Sudah sampai masanya untuk Eyza Adriana pulang ke USM. Segala persiapan telah disediakan. Kali ini, Dania Farhanim akan membawa keretanya ke sana. Sebelum ini, mereka hanya menaiki bas. Puan Salmiah hanya memerhatikan anak gadisnya menunggu Dania Farhanim di muka pintu. Begitu juga Encik Johari. Minggu ini, Encik Johari sudah banyak hari bercuti kerana banyak perkara yang perlu dia lakukan. Hari esok, dia akan mula bekerja semula.
" Dania dah sampai tu. Mak, ayah. Eyza nak angkat beg dulu ye?", ujar gadis bermata bulat dan berhidung mancung itu.
" Mari ayah yang angkatkan beg tu. Berat beg tu, nak.", ujar Encik Johari pula.
Dania Farhanim keluar daripada keretanya. Memberi salam kepada keluarga itu dan bersalam dengan Puan Salmiah. Bonet keretanya dibuka untuk mengisi beg Eyza Adriana.
" Menyusahkan kamu je, Dania.", ujar Puan Salmiah.
" Ish! Tak menyusahkan pun, mak cik. Kami kan sama-sama nak balik ke destinasi yang sama?.", ujar gadis yang berwajah bujur dan ayu itu sambil tersenyum.
" Terima kasih banyak-banyak ya, Dania? Pak cik dah lama nak belikan kereta untuk Eyza tapi dia tak nak lagi katanya. Kamu jelah yang jadi mangsa dia nak ke mana-mana kan?", seloroh Encik Johari sambil tersenyum. Ketua Juru Audit itu memang suka bergurau dan peramah orangnya.
" Sama-sama, pak cik. Saya tak kisah pun. Nanti bila Eyza dah ada kereta dan dia dah ada lesen kereta tu, saya pula yang jadikan dia driver saya.", ujar sahabat baik Eyza Adriana itu sambil tertawa kecil. Dania Farhanim juga seorang yang suka bergurau. Mereka semua turut ketawa dan langsung tidak mengambil hati dengan kata-kata Dania Farhanim. Keluarga Eyza Farhanim sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Begitu juga dengan Eyza Adriana.
" Kamu hati-hati memandu ya, Dania?. Kalau rasa mengantuk, berhenti rehat dulu ya? Kamu ni dua-dua perempuan. Perjalanan pun jauh. Bertolak pagi-pagi macam ni dari sini, sampai kat sana dah hampir Isya'. Nak-nak lagi hari Ahad macam hari ni. Jalan raya sibuk.", pesan Puan Salmiah sebagai seorang ibu.
" Baik, mak cik.", ujar Dania Farhanim. Tersenyum.
Selepas mereka berbual dan bersalam-salaman, kereta dihidupkan dan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan, USM. Kali ini, kali terakhir mereka akan menginap di hostel institusi pengajian itu. Misi terakhir mereka untuk mencapai cita-cita. Doa ibubapa mereka tidak pernah putus buat mereka menghadapi semester terakhir itu.
Mereka berhenti di R & R Tapah untuk mengisi perut yang kosong.
" Eh! Iqmal, tu bukan Eyza dan Dania ke?", ujar Shahriz Aryan kepada Iqmal Yusri yang sedang makan bersamanya. Dia terlihat kelibat kedua-dua orang sahabatnya itu.
" A'ah la, Shahriz. Mereka berdua je ke? Biasanya mereka naik bas dari KL. Kalau naik bas, mesti ramai kan?", ujar Iqmal Yusri. Shahriz Aryan hanya mengangguk saja.
" Babe, kau nak makan apa? Aku nak makan nasi berlauklah kalau dah masuk waktu ni", ujar Dania Farhanim.
" Aku ikut kau je.", ringkas respon Eyza Adriana. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi.
" Siapa pula call ni? Ayah atau mak agaknya kot?", ujarnya sendirian.
Di skrin telefon pintarnya itu tertera nama ' Shahriz Aryan'. Dia pun menjawab panggilan itu.
" Assalamualaikum, Eyza. Awak kat mana tu?", salam diberikan dan lokasi ditanya oleh Shahriz Aryan.
" Wa'alaikummussalam, Shahriz. Saya dan Dania ada kat R & R Tapah ni.", Eyza Adriana menjawab pertanyaan itu.
" Awak tengok kat restoran sebelah kanan awak. Nampak saya lambai tangan tak?", ujarnya sambil melambai tangan kepada Eyza Adriana.
" Nampak. Nampak.", Eyza Adriana menjawab sambil tersenyum dan melambaikan tangannya juga kepada Shahriz Aryan.
" Mehla datang kat sini. Saya dan Iqmal tengah makan ni. Ajak Dania sekali.", pelawanya.
" Ok, Shahriz. Kejap ya? Saya dan Dania nak ke toilet kejap.", respon balas Eyza Adriana.
" Ok.", talian itu diputuskan.
" Mereka nak ke toilet dulu tu, Iqmal. Mesti baru sampai tu.", ujar Shahriz Aryan.
Iqmal Yusri hanya mengangguk faham.
Tidak lama selepas itu, Eyza Adriana dan Dania Farhanim berada di meja mereka. Namun, jejaka-jejaka itu sudah menghabiskan makanannya.
" Ala, dah habis dah korang makan. Ingatkan tak habis lagi. Boleh makan sekali.", ujar Dania Farhanim sambil memandang buah hatinya.
" Siapa kata dah habis makannya? Desert kami tak makan lagi tau.", ujar Iqmal Yusri. Mulut Eyza Adriana dan Dania Farhanim melopong.
" Desert pula? Korang nak makan apa?", Eyza Adriana bertanya.
" Kejap lagi sampailah tu. Korang dah order ke belum?", ujar Shahriz Aryan sambil tersenyum manis.
" Kami dah order dah.", respon balas yang sama daripada Eyza Adriana dan Dania Farhanim.
Tidak lama selepas itu, makanan yang mereka tempah pun sampai. Masing-masing membaca doa dan makan. Shahriz Aryan hanya memerhatikan cara Eyza Adriana makan. Sungguh sopan dan beradab. Memang banyak ciri-ciri wanita idamannya yang ada pada diri Eyza Adriana.
" Alhamdulillah. Dah siap pun makan. Kita rehat kejap dan solat Zuhur. Lepas tu, bolehlah kita gerak sama-sama. Ok guys??", ujar Iqmal Yusri.
" Ok.", ujar Dania Farhanim pula.
" Korang gerak dari rumah pukul berapa tadi?", Eyza Adriana bertanya kepada dua orang jejaka di hadapannya.
" Kita gerak pukul 7:00 pagi tadi kan, Shahriz?", Iqmal Yusri bertanya kepada Shahriz Aryan untuk mendapatkan kepastian.
" Lebih kuranglah tu. Korang pula gerak pukul berapa?", soal Shahriz Aryan pula.
" Dalam pukul 7:15 pagi tadi.", Dania Farhanim menjawab pertanyaan itu.
" Lepas ni kami isi minyak kat Petronas kat sini, lepas tu berhenti kat R & R Simpang Pulai untuk makan dan isi minyak juga. Lepas tu, berhenti di R & R Sungai Bakap untuk rest sekejap dan lepas tu terus bergerak ke Jambatan Pulau Pinang sampai ke USM kat Gelugor.", Dania Farhanim menyambung lagi bicaranya menerangkan perjalanan mereka berdua.
" Berapa banyak lepas tu daaa..", Shahriz Aryan berseloroh. Mereka ketawa bersama-sama.
" So, Shahriz boleh kan tumpang korang balik sekali ke USM tu? Saya berhenti kat R & R Sungai Bakap dan teruskan perjalanan ke UUM la pula. Boleh?", Iqmal Yusri meminta pendapat kedua-dua gadis itu.
" Boleh je. Sebab kami nak pergi satu destinasi je pun. Boleh, no problem. Lagipun, awak jauh lagi perjalanan kan? Takkanlah nak patah balik? Penat tu. Kesian buah hati saya ni.", Dania Farhanim tertawa kecil mengusik Iqmal Yusri. Mereka ketawa lagi. Iqmal Yusri kelihatan malu diusik kekasihnya.
" Selama ni kalau balik KL masa cuti sem, saya naik bas je. Macam korang jugak. Tapi cuti sem last ni, Iqmal nak hantarkan saya. Saya target dia berhenti kat Seberang Perai, saya naik bas ke Gelugor dan naik teksi ke USM.", jelas Shahriz Aryan.
" Oo.. saya bawa kereta balik ke USM sem last ni sebab nanti banyak barang-barang kami berdua untuk dibawa balik. Lepas habis sem ni kan kami berdua tak tinggal di hostel USM dah?" ujar Dania Farhanim.
" A'ah. Kereta parent kami nanti takkan muatnya.", ujar Eyza Adriana pula sambil tertawa kecil.
" Perempuan, bro.", seloroh Iqmal Yusri sambil matanya memandang Dania Farhanim sambil tertawa kecil juga. Malu Dania Farhanim dibuatnya. Mereka ketawa lagi. Rasa bahagia di hati Shahriz Aryan apabila melihat senyuman dan gelak tawa di wajah jelita milik Eyza Adriana.
" Jom solat Zuhur, guys. Dah lewat ni. Lepas ni nak isi minyak dulu dan jauh lagi ni perjalanan kita.", ujar Shahriz Aryan mengingatkan sahabat-sahabatnya.
" Ok, jom.", ujar mereka bertiga.
Selepas selesai solat Zuhur dan mengisi petrol, mereka meneruskan perjalanan ke destinasi mereka. Shahriz Aryan telah memandu kereta Proton Persona berwarna putih milik Iqmal Yusri itu daripada Kuala Lumpur ke R & R Tapah itu. Dia juga yang akan memandu sampai ke R & R Sungai Bakap. Dia sendiri yang ingin memandu kerana perjalanan sepupunya itu ke UUM masih lagi jauh. Dia nak Iqmal Yusri berehat sepenuhnya sebelum balik ke sana. Lagipun, dia juga sudah mempunyai lesen memandu.
Perjalanan mereka diteruskan sehingga ke R & R Simpang Pulai, Perak. Mereka makan, solat Asar dan mengisi petrol. Selepas itu, mereka meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai di R & R Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk berehat seketika dan Shahriz Aryan pula bertukar kenderaan dengan sepupunya itu. Eyza Adriana dan Dania Farhanim mengikut Shahriz ke kereta Iqmal Yusri.
" Ok, Iqmal. Thanks tumpangkan aku. Perjalanan kau jauh lagi. Sekarang ni baru pukul 6:20 petang. Kau sampai kat UUM pukul berapa?", ujar Shahriz Aryan tersenyum dan mengambil begnya di tempat duduk belakang.
" Tak ada hal la, Shahriz. Kita ni bukannya orang lain. Tak payah nak berkira sangatlah.", ujar Iqmal Yusri pula sambil memeluk sepupunya itu.
" Jauh lagi aku ni, Shahriz. Paling koman sampai pun pukul 5 atau 6pagi. Tapi, tak apalah, kuliah aku cuti lagi esok. Start hari lusa pula. Sempatlah aku rehat puas-puas.", ujarnya sambil menepuk bahu Shahriz Aryan. Terbeliak biji mata mereka bertiga mendengar kata-kata Iqmal Yusri.
" Ya Allah, jauhnya. Hati-hati tau, awak.", ujar Dania Farhanim dengan penuh bersimpati memandang wajah kekasihnya.
" In Shaa Allah. Tak ada apa-apalah, awak. Saya dah biasa. Saya ikut highway kan? Awak pun hati-hati dan jangan nakal-nakal tau. I love you.", ujar Iqmal Yusri sambil tersenyum memandang wajah comel buah hatinya.
" Ok, awak. I love you too. No naughty-naughty tau.", Dania Farhanim tersenyum.
Eyza Adriana dan Shahriz Aryan hanya memerhatikan pasangan kekasih itu berbicara.
" Alangkah bahagianya mereka ni.", kata hati kecil Eyza Adriana sambil tersenyum.
" Andainya aku dan Eyza macam tu kan best? Bahagia tahap bersemut tu. Kalah Romeo dan Juliet.", bisik hati Shahriz Aryan pula sambil tergelak sendiri. Eyza Adriana agak terkejut mendengar gelakan jejaka di sebelahnya. Dia memalingkan wajahnya memandang Shahriz Aryan. Cuak reaksi Shahriz Aryan apabila Eyza Adriana memandangnya.
" Kenapa tiba-tiba awak tergelak pula, Shahriz?", Eyza Adriana mula kehairanan.
" Tak ada apa-apalah, Eyza.", ujar Shahriz Aryan dengan hanya tersengih-sengih.
" Ada-ada je awak ni.", ujar Eyza Adriana pula sambil tersenyum menggelengkan kepalanya. Shahriz Aryan masih tersengih-sengih seperti tadi. Mereka berempat pun memandu menuju ke destinasi masing-masing. Kereta Dania Farhanim dipandu oleh Shahriz Aryan. Hampir pukul 11 malam Dania Farhanim, Eyza Adriana dan Shahriz Aryan sampai ke USM manakala Iqmal Yusri masih dalam perjalanannya menuju ke UUM Sintok, Kedah.
Share this novel