BAB 08 Bila Isi Hati Mula Dibaca

Romance Completed 24098

Malam itu, Fikri Rizwan merebahkan diri di sofa ruang rehat di bilik tidurnya. Kepalanya menghadap ke siling bilik itu. Berfikir ingin menghantar mesej whatsapp atau tidak kepada Eyza Adriana. Setelah puas berfikir, dia menghantar mesej whatsapp tersebut.

"As salam, Eyza. Ni Fikri. Awk buat pe tu? Maaf kalau mengganggu awk ye?"

Sungguh sopan ayat permulaannya.
Eyza Adriana yang baru selesai solat Isya' membuka mesej whatsapp yang diterimanya.
" Oo..Fikri rupanya." ,ujarnya dalam hati. Dia pun menaip keyboard telefon pintarnya untuk membalas mesej whatsapp Fikri Rizwan.

" Wa'alaikummussalam, Fikri. X ganggu pun. Sy baru siap solat Isya' ni. Awk pulak tgh buat ape tu???"

Mesej itu dibaca Fikry Rizwan.
" Alamak, baru siap solat Isya' beb.. Aku ni xsolat lagi.", Fikri Rizwan mengomel sendiri dan tertawa kecil.

" Oo.. sy x buat apa2 pun.. Eyza, awk ingat kat kelas masa sy mintak no.fon awk td, sy ckp nk tanya awk tentang sesuatu kan?"

Fikri Rizwan tidak mahu membuang masa.

" Yup. Awk nak tanya apa ye?"

" Secara jujurnya, awk pernah x ade BF?"

" X pernah ade pun. Kawan-kawan lelaki adalah. Itupun kat sekolah. Nape awk tanya mcm tu ye?."

" Maaf kalau awk x senang dgn pertanyaan sy tu ye, Eyza?

Huhuhu"

" Xde apalah, Fikri. Sy jwb jujur tu. :-) "

" Ok,ok. Just straight to the point. Eyza, awk suka kat Tazwin x? Hihihi"

Perbualan whatsapp itu terhenti buat seketika. Eyza Adriana agak terkejut dengan pertanyaan itu. Berdebar hatinya dengan pertanyaan Fikri Rizwan.
"Apa aku nak balas ni ye?", Eyza Adriana berfikir teks apa yang mahu dibalasnya.
" Aik? Senyap je perempuan ni? Terkejut agaknya." , Fikri Rizwan tertawa nakal.

" Hmmm.. Sy akn jwb masa kita nak balik drpd kelas tambahan Sejarah hari esok ye? :-) Oklah, Fikri. Sy nk study ni. Kita jumpa esok ye? Assalamulaikum dan selamat malam."

" Ok, Eyza. Tq. Wa'alaikummussalam dan selamat malam utk awk jugak. :-) "

Perbualan whatsapp itu pun berakhir.
" Tak sabar aku nak tunggu hari esok. Semoga Eyza berikan jawapan yang terbaik untuk my BFF.", bisik hati Fikri Rizwan sambil tersenyum.
Eyza Adriana mengulangkaji subjek Fizik manakala Fikri Rizwan pula mengambil wudu' untuk mengerjakan solat Isya'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience