BAB 16 Tiada Yang Lain Buat Aku

Romance Completed 24098

Akhirnya, perbincangan mereka mengenai perjumpaan itu melalui Whatsapp Group telah ditetapkan pada waktu tengahari selepas solat Zohor hari Khamis minggu ini. Eyza Adriana menetapkan perjumpaan itu diadakan di padang taman permainan berdekatan dengan rumahnya. Dia dan Dania Farhanim menyediakan jamuan kecil-kecilan untuk perjumpaan itu. Sekadar Mee Goreng Mamak, air Teh Ais dan dua jenis kuih iaitu Donat Cheese dan Karipap Ayam Blackpepper. Hidangan itu dibuat oleh Eyza Adriana dan Dania Farhanim sendiri di rumah Encik Johari. Puan Salmiah hanya tersenyum melihat gelagat dua orang sahabat baik itu. Setelah selesai semua hidangan itu, mereka membawanya ke tempat yang dijanjikan. Diletakkan di bawah pokok yang rendang di padang taman permainan itu.

" Wah, buncit perut aku makan masakan korang berdua ni.", ujar Fikri Rizwan sambil memegang perutnya. Qira Yuhanis hanya menggelengkan kepala dan tersenyum melihat tingkahlaku kekasihnya.

" Tahu takpe, bro.", ujar Tazwin Iqbal sambil mengenyit mata kepada Eyza Adriana. Eyza Adriana hanya tersenyum malu.

" Serius awak buat kuih Donat Cheese ni, Dania?", soal Iqmal Yusri kepada buah hatinya sambil tersenyum.

" Seriuslah saya yang buat, awak. Kenapa? Tak percaya ke?", soal Dania Farhanim kembali sambil tersenyum mengangkat keningnya.

" Mestilah percaya. Kalau tak, tak adalah sampai tiga biji habis saya makan kan?", jawab Iqmal Yusri. Jujur. Tersenyum ikhlas sambil memakan donat itu.
Mereka semua ketawa bersama.

" Lepas ni, tak tahulah bila kita boleh berkumpul ramai-ramai macam ni kan?", ujar Tazwin Iqbal sambil merenung wajah kekasihnya. Kemudian, menundukkan kepalanya. Eyza Adriana memahami isi hati Tazwin Iqbal.

" A'ah kan? Aku mesti akan rindu semua kenangan-kenangan kita semua ni bersama.", ujar Fikri Rizwan pula.

" Hmmm.. Suatu hari nanti kita akan berjumpa semula. Kita buatlah reunion.", ujar Iqmal Yusri pula memberikan pendapatnya. Mereka semua setuju dengan pendapat Iqmal Yusri.

" Win, Win tak bagitahu lagi akan sambung belajar kat mana.", ujar Eyza Adriana.

" Win dapat sambung belajar kat UPM, Eyza. Ambil ijazah jurusan Kejuruteraan Awam. Eyza dapat sambung belajar kat USM sama dengan Dania kan? Jurusan yang sama ke korang ambil?", soal Tazwin Iqbal pula.

" Alhamdulillah. A'ah. Kat USM tapi jurusan yang lain tapi satu fakulti. Eyza ambil ijazah jurusan Doktor Perubatan dan Dania ambil ijazah jurusan Doktor Pergigian.", jujur Eyza Adriana menjawab soalan Tazwin Iqbal. Jejaka berkulit cerah dan berlesung pipit itu tersenyum melihat wajah buah hatinya.
" Alhamdulillah.", ujar Eyza Adriana kesyukuran dan membalas senyuman Tazwin Iqbal.

" Ni pertama kali saya makan karipap jenis ni, Dania. Sedap. Awak buat juga ke ni?." soal jejaka berkaca mata itu.

" Karipap ni Eyza yang buat, Iqmal. Memang sedap. Mula-mula saya makan pun dah rasa sedap.", ikhlas jawapan Dania Farhanim sambil tersenyum. Iqmal Yusri membalas senyuman gadis berwajah bujur itu.

" Iqmal, awak dapat sambung belajar kat mana? Saya dan Eyza dapat sambung belajar di USM.", ujar Dania Farhanim.

" Alhamdulillah. Saya dapat sambung belajar kat UUM ambil Ijazah Sarjana Muda jurusan Pengurusan Perniagaan. Awak ambil jurusan apa pula, Dania?.", soal Iqmal Yusri pula. Masih lagi tersenyum.

" Alhamdulillah. Saya ambil Ijazah jurusan Doktor Pergigian.", ringkas jawapannya sambil tersenyum.

" Sedap-sedap semuanya yang Eyza dan Dania masak kan, Iz?", ujar Qira Yuhanis sambil tersenyum memandang jejaka yang tinggi lampai itu. Iz merupakan panggilan Qira Yuhanis buat Fikri Rizwan.

" Anis bolehlah ambil resepi daripada Eyza dan Dania.", ujar Fikri Rizwan tersenyum manis. Anis pula panggilan Fikri Rizwan buat teman wanitanya yang bertubuh langsing itu.

" Anis dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam kan? Mesti ambil jurusan Kulinari kan? Nak jadi chef lah katakan.", usik Fikri Rizwan sambil mengenyitkan matanya. Qira Yuhanis tersenyum malu.

" Tau-tau je Iz ni. Dah tak suprise dah. A'ah. Anis ambil Ijazah Sarjana Muda Sains jurusan Seni Kulinari. Iz dapat sambung belajar kat UPM sama dengan Tazwin kan? Tapi, jurusan yang berbeza rasanya. Anis tahu jurusan apa Iz ambil. Ijazah jurusan Sains Bioperubatan kan?. Betul tak?", ujar Qira Yuhanis pula.

" Aik? Mana Anis tahu ni?", ujar Fikri Rizwan dengan nada kehairanan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Qira Yuhanis hanya tersenyum nakal.
Mereka semua tertawa melihat gelagat Fikri Rizwan yang merupakan seorang yang lucu gelagatnya.

" Aku dan Fikri akan belajar satu universiti kat UPM. Eyza dan Dania pun sama kat USM. Iqmal kat UUM. Qira kat UiTM Shah Alam. Jauh-jauh belaka. Mesti kita semua akan rindu saat-saat hang out sama-sama macam ni kan? ," ujar Tazwin Iqbal sambil termenung.

" Relaxlah, bro. Kejap je masa 4 tahun tu. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun. Apa yang penting sekarang ni, kita fokus dulu study kita. Betul tak guys?", ujar Fikri Rizwan cuba untuk menenangkan hati Tazwin Iqbal. Tangannya meramas bahu sahabat baiknya itu. Anak mata Tazwin Iqbal menatap sayu wajah Eyza Adriana.

" Betul tu, Fikri. Mata air aku pun jauh juga pergi study. Chill, bro!!", Iqmal Yusri bangkit dan menggenggam lengan Tazwin Iqbal. Tersenyum memberikan semangat kepada sahabatnya itu. Eyza Adriana menunduk. Dia tahu apa yang terbuku di hati Tazwin Iqbal.

" Win, betul kata-kata Fikri dan Iqmal tu. Eyza tahu apa yang Win takutkan sangat.", Eyza Adriana bangkit dan menuju ke hadapan kekasihnya. Menatap tepat ke wajah lelaki yang dicintainya itu. Semua sahabat-sahabat mereka memerhatikan saja apa yang ingin Eyza Adriana luahkan.

" Win, Eyza tahu Win takut Eyza ni jumpa dan jatuh cinta dengan lelaki lain kat USM tu kan? Macam nilah. Win tak payah fikir sangat semua tu. Eyza ni bukan mudah nak jatuh cinta. Satu perkara je yang Eyza nak Win simpan. Keikhlasan. Daripada keikhlasan tak akan mudah sesuatu hal tu berubah. Daripada keikhlasan, akan wujud rasa kepercayaan dan kesetiaan. Simple, right?", luahan hati Eyza Adriana disokong oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

" Aku sokong apa yang kau cakap tu, babe! That's right!", jerit Dania Farhanim.
Mereka semua tertawa. Tazwin Iqbal mula senyum semula. Terasa tenang hatinya mendengar kata-kata yang terluah di bibir wanita yang dicintainya sepenuh hati.

" Ok, guys! Kita akan jumpa 4 tahun lagi selepas kita grade!", jerit Fikri Rizwan dengan penuh bersemangat.

" Yes!! In Shaa Allah", ujar mereka lagi. Penuh dengan semangat yang berkobar-kobar.

Malam itu, Eyza Adriana menelefon Tazwin Iqbal dan memberikan kata-kata yang membuatkan jejaka itu berasa bersemangat meneruskan pengajiannya di menara gading.

" Win, Eyza tahu apa yang terbuku di hati Win petang tadi. Win, 4 tahun je kita study. Kejap je masa tu. Kita dah janji nak hadiahkan mak ayah kita segulung ijazah kan? Eyza nak kita buktikan janji kita tu. Eyza ikhlas mencintai Win. Takkan ada lelaki lain yang boleh buat hati Eyza ni berubah. Eyza percayakan Win pun macam tu. Eyza akan setia hanya Win saja lelaki yang akan memilki hati Eyza ni. Win jangan risau. Percayalah pada Eyza." kata-kata gadis yang bersuara serak itu membuatkan hati Tazwin Iqbal seolah-olah di syurga.

" Terima kasih, Eyza sebab bagi kata-kata semangat untuk Win. Win pun ikhlas,percaya dan setia dengan Eyza. Win tak nak hati Win dimiliki perempuan lain. I love you too much, baby.", ujar Tazwin Iqbal yang dibuai rasa bahagia. Eyza Adriana juga merasakan perasaan yang sama.

" I love you so much too, my love.", ujar Eyza Adriana pula. Malam itu, hampir sejam mereka berbual di talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience