu.
" Macam mana, abang?", soalnya.
" Apa-apa hal, Kamal dan Ana datang ke rumah kita untuk berbincang tentang hal kelmarin petang ni.", jujur jawapan Encik Johari. Puan Salmiah hanya mengangguk tanda faham. Eyza Adriana keluar dari biliknya dan dilihat berpakaian kemas. Dia menuju kepada ibubapanya untuk meminta izin keluar bersama Dania Farhanim.
" Mak, ayah. Eyza nak keluar dengan Dania boleh? ", Eyza Adriana meminta izin.
" Kamu nak balik pukul berapa, Eyza?", soal ayahnya.
" Sebelum waktu Maghrib, In Shaa Allah Eyza balik, ayah.", maklumnya kepada Encik Johari.
" Yalah. Kamu berdua jaga diri tu elok-elok. Kamu tu perempuan.", pesan Encik Johari.
" Baik, ayah.", ujarnya sambil mengangguk faham dan bersalam dengan ibubapanya.
Kereta Dania Farhanim sudah berada di luar pagar rumahnya. Eyza Adriana masuk ke dalam kereta itu.
" Kita nak pergi ke mana, babe?", Eyza Adriana bertanya.
" Adalah.", jawabnya Dania Farhanim dan terus memandu ke destinasi yang telah dijanjikan oleh Iqmal Yusri dan Shahriz Aryan. Eyza Adriana hanya menurut sahaja sahabat baiknya itu.
Kereta itu diparkir di ruang parkir Aquaria KLCC. Dania Farhanim tahu Eyza Adriana suka melihat kehidupan dalam laut. Dia menghubungi seseorang.
" Babe, jom pergi ke toilet jap? Aku nak terkucillah.", pinta Dania Farhanim.
" Jom! Meh handbag kau aku pegang.", ujar Eyza Adriana pula dan meminta untuk memegang beg tangan Dania Farhanim.
" Ok, babe. Nah! Tunggu kejap ek?", pesan Dania Farhanim. Eyza Adriana mengambil beg tangan itu dan tersenyum melihat reaksi si gadis kecil molek itu. Setelah Dania Farhanim siap membuang air, mereka bersiap untuk keluar dari tandas awam itu. Perempuan, biasalah. Melihat apa yang tak kena di wajah dan tubuh mereka di cermin terlebih dahulu sebelum keluar ke mana-mana..
" Ready, babe? Jom!", ujar Dania Farhanim dengan nada suara yang gembira.
" Ready, madam! Jom!", ujar Eyza Adriana dengan nada suara yang sama.
Di luar tandas awam itu, seorang jejaka yang sederhana ketinggiannya menunggu Dania Farhanim. Iqmal Yusri rupanya. Eyza Adriana tersenyum.
" Assalamualaikum, Iqmal. Lama dah tunggu?", Dania Farhanim memberikan salam.
" Wa'alaikummussalam, cinta hati. Dah 100 tahun dah tunggu awak.", Iqmal Yusri menjawab salam sambil mengusik Dania Farhanim. Mereka bertiga tertawa.
" Bahagianyalah mereka ni. Dah lama bercinta. Semoga jodoh mereka kekal sampai bila-bila. Aamiin.", Eyza Adriana berdoa di dalam hatinya sambil tersenyum manis melihat pasangan yang selalu dilamun cinta itu.
" Awak cakap nak datang berdua? Mana sorang lagi?", soal Dania Farhanim kehairanan.
" Berdua? Siapa sorang lagi?", bisik hati kecil Eyza Adriana. Berdebar tanpa sengaja.
Share this novel