Dua tahun berlalu.
Pelbagai perkara telah berubah. Eyza Adriana telah memilik lesen memandu dan kereta idamannya, Honda Civic berwarna putih. Begitu juga dengan Shahriz Aryan yang telah memiliki kereta Toyota Camry versi baharu berwarna biru metalic. Perniagaan online Iqmal Yusri pula semakin maju. Dania Farhanim semakin berjaya dalam bidang doktor pergigiannya. Tazwin Iqbal sudah putus asa untuk memiliki Eyza Adriana. Dia akur dengan ketentuan Ilahi Eyza Adriana bukan jodoh buatnya. Dia pergi membawa dirinya ke London untuk menguruskan perniagaaan bapanya di sana dan ingin lari daripada gangguan bekas isterinya. Tindakan Tazwin Iqbal membuatkan Sofea Ramona mengalami despression dan dirawat oleh Dr. Hamzah iaitu doktor keluarganya. Sofea Ramona hanya dikurungkan oleh ibubapanya di dalam rumah mereka kerana tidak mahu sesiapa tahu keadaan anak perempuan tunggal mereka. Mereka malu untuk berhadapan dengan keadaan Sofea Ramona di mata masyarakat.
Iqmal Yusri dan Dania Farhanim telah bertunang dan terus berkahwin. Eyza Adriana dan Shahriz Aryan telah dilantik menjadi pengapit mereka. Majlis pernikahan dan perkahwinan kedua-dua mempelai itu cukup meriah walaupun hanya sederhana. Diadakan di Dewan D'Lavender, Bukit Damansara. Segala kerja-kerja perkahwinan itu dilakukan oleh keluarga dan saudara-mara kedua-dua belah pihak pengantin baru itu. Tidak seperti majlis perkahwinan orang lain yang menggunakan khidmat katering dan butik pengantin. Ini kerana, ibu saudara Dania Farhanim seorang pemilik butik perkahwinan manakala bapa saudara Iqmal Yusri pula pemilik servis katering pelbagai majlis.
" Beruntung mereka kan, Shah?", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum kepada Shahriz Aryan.
Shahriz Aryan hanya mengangguk dan membalas senyuman gadis idamannya itu.
" Ya, Eyza. Andainya kau adalah jodoh untuk aku. In Shaa Allah, sayang.", bisik hati kecilnya sambil tersenyum sendirian.
Setelah selesai majlis, pasangan pengantin itu dikehendaki membasuh periuk, belanga dan kawah. Sudah jadi adat kebanyakan orang Melayu di Malaysia harus melakukan aktiviti itu untuk pasangan pengantin baru.Namun, Iqmal Yusri dan Dania Farhanim tidak kisah. Mereka sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan selepas habis majlis perkahwinan mereka.
" Wah! Pengantin baru kena basuh kawah.", Shahriz Aryan mengusik pasangan pengantin baru itu sambil tertawa.
" Kesian korang.", ujar Eyza Adriana pula sambil tersenyum dan tertawa kecil.
" Kami berdua tak kisah pun. Nanti korang berdua pula yang basuh semua ni macam kami.", ujar Iqmal Yusri mengusik mereka berdua sambil tertawa juga.
Shahriz Aryan dan Eyza Adriana kelihatan malu antara satu sama lain.
" Haa.. Tau takpa.", usik Dania Farhanim pula yang turut tertawa.
Kerja-kerja pembersihan periuk, belanga dan kawah sudah diselesaikan oleh pengantin baru itu. Mereka berehat di bawah kanopi. Shahriz Aryan dan Eyza Adriana juga baru selesai menolong pengemasan kanopi seperti menarik alas meja makan pengantin dan tetamu untuk dibasuh. Kerusi dan meja juga dikemaskan dan diletakkan bersama di suatu tempat.
" Fuh! Boleh tahan basuh semua tu. Sakit pinggang ni.", ujar Iqmal Yusri sambil menyandarkan badannya ke kerusi dan memegang pinggangnya.
" Tau takpa. Saya pun rasa nak sakit kat lengan ni. Berat jugak ya barang-barang yang kita basuh tadi?," adu Dania Farhanim dan suaminya mengangguk faham.
" Alahai, Iqmal. Chill, bro. Kau ada 'tugas' yang lebih penting lepas ni tau?", Shahriz Aryan mula mengusik sepupunya yang baru bergelar pengantin sambil tersenyum nakal.
" Shhhh! Yang tu beres je, bro.", ujar Iqmal Yusri di telinga Shahriz Aryan.
Mereka berdua ketawa gembira. Dania Farhanim dan Eyza Adriana hanya tersenyum malu sahaja melihat gelagat Iqmal Yusri dan Shahriz Aryan.
" Alhamdulillah korang dah sah bergelar suami isteri. Iqmal, kau jaga Dania tu elok-elok tau? Jaga nafkah zahir dan batin dia. Jangan jaga nafkah batin je.", Shahriz Aryan masih mengusik Iqmal Yusri.
Mereka berdua ketawa lagi.
" Orang lelaki memang suka sangatlah kalau bergurau hal-hal macam tu kan?", ujar Dania Farhanim sambil mencubit manja peha suaminya.
Iqmal Yusri tersenyum nakal. Mereka berempat ketawa bersama.
" Eyza senyap je?", ujar Shahriz Aryan.
Eyza Adriana hanya tersenyum tawar.
" Saya tak ada kawanlah nanti. Dania dah jadi isteri orang. Saya jelah yang tak kahwin-kahwin lagi. Duduk sorang-sorang jelah nanti kat rumah sewa tu.", ujar Eyza Adriana sambil memuncungkan bibirnya.
" Comelnya dia buat macam tu.", bisik hati Shahriz Aryan.
" Takpa. Biar saya temankan Eyza. Tapi, kita kena nikah dululah. Lebih afdal kan? Lagipun, wajib nikah dulu sebelum bersedudukan sesama kita. Ikatan yang halal tu. Tak ada sesiapa yang akan pertikaikannya.", Shahriz Aryan mengusik gadis yang berbibir mungil itu.
" Amboi, amboi! Senang je dia ya?", ujar Eyza Adriana sambil membulatkan matanya dan kemudian tersenyum dengan usikan itu.
Mereka ketawa lagi. Hari itu amat membahagiakan mereka.
" Dania, Iqmal. Kami berdua balik dululah ya?. Take care dan selamat pengantin baru." ujar Eyza Adriana sambil tersenyum manis, bersalam dan memeluk sahabat baiknya itu.
Begitu juga dengan Shahriz Aryan dan Iqmal Yusri.
" Kau luahkan je isi hati kau tu, Shahriz.", bisik Iqmal Yusri di telinga Shahriz Aryan ketika mereka berpelukan.
" Bukan masanya lagi, Iqmal.", ujar Shahriz Aryan setelah pelukan mereka dilepaskan.
" Jangan kau berputih mata nanti dahla.", Iqmal Yusri berpesan kepadanya.
Shahriz Aryan hanya tersenyum. Dia hanya memendam perasaan dan yakin jodoh takkan tersalah alamatnya. Allah Maha Mengetahui isi hatinya.
Shahriz Aryan dan Eyza Adriana pulang bersama-sama menaiki kereta Toyota Camry miliknya. Kereta Eyza Adriana telah dibawa pulang oleh Encik Johari. Ibu bapanya mengizinkan dia menumpang kereta Shahriz Aryan untuk pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan itu, Shahriz Aryan dan Eyza Adriana berbual-bual mengenai majlis pernikahan dan perkahwinan sahabat karib mereka, Iqmal Yusi dan Dania Farhanim. Terasa bahagia mereka sudah sah bergelar suami dan isteri.
Kereta Shahriz Aryan tiba di perkarangan parkir kereta Kondominium Danau Impian.
" Terima kasih, Shah sebab tumpangkan saya.", kata-kata penghargaan itu diucapkan oleh Eyza Adriana sambil memberikan senyuman yang tidak pernah lekang daripada bibir mungilnya sebaik keluar daripada kereta itu.
" Sama-sama, Eyza. Nanti kirim salam kat ayah dan mak Eyza ya?. Saya balik dulu. Assalamualaikum.", jawab Shahriz Aryan sambil membalas senyuman Eyza Adriana, melambaikan tangannya di dalam kereta dan memandu keluar daripada kawasan kondominium itu.
" Wa'alaikummussalam, Shah.", salam itu dijawab Eyza Adriana bersama pandangannya yang mengekori kelibat kereta Shahriz Aryan. Tangannya juga melambai kepada jejaka itu.
Dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Taman Desa, Shahriz Aryan berbicara dan berdoa kepada Allah dengan hati kecilnya.
" Ya Allah, pertemukanlah jodoh di antara kami. Berikanlah aku petunjuk-Mu tentang isi hatinya, Ya Allah. Aku menyintai dan menyanyanginya kerana-Mu, Ya Allah. Tidak akan aku sentuh dirinya selagi belum disahkan ikatan kami sebagai suami isteri yang sah. Semoga urusan kami diberkati dan dipermudahkan oleh-Mu, Ya Allah. Kau Maha Berkuasa menentukan takdir hidup kami, Ya Allah."
Sofea Ramona telah disahkan normal daripada Dr. Hamzah. Dia tidak mengalami despression lagi. Kehidupannya tidak lagi terkurung di dalam rumah. Dia sudah dibebaskan oleh ibu bapanya seperti orang lain.
Tazwin Iqbal berada di Malaysia kerana mendapat khabar berita yang mengejutkan mengenai bapanya yang terpaksa dibedah kerana mengalami kesukaran pernafasan. Jantung Dato' Sabri komplikasi pengepaman darah.
Setelah hampir 6 jam menjalani pembedahan, doktor bedah itu pun keluar daripada bilik pembedahan. Doktor Eyza Adriana yang merupakan ketua dalam operasi pembedahan itu. Tazwin Iqbal terkejut melihat kelibat gadis itu.
" Suami Datin dan ayah Encik selamat.", itu sahaja kata-kata yang terkeluar daripada mulutnya. Senyumannya hanya ditujukan kepada Datin Suzana, ibu kepada Tazwin Iqbal.
" Terima kasih, doktor.", ucap Datin Suzana membalas senyuman doktor itu.
" Sama-sama, Datin.", ujar Eyza Adriana. Ringkas dan berlalu pergi dari situ.
Tazwin Iqbal dan Datin Suzana memasuki bilik wad Dato' Sabri. Namun, ekor mata Tazwin Iqbal melihat kelibat Eyza Adriana hingga hilang daripada pandangannya.
Share this novel