Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang mengambil Peperiksaan STPM 2012 telah tiba. Hari ini, keputusan peperiksaan itu telah dikeluarkan oleh pihak sekolah mereka. Eyza Adriana, Dania Farhanim, Tazwin Iqbal dan Fikri Rizwan bersama-sama sampai di sekolah mereka. Terasa berdebar di hati mereka untuk mengambil keputusan itu.
" Dania!!!", kedengaran seseorang memanggil nama Dania Farhanim. Suara itu kepunyaan Iqmal Yusri, buah hati Dania Farhanim. Keempat-empat pasang mata itu, memandang kepada Iqmal Yusri. Mereka semua tersenyum memandang Dania Farhanim.
" Ehem!! Sakit tekak pula aku ni.", ujar Fikri Rizwan mengusik Dania Farhanim dan Iqmal Yusri sambil tersenyum nakal. Mereka berdua tersenyum malu.
" Korang dah ambil result ke?", soal Iqmal Yusri untuk menyembunyikan perasaan malunya.
" Belum lagi. Kau ambil dah, Iqmal?", soal Tazwin Iqbal pula.
" Belum juga lagi. Boleh joint korang ambil result sama-sama tak? Berdebar ambil result sorang-sorang.", ujar jejaka kacukan Melayu dan Cina itu sambil tersenyum.
" Boleh je, bro. Kami pun memang dah lama tunggu kau joint kami.", usik Fikri Rizwan lagi. Merah padam muka Dania Farhanim dan Iqmal Yusri.
" Kau ni kalau bab menyakat orang memang juara, Fikri. Dah merah padam muka Dania dan Iqmal tau.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum. Mereka semua ketawa.
" Eh! Jomlah ambil result tu.", ujar Dania Farhanim pula. Mereka semua pergi ke pejabat sekolah dan mengambil keputusan itu. Debaran di hati mereka bertambah kencang apabila mahu melihat keputusan itu di tangan mereka.
" Alhamdulillah.", ujar Eyza Adriana tersenyum puas dengan usahanya selama ini. Airmata kesyukurannya juga gugur bersama.
" Yes! Yes! Yes! Terima kasih, Ya Allah. Syukur alhamdulillah.", ujar Tazwin Iqbal pula. Penuh kegembiraan. Kedua-dua tangannya meraut wajahnya.
Mereka semua berkumpul dalam satu kumpulan dan menanyakan keputusan Peperiksaan STPM masing-masing. Mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang 5P untuk semua subjek Peperiksaan STPM yang mereka ambil. Rasa gembira dan penuh kesyukuran jelas terpancar di wajah mereka.
" Macam mana result kamu semua?", tiba-tiba terdengar suara yang sebelum ini menjadikan mereka gerun. Muka mereka agak cuak apabila mendengar suara itu. Suara milik Cikgu Syukri.
" Eh! Cikgu Syukri.", ujar Tazwin Iqbal sambil tersenyum, bersalam dan mencium tangan Guru Disiplin itu. Fikri Rizwan dan Iqmal Yusri juga melakukan perkara yang sama seperti Tazwin Iqbal.
" Cikgu," ujar Eyza Adriana dan Dania Farhanim dengan hanya tersenyum dan menundukkan kepala mereka tanda hormat.
Cikgu Syukri hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya kerana dia tahu tidak mustahil bagi pelajar-pelajar di depan matanya itu kalau mendapat keputusan yang cemerlang kerana mereka adalah antara pelajar-pelajar harapan sekolah itu.
" Kami berlima mendapat keputusan yang pihak sekolah mahukan, cikgu. 5P untuk kesemua subjek!", ujar Tazwin Iqbal dengan nada yang penuh kegembiraan.
" Ya, cikgu. Ini hadiah kami untuk semua guru-guru yang mendidik kami di sekolah ni, cikgu. Jasa-jasa cikgu semua takkan kami lupa sampai bila-bila.", ujar Eyza Adriana pula. Dania Farhanim, Fikri Rizwan dan Iqmal Yusri menganggukkan kepala mereka tanda setuju dengan kata-kata bekas Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SMK Damansara Utama bagi sesi tahun 2012 itu. Wajah Cikgu Syukri kelihatan terharu dengan kata-kata mereka lalu memeluk serentak pelajar-pelajar lelaki di kalangan mereka iaitu Tazwin Iqbal, Fikri Rizwan dan Iqmal Yusri.
"Tahniah untuk kamu semua. Cikgu pun takkan lupakan kamu semua. Cikgu harap selepas ni kamu semua akan melanjutkan pelajaran kamu ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadi insan yang berbakti kepada keluarga,masyarakat dan negara.", ujar Cikgu Syukri pula sambil tersenyum puas dengan kerja kerasnya yang pernah mendidik pelajar-pelajar itu.
" In Shaa Allah, cikgu.", ujar mereka pula.
Mereka berlima pergi ke parkir kereta.
" Tahniah untuk kita semua. Alhamdulillah kita berjaya capai target kita.", ujar Eyza Adriana penuh kegembiraan. Mereka semua tersenyum dan bersyukur dengan kejayaan mereka.
" Apa plan kau lepas ni, Eyza?", soal Fikri Rizwan.
" Paling utama, saya nak bagitahu result ni kat parent saya. Mak dan ayah saya dah pesan awal-awal kat saya tadi suruh saya terus balik ke rumah selepas ambil result ni. Apa-apa hal pun, kita kenalah bagitahu berita gembira ni kat mak dan ayah kita dulu kan?", ikhlas jawapan Eyza Adriana sambil tersenyum. Gadis itu tidak pernah lekang dengan senyuman manisnya. Disebabkan itu, Tazwin Iqbal jatuh cinta dengannya. Keperibadiannya pula yang tidak sombong dan berbudi bahasa. Anak yang solehah.
" Tau takpe, Eyza.", ujar Dania Farhanim menyokong kata-kata sahabat baiknya itu.
" Ok, ok. Aku faham. So, aku nak tukar plan untuk kita celebrate kejayaan kita ni petang esok ya? Aku target nak kita celebrate petang ni.", ujar Fikri Rizwan berterus-terang.
" Oo.. Takpelah, Fikri. Petang esoklah kita celebrate sama-sama ok?", ujar Tazwin Iqbal sambil tersenyum dan menepuk bahu sahabat baiknya itu.
" Ok juga apa yang Tazwin cakap tu. Kalau korang nak celebrate petang ni, aku pun memang tak boleh joint korang juga. Aku kerja ni. Minta keluar pergi ambil result ni je. Lepas ni, aku balik rumah kejap bagitahu result aku kat parent aku dan tukar baju kerja. Lepas tu, aku pergi kerja semula", panjang lebar penjelasan Iqmal Yusri.
" Oo..Tak apalah kalau macam tu. Kita celebrate petang esok ya?", ujar Fikri Rizwan.
" In Shaa Allah." jawab mereka berlima.
Mereka pun pulang ke rumah masing-masing.
Share this novel