" Kamu balik hari Ahad ni kan, Eyza?", Puan Salmiah bertanya kepada Eyza Adriana yang sedang membantunya memasak di dapur.
" Ya, mak.", jawabnya sopan.
" Tengahari esok ada Pak Cik Kamal sekeluarga datang makan tengahari di rumah kita ni.", Puan Salmiah memaklumkan kepda anaknya.
" Sekeluarga? Macam ramai je, mak? Berapa orang nak datang?", respon balas Eyza Adriana pula.
" Dalam 5 orang rasanya. Mereka nak kenal dengan kamu. Masa mak dan ayah pergi ke rumah mereka kelmarin, kamu tak ikut kan?", ujar Puan Salmiah menerangkan sebab kedatangan Encik Kamal sekeluarga.
" Oh, macam tu.", Eyza Adriana memahami kata-kata ibunya.
" Kamu jangan hilang pula esok.", pesan Puan Salmiah. Eyza Adriana hanya tersengih saja.
Hari ini, Eyza Adriana sibuk menolong ibunya menyediakan hidangan untuk tetamu yang akan datang tengahari nanti. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10:30 pagi. Hanya tinggal manisan saja untuk dibuat. Itu sudah menjadi urusan Eyza Adriana untuk menyediakannya. Tepat jam 12:30 tengahari, semua hidangan telah siap disediakan.
" Mak, Eyza nak mandilah. Melekit badan ni. Tak selesalah, mak." pinta Eyza Adriana sambil menghidu bau bajunya. Memang dia betul-betul tidak selesa dengan keadaan dirinya sebegitu.
" Yalah. Kamu pakai kemas-kemas sikit ya?", ujar ibunya. Eyza Adriana hanya mengangguk mengikut arahan Puan Salmiah. Dengan segera dia mandi dan bersiap. Dia mengenakan jubah dan shawl Naelofar Hijab.
" Cantiknya anak ayah ni.", ujar Encik Johari sambil tersenyum melihat anaknya.
" Mak yang suruh Eyza pakai kemas-kemas, ayah." ujarnya berterus-terang. Encik Johari hanya tersenyum.
" Haa... Macam nilah anak mak. Cantiknyalah.", ujar Puan Salmiah teruja melihat anaknya memakai jubah yang berwarna biru gelap dan shawl Naelofar Hijab yang berwarna coklat nude itu.
" Terima kasih mak,ayah. Ada something speacial ke lunch tengahari dengan family Pak Cik Kamal ni?", Eyza Adriana tersenyum sambil cuba menyelidik sesuatu.
" Biarlah rahsia..", ujar Puan Salmiah sambil tersenyum. Begitu juga Encik Johari.
Jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 1:20 petang.
" Kejap lagi sampailah mereka ni. Tadi abang call katanya dah dalam perjalanan.", ujar Encik Johari kepada isterinya.
" Kejap lagi adalah tu, bang.", respon balas Puan Salmiah pula.
" Assalamualaikum, Johari.", Encik Kamal memberi salam.
" Wa'alaikummussalam. Jemput masuk, Kamal. Ajak isteri dan anak-anak kamu sekali.", Encik Johari menjawab salam dan mempelawa mereka masuk ke rumah sambil tersenyum.
" Jemput masuk, Ana.", pelawa Puan Salmiah kepada Puan Rohana, isteri Encik Kamal.
" Silakan masuk.", Eyza Adriana pula menjemput anak-anak Encik Kamal masuk ke ruang tamu rumah mereka. Tidak lekang dengan senyumannya.
Begitu berbudi bahasa mereka menjemput para tetamu. Encik Kamal sekeluarga pula terus dijemput ke meja makan untuk menikmati hidangan makan tengahari itu. Setelah doa makan dibacakan oleh anak sulung Encik Kamal, mereka pun makan bersama-sama ibarat sebuah keluarga yang besar.
Setelah selesai makan tengahari, mereka dihidangkan manisan yang dibuat oleh Eyza Adriana pagi tadi.
" Allahuakbar. Nasi penuh lagi ni, Johari. Dia bagi desert pula, Miah? Gemuklah keluarga ni nanti, Ana.", ujar Encik Kamal sambil ketawa sambil berjenaka. Mereka semua turut ketawa.
" Desert ni speacial tau, Kamal? Eyza yang buat.", ujar Encik Johari sambil tersenyum.
" Oh, yeke? Mesti sedap ni. Bismillahirahmannirrahim.", Encik Kamal pun makan manisan buatan Eyza Adriana itu.
" Hmmm. Sedapnya. Pandai Eyza buat Kuih Lompang ni. Tak manis,tak masin dan tak keras sangat. Sedang-sedang elok dia buat kan, Ana?", tanya Encik Kamal kepada isterinya.
" A'ahlah, bang. Zaman sekarang ni payah nak jumpa anak dara yang pandai buat kuih-kuih tradisi macam ni, bang." ujar Puan Rohana pula mengiakan kata-kata suaminya. Merah muka Eyza Adriana menahan malu dipuji oleh pasangan suami isteri itu.
" Tak adalah pandai mana pun pakcik,makcik.", ujar Eyza Adriana tersenyum malu. Mereka semua pun tersenyum juga.
" Haa.. Makan punya makan, terlupa pula nak kenalkan anak-anak pakcik kat Eyza. Yang sulung ni, Zayid Arman namanya. Bekerja sebagai komposer dan penerbit muzik di studionya sendiri. Dah 28 tahun umurnya. Yang nombor dua ni, namanya Zinnirah Rania dan yang bongsu ni, Zamrin Luqman. Kedua-duanya masih belajar lagi. Sorang belajar di UM dan sorang lagi di UTM.", jelasnya panjang lebar. Eyza Adriana hanya mengangguk dan tersenyum kepada anak-anak Encik Kamal dan Puan Rohana.
" Eyza, pakcik dan makcik sebenarnya datang ni ada hajat besar. Kami dah suruh mak dan ayah kamu rahsiakan hal ni. Kami minta maaf kalau kami buat kamu terkejut. Kami berdua dah lama sukakan Eyza. Dan, kami berdua dah berbincang dengan mak dan ayah kamu untuk datang merisik kamu menjadi calon menantu kami, isteri untuk Zayid Arman.", luahan harapan Encik Kamal itu membuatkan Eyza Adriana rasa betul-betul terkejut. Encik Kamal tahu Eyza Adriana pastinya terkejut mendengar hajat besarnya. Jelas sekali air muka Eyza Adriana yang rasa penuh dengan kejutan. Hanya mendiamkan diri.
" Eyza, pakcik dan makcik bukan nak kamu bertunang atau berkahwin hari ni juga. Kamu berkenalanlah dulu dengan Zayid tu. Kenali latar belakang dan hati budi masing-masing dulu.", ujar Puan Rohana sambil tersenyum. Begitu juga dengan Encik Kamal, Zinnirah Rania dan Zamrin Luqman. Zayid Arman seperti Eyza Adriana juga. Hanya diam dan menunduk sahaja.
Setelah Encik Kamal sekeluarga pulang ke rumah mereka, Eyza Adriana menolong ibunya mengemas ruang tamu, ruang makan dan dapur. Gadis itu memang seorang anak yang baik,rajin dan pembersih orangnya. Namun, sepatah kata pun tidak dia ucapkan. Puan Salmiah sudah tahu kenapa anaknya bersikap begitu. Eyza Adriana sebenarnya marahkan dia dan suaminya. Setelah selesai kerjanya, dia masuk ke bilik dan mandi. Encik Johari dan Puan Salmiah membiarkan sahaja Eyza Adriana bersikap begitu. Mereka memberikan ruang kepada satu-satunya anak mereka selepas kehilangan dua orang anaknya dulu. Selepas mandi, Eyza Adriana solat Zuhur. Begitu juga dengan ibubapanya. Jam di dinding sudah hampir pukul 4 petang. Sudah terlalu lewat untuk mengerjakan solat Zuhur. Sesudah solat Zuhur, Eyza Adriana berzikir untuk menunggu masuk waktu Asar pula. Setelah habis berzikir, dia memohon doa kepada Allah.
" Ya Allah, Kau berikanlah hamba-Mu yang kerdil ini petunjuk-Mu, Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Jika benar dia jodohku yang telah Kau tunjukkan aku jalan hati yang lurus, Ya Allah. 'Aamiin.", doanya di atas sejadah. Sayu di hatinya kerana terlalu awal untuk dia dijadikan isteri seseorang. Azan bagi waktu solat fardhu Asar telah berkumandang. Eyza Adriana bersedia untuk mendirikan solat Asar pula selepas habis azan itu dilaungkan.
Di rumah Zayid Arman, pemuda itu juga telah siap menunaikan solat Asar. Dia pergi ke ruang tamu rumahnya untuk mencipta lagu menggunakan keyboard. Namun, fikirannya bercelaru memikirkan tentang rombongan merisik anak gadis Encik Johari tengahari tadi.
" Apa aku nak cakap kat mak dan ayah ya? Aku sebenarnya tak bersetuju dengan plan mereka. Hati Eyza pun mungkin dah ada penghuninya. Takkanlah perempuan secantik tu tak ada buah hati kan? Aduh! Apa yang aku nak kena buat ni? Nak jumpa dia untuk tanya keputusan dia bab hal tadi, terlalu awal.", ujarnya sendirian. Urat di kepalanya seperti wayar elektrik yang bersimpul dan menanti sesiapa yang boleh menghuraikannya.
Share this novel