BAB 12 Semakin Bahagia

Romance Completed 24098

Hari demi hari, Tazwin Iqbal dan Eyza Adriana semakin bahagia. Keluar bersama-sama dengan sahabat baik mereka. Fikri Rizwan juga memperkenalkan buah hatinya, Qira Yuhanis. Seorang gadis kacukan Pakistan dan England. Anak seorang usahawan yang kaya. Baik budi pekertinya. Amat sesuai dengan Fikri Rizwan yang juga merupakan anak seorang ahli koporat yang berjaya dan disegani. Berdarah kacukan Melayu dan Arab. Dania Farhanim pula bersendirian.

" Dania, bila kau nak kenalkan kitorang dengan buah hati kau?.", tiba-tiba soalan itu mulut daripada mulut Tazwin Iqbal. Tercengang Dania Farhanim dibuatnya.
" Eyza, kau bagitahu ke kat Tazwin?.", Dania Farhanim cuba menyiasat. Eyza Adriana terpinga-pinga.

" Eh! Kau jangan serkap jarang, Dania. Eyza tak bagitahu aku apa-apapun. Aku dan Fikri dah lama tahu. Korang couple lagi lama daripada kitorang kan? Daripada Form 5 kan? Tapi, pandai korang cover ek takut kantoi dengan Cikgu Syukri?", Tazwin Iqbal cuba membuatkan Dania Farhanim berterus-terang sambil bibirnya tersenyum melihat sikap Dania Farhanim yang cuba menyembunyikan kebenaran cerita cintanya.

" Cubalah ajak dia joint kita. Tak adalah kau sorang-sorang je yang tak ada couple antara kita ni. Tak seronoklah macam tu.", ujar Fikri Rizwan dengan nada nakal mengusik Dania Farhanim. Dania Farhanim hanya menunduk dan tersenyum malu.
" Esoklah aku ajak dia ek? Dia kerja part-time kat bengkel sementara menunggu result STPM ni"., akhirnya, Dania Farhanim berterus-terang.

" Malunya aku.", Dania Farhanim menutup mukanya yang kemerah-merahan.

" Nak sorok sangat ye?.", Fikri Rizwan mengusiknya lagi.
Mereka berempat mengetawakannya.

" Amboi, Eyza. Dulu cakap Tazwin tu bukan taste kau? Sekarang ni, apecer babe?.", Dania Farhanim mengusik sahabat baiknya itu ketika dalam perjalanan pulang menghantar Eyza Adriana ke rumahnya. Tertunduk malu Eyza Adriana.

" Entahlah, Dania. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Inilah cinta agaknya.", ternyata jelas gadis itu bahagia.

" Cinta pertama macam tulah, babe. Aku dulu pun macam tu juga. Kau pun tahu kan? Sekarang, dah dekat 3 tahun aku dengan dia couple. Aku harap kau pun akan kekal macam kami.", Dania Farhanim menyingkap kenangan permulaan percintaannya.

" In Shaa Allah kalau dia jodoh aku, babe. Selagi tak ada pengkhianatan kepercayaan antara kami.", ujar Eyza Adriana dan Dania Farhanim mengangguk tanda setuju dengan kata-kata gadis yang dilamun cinta itu.

" Babe, aku peliklah mamat dua orang tu tahu macam mana ek?", soal Dania Farhanim yang penuh kehairanan. Eyza Adriana mengangkat kedua-dua bahunya.

" Kita dah lama berkawan, aku tak cerita apa-apa pun kat diorang tu. Entah-entah diorang nampak kau dengan Iqmal tu dating kat mana-mana kot?.", ujar Eyza Adriana sambil tertawa kecil.

" Mungkin juga tu.", respon Dania Farhanim tersenyum malu.

" Sampai dah rumah aku. Kau tak nak singgah dulu ke, babe?.", Eyza Adriana mempelawa Dania Farhanim.

" Takpelah, babe. Dah senja ni. Kejap lagi nak masuk waktu Maghrib pula. Kirim salam kat mak dan ayah kau ek? Take care. Bye", ujar Dania Farhanim sambil melambaikan tangannya. Eyza Adriana mengangguk faham dan memberi respon yang sama kepada Dania Farhanim.

Malam itu, Eyza Adriana hanya berkurung di dalam biliknya selepas makan malam. Melihat gambar-gambar yang diambil semasa keluar bersama buah hati dan sahabat-sahabatnya siang tadi dalam telefon pintarnya. Bila dia melihat gambarnya bersama Tazwin Iqbal, dia besarkan gambar itu menggunakan jari-jarinya dan membelai gambar buah hatinya itu.

" Tak disangka akan jadi pasangan kekasih walaupun pada mulanya aku tak suka dia. Betullah kata orang tua dulu- dulu, jangan benci-benci,lama-lama sayang.", bisiknya dalam hati dan tersenyum sendirian.

" Semakin lama, semakin Eyza sayangkan Win. Win hormat pendirian Eyza yang tak nak bersentuhan selagi kita tak ada ikatan yang sah. Win, Eyza harap jodoh kita akan berpanjangan sampai ke Jannah. In Shaa Allah, sayang. Jangan khianati kepercayaan Eyza,ya? I love you so much, dear.", bisik hatinya lagi. Tersenyum bahagia sambil telefon pintarnya itu didakap ke dadanya.

Begitu juga yang Tazwin Iqbal lakukan di bilik tidurnya.

" Eyza, Win akan jadikan Eyza sebagai peneman hidup Win yang sah suatu hari nanti. Win dah janji dengan Eyza kan? Win akan tunaikan janji tu selepas kita dah dapat segulung ijazah nanti. Win hanya milik Eyza. I love you so much, baby.", bibir jejaka yang dilamun cinta itu mengucup gambar Eyza Adriana di skrin telefon pintarnya. Terasa rindu yang amat membara di hatinya walaupun hampir separuh hari tadi dihabiskan bersama. Akhirnya, dia menelefon Eyza Adriana untuk mendengar suara kekasihnya melepaskan rindu yang amat sangat. Eyza Adriana yang asyik dilamun cinta terkejut dengan bunyi panggilan telefon pintarnya. Tertera nama "My Sweet Love" di skrin telefon itu. Dengan segera menjawab panggilan itu.

" Assalamualaikum, Win.", salam diberikan.

" Wa'alaikummussalam, Eyza.", salam itu dijawab.

" Ya, Win. Kenapa call ni?.", soal Eyza Adriana pula.

" Win rindukan Eyza. Eyza buat apa tu? Rindu Win tak? Hihihi.", agak nakal nada suara Tazwin Iqbal.

" Amboi, kita baru jumpa tadi kan? Takkan dah rindu?.", soal Eyza Adriana lagi sambil tertawa kecil.

" Win pun tak tahu kenapa tiba-tiba Win rasa rindu kat Eyza. Win tengok gambar-gambar kita semua tadi dalam handphone ni. Tertengok gambar kita berdua tu, terus Win rasa rindu kat Eyza. Sebab tulah Win call Eyza. Nak dengar suara kekasih hati Win yang cute ni. Hihihi.", panjang lebar jawapannya. Penuh kejujuran. Eyza Adriana tersenyum bahagia dan tertawa kecil mendengar jawapan Tazwin Iqbal.

" Eyza pun rindu Win juga.", balas Eyza Adriana pula. Namun, jawapan yang ringkas itu membuat Tazwin Iqbal berada di awang-awangan. Tersenyum lebar bibirnya.

" Kita sama-sama rindulah ya? Hihihi. Oklah, si pemilik hatiku. Tidurlah ya? Dah lewat ni. Kita jumpa lain kali pula ya? Good night, baby. I love and miss you so much. Sweet dream with me ok?.", ujar Tazwin Iqbal penuh romantik.

" Ok, my sweet love. I love and miss you so much too. Sweet dream with me too, dear.", balas Eyza Adriana pula. Tazwin Iqbal tergelak kecil rasa bahagia.

" Tak ada kiss ke untuk Win, baby?.", Tazwin Iqbal menyakat kekasihnya.

" Winnnn..", ujar Eyza Adriana dengan nada suara yang sedikit geram. Tazwin Iqbal tahu maksud nada suara itu.

" Hihihi. Win gurau jelah, Eyza. Ok, ok. Assalamualaikum, baby. Take care. Bye." ujar Tazwin Iqbal.

" Wa'alaikummussalam, sweet love. Take care to you too. Bye.", balas Eyza Adriana mengakhiri perbualan mereka. Malam itu, sepasang kekasih itu dilamun cinta dan rindu. Sungguh bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience