BAB 18 Dugaan Yang Meruntun Jiwaku

Romance Completed 24098

Kehidupan Tazwin Iqbal di UPM sudah lain daripada sebelumnya. Fikri Rizwan juga tidak faham kenapa sahabat baiknya itu berubah sikap. Sofea Ramona telah memiliki hati Tazwin Iqbal sepenuhnya seperti pasangan suami isteri.

" Bro, dah banyak kali aku ingatkan kau kan? Kenapa kau jadi macam ni? Kau tak fikir ke apa perasaan Eyza kalau dia tahu apa yang kau dah buat ni?", soal Fikri Rizwan dengan nada suara yang sedih.

" Biarlah dia, bro. Aku memang sayangkan dia. Cintakan dia. Tapi, dia tak faham tentang perasaan aku ni. Orang lain bercinta juga tapi selalu juga contact with each other kan? Aku dengan dia cuma contact bila free je. Hari minggu je, bro. Itupun kalau dia tak busy. Bukan tiap-tiap hari macam couple lain. Aku sunyi, bro. Dia masih tak faham apa yang aku nak walaupun dah dekat 4 tahun kami couple. Entah-entah, dia dah jumpa boyfriend lain kat USM tu.", ujar Tazwin Iqbal panjang lebar dengan rasa curiganya terhadap cinta Eyza Adriana.

" Bro, kau lupa ke? Eyza dah bagitahu awal-awal dulu sebelum kita study kat sini? Dia nak kita semua kejar impian kita dulu. Dapatkan kejayaan kita kat sini. Dia tak ada masa nak layan lelaki lain. Kau sepatutnya lebih kenal dia lebih daripada aku, bro. Dari zaman persekolahan kita lagi kau dah tengok dia tu macam mana kan? Fokus dengan cita-cita dia. Bukan macam kau! Langsung tak ingat apa tujuan kita ada kat sini! Dan kau sebenarnya bukan cintakan dia dengan hati tapi dengan nafsu semata-mata!",semakin tegas nada suara Fikri Rizwan. Tazwin Iqbal agak terkejut dengan kata-kata sahabat baiknya itu.

" Kau senanglah cakap, bro! Kau boleh jumpa Qira sebab dia study kat UiTM Shah Alam je! Bukan jauh macam aku dan Eyza! Boleh jumpa pun bila dia balik cuti sem je!", tegas juga nada Tazwin Iqbal.

" Ikut suka hati kaulah, bro. Aku tegur kau sebab aku sayangkan kau yang aku dah anggap macam adik-beradik aku sendiri. Aku tak nak kau hanyut dengan perkara yang sia-sia. Tapi, kau lebih pentingkan kepada orang yang baru kau kenal berbanding orang yang kau dah kenal lebih lama daripada dia.", ujar Fikri Rizwan hingga menitiskan air matanya dan keluar daripada bilik itu. Dia merasakan amat kesal dengan perubahan perilaku sahabat baiknya itu. Dia juga memikirkan tentang perasaan Eyza Adriana andainya gadis itu tahu tentang perkara ini.

Di USM, Eyza Adriana dan Shahriz Aryan telah menjadi sahabat sekuliah. Memang hubungan mereka semakin rapat. Namun, cuma sebagai sahabat sahaja. Di hati Eyza Adriana, cuma ada nama Tazwin Iqbal walaupun jarak antara mereka jauh di mata. Cuma tinggal dua semester terakhir sahaja untuk dia habiskan program ijazahnya. Bagi Shahriz Aryan pula, dia sudah tahu hati Eyza Adriana telah dimiliki oleh jejaka lain. Dia akur cinta pertamanya tidak berbalas namun dia pendamkan sahaja sendirian.

Di cuti semester terakhir, Eyza Adriana pulang ke rumahnya di Damansara Kim yang terletak di kawasan Damansara Utama. Rasa lega di hatinya apabila melihat wajah ibubapanya. Cuti semester kali ini, dia mahu bertemu kekasih hatinya untuk memberikan kata-kata semangat mencapai impian mereka. Wajah Tazwin Iqbal bermain di fikirannya. Tazwin Iqbal pula masih di UPM. Lagi 4 hari baru dia pulang ke rumahnya yang juga berada di Damansara Utama.

