" Mak tahu kamu marahkan mak dan ayah kan, Eyza? Tapi, janganlah mengurungkan diri kamu dalam bilik je. Makan malam pun tak. Bukalah pintu ni, nak.", pinta Puan Salmiah yang mulai risau dengan rajuk anaknya. Begitu juga dengan Encik Johari. Sudah puas mereka mengetuk pintu bilik dan memujuk anak gadis itu.
Akhirnya, pintu bilik itu dibuka. Eyza Adriana duduk bersila di hujung katilnya. Encik Johari dan Puan Salmiah mendekati Eyza Adriana. Cuba untuk memujuknya.
" Eyza, mak dan ayah minta maaf tentang hal tengahari tadi ya? Memang salah kami tak beritahu kamu apa-apa. Pak Cik Kamal yang suruh mak dan ayah rahsiakannya daripada kamu. Dia nak beritahu sendiri kat kamu." jelas Encik Johari panjang lebar.
" Ayah, mak. Eyza tak habis study lagi kan?" , ujarnya dengan nada suara yang sedih.
" Ayah tahu, sayang. Kami cuma nak kamu berkenalan dulu dengan Zayid tu. Bukannya dengan serta-merta kami nak kamu berdua terus kahwin.", ujar Puan Salmiah pula dengan lemah-lembut. Encik Johari pula mengangguk dan tersenyum.
" Eyza ingat, sebelum Eyza balik ke USM hari Ahad ni, Eyza nak jumpa dengan Abang Zayid tu boleh tak ayah?", pinta Eyza Adriana untuk mengenali dengan lebih dekat jejaka itu.
" Ok, sayang. Ni nombor telefon Zayid tu. Ambillah. Call dan confirmkan bila kamu nak jumpa dia, ya?", Encik Johari memberikan telefon pintarnya untuk Eyza Adriana mengambil nombor telefon si komposer dan penerbit muzik itu.
" Nah, telefon ayah. Eyza dah ambil nombor telefon dia. Terima kasih, ayah.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum dan memeluk bapanya. Encik Johari dan Puan Salmiah juga memberikan respon yang sama. Mereka tahu tindakan anak gadis mereka itu betul.
Malam itu juga Eyza Adriana menelefon Zayid Arman untuk bertemu empat mata dengan si komposer dan penerbit muzik itu pada keesokan harinya. Dia juga meminta izin daripada ibubapanya membenarkan dia berjumpa dengan Zayid Arman dan jejaka itu akan mengambilnya di rumah. Encik Johari dan Puan Salmiah mengizinkan permintaan Eyza Adriana. Cuma berpesan supaya anak mereka itu menjaga diri. Eyza Adriana mematuhi pesanan orang tuanya.
Pagi ini, Zayid Arman pergi ke rumah Encik Johari untuk mengambil Eyza Adriana. Tiba sahaja di rumah Ketua Juru Audit itu, Eyza Adriana sudah menunggunya bersama Encik Johari dan Puan Salmiah. Zayid Arman keluar daripada Hilux Ford Ranger miliknya untuk bersalam dan meminta izin kedua-dua orang tua Eyza Adriana. Memang dia seorang yang berbudi bahasa. Sikapnya sebegitu disenangi oleh sepasang suami isteri itu untuk melepaskan anak gadis mereka bersama Zayid Arman.
Mereka berdua tiba di tempat yang dijanji iaitu di Stalkers Cafe. Setelah menempah menu di kaunter, mereka duduk di satu sudut di dalam cafe itu.
" Abang Zayid, we just talk straight to the point, ok?. Sejujurnya, Abang Zayid dah ada girlfriend ke belum?", Eyza Adriana tidak mahu banyak pembuka kata lagi. Zayid Arman hanya tersenyum.
" Eyza, boleh panggil abang je tak? Panjang sangat panggilan tu.", ujar Zayid Arman berasa lucu dengan panggilan namanya itu. Eyza Adriana tertunduk malu.
" Ok, ok. Abang dah ada girlfriend kan?", sekali lagi Eyza Adriana bertanya kepadanya.
" Yup! Eyza dah ada boyfriend juga kan?", ringkas jawapan Zayid Arman. Soalan yang sama ditanyakan kepada gadis itu.
" Eyza mana ada boyfriend, abang. Malas nak fikir semua tu. Kawan-kawan lelaki adalah. Eyza nak capai impian Eyza dulu.", jelasnya panjang lebar sambil tersenyum. Eyza Adriana memang seorang gadis yang murah dengan senyumannya.
" Yalah tu tak ada boyfriend.", Zayid Arman cuba menafikan kenyataan yang dikatakan oleh gadis jelita di depan matanya itu.
" Betul tak ada.", ujar Eyza Adriana lagi.
Perbualan mereka terhenti seketika. Pelayan restoran itu menghantar menu yang ditempah sebentar tadi.
" Terima kasih.", ujar Zayid Arman kepada pelayan restoran itu.
" Sama-sama, encik. Silakan menjamu selera.", ujar pelayan restoran itu pula sambil tersenyum.
" Patutlah ramai yang datang ke cafe ni. Staf-stafnya berbudi bahasa.", bisik hati Eyza Adriana. Dia juga tersenyum dengan layanan pelayan restoran itu. Zayid Arman menjemputnya makan. Eyza Adriana pun menerima jemputannya itu. Mereka makan bersama-sama. Selepas selesai makan, mereka pun mula membuka bicara berkenaan isu semalam.
" Abang, kita jumpa ni pakcik dan makcik tau tak?", Eyza Adriana memulakan bicara di antara mereka.
" Tak tahu. Mak dan ayah abang keluar ke pasar pagi-pagi tadi dah, Eyza.", jelas Zayid Arman.
" Oo.. Awal ya pakcik dan makcik pergi ke pasar?", Eyza Adriana menyambung perbualan. Zayid Arman hanya tersenyum saja.
" Eyza, tadi Eyza tanya yang abang ni dah ada girlfriend atau belum kan?", soal Zayid Arman.
" Yup! Abang jawab tadi dah ada kan?. Ceritalah sikit-sikit tentang girlfriend abang tu.", ujar Eyza Adriana dengan nada suara yang teruja.
" Ok, ok. Abang dah lama bercinta dengan dia. Dari kami berdua study sama-sama kat UPM dulu. Tapi, jurusan yang berlainan.", Zayid Arman mula bercerita. Eyza Adriana tekun mendengar.
" Sampai sekarang kami masih berhubung. Abang dan dia plan nak kahwin tahun depan tapi hubungan kami ni masih lagi orang tua kami tak tahu.", Eyza Adriana mula cuak.
"Oh, yeke? Kenapa korang tak bagitahu je, abang? Kan hal yang elok tu?" Eyza Adriana ingin mengetahui lebih lanjut.
" Kami kononnya nak buat suprise kat mereka tapi abang dulu yang disuprisekan.", Zayid Arman tertawa. Begitu juga dengan Eyza Adriana. Mereka nampak begitu mesra walaupun baru pertama kali berjumpa.
" Habis tu, girlfriend abang tahu tak tentang hal ni?", soal Eyza Adriana lagi.
" Abang tak sanggup nak beritahu dialah, Eyza. Nanti mesti dia sedih kan?", Zayid Arman menjawab dengan nada suara yang agak sedih.
" Oo.. Betul juga tu. Kalau Eyza jadi dia, Eyza pun akan sedih. Macam nilah, abang. Eyza rasa abang kena berterus-terang dengan mak dan ayah abang.", Eyza Adriana memberikan pendapatnya.
" Abang memang nak bagitahu tapi tunggu masa yang betul-betul sesuai, Eyza.", ringkas respon Zayid Arman.
" Ok, ok. Girlfriend abang still study atau dah bekerja sekarang ni?", Eyza Adriana masih mahu mencari alasan untuk membatalkan perancangan untuk berkahwin dengan Zayid Arman. Lega hatinya apabila dia mendapat tahu Zayid Arman sudah mempunyai kekasih hati.
" Dia kerja sekarang ni. Pegawai Bank. Bank Islam di KL", jujur jawapan jejaka itu.
" Wow! Lagi beruntung kalau abang kahwin dengan dia.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum. Zayid Arman membalas senyumannya.
" Nanti, abang bawa girlfriend abang tu jumpa pakcik dan makcik ya?" Eyza Adriana memberi pendapat lagi.
" Boleh. Abang akan bawa dia jumpa dengan mak dan ayah abang. Tapi, Eyza kena tolong abanglah.", ujar Zayid Arman pula sambil angkat keningnya dan tersenyum.
" Tolong apa, abang?", soalnya.
" Macam ni...", Zayid Arman memberitahu apa yang perlu Eyza Adriana lakukan untuk membantunya. Tanpa disedari oleh mereka, Shahriz Aryan juga berada di dalam cafe itu bersama adiknya. Dia hanya memandang Eyza Adriana dan Zayid Arman.
" Mungkin inilah boyfriend dia. Handsome juga ya? Mesti anak orang kaya.", bisik hati kecilnya.
Share this novel