Seperti yang dijanjikan, Zayid Arman membawa kekasihnya, Feeya Rossa menemui keluarganya. Feeya Rossa agak gementar untuk menemui mereka.
" Eya cool je tau. Jangan risau, family Ayid bukan orang Kanibal.", ujar Zayid Arman mengusik buah hatinya itu. Feeya Rossa hanya menjeling manja dan tersenyum manis kepada Zayid Arman. Ayid dan Eya adalah panggilan manja di antara mereka. Encik Kamal, Puan Rohana dan adik-adik Zayid Arman menjemput Feeya Rossa masuk ke rumah dan beramah-mesra dengannya.
" Ayah dan mak jangan interview Feeya ni teruk-teruk tau. Nanti dia reject anak sulung ayah dan mak ni. Membujang sampai ke tualah Zayid ni.", seloroh Zayid Arman. Mereka semua tertawa.
" Angah, adik jom tolong along ambil hidangan kat dapur?", Zayid Arman mengajak adik-adiknya ke dapur. Zinnirah Rania dan Zamrin Luqman menurut saja ajakan abang sulung mereka. Hati Feeya Rossa semakin berdegup kencang apabila kelibat Zayid Arman hilang daripada pandangan matanya.
" Feeya nampak macam takut je?", ujar Puan Rohana sambil tersenyum. Feeya Rossa agak terkejut dengan kata-kata Puan Rohana.
" Dah banyak hal tentang diri Feeya yang kami berdua dah tahu. Feeya ni dah kawan lama dengan Zayid. Korang belajar sama-sama kat UPM dulu kan?", ujar Encik Kamal pula cuba membuatkan Feeya Rossa berasa tidak terlalu malu bersemuka dengan mereka.
" Ya, pak cik dan mak cik. Tapi, kami belajar jurusan yang berbeza. Saya ambil Ijazah Jurusan Perakaunan.", Feeya Rossa cuba memberanikan diri menjawab sebarang pertanyaan ibubapa Zayid Arman kepada dirinya. Dia tersenyum untuk menyembunyikan hatinya yang masih berdegup kencang.
Zayid Arman dan adik-adiknya mengintai Feeya Rossa di sebalik langsir pintu ke ruang dapur rumah mereka itu.
Semakin lama Encik Kamal dan Puan Rohana beramah mesra dengan Feeya Rossa, barulah si gadis itu selesa bersama mereka. Begitu juga dengan Encik Kamal dan Puan Rohana. Selepas hampir seharian bersama keluarga Zayid Arman, Feeya Rossa meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Nampaknya mereka sekeluarga nampak mesra dengan buah hati pilihan Zayid Arman itu. Lega rasa hati Zayid Arman dan Feeya Rossa.
Keesokan harinya selepas sarapan di pagi Ahad itu, Zayid Arman dipanggil oleh ibubapanya di ruang tamu. Zayid Arman menurut sahaja.
" Zayid, ayah dan mak dah berkenan dengan pilihan kamu. Kami rasa lebih baik kamu berdua ni disatukan segera.", ujar Encik Kamal. Puan Rohana juga bersetuju.
" Ok, mak dan ayah. Terima kasih sebab mak dan ayah terima pilihan Zayid." , Zayid Arman terlalu gembira dan memeluk kedua-dua ibubapanya. Encik Kamal dan Puan Rohana juga gembira. Begitu juga dengan adik-adiknya.
Malam itu, Zayid Arman baru sahaja balik daripada menghantar Feeya Rossa ke rumahnya setelah mereka keluar makan malam bersama. Encik Kamal dan Puan Rohana sedang menonton berita.
" Zayid, mari ke sini sekejap.", Puan Rohana memanggil anaknya.
" Baik ,mak.", tanpa berlengah Zayid Arman pergi kepada ibubapanya.
" Zayid, mak dan ayah dah bincang tentang kamu dan Feeya masa kamu keluar tadi. Kami berdua dah bersetuju nak pergi merisik dia hari Ahad minggu depan. Kamu bagitahu dia ya?", ujar Puan Rohana sambil memandang wajah anaknya dan tersenyum.
" Betul ni, mak?", terpancar jelas kegembiraan di wajah jejaka itu. Encik Kamal dan Puan Rohana tersenyum sambil menganggukkan kepala mereka tanda setuju. Zayid Arman meminta diri ke biliknya.
Sampai di biliknya, dia mendail nombor telefon Feeya Rossa dan memaklumkan apa yang telah diberitahu oleh ibubapanya sebentar tadi. Mereka berbual di talian telefon dengan rasa yang penuh kebahagiaan.
Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis sedang minum di Stalkers Cafe. Selepas minum, Fikri Rizwan akan menghantar Qira Yuhanis balik ke hostel UiTM Shah Alam.
" Iz, kita tinggal 1 sem lagi kan? Tak sabar Anis nak tunggu kita semua grade. Nak buat reunion tu kan? Dah lama kita tak berkumpul ramai-ramai macam tu.", ujar gadis kacukan Pakistan dan England itu. Namun, reaksi Fikri Rizwan tidak seceria kekasihnya. Dia hanya termenung dan wajahnya kelihatan seperti ada masalah.
" Iz, kenapa ni? Iz ada masalah ke?", Qira Yuhanis cuba untuk mengetahui sebab Fikri Rizwan tidak ceria seperti biasa.
" Anis, Tazwin dah nak nikah Sabtu minggu depan.", ujar Fikri Rizwan.
" What?! Seriously?! Wow! Dah nak nikah Tazwin dan Eyza ye, Iz? Tak habis study lagi tu. Cepatnya.", Qira Yuhanis teruja mendengar berita itu.
" Anis, bukan nikah dengan Eyza. Tapi dengan Sofea.", wajah Fikri Rizwan kelihatan kecewa.
" Sofea? He still want to get married with that woman? Apa yang Tazwin dah buat ni?", ujar Qira Yuhanis. Dia terkejut besar.
" Dah memang jodoh mereka. Kita tak boleh buat apa-apa. Sofea dah pregnant anak Tazwin buat kali kedua.", ujar Fikri Rizwan lagi dengan nada yang sedih.
" Astarghrafirullah Al 'azim. Ya Allah, apa yang Anis dengar ni? Bermakna Sofea tu pernah pregnant anak mereka sebelum ni, Iz?", berisghtifar panjang Qira Yuhanis.
" Ye, Anis. Tazwin dah janji akan nikah dengan Sofea tu kalau dia pregnant lagi. Iz betul-betul tak sangka Tazwin akan jadi macam ni. Kasihan, Eyza.", suara Fikri Rizwan jelas menggambarkan rasa terkilannya dengan sikap Tazwin Iqbal yang sudah jauh berbeza.
" Ya Allah.", Qira Yuhanis menutup mulutnya yang terlopong. Di hatinya betul-betul rasa tidak percaya.
" Dahlah, Anis. Biarlah mereka. Iz dah puas nasihatkan Tazwin tu. Tapi, dia dah tak anggap Iz ni kawan dia lagi. Jom Iz hantar Anis balik ke hostel.", jelas sekali kekecewaan hati Fikri Rizwan. Tidak mahu ambil peduli lagi hal sahabat baiknya dulu. Qira Yuhanis dihantar balik ke hostel institusi pengajian itu. Selepas menghantar kekasihnya, dia pula pulang ke hostel UPM.
" Baru sampai, bro?", sapa Tazwin Iqbal kepada Fikri Rizwan dengan menepuk bahu sahabat baiknya. Fikri Rizwan sengaja tidak mengendahkan sapaan Tazwin Iqbal. Tazwin Iqbal terasa pelik dengan perilaku jejaka yang tinggi lampai dan berkulit sawo matang itu.
" Bro, apa kes ni? Aku tegur, kau buat tak tahu je?", Tazwin Iqbal mula cuak.
Fikri Rizwan tetap tidak memperdulikannya dan pergi ke bilik air untuk mandi.
" Aku tegur, dia buat tak tahu je. Apa masalahnya pun aku tak tahu.", bisik hati kecil Tazwin Iqbal.
Selepas selesai mandi, Fikri Rizwan solat Maghrib. Tazwin Iqbal hanya sibuk dengan perbualannya di talian telefon bersama Sofea Ramona. Selesai solat Maghrib, Fikri Rizwan pergi ke cafe berdekatan dengan hostel mereka untuk makan malam. Terasa lapar perutnya. Tazwin Iqbal hanya memerhati sahaja gerak-geri Fikri Rizwan.
" Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kau, Tazwin. Suatu hari nanti kau akan menyesal. Allah Maha Melihat, Tazwin. Hanya Allah akan balas dan hukum dosa-dosa kau.", ujar Fikri Rizwan dalam hatinya. Sampai di cafe, dia menempah untuk makan Mee Goreng Mamak dan Teh Ais. Sedang dia asyik makan, Eyza Adriana menghubunginya. Panggilan itu dijawabnya.
" Assalamualaikum, Fikri. Awak buat apa tu? Busy ke?", tenang rasa hatinya mendengar suara itu dan bibirnya mengukirkan senyuman.
" Wa'alaikummussalam, Eyza. Tengah dinner ni. Awak dah dinner?", responnya membalas perbualan itu.
" Oh, yeke? Maafkan saya ganggu awak nak makan tu. Saya dah dinner tadi. Tak apalah, karang saya call awak semula ok?", ujar Eyza Adriana.
" Eh! It's ok, Eyza. Just continued your word.", Fikri Rizwan tidak mahu panggilan itu terputus.
" Hmmm.. Saya cuma nak tanya, reunion yang kita rancang nak buat tu selepas kita habis exam atau selepas kita grade?", Eyza Adriana menyuarakan tujuan dia menghubungi jejaka yang tampan dan tinggi lampai itu.
" Oh! Saya rasa selepas kita grade la, Eyza. Barulah nampak gempak kan?", ujar Fikri Rizwan diikuti ketawa kecilnya di hujung ayat.
" Oh, ok! That's a great idea, Fikri. Ok, nanti kita bincang bila kita jumpa kat KL ek? Saya lebih suka discuss face to face.", ujar Eyza Adriana.
" Yup! I know you, Eyza. Awak memang suka buat sesuatu kerja tu supaya perfect perlaksanaannya.", Fikri Rizwan memuji Eyza Adriana.
" Tak adalah, Fikri. But, thank you atas pujian tu. Ikhlas tak pujian tu?", seloroh Eyza Adriana dan kedengaran ketawa kecilnya.
" Mestilah ikhlas. Eyza, saya ada hal nak bagitahu awak ni sebenarnya. Tapi, saya harap awak jangan terkejut ya? Saya akan rasa serba salah kalau saya tak bagitahu awak tentang hal ni.", ungkapan kata-kata daripada Fikri Rizwan membuatkan hati Eyza Adriana tertanya-tanya hal apakah itu.
" Bagitahu je, Fikri. Saya tak naklah awak rasa sampai macam tu.", ujar Eyza Adriana.
" Ok. Eyza, hari Sabtu minggu depan Tazwin akan nikah.", akhirnya Fikri Rizwan meluahkan juga hal itu. Hampir terlepas telefon pintar itu daripada genggamannya.
" Eyza! Awak masih di talian ke? Eyza!", Fikri Rizwan mula risau apabila suara Eyza Adriana tidak kedengaran di talian.
" Ya, Fikri. Saya masih ada di talian lagi ni.", panggilan namanya dijawab dengan segera. Fikri Rizwan mula menarik nafas lega.
" Maafkan saya, Eyza. Andainya hal yang saya bagitahu tadi membuatkan awak rasa sedih.", Fikri Rizwan meminta maaf kepada Eyza Adriana.
" Tak apa , Fikri. Saya dah tak kisah tentang dia. Biarlah dia hidup bahagia dengan pilihannya. Dia cuma masa silam saya.", Eyza Adriana cuba membohong dirinya sendiri.
" Hati awak memang kuat, Eyza. Saya yakin awak akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik daripada dia.", Fikri Rizwan cuba memberikan kata-kata semangat kepada Eyza Adriana.
" In Shaa Allah, Fikri. Aamiin. Awak sambunglah makan dulu. Terima kasih sebab berikan kata-kata semangat tadi. Take care, Fikri. Assalamualaikum. Bye.", ujar Eyza Adriana dan dia menamatkan panggilan. Airmatanya mengalir laju tanpa dia sedar. Hatinya makin lama makin sakit. Tapi, dia terima ketentuan Allah. Dia jadikan luka di hatinya itu sebagai semangat untuk mencapai cita-citanya. Allah Maha Adil.
Share this novel