" Tazwin!! You kena bertanggungjawab ke atas diri I !! I'm pregnant!! Your child!!", bagaikan dirasuk hantu Sofea Ramona menjerit kepada Tazwin Iqbal. Mengalir airmata di pipinya.

" You jangan nak salahkan I, Sofea. Itu bukan anak I !!", jerit Tazwin Iqbal pula.

" You dah puas enjoy dengan I, you nak buang I macam ni je?", airmata di pipi gadis yang putih gebu itu masih mengalir.

" You yang nak semua ni kan? You yang goda I. Kucing takkan nak tolak ikan depan mata, sayang?", ujar lembut Tazwin Iqbal hanya tersenyum dan mengusap airmata di pipi kekasihnya itu. Sofea Ramona terus menangis.

" Ya! Memang I nak semua tu tapi tak adalah sampai I kena pregnant macam ni!", jerit Sofea Ramona lagi.

" I tak akan bertanggungjawab. Selama ni kita bersama tak adalah sampai you pregnant kan? Atau you tidur dengan jantan lain?", soal Tazwin Iqbal dengan rasa curiga menatap wajah gadis kacukan Melayu dan Britain itu. Sofea Ramona tercengang.

" You ingat I tak tahu ke apa yang you buat di belakang I, Sofea Ramona?", Tazwin Iqbal bangun dan tersenyum berkata sedemikian.

" Apa yang you cakap ni, Tazwin?! I cuma buat semua ni dengan you sorang je!", Sofea Ramona cuba membela dirinya.

" Ok, I nak you tengok ni!!", Tazwin Iqbal menghempas foto-foto itu di hadapan Sofea Ramona. Sofea Ramona seakan tidak percaya. Menutup mulutnya yang ternganga.

" Apa semua ni, Sofea?! You ingat I tak tahu ke apa yang you buat bila cuti-cuti semester sebelum ni?! You ingat I ni bodoh sangat ke?!", tengking Tazwin Iqbal. Sofea Ramona terdiam. Memang dia ada membuat hubungan sulit dengan lelaki-lelaki lain termasuk golongan VIP dan VVIP. Gambar-gambar itu telah membuktikan segalanya.

" I menyesal kenal dengan you, Sofea! I ingat you perempuan yang hanya bagi segalanya untuk I ! Tapi I silap! You ni perempuan murahan! You boleh bagi kat mana-mana lelaki yang you nak!", jerit Tazwin Iqbal lagi.
Sofea Ramona hanya terus menangis dan terus menangis.

" I memang ada hubungan sulit dengan lelaki-lelaki lain tapi I tak pernah tidur dan bersama dengan mereka, Tazwin. Dengan you je I pernah buat semua tu. I cuma layan mereka enjoy je, Tazwin. Percayalah", Sofea Ramona masih membela dirinya.

" You sendiri boleh tengok gambar-gambar tu kat mana kan?", ujar Sofea Ramona memperkukuhkan lagi bukti yang menunjukkan dia tidak melakukan tuduhan yang dilemparkan oleh Tazwin Iqbal. Tazwin Iqbal hanya terdiam dan melihat lokasi di foto-foto itu.

" Maafkan I, Tazwin. Kita berjauhan bila cuti semester. I cuma cari hiburan je dengan mereka. I janji dengan you yang lepas ni I tak akan hubungi mereka lagi. I am really really love you, Tazwin. Only you.", Sofea Ramona cuba memujuk Tazwin Iqbal. Memeluk tubuh badan jejaka yang tinggi lampai itu. Tazwin Iqbal hanya memdiamkan diri dan membiarkan Sofea Ramona memeluk dirinya.

" I hanya serahkan segalanya yang I ada untuk you sorang je, by. I'm just do it with you. Only you. Please believe me, by.", pujuk Sofea Ramona lagi. Semakin erat pelukannya. Tazwin Iqbal mula cair dengan pujuk rayu Sofea Ramona. Dipalingkan wajahnya menatap wajah Sofea Ramona dan mengucup dahi kekasihnya.

