Selesai sudah perbincangan di antara Encik Kamal dan Encik Johari tentang pembatalan pertunangan di antara Zayid Arman dan Eyza Adriana. Puan Rozana dan Puan Salmiah juga dapat menerima kenyataan itu.
" Ana, mereka berdua tu dah besar panjang. Kita tak boleh nak mereka dengar dan buat apa yang kita nak je kan?", ujar Puan Salmiah dengan lembut.
" Ya, Miah. Saya pun fikir macam tu juga. Saya dan Kamal ingat Zayid tu tak ada perempuan yang istimewa di hati dia. Dia diam-diam je. Malu rasanya dengan tindakan kami berdua hari tu. Eyza pun mungkin dah ada buah hati kan, Miah?", respon balas Puan Rohana dalam perbualan mereka sambil tersenyum.
" Kalau anak lelaki biasanya mereka diam-diam dulu kan, Johari? Bila mereka dah betul-betul bersedia baru mereka beritahu kita ni, mak ayah mereka.", ujar Encik Kamal pula berjenaka sambil ketawa.
" Betul tu, Kamal. Macam kita dulu-dulu. Bukan senang nak bagi makan anak dara orang. Bila dah cukup segalanya, barulah boleh jadi suami orang kan?", sambung Encik Johari pula sambil memandang wajah isterinya. Mereka berempat sama-sama ketawa.
" Eyza tu mungkin macam Zayid juga agaknya. Tapi, saya tengok dia cuma keluar dengan kawan baik dia je, si Dania tu. Dengan Zayid je lelaki yang dia pernah keluar berdua. Itupun, secara diam-diam mereka berbincang tentang hal ni kan, abang?", soal Puan Salmiah kepada suaminya.
" Betul tu, Miah. Anak dara kami yang sorang tu pun macam Zayid tulah juga, Kamal. Diam-diam je. Tapi, tak tahulah kalau dia dah ada buah hati ke belum. Kami ni risau. Anak dara kan?", ujar Encik Johari pula.
" Kamu berdua jangan risau. Eyza tu anak yang baik. Dia tahu apa yang dia buat. Kamu beruntung dapat anak macam dia. Disebabkan tulah kami berdua ni berkenan nak buat dia jadi menantu. Tapi, yalah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.", ujar Encik Kamal yang agak terkilan sebenarnya.
" Sabarlah, Kamal. Nanti ada hikmahnya. Kita akan tetap berkawan walaupun tak jadi berbesan.", ujar Encik Johari berjenaka tapi yang sebenarnya dia mahu menenangkan hati sahabat baiknya itu. Mereka tertawa lagi. Tidak lama selepas itu, Encik Kamal dan Puan Rozana meminta diri.
" Kita dah siap makan ni. Nak pergi ke mana pula?", ujar Dania Farhanim untuk mendapatkan pendapat sahabat-sahabatnya.
" Kita pergi Taman Tasik Titiwangsa nak?", ujar Iqmal Yusri pula.
" Boleh juga tu.", Shahriz Aryan bersetuju dengan pendapat Iqmal Yusri.
" Ok. Saya ikut je." ujar Eyza Adriana sambil tersenyum.
Selepas selesai berpakat, mereka berempat pun pergi ke Taman Tasik Titiwangsa dengan menaiki kereta yang berasingan.
Sampai di sana, mereka pun keluar daripada kereta dan pergi ke tepi tasik itu. Nyaman saja tempatnya dan damai mata memandang tasik yang tenang. Menarik nafas dalam-dalam menikmati kesegaran udara di situ.
" Taman Tasik Titiwangsa. Tempat yang mengingatkan aku kepada Tazwin. Cinta aku untuknya akan aku cuba hapuskan. Biarlah dia bahagia dengan pilihan hatinya. Bagaimana aku nak membuka hati ini lagi untuk lelaki lain. Cinta pertama aku hancur. Mungkin lebih baik aku menyendiri buat masa ni dan fokus untuk masa depan aku. Jodoh yang Allah tentukan takkan pernah salah alamatnya. Kun Fayakun Kun. Aku redha, Ya Allah.", bisik hati Eyza Adriana penuh dengan motivasi sambil merenung tasik yang mendamaikan pemikirannya. Gadis itu seorang yang tahu memilih yang mana baik dan buruk untuk dijadikan pegangan hidupnya.
" Woit, babe! Termenung panjang nampak?", teguran Dania Farhanim mengejutkan Eyza Adriana yang sedang asyik termenung memandang tasik itu.
" Allahuakbar. Terkejut aku tahu tak?", ujar Eyza Adriana memegang dadanya kerana terlalu terkejut.
" Sorry, babe.", Dania Farhanim meminta maaf dan memeluk bahu sahabat baiknya itu. Mereka tertawa.
" Aku tahu kau teringatkan Tazwin, Eyza.", bisik hati kecil Dania Farhanim pula. Sayu.
Di satu sudut lain berhampiran tasik itu, ada sepasang kekasih sedang memadu asmara. Berpelukan di kerusi yang disediakan. Mata Eyza Adriana tiba-tiba tertumpu ke arah itu. Dia cukup kenal si jejaka itu. Tazwin Iqbal yang pernah menjadi seorang lelaki teristimewa di hatinya dulu bersama teman wanitanya berwajah cantik dan bentuk badan yang menggiurkan. Sofea Ramona memang seorang wanita yang sentiasa mempamerkan aset yang berada di tubuhnya. Berpakaian ketat dan sendat dan menayangkan sedikit di bahagian dadanya. Seksi. Dania Farhanim, Shahriz Aryan dan Iqmal Yusri tidak terlihat pula apa yang Eyza Adriana lihat. Eyza Adriana hanya mendiamkan dirinya sahaja.
" Eyza, jom jalan-jalan kat tepi tasik tu nak?", Shahriz Aryan mempelawa Eyza Adriana namun gadis itu hanya tersenyum menggelengkan kepalanya.
" Ala, jomla Eyza. Sweet couple ni dah lama tak bertentang mata tau? Bagi chance la kat mereka.", ujar Shahriz Aryan lagi sambil berseloroh mengusik Iqmal Yusri dan Dania Farhanim. Mereka tertawa.
" Ok, ok. Jom kita jalan-jalan.", Eyza Adriana memberikan persetujuan.
" Jom!", ujar Shahriz Aryan penuh kegembiraan.
Berbunga hati Shahriz Aryan dan terasa dirinya di awang-awangan apabila Eyza Adriana bersetuju berjalan di tepi tasik itu bersamanya. Sepanjangan perjalanan mereka berdua di tepi tasik itu, Shahriz Aryan hanya tersenyum sahaja di sebelah Eyza Adriana. Sedangkan, mata gadis itu hanya memerhatikan gelagat Tazwin Iqbal bersama kekasihnya seperti pasangan yang baru berkahwin. Di hatinya terasa pedih yang amat sangat dan parut lukanya kembali berdarah. Namun, dipendamkan saja.
" Eyza, sweet je kan tengok Iqmal dan Dania tu? Walaupun belajar di kampus yang lain dan jauh pula tu, mereka tetap setia antara satu sama lain kan? Mereka couple pun dah hampir 6 tahun.", ujar Shahriz Aryan tersenyum sendiri.
" A'ah.", Ringkas jawapan Eyza Adriana. Dia tersentap seketika mendengar bicara Shahriz Aryan. Airmatanya yang bergenang dan mula gugur tapi tidak laju seperti dulu. Dikesat airmatanya dan Shahriz Aryan mula terperasan kelakuan Eyza Adriana. Gadis itu memalingkan wajahnya ke arah tasik.
" Eyza, kenapa ni?", Shahriz Aryan mula panik melihat keadaan Eyza Adriana.
Eyza Adriana berlari ke bawah pokok rendang yang berada di situ dan kali ini, dia menangis semahu-mahunya di balik pokok itu. Shahriz Aryan mengikut langkah Eyza Adriana. Di hatinya mula risau.
" Kenapa dengan Eyza ni? Aku salah cakap ke? Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?", bisik hati kecilnya dengan rasa bersalah.
" Eyza, maafkan saya kalau saya ada tersalah cakap tadi. Saya betul-betul minta maaf.", Shahriz Aryan meminta maaf kepada gadis itu. Eyza Adriana masih lagi menangis. Shahriz Aryan semakin risau.
" Awak tak salah apa-apa pun, Shahriz. Sepatutnya saya yang kena minta maaf sebab berkelakuan macam ni.", ujar Eyza Adriana yang masih mengesat saki-baki airmatanya. Tangisannya mula reda.
" Bagitahulah saya kenapa awak macam ni, Eyza? Kita kawan rapat kan?", Shahriz Aryan cuba untuk memujuk Eyza Adriana.
" Apabila tiba masa yang sesuai nanti, saya akan bagitahu sendiri kat awak, Shahriz.", respon balas Eyza Adriana.
" Ok, Eyza. Take your time. Jom kita duduk kat kerusi tu.", ujar Shahriz Aryan sambil memberikan tisu kepada Eyza Adriana. Dan, tisu itu diambil. Mereka pun duduk di kerusi yang ada berhampiran dengan pokok itu.
" Dah pukul 4:45 petang ni. Dah masuk waktu Asar. Jom kita cari surau berdekatan kat sini, Eyza?", ujar Shahriz Aryan bersama senyuman manisnya. Cuba untuk menenangkan hati gadis itu. Eyza Adriana membalas senyumannya.
"A'ah kan? Jom kita ajak Iqmal dan Dania sekali.", ujar Eyza Adriana pula.
Mereka pun pergi ke tempat Iqmal dan Dania.
" Sabarlah, Eyza. Saya tahu mesti awak pernah dikecewakan. Saya akan tunggu masa yang awak minta untuk beritahu saya nanti. Saya akan selalu bersama dengan awak. Dan, saya janji tak akan kecewakan awak. Saya dah mula rasa sayangkan awak, Eyza. Hanya Allah yang tahu.", bisik hati kecil milik jejaka kacukan Melayu dan Rusia itu.
Share this novel