Eyza Adriana menghabiskan hari minggunya di Perpustakaan Awam. Ulangkaji dan terus ulangkaji.Dia seorang yang tidak suka membuang masa dengan melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah untuk dia menghadapi peperiksaan percubaan STPM tidak lama lagi. Sedang dia asyik mengulangkaji,ada sepasang mata yang memerhatikan gerak-gerinya.
" Eyza ni tak ada life ke? Study tak habis-habis. Dania Farhanim aku tengok ada juga masa nak enjoy pergi jalan-jalan kat mall ke, jogging ke. Dia ni study,study,study je kerjanya. Pelik benar aku dengan dia ni.", bisik hati jejaka itu. Matanya terus memerhatikan Eyza Adriana.
" Woit,bro!!" , tanpa salam Fikri Rizwan menepuk bahu Tazwin Iqbal.
" Apahal kau ni,Fikri? Tak reti nak bagi salam dulu ke? Kalau aku ada penyakit jantung,boleh mati kena heart attack tau tak?", geram bercampur marah Tazwin Iqbal kepada kawannya yang agak nakal itu.
" Opocot!! Janganlah marah bang..", Fikri Rizwan pura-pura terkejut sambil mengenyit mata dan berlagak seperti lelaki lembut mengusik Tazwin Iqbal.
Tazwin Iqbal hanya menjeling dan menggelengkan kepalanya dengan gelagat kawannya.
" Relaxlah, bro. Aku tengok kau bukan main lagi asyik tengok si Eyza tu dari tadi lagi. Kau nak try dia ke bro? ", ujar Fikri Rizwan sambil mengangkat kening.
" Gila ke apa kau ni,Fikri? Kau ingat Eyza tu macam perempuan lain ke yang ke hulu ke hilir tak ada tujuan? Eyza tu best student tau." , jelas Tazwin Iqbal seakan ada rasa bangga mengenai diri Eyza Adriana sambil tersenyum.
" Aku rasa kau ni dah lama usha Eyza tu kan? Tapi kau tak berani nak luahkan kat dia. Betul tak?", Fikri Rizwan seperti tahu apa yang sebenarnya Tazwin Iqbal rasakan.
" Pandai-pandai kau je eh? Mana ada. Aku cuma agak kagumlah dengan Eyza tu. Tapi,satu benda je aku pelik dengan dia", ujar Tazwin Iqbal sambil meraut dagunya.
" Pelik? Apa yang kau pelik,bro? Aku tengok dia ada sepasang mata,sepasang kening,sebatang hidung,sepasang bibir,bulu mata pun ada sepasang. Apa lagi eh? Haa!! Ada badan yang cukup lengkap semua perempuan ada? Apa yang kau pelik dengan dia?", Fikri Rizwan juga meraut dagunya seperti Tazwin Iqbal tadi sambil melihat tubuh badan Eyza Adriana dari atas ke bawah. Buku rujukan Matematik di tangan Tazwin Iqbal dihantuk ke atas kepala Fikri Rizwan.
" Aduh!! Sakitlah wey!!", jerit perlahan Fikri Rizwan kerana dia sedar tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan itu.
" Tahu pun sakit. Kepala pening memanjang kau ni", agak kasar nada suara Tazwin Iqbal tapi Fikri Rizwan tidak berasa marah dengan tindakan kawannya itu. Mereka sudah terbiasa begitu.
Share this novel