" I love you too,baby. Tapi, I nak you gugurkan kandungan ni, Sofea. I'm not ready untuk lalui semua ni, baby.", ujar Tazwin Iqbal sambil memeluk Sofea Ramona.

Sofea Ramona menolak badan jejaka itu dan menangis lagi.

" Senang you cakap kan? Ni anak kita, by.", ujarnya sayu.

" Baby, kita ada satu semester lagi. I nak kita sama-sama tamatkan study kita ni. Lepas tu I janji, kalau you pregnant anak I lagi, I janji akan nikah dengan you. You tak percayakan I ke, baby?", rayu Tazwin Iqbal.

Kerana cinta dan sayangkan kekasihnya itu, Sofea Ramona hanya menurut saja kemahuan Tazwin Iqbal. Terasa lega di hati Tazwin Iqbal. Mereka kembali berpelukan dan mengucup bibir dengan rasa yang penuh ghairah. Hanyut dibawa hawa nafsu. Tidak dapat membezakan halal dan haram. Tazwin Iqbal telah menempah bilik hotel mewah itu selama tiga hari dua malam demi memuaskan nafsu serakahnya bersama Sofea Ramona.

Dania Farhanim mendail nombor Eyza Adriana.

" Assalamulaikum, babe. Tak pergi ke mana-mana ke? Jumpa si buah hati kau tu?", ujar Dania Farhanim sambil tertawa kecil.

" Wa'alaikummusalam. Babe, dia balik lusalah. Kau tu dah jumpa ke Iqmal?", ujar Eyza Adriana yang turut tertawa kecil.

" Dia cakap nak jumpa hari esok. Nak rehat dulu baru balik dari UUM hari semalam juga ,babe.", jawabnya ringkas. Mereka berbual-bual sehingga hampir sejam di talian.

Di hati Eyza Adriana hanya terfikirkan buah hatinya yang semakin lama,semakin membuatkannya rasa cinta kepada Tazwin Iqbal. Teringat kenangan-kenangan bersama jejaka itu dan sahabat-sahabatnya di SMK Damansara Utama yang masing-masing mengejar impian mereka di universiti.

Hari yang ditunggu -tunggu telah tiba. Eyza Adriana menunggu Dania Farhanim mengambilnya di rumah. Encik Johari dan Puan Salmiah telah pergi ke rumah Encik Kamal, sahabat Encik Johari yang menjemputnya makan tengahari bersama-sama di rumahnya. Eyza Adriana telah memaklumkan kepada ibubapanya bahawa dia tidak dapat turut serta kerana dia telah berjanji ingin keluar bersama Dania Farhanim. Ibubapanya memberikan izin dan meminta dia menjaga diri. Dania Farhanim tiba di hadapan rumah Eyza Adriana. Mereka menuju ke Bukit Damansara. Eyza Adriana menyukai permandangan di situ. Tidak lama kemudian, Tazwin Iqbal tiba di situ. Dania Farhanim meminta diri untuk memberi ruang kepada Eyza Adriana dan Tazwin Iqbal.

" Assalamulaikum, Eyza.", Tazwin Iqbal memberikan salam.

" Wa'alaikummussalam, Win.", Eyza Adriana menjawab salam itu.

Tazwin Iqbal hanya menundukkan kepalanya. Reaksi wajahnya tidak seperti biasa. Eyza Adriana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Tazwin Iqbal.

" Win, kenapa ni? Ada sesuatu yang tak kena ke? Win sihat kan?", Eyza Adriana memulakan bicara dengan nada suara yang lemah-lembut.

" Eyza, Win nak minta maaf. Win rasa kita takkan teruskan hubungan kita lagi.", ujar Tazwin Iqbal menundukkan kepalanya. Hati Eyza Adriana bagaikan dipanah petir.

" Kenapa tiba-tiba macam ni, Win? Eyza ada buat salah ke dengan Win? Cuba jelaskan kat Eyza. Apa sebenarnya yang berlaku ni, Win? Eyza betul-betul tak faham.", ujar Eyza Adriana yang terduduk di kerusi taman itu kerana betul-betul terkejut dengan apa yang dibicarakan oleh buah hatinya.

" Eyza, Win minta maaf sangat-sangat kat Eyza. Win sebenarnya yang bersalah. Win rasa Eyza terlalu baik untuk Win. Win bukan sebaik yang Eyza sangka. Selama kita couple, Win teringin jadi macam couple yang lain. Tapi, Win tak dapat semua tu.", ujar Tazwin Iqbal.

" Apa maksud Win? Apa yang Win tak dapat?", Eyza Adriana masih ingin mengetahui maksud kata-kata Tazwin Iqbal.

" Eyza, Win nak kita pegang tangan dan jalan berdua-duaan. Tapi, setiap kali kita nak jumpa mesti Eyza bawa Dania sekali. Tak ada privasi. Win tak selesa.", Tazwin Iqbal berterus-terang panjang lebar kepadanya.

" Ya Allah, kenapa Win jadi macam ni? Sedangkan, selama ni dia tahu apa pendirian aku.", Eyza Adriana bermonolog dengan hatinya.

" Win tak dapat semua tu dengan Eyza.", sambung Tazwin Iqbal dengan bicaranya lagi.

" Selama ni Win boleh je terima semua tu? Win tahu kan Eyza ni ada pendirian macam mana? Win pun tahu apa hukumnya kalau bersentuhan kulit dengan bukan sesama muhrim? Sebelum ni, Win hormat je pendirian Eyza? Apa sebenarnya yang cuba Win sembunyikan daripada Eyza? Win dah jumpa perempuan yang boleh serahkan pada Win segalanya ke?", Eyza Adriana seakan sudah dapat membaca apa yang tertulis di fikiran Tazwin Iqbal.

" Jawab, Win. Jujur dengan Eyza.", suara Eyza Adriana seakan tegas.
Tazwin Iqbal hanya menundukkan kepalanya. Dia terlalu malu untuk menatap wajah gadis yang suci itu.

" Ya, Eyza. Win dah jumpa perempuan macam tu. Sebab tu, Win tak nak kita teruskan hubungan ni lagi. Maafkan Win, Eyza.", ujar Win berlalu meninggalkan Eyza Adriana. Menaiki keretanya dan berlalu pergi dari Bukit Damansara tanpa menjeling ke arah Eyza Adriana lagi. Eyza Adriana masih terduduk di kerusi itu dan airmatanya jatuh berjujuran di pipinya tanpa henti lagi. Dania Farhanim memerhatikan Tazwin Iqbal yang berlalu pergi. Dia terus menuju kepada Eyza Adriana.

" Eyza, kenapa ni?", rasa risau Dania Farhanim apabila melihat airmata sahabat baiknya berjujuran.

Eyza Adriana hanya membisukan diri. Hanya esakan tangisnya yang didengari Dania Farhanim. Dania Farhanim membawa Eyza Adriana ke parkir kereta dan membuka pintu kereta untuk gadis yang sedang bersedih itu dan memasukkan tubuh badannya ke dalam perut kereta. Setelah itu, tanpa bertanya atau berkata apa-apa lagi, Dania Farhanim terus memandu keluar dari Bukit Damansara. Sepanjang perjalanan pulang, Eyza Adriana hanya menangis dan terus menangis. Dania Farhanim memberhentikan keretanya berhampiran Stalkers Cafe.

" Babe, aku tak nak tanya kenapa kau macam ni buat masa ni. Aku nak bagi space untuk kau luahkan perasaan kau dengan tangisan tu. Sabarlah, babe. Yang penting, aku ada dengan kau. Hmm?", ujar Dania Farhanim dengan lemah-lembut cuba untuk menenangkan hati Eyza Adriana.

" Terima kasih, Dania.", airmatanya masih berjujuran sambil memeluk sahabat baiknya yang sangat memahami situasi yang dialaminya sekarang. Dania Farhanim mengusap perlahan belakang Eyza Adriana supaya gadis itu merasa lebih tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience