Esok adalah hari yang penuh debaran di hati semua calon STPM. Makin hari, makin rapat perhubungan di antara Tazwin Iqbal dan Eyza Adriana. Nampak seperti lebih daripada seorang kawan di mata kedua-dua sahabat baik mereka.
" Eyza, kita berdua jumpa sekejap waktu balik nanti ya?. Saya ada sesuatu nak bagitahu kat awak.", ujar Tazwin Iqbal tersenyum manis kepada Eyza Adriana. Gadis itu hanya tersenyum dan mengangguk.
KRINGGGGGG!!!!
" Babe, aku balik dulu ya? Aku tak nak ganggu korang. All the best for your exam, guyss!!", ujar Dania Farhanim sambil tersenyum nakal dan terus ke parkir keretanya. Begitu juga dengan Fikri Rizwan. Tazwin Iqbal dan Eyza Adriana hanya tersenyum malu.
" Eyza", lembut panggilan Tazwin Iqbal.
" Ya, Win.", panggilan terbaru buat Tazwin Iqbal sejak mereka semakin rapat.
" Saya nak bagitahu kat awak. Saya... Saya cintakan awak, Eyza. Dah lama perasaan ni saya cuba nak luahkan tapi saya tunggu waktu yang sesuai. Lepas kita habis exam STPM ni, kita tak akan jumpa macam sebelum ni kan?." penuh keberanian dan keyakinan Tazwin Iqbal meluahkan isi hatinya. Eyza Adriana hanya tersenyum tenang. Tazwin Iqbal hanya menunduk malu.
" Win.. Esok adalah hari yang penting buat kita. Saya memang semakin senang dengan awak bila hubungan kita yang semakin rapat ni. Tapi, apa-apapun yang datang sebelum exam real STPM ni maafkan saya, Win. Saya nak kita fokus dulu meghadapi exam ni. Boleh kan?.", soal Eyza Adriana agak serius dalam senyumannya. Tazwin Iqbal hanya terpaku mendengar jawapan Eyza Adriana.
" Saya tak kisah apa keputusan awak, Eyza. Tapi, saya betul-betul lega bila dah luahkan perasaan yang membuatkan saya kadang-kadang tak boleh nak fokus bila melakukan sesuatu. Saya tak pernah rasa macam ni. Dan, sekarang saya tahu kenapa saya jadi macam ni. Because, I am really,really and really love you, Eyza Adriana. Saya cuma nak tahu, awak pun ada rasa macam tu kan?", luah Tazwin Iqbal penuh perasaan tanpa rasa malu lagi merenung tepat ke anak mata Eyza Adriana. Jantung Eyza Adriana bagaikan mahu jatuh di situ juga.
" Win, saya akan bagitahu jawapan yang datang daripada hati saya di hari terakhir kita exam nanti. Awak boleh tunggu kan?", anak mata Eyza Adriana juga merenung tepat ke anak mata Tazwin Iqbal seolah meminta isi hatinya difahami.
Tazwin Iqbal mengundurkan langkahnya ke belakang.
" Maafkan saya, Eyza. Kalau tindakan saya tadi menakutkan awak. ", ujar pemuda itu menundukkan kepalanya.
" Awak tak percayakan saya ke, Win?.", lembut nada suara Eyza Adriana. Tazwin Iqbal kembali menatap wajah dan anak mata gadis kesayangan itu.
" Percayalah. Saya akan bagitahu segala isi hati saya untuk awak nanti.All the best your exam.", Eyza Adriana cuba membuatkan hati Tazwin Iqbal tenang.
" Ok, sayang. Win akan tunggu selama mana untuk dapatkan jawapan tu. All the best for you too, my sweetheart.", ujar Tazwin Iqbal tersenyum manis sambil mengenyitkan mata dan menampakkan lesung pipitnya. Romantik. Dan berlalu pergi ke parkir keretanya. Hati Eyza Adriana berdebar kencang. Namun, dia rasa bahagia.
" Sabar, sayang. Masa bahagia itu akan tiba juga nanti.", bisik hatinya. Dia pun berlalu pergi ke parkir motornya. Tersenyum bahagia.
Sebaik tiba di parkir kereta, Fikri Rizwan berpeluk tubuhnya dan tersenyum melihat gelagat sahabat baiknya itu. Tazwin Iqbal tersenyum malu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
" Amboi, tersenyum-senyum sambil berjalan tu mesti dah dapat jawapan yang pasti kan?.", usik Fikri Rizwan sambil tersenyum.
" Relax, bro. Coming soon. Last day kita exam jawapan yang pasti tu akan dia bagitahu.", ringkas sahaja jawapan jejaka yang dilamun cinta itu.
" Kena tunggu lagi? Adoyaiii!!" , ujar Fikri Rizwan sambil tergelak kecil.
" Sabar, bro. Itu kunci kejayaan bagi segala usaha kita. Sesuatu yang lambat hadir itu adalah kejayaan yang terindah buat kita.", cukup tenang jawapan Tazwin Iqbal.
" Baik, bos!!", Fikri Rizwan masih mengusik sahabat baiknya itu. Mereka ketawa bahagia.
" All the best for your exam, bro.", ujar Tazwin Iqbal.
" All the best for your exam and your love too, bro.", ujar Fikri Rizwan dengan respon yang masih seperti tadi. Mereka menaiki kereta dan pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, Tazwin Iqbal hanya tersenyum bahagia.
" Eyza, Win tetap cintakan Eyza andainya cinta Win bertepuk sebelah tangan.",bisik hatinya.
Sepanjang Peperiksaan STPM dijalankan, Eyza Adriana dan Tazwin Iqbal berkawan seperti biasa.
Akhirnya, telah tamat sesi menjawab soalan Peperiksaan STPM pada hari ini. Debaran di hati Tazwin Iqbal kian memuncak. Begitu juga dengan debaran di hati Eyza Adriana. Apabila mahu keluar dari kelas, Eyza Adriana meminta Tazwin Iqbal menunggunya sebentar.
" Win, secara jujurnya Eyza mula rasa apa yang Win rasa sejak Win bagitahu semua isi hati Win sehari sebelum kita mula exam. Win, I love you too.", penuh kejujuran di mata dan bibir milik Eyza Adriana. Penuh dengan debaran juga di hatinya. Tazwin Iqbal seakan mahu terbang ke langit setelah mendengar pengakuan daripada buah hatinya yang telah lama ditunggu. Kedua-duanya tersenyum malu.
"Eyza, lepas ni kalau Eyza dapat sambung pelajaran ke IPT di dalam atau luar negara, Eyza akan pilih yang mana?.", Tazwin Iqbal bertukar topik perbicaraan untuk menyembunyikan perasaan malunya namun seakan takut kehilangan Eyza Adriana yang akan pergi jauh untuk menimba ilmu.
" Eyza tengok dulu course mana yang terbaik buat Eyza. Lepas tu, Eyza akan buat keputusan. Win pula macam mana?.", soalnya kembali.
" Win lebih selesa di dalam negara kita sendiri je, Eyza.", jujur jawapan Tazwin Iqbal. Eyza Adriana hanya tersenyum. Dia membuat simbol telefon ke telinganya ditujukan kepada Tazwin Iqbal yang mula berada di hatinya. Tazwin Iqbal menganggukkan kepalanya sambil tersenyum bahagia.
Fikri Rizwan dan Dania Farhanim hanya tersenyum melihat gelagat pasangan kekasih itu. Mereka jalan seiringan ke tempat parkir kenderaan mereka.
Share this novel