BAB 25 Mengimbau Kenangan Lalu

Romance Completed 24098

Tiba-tiba, Iqmal Yusri memperkenalkan seorang jejaka yang tinggi lampai dan bertubuh sasa kepada Dania Farhanim dan Eyza Adriana. Mereka berdua seperti kenal si empunya badan itu tetapi jejaka itu memakai topi dan menundukkan mukanya. Apabila jejaka itu mengangkat wajahnya berdepan dengan ketiga-tiga sahabat itu barulah identitinya diketahui. Eyza Adriana dan Dania Farhanim seakan terkejut melihat jejaka tersebut dan memandang ke arah Iqmal Yusri dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Iqmal Yusri hanya tersenyum.

" Asslamualaikum, semua.", Shahriz Aryan memberi salam dan bersalam tangan dengan Iqmal Yusri sambil memeluknya.

" Wa'alaikummussalam, Shahriz. Korang kenal ke?", terus tercetus pertanyaan itu daripada mulut Eyza Adriana dengan reaksi terkejut dan jari telunjuknya menunjuk ke arah Shahriz Aryan dan Iqmal Yusri. Begitu juga dengan Dania Farhanim. Iqmal Yusri dan Shahriz Aryan berpeluk bahu dan tertawa merasa lucu melihat gelagat kedua-dua gadis itu.

" Saya dah agak dah korang berdua ni mesti terkejutnya. Kan Shahriz?", ujar Iqmal Yusri sambil tertawa. Shahriz Aryan mengangguk dan tertawa juga.

" Kami berdua ni cousin la Eyza, Dania. Cousin yang memang rapat sangat. Ayah kami adik-beradik. Ayah saya abang, ayah Iqmal adik.", Shahriz Aryan berterus-terang panjang lebar sambil tersenyum.

" Oh, yeke?. Iqmal, pandai awak berahsia dengan saya bertahun-tahun ya?", ujar Dania Farhanim dengan nada suara yang geram dan tersenyum. Mereka berempat ketawa. Mereka pergi membeli tiket untuk masuk ke dalam Aquaria KLCC itu. Shahriz Aryan yang membelanjakan tiket masuk ke dalam Aquaria itu untuk mereka bertiga.

Pada waktu yang sama, Fikri Rizwan pergi ke rumah Tazwin Iqbal di Ara Damansara. 'Pasangan suami isteri' itu masih dibuai mimpi walaupun matahari sudah tegak berdiri. Puas Fikri Rizwan menghubungi nombor telefon Tazwin Iqbal tetapi tak berjawab juga. Akhirnya, dia membunyikan loceng di luar pagar rumah banglo mewah milik Dato' Sabri, ayah kepada Tazwin Iqbal. Sofea Ramona terkejut daripada lenanya apabila loceng itu dibunyikan berkali-kali.

" By, ada orang datanglah. Bunyi loceng tu.", dia mengejutkan Tazwin Iqbal yang masih tidur. Mereka berdua masih dalam comforter tanpa seutas benang di tubuh mereka.

" Hmm? Siapalah yang datang ni?", ujar Tazwin Iqbal yang masih dalam keadaan mengantuk. Dia mengambil telefon pintarnya yang turut berbunyi dan berada di meja tepi katilnya. Tertera nama ' Fikri My BFF'. Dia pun menjawab panggilan itu.

" Woit, bro! Kau pergi mana wey? Puas aku call kau. Kau tidur lagi ke?", tanpa memberi salam, Fikri Rizwan terus bertanya sebab apa Tazwin Iqbal payah sangat mahu menjawab panggilannya dari tadi. Betul-betul geram rasa hatinya.

" Hmm? Kau kat mana tu, bro?", Tazwin Iqbal masih dalam keadaan mengantuk.

" Aku kat depan rumah kau ni, bro! Cepatlah buka gate ni. Panas gila ni wey! Bangun! Bangun!", jeritnya di talian.

" Hah!! Kat depan rumah aku?!", Tazwin Iqbal bingkas bangun daripada katil, membalut badannya dengan comforter dan melihat kelibat Fikri Rizwan di luar pagar rumahnya melalui tingkap bilik itu. Sofea Ramona terpinga-pinga berada di katil itu tanpa pakaian di tubuhnya.

" Kejap ek? Aku nak turun ambil remote gate ni.", ujarnya kepada panggilan Fikri Rizwan.

" Ok. Cepat sikit!", tegas arahan Fikri Rizwan dan terus ditamatkan panggilan itu.

Mata Tazwin Iqbal melihat kekasihnya yang terpinga-pinga di atas katil. Ditariknya Sofea Ramona dan berdiri bersama di dalam comforter. Dikucupnya dada, leher dan bibir buah hatinya itu dengan penuh berahi.

" By, ada orang datang tu kan?", ujar Sofea Ramona memperingatkan Tazwin Iqbal.

" Ada juga orang nak kacau bulan madu kita kan, baby?. You make me crazy and lost all of my control when I see you without any closet on your body.", ujar Tazwin Iqbal penuh romantik dan dikucupnya lagi bibir seksi milik Sofea Ramona. Sofea Ramona seakan-akan hanyut dalam kucupan itu.

" Kita honeymoon karang pula ya, my sweet heart?," ujar Tazwin Iqbal sambil mengenyitkan sebelah matanya dan mencium pipi Sofea Ramona.

" Baby duduk diam-diam dalam bilik ni je tau?", ujarnya lagi. Sofea Ramona hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia segera membasuh muka, memakai seluar dan baju untuk turun ke tingkat bawah mengambil alat kawalan jauh pintu pagar itu untuk membukanya.

Pintu pagar rumahnya dibuka. Kereta Fikri Rizwan pun dipandu memasuki ruang parkir di banglo itu. Tazwin Iqbal duduk di kerusi santai di halaman rumahnya. Fikri Rizwan menuju kepada Tazwin Iqbal. Mereka berjabat tangan.

" Kau baru bangun, bro? Kau sampai pukul berapa malam tadi?", soal Fikri Rizwan.

" Dekat-dekat pukul 7pagi aku sampai, bro! Tu yang aku tak sedar kau call aku tadi. Sorry ek?", pertanyaan itu dijawab.

" Ohh.. Mana baby kau? Dah hantar balik ke?", soalan itu membuatkan Tazwin Iqbal terkedu.

" Yup!", ringkas jawapannya. Padahal, wanita itu berada di biliknya.

" Bro, sampai bila kau nak buat semua tu? Aku bukan nak masuk campur urusan peribadi kau tapi aku rasa aku dah hilang sahabat baik aku yang bernama Tazwin Iqbal. Aku rindukan dia, bro.", luah hati Fikri Rizwan. Tazwin Iqbal terkejut namun hanya mendiamkan dirinya.

" Sekarang dah jadi kes macam ni, kau kena bertanggungjawab, bro.", sambung bicaranya lagi.

" Aku tahu, bro. Selepas kami grade, kami akan bernikah.", jelasnya ringkas.

" Baguslah kalau kau dah fikir semua tu, bro. Tapi, ada satu hal je aku ni dah lama nak tanya kau.", Fikri Rizwan seperti mahu menyiasat sesuatu daripada Tazwin Iqbal.

" Apa dia?", Tazwin Iqbal ingin tahu.

" Kenapa kau pilih perempuan macam tu? Hanya kerana nafsu or something else?", soalan itu membuatkan Tazwin Iqbal mula merasa kurang selesa.

" Kalau aku jadi kau, aku tak akan sesekali pandang perempuan lain kalau aku dah ada kekasih macam Eyza tu, bro. Apa kurangnya Eyza tu? Dia sebenarnya lebih jelita daripada 'bini' kau tu walaupun dia bukan Pan Asia macam kita dan 'bini' kau tu. Dia 100% original Malay, bro.", perli Fikri Rizwan. Dia sebenarnya kecewa dengan sikap Tazwin Iqbal yang betul-betul dah banyak berubah sejak dia telah bertemu Sofea Ramona.

" Memang aku dah tidur, bersama dengan Sofea tu. Bukan kerana nafsu semata-mata. Dia sentiasa buat aku rasa bahagia. Dia curahkan rasa cinta dan kasih-sayang dia kat aku. Kau pun tahu aku ni kesunyian. Kau tengok? Family aku tak ada kat rumah ni. Adik-adik aku kat asrama dan oversea. Papa dan mama aku? Kalau tak pergi bercuti, papa dan mama aku tu busy je dengan kerja masing-masing. Rumah ni memang besar tapi kosong. Aku perlukan kekasih yang selalu bersama dengan aku, ada masa dengan aku. Aku perlukan kasih-sayang macam tu,bro." Tazwin Iqbal ingin Fikri Rizwan memahami luahan hatinya.

" Bro, aku bukan nak menangkan Eyza ataupun family kau. Tapi, kau kena faham. Papa dan mama kau tu ahli perniagaan. Mencari rezeki untuk anak-anaknya. Adik-adik kau pula dapat belajar ke sekolah berasrama penuh dan ke universiti oversea untuk kejar cita-cita mereka. Dan Eyza pun macam tu juga cuma jarak yang memisahkan kau dan dia. Kau kena bagi masa, ruang dan bersabar untuk dia capai impian dia. Macam kau dan aku juga. Tapi, segalanya berubah bila kekasih baru kau tu muncul dalam hidup kau, semuanya hancur, bro. Kita yang selama ni rapat sangat pun boleh renggang persahabatan kita. Kau pun dah tak solat, tak puasa. Kau lebih banyak habiskan masa untuk puaskan nafsu kau. Dan kau, study pun setakat suam-suam kuku je dah. Kau tak boleh fikir ke semua tu, bro? Kau dah lupakan janji-janji kau bagi kat Eyza sebelum kita pergi sambung belajar dulu? Please, bro. Aku tegur kau sebab aku sayangkan kau macam adik-beradik aku sendiri. Aku tak nak kau terus hanyut dengan dosa-dosa ni, bro", Fikri Rizwan cuba membuatkan Tazwin Iqbal sedar akan perubahan dirinya yang semakin teruk selepas Sofea Ramona menjadi kekasihnya. Tazwin Iqbal hanya mendiamkan diri.

" Bro, aku bukan nak hasut kau bencikan Sofea. Tapi, Tazwin Iqbal yang aku kenal dulu dah betul-betul banyak berubah.", Fikri Rizwan menyambung bicaranya lagi dengan nada suara yang agak terkilan.

" Bro, aku cinta dan sayangkan Sofea. Aku cuma akan nikah dengan dia. Itu keputusan aku.", Tazwin Iqbal tetap mempertahankan kekasihnya.

" Ok. Up tp you,bro. Aku tak nak suatu hari nanti kau akan menyesal sebab tak akan ada sesiapa yang akan bersama di sisi kau bila kau dah kehilangan Sofea. Aku cuma boleh tegur dan nasihatkan kau je. Kau nak dengar atau tak, terpulanglah pada diri kau sendiri. Kau pun sebenarnya dah tahu Sofea tu perempuan jenis macam mana kan?. Maafkan aku andainya kau rasa kurang selesa dengan aku selama ni.", ujar Fikri Rizwan sambil bangun daripada kerusi.

" Aku balik dulu. Assalamualaikum, bro.", ujarnya lagi sambil berjabat tangan dengan Tazwin Iqbal, memakai kaca mata hitam dan menuju ke keretanya. Hatinya betul-betul terluka dengan sikap sahabat baiknya itu.

" Wa'alaikummussalam", salam Fikri Rizwan dijawabnya di dalam hati.
Fikri Rizwan mengundurkan keretanya melepasi pagar dan meneruskan perjalanan meninggalkan banglo yang mewah itu. Tazwin Iqbal menutup pagar itu menggunakan alat kawalan jauh di tangannya dan masuk ke dalam rumah. Di hatinya tersentap dengan kata-kata Fikri Rizwan dan mengimbas kembali kenangan-kenangan antara mereka dan kawan-kawannya yang lain termasuk Eyza Adriana semasa bersekolah di SMK Damanasara Utama beberapa tahun yang dulu. Sofea Ramona menuruni anak tangga dan pergi mendapatkan kekasihnya di muka pintu rumah itu.

" By, kenapa ni?", ujar Sofea Ramona penuh kelembutan yang memakai baju singlet dan seluar pendek menampakkan susuk tubuhnya yang seksi. Tangannya membelai pipi Tazwin Iqbal. Wajah kekasihnya itu kelihatan sugul.

" Nothing, baby. By laparlah. Jom pergi ke dapur cari makanan nak?", ujar Tazwin Iqbal tersenyum memandang wajah Sofea Ramona untuk menyembunyikan perasaannya yang sedang memikirkan kata-kata Fikri Rizwan tadi.

" Jom.", ujar Sofea Ramona dengan nada sura yang manja.

Di Aquaria KLCC, mereka berempat sudah selesai mengelilingi kawasan itu. Mereka keluar dari situ dan berada di luar Aquaria KLCC.

" Kita nak pergi mana pula ni?", Dania Farhanim bertanya kepada mereka bertiga.

" Kita pergi 'dating' kejap nak?", ujar Shahriz Aryan memberikan pendapatnya.

" Dating?", serentak kata-kata itu disebut oleh Eyza Adriana dan Dania Farhanim.
Shahriz Aryan dan Iqmal Yusri hanya tersenyum.

" Ya. Dating. Cer tengok jam korang dah pukul berapa? Dah lewat ni tau? ", ujar jejaka yang memiliki wajah yang ala-ala 'mat saleh' itu. Mereka berdua melihat jam di tangan masing-masing yang menunjukkan waktu sudah pukul 2:15 petang. Reaksi wajah mereka masih lagi terpinga-pinga. Shahriz Aryan dan Iqmal Yusri ketawa terbahak-bahak kerana terlalu geli hati dengan gelagat Eyza Adriana dan Dania Farhanim.

" Korang ni kenapa tiba-tiba gelakkan kami berdua?", soal Dania Farhanim.
Eyza Adriana mengangkat kedua-dua bahunya sebagai simbolik 'TAK TAHU'. Makin kuat Shahriz Aryan dan Iqmal Yusri terbahak-bahak ketawa.

" Ladies, kita dah lewat nak solat Zuhurlah. Kita dah lewat nak 'dating' dengan Pencipta kita.", ujar Shahriz Aryan. Masih ketawa lagi bersama Iqmal Yusri.
Eyza Adriana dan Dania Farhanim juga tergelak sama.

" Allahuakbar. Korang ni kan. Ada-ada je.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum. Mereka masih ketawa lagi.

" Ok, ok. Jom kita pergi cari surau. Awak jadi imam ye, Iqmal?", ujar Dania Farhanim pula sambil mengangkat kening memandang Iqmal Yusri.

" Shahriz la jadi imam. Lebih afdal sebab dia ni Tok Imam family dia bila mereka solat berjemaah sekeluarga tau." , ujar Iqmal Yusri memandang Shahriz Aryan dengan reaksi yang sama dilakukan oleh Dania Fahanim kepadanya.

" Ish, kau ni! Memandai-mandai je.", ujar Shahriz Aryan pula. Wajahnya menimbulkan rona kemerah-merahan kerana malu dengan usikan sepupunya.

" Tak kisahlah siapa pun imamnya. Yang penting, kita solat Zuhur. Tak baik melewat-lewatkan solat kan? Jom kita pergi cari surau. Now!", ujar Eyza Adriana sambil ketawa memandang sahabat-sahabatnya itu.

" Ok, madam!", ujar mereka serentak sambil tertawa juga. Setelah dapat mencari surau itu, mereka pun mengambil wudu' dan solat berjemaah diimamkan oleh Shahriz Aryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience