BAB 39 Hari Yang Penuh Kebahagiaan

Romance Completed 24098

Di parkir kereta lapangan terbang KLIA itu, Shahriz Aryan dan Eyza Adriana menaiki sebuah kereta sahaja. Kereta Toyota Camry milik Shahriz Aryan. Sahabat-sahabat mereka yang lain mahu terus pulang ke rumah masing-masing. Shahriz Aryan pula ingin membawa Eyza Adriana ke suatu tempat.

" Kita nak pergi mana ni, Shah?", soalan itu ditanyakan oleh Eyza Adriana kepadanya.

" Suprised!", ringkas sahaja jawapan Shahriz Aryan sambil tersenyum.

Eyza Adriana menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat perilaku Shahriz Aryan. Setelah hampir 40 minit pemanduannya, mereka sampai tempat yang telah dirancangkan oleh Shahriz Aryan.

" Wow! Cantiknya permandangan kat sini, Shah.", ujar Eyza Adriana dengan penuh keterujaan setelah melihat keindahan permandangan di situ.

Shahriz Aryan hanya tersenyum manis melihat keterujaan Eyza Adriana. Gadis itu memang sukakan permandangan lautan. Mereka berada di Pantai Bagan Lalang.

" Saya tahu dah awak akan suka tempat ni, Eyza.", ujarnya sambil tersenyum manis.

Eyza Adriana membalas senyuman itu.

"Eyza, jom lunch? Saya laparlah.", ujar Shahriz Aryan.

" Jom.", ringkas jawapan Eyza Adriana.

Mereka pun menuju ke restoran yang terdapat di Medan Selera Bagan Lalang. Setelah selesai makan, mereka pergi ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat Zuhur diimamkan oleh Shahriz Aryan.

Keluar dari surau, mereka pun pergi ke tepi pantai itu.

" Tenang je laut ni kan, Shah? Terasa aman je hati tengok keindahan alam ciptaan Allah ni.", ujar si gadis pemilik hati Shahriz Aryan itu.

" Ya, Eyza. Allah sebaik-baik Pencipta.", ujar jejaka itu sambil matanya memandanng wajah jelita Eyza Adriana yang sedang asyik merenung lautan itu dengan senyuman manisnya.

" Ya Allah, adakah ketika ini harusku luahkan perasaan terindah ini?", hati kecil Shahriz Aryan berbisik.

" Shah, kenapa pandang saya macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke kat saya ni?", Eyza Adriana meraba-raba wajahnya.

" Tak adalah, Eyza. Permandangan kat laut ni memang menenangkan hati awak, tapi awak menenangkan hati saya.", ujar Shahriz Aryan berseloroh sambil tertawa kecil di hujung ayatnya.

Merah padam wajah Eyza Adriana menahan malu. Namun, gadis itu tetap tersenyum manis. Senyuman itu adalah yang paling disukai Shahriz Aryan. Dia juga tersenyum tenang.

" Pandai juga awak ni buat ayat pick up line ye?" ujar Eyza Adriana sambil matanya merenung wajah jejaka di hadapannya yang telah dicintai dan disayanginya dalam diam tanpa tiada sesiapapun yang tahu melainkan Allah.

Hati Shahriz Aryan berdebar-debar direnung sebegitu. Namun, disembunyikannya sambil tersenyum.

" Eyza, andainya ada seorang lelaki yang awak tak pernah pun terfikir dia akan datang untuk memiliki cinta awak, apa awak akan buat?", soalan itu ditanyakan kepada Eyza Adriana.

" Saya pun tak tahu nak buat apa, Shah. Saya mungkin akan terima dia slow-slow dalam hidup saya. Kenapa awak tanya macam tu?", soal Eyza Adriana pula setelah menjawab pertanyaan jejaka bertubuh sasa itu.

" Eyza, sebenarnya saya ada sesuatu nak bagitahu awak. Dah lama saya nak bagitahu, tapi masa tak mengizinkan. Sekarang, saya rasa inilah masa yang terbaik untuk saya bagitahu awak tentang hal ni.", luah hati Shahriz Aryan.

Di hatinya penuh dengan debaran meluahkan ayat itu. Begitu juga dengan hati Eyza Adriana. Namun, dia cuba menyembunyikannya dengan wajah yang tenang.

" Eyza, sebenarnya saya dah lama pendam perasaaan cinta dan sayangkan awak. Sejak kali pertama kita bertemu di USM. Dan, perasaan itu tetap saya pendamkan bila saya dapat tahu tentang hubungan awak dan Tazwin dulu. Saya cuba nak luahkan bila hubungan awak dan Tazwin dah clash. Tapi, saya tak nak dianggap nak ambil kesempatan masa tu. Saya terus memendam hingga ke saat ni untuk saya luahkan kat awak, Eyza. Saya minta maaf andainya awak kurang selesa dengan luahan hati ni. Tapi, saya tak sanggup nak pendam perasaan ni lagi, Eyza. Keperibadian diri awak tak pernah saya jumpa daripada mana-mana kenalan perempuan saya. Saya cintakan awak, Eyza Adriana Binti Johari.", sungguh teramat lega hatinya setelah meluahkan perasaan dan melafazkan cinta iru kepada gadis yang sudah hampir 6 tahun memiliki hatinya.

Eyza Adriana tergamam seketika setelah mendengar luahan hati jejaka idamannya itu. Tidak disangka jejaka itu juga memiliki perasaan yang sama di hatinya. Rasa terharu juga muncul di dalam hatinya.

" Shah, secara jujurnya saya pun lama dah rasa apa yang awak luahkan tadi. Awak sentiasa bersama dengan saya si saat hati ni pernah dihancurkan dulu. Awak membuatkan saya rasa bahagia dan lupakan kekecewaan hati saya yang dulu. Keikhlasan awak yang membuatkan hati saya mula menyintai dan menyanyangi awak, Shah. Memang awak bukan cinta pertama saya, tapi saya yakin awaklah jodoh yang Allah dah tetapkan buat saya. Terima kasih pemilik hatiku, Shahriz Aryan Bin Firdaus Muhammad. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.", ujar Eyza Adriana yang meluahkan isi hatinya pula.

Shahriz Aryan betul-betul gembira mendengar kata-kata indah itu yang diluahkan Eyza Adriana, cinta pertamanya. Dia juga tidak menyangka perasaan yang teristimewa itu telah disambut baik oleh pemilik hatinya.

Mereka seakan berada di awang-awangan dilamun cinta. Terasa benar-benar bahagia dan lega di hati mereka dan mengucapkan kesyukuran kepada Allah.

" Eyza, saya nak hubungan kita direstui oleh ayah dan mak kita.", ujar jejaka itu sambil tersenyum kepada Eyza Adriana.

" Saya pun rasa itu pilihan yang terbaik, Shah.", ujar Eyza Adriana pula dan membalas senyuman Shahriz Aryan.

Sudah hampir pukul 4 petang. Mereka pun pulang ke Kuala Lumpur. Eyza Adriana dihantar pulang ke rumah ibubapanya. Shahriz Aryan juga pergi ke rumah ibubapanya di Taman Desa.

Pada malam itu juga, Shahriz Aryan dan Eyza Adriana memberitahu tentang perancangan masa depan mereka. Encik Johari, Puan Salmiah, Profesor Firdaus Muhammad dan Puan Maria amat gembira dengan perancangan itu.

Tiga minggu berlalu.

Keluarga Shahriz Aryan dan Eyza Adriana sibuk dengan persiapan majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan pasangan sejoli itu. Semua kad sudah diedarkan kepada saudara-mara, sahabat handai dan kenalan-kenalan mereka.

Tazwin Iqbal yang kini sibuk mengendalikan perniagaan ayahnya di Kota London juga mendapat jemputan itu daripada Shahriz Aryan dan Eyza Adriana melalui emel.

" Alhamdulillah. Akhirnya, korang akan kahwin juga.", ujarnya ketika membaca kiriman emel itu.

Dia membalas kiriman emel pasangan itu yang dia akan balik ke Malaysia untuk menghadiri majlis mereka yang bakal diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur pada hari Ahad minggu hadapan.

Hari yang bahagia telah tiba buat Shahriz Aryan dan Eyza Adriana. Mereka telah disahkan menjadi suami isteri yang sah. Majlis itu amat meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai, masakan yang enak dan lain-lain lagi. Keserian dan kebahagiaan di wajah pasangan pengantin baru itu benar-benar terpancar di wajah mereka.

Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis sudah mempunyai seorang anak lelaki yang comel. Iqmal Yusri dan Dania Farhanim bakal menimang cahaya mata. Tazwin Iqbal pula datang bersama seorang gadis yang cantik pilihan ibubapanya yang juga tinggal di London bersama keluarganya. Namun, gadis itu berhijab dan berpakaian seperti seorang muslimah yang solehah walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di negara barat.

Setelah selesai sesi penggambaran di tepi kolam hotel itu, Shahriz Aryan dan Eyza Adriana berkumpul bersama sahabat-sahabat mereka.

" Penat juga ye bergambar? Nasib baik korang semua join sekali.", ujar Shahriz Aryan.

" Tau takpa.", ujar Iqmal Yusri sambil tertawa.

" Mesti cantik gambar-gambar kita semua nanti kan? Terima kasih, korang semua. Saya happy sangat-sangat korang semua datang hari ni. Terima kasih banyak-banyak tau?", ujar Eyza Adriana dengan penuh kegembiraan di wajahnya sambil memeluk sahabat karibnya, Dania Farhanim yang sedang sarat mengandung.

" Tak ada hal la, Eyza. Kita semua kan sahabat sampai bila-bila?", ujar Fikri Rizwan pula.

" Tazwin, tak nak ke kenalkan kami dengan bakal isteri kau tu?", ujar Shahriz Aryan sambil tertawa kecil.

" A'ah kan? Kenal-kenalkanlah.", Fikri Rizwan menyokong kata-kata Shahriz Aryan sambil tersenyum manis memeluk anak lelakinya, Firman Yusmal.

" Ok, ok. Namanya Sarah Aleysha.", Tazwin Iqbal memperkenalkan bakal suri hatinya.

" Assalamualaikum semua. Panggil saya Sarah je.", ujar gadis cantik itu.

" Wa'alaikummussalam, Sarah.", salam itu dijawab oleh mereka semua.

Mereka berbual-bual sehingga ke petang. Hari itu amat membahagiakan pasangan pengantin baru itu. Mereka merancang ingin berbulan madu di dalam negara sahaja. Tazwin Iqbal dan Sarah Aleysha pula akan berkahwin di Kota London dