" Eyza.", Tazwin Iqbal memanggil Eyza Adriana.
" Ya.", ringkas sahaja jawapannya.
" Terima kasih sebab awak dah selamatkan papa saya.", Tazwin Iqbal menghargai pembedahan bapanya telah berjaya.
" Sama-sama, Tazwin. Dah jadi tanggungjawab kerjaya saya. Lagipun, hanya Allah yang menentukan hidup dan mati kita kan? Syukur Alhamdulillah papa awak masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ni, Tazwin.", ujar doktor yang berwajah jelita itu sambil tersenyum ikhlas mengakhiri kata-katanya.
" Ya, syukur Alhamdulillah. Eyza, awak dah lunch? Kalau belum, jom kita pergi lunch nak?", Tazwin Iqbal mempelawa Eyza Adriana untuk makan tengahari bersamanya. Wajahnya tersenyum manis.
" Hmm. Boleh juga. Tapi, saya boleh lunch kat area sini je, Tazwin sebab saya sedang bertugas ni.", Eyza Adriana bersetuju dengan pelawaan Tazwin Iqbal.
" Ok. Saya faham, Eyza. Kita nak lunch kat mana ya? Saya tak tahu restoran kat area ni.", ujar Tazwin Iqbal sambil tersenyum dan melihat keadaan sekelilingnya.
" Kita lunch kat Restoran Kampung Express. Kat situ sedap-sedap menunya.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum.
" Ok. Jom!", ujar Tazwin Iqbal.
Mereka pun pergi ke restoran itu. Setelah menempah makanan dan minuman, mereka berdua pun duduk menunggu tempahan tadi.
" Eyza, saya nak minta maaf kat awak tentang kesilapan saya yang dulu. Saya harap awak maafkan saya ya?", Tazwin Iqbal memulakan bicara di antara mereka.
" Kisah lama kan, Tazwin? Dah takdir kita tak ada jodoh. Hanya redha jelah. Saya dah lama maafkan awak. Saya pun dah lupakan semua tu. We must move on, Tazwin. Kita hidup ni ke depan bukan ke belakang. Jadikan kisah-kisah lama tu sebagai panduan dan pengajaran buat kita untuk menempuh kehidupan yang akan datang. Lagipun, kita masih boleh berkawan kan?", tenang sahaja jawapan Eyza Adriana sambil tersenyum kepada lelaki yang pernah menjadi penghuni hatinya dulu.
" Terima kasih, Eyza. Awak memang seorang yang baik. Bertuah Shahriz dapat kekasih macam awak.", ujar Tazwin Iqbal sambil tersenyum tawar.
" Shahriz? Saya? Kekasih?", Eyza Adriana tertawa mendengar kata-kata Tazwin Iqbal.
" Kenapa awak gelak pula? Betul kan korang bercinta?", ujar Tazwin Iqbal kehairanan.
" Tazwin, he just my BFF. Saya tak ada masa nak bercintan-cintun buat masa ni. Saya cuma fikir tentang kerjaya saya je sekarang ni.", Eyza Adriana berterus-terang mengenai status perhubungan di antara dirinya dan Shahriz Aryan sambil tersenyum manis.
Tazwin Iqbal juga tersenyum manis. Sudah lama dia tidak melihat senyuman manis di wajah gadis jelita itu.
" Dania mana? Biasanya awak dan dia macam belangkas?", ujar Tazwin Iqbal tersenyum sambil makan.
" Dania dan Iqmal pergi honeymoon ke Bali. Hari Ahad ni baru mereka balik.", Eyza Adriana menjawab pertanyaan itu sambil makan juga.
Mereka makan tengahari dan berbual seperti lama tidak bertemu. Namun, ada dua pasang mata memerhatikan gelagat mereka. Shahriz Aryan dan Sofea Ramona berada di sudut yang lain di restoran itu.
" Nampaknya, memang takkan ada jodoh antara aku dan kau, Eyza. Tak apalah. Semoga kau bahagia bersama dia.", sayu bicara hati kecil Shahriz Aryan dan dia berlalu pergi dari situ.
" Nampaknya, kau masih lagi berhubung dengan perempuan ni ya, Tazwin? Tak apa. Korang bersuka rialah dulu. Suatu hari nanti, aku akan tunjukkan macam mana rasa hancurnya hati ni.", ujar Sofea Ramona sendirian sambil menyembunyikan wajahnya di sebalik kacamata hitam dan topi di kepalanya.
Setibanya di rumah, Shahriz Aryan menghempaskan badannya yang kepenatan ke atas sofa di ruang tamu. Berkelip-kelip matanya memandang siling.
" Eyza, kalau dia dah tetap menjadi pilihan kau, just go on. Mungkin hanya dia yang boleh berikan kau kebahagiaan walaupun dia pernah hancurkan hati kau dulu. Ok, aku akan cuba menjauhkan diri daripada kau dan dia. Aku tak nak kacau kebahagiaan korang.", ujarnya bersendirian.
Kekecewaan melanda ruang hatinya ketika ini. Jam di dinding ruang tamu itu sudah menunjukkan jam hampir pukul 5:00 petang.
" Huh! Dah lewat ni. Nak mandi dan solat Asar dululah.", dia pun bangkit daripada sofa itu dan pergi membersihkan dirinya untuk solat.
Sedang asyik menonton televisyen, telefon pintar Eyza Adriana berbunyi. Tertera nama 'Tazwin Iqbal' di skrin telefon pintar itu. Dengan segera dia menjawab.
" Keluar dinner? Kat mana, Tazwin?", soalnya kepada lelaki itu.
" Saya ingat nak dinner kat Stalkers Cafe. Boleh?", Tazwin Iqbal memberikan pendapat.
" Ok, boleh juga. Dah lama tak pergi ke cafe tu. Kita nak pergi pukul berapa?", soalnya lagi.
" Saya rasa sekarang? Give me about 15 minutes? Saya tunggu awak kat parking luar kondo tu ya?", ujar Tazwin Iqbal.
" Ok. Saya nak bersiap dulu.", ujar Eyza Adriana pula.
Talian itu dimatikan dan dia bersiap untuk keluar makan malam bersama lelaki itu. Tazwin Iqbal sudah menunggunya di parking luar kondo itu. Dalam lebih kurang lima minit menunggu, Eyza Adriana muncul di luar keretanya. Gadis itu dijemput masuk ke dalam keretanya dan dibawa ke destinasi yang telah dirancangkan tadi. Sebuah kereta mengekori kereta Tazwin Iqbal. Kereta itu milik Sofea Ramona.
Mereka telah tiba di Stalkers Cafe. Makan malam dan mereka berbual mesra. Tanpa disedari sudah hampir pukul 11:30 malam mereka berbual di situ. Eyza Adriana meminta Tazwin Iqbal menghantarnya pulang. Lelaki itu menurut sahaja permintaannya. Dia menghormati keperibadian gadis itu yang tidak suka keluar hingga ke lewat malam. Pukul 11:30 malam pun dah terlalu lewat bagi gadis itu. Eyza Adriana dihantar pulang olehnya.
Mulut Eyza Adriana ditutup dengan kain hingga dia pengsan ketika dalam perjalanan menuju ke pintu masuk kondominiumnya. Tazwin Iqbal hanya menghentikan kereta dan menurunkan Eyza Adriana di parking luar kondominium itu. Dia tidak sedar ada orang yang telah memengsankan gadis itu ketika memandu keretanya.
" Akhirnya aku dapat juga kau ni, perempuan. Kau akan tahu apa nasib kau nanti, Eyza Adriana.", ujar Sofea Ramona sambil tersenyum berpuas hati kerana telah berjaya menculik Eyza Adriana. Tangan dan kaki gadis itu diikat manakala mulutnya ditampal pelekat.
Sofea Ramona membawa Eyza Adriana ke sebuah tempat yang tinggi dan mengikatnya di atas kerusi pula. Eyza Adriana tersedar daripada pengsannya dan membuka matanya perlahan-lahan. Pelekat di mulutnya ditarik kasar oleh Sofea Ramona.
" Argkhh!!", Eyza Adriana menjerit kesakitan.
Sofea Ramona hanya tertawa melihat kesakitan yang ditanggung oleh Eyza Adriana.
" Hai, Eyza Adriana. How are you? What do you think about this place?", ujar Sofea Ramona sambil merenung tepat ke wajah Eyza Adriana yang sangat dibencinya.
" Awak siapa? Awak nak apa daripada saya? Kenapa awak buat macam ni kat saya?", Eyza Adriana tidak dapat mengenal pasti wanita di hadapannya.
" Kau tak kenal aku ke?!", tangan Sofea Ramona mencengkam kemas dagu Eyza Adriana.
" Aku Sofea Ramona ex-wife Tazwin Iqbal! Aku sayangkan dia! Tapi, kau yang buat dia tinggalkan aku! Kau ni pemusnah rumahtangga kami tau tak?!", ujar Sofea Ramona sambil tangannya yang mencengkam dagu Eyza Adriana tadi dilepaskan dengan kasar.
" Awak dah salah sangka, Sofea. Kami hanya berkawan je.", Eyza Adriana menjelaskan hal yang sebenarnya.
" Ah! Kau jangan nak tipu akulah, perempuan! Sebelum kami bercerai, aku hanya memiliki jasad dia je! Tapi hati dia milik kau!", Sofea Ramona menghamburkan kemarahannya kepada Eyza Adriana.
Eyza Adriana terpana seketika selepas mendengar kata-kata yang baru diucapkan oleh Sofea Ramona. Namun, dia tetap terus cuba melepaskan dirinya daripada ikatan-ikatan tali itu.
Sofea Ramona pula mendail nombor Tazwin Iqbal menggunakan telefon pintar Eyza Adriana.
" Hello, Eyza.", panggilan itu dijawab oleh Tazwin Iqbal.
" Hello, by. This is me, your beloved ex-wife.", ujar Sofea Ramona sambil tertawa di hujung kata-kata itu.
" What?! Apa yang kau dah buat dengan Eyza? Where is she?! Where is she?!", Tazwin Iqbal mula panik dan risau mendengar suara itu bukan suara pemilik pemanggilnya, Eyza Adriana.
" Oh! You risau ye, by? Sayang betul you dengan perempuan ni ye?", dagu Eyza Adriana sekali lagi dicengkam oleh Sofea Ramona.
" Argkhh!! Tazwin, please help me!", Eyza Adriana menjerit kesakitan.
Tazwin Iqbal semakin risau dengan keadaan Eyza Adriana apabila terdengar jeritan gadis itu. Tangan Sofea Ramona melepaskan cengkaman itu.
" You sayangkan dia kan, Tazwin? I nak you datang ke sini sebelum hari esok atau perempuan kesayangan you ni akan jadi mayat.", Sofea Ramona mengugut Tazwin Iqbal.
Tazwin Iqbal dan Eyza Adriana merasa betul-betul takut apabila mendengar kata-kata ugutan Sofea Ramona. Tazwin Iqbal meminta Sofea Ramona memberitahu lokasi mereka dan berjanji akan datang ke situ. Panggilan ditamatkan selepas lokasinya diberitahu.
" Kau tetap akan jadi mayat walaupun Tazwin datang untuk selamatkan kau, perempuan! Tak guna kau hidup kat dunia ni! Aku benci kau! Aku nak kau mati!", teriak Sofea Ramona di telinga Eyza Adriana dan kepalanya ditolak kasar.
Eyza Adriana hanya menangis ketakutan dengan sikap agresif Sofea Ramona. Di hatinya memohon Allah melindunginya dan berharap Tazwin Iqbal datang menyelamatkannya.
Dalam hampir 30 minit, Tazwin Iqbal tiba di lokasi itu. Dia terus mendapatkan Eyza Adriana tetapi Sofea Ramona berada di belakang gadis itu dengan mengacukan pisau di leher Eyza Adriana. Hijab gadis itu telah ditanggalnya. Tazwin Iqbal terkejut dengan tindakan bekas isterinya itu.
" Kalau lagi selangkah you maju ke depan, perempuan ni akan mati!", Sofea Ramona menjerit kepada Tazwin Iqbal.
Tazwin Iqbal mengundurkan langkahnya ke belakang. Dia betul-betul panik melihat pisau di leher Eyza Adriana. Dia sedang berfikir apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan nyawa Eyza Adriana.
Share this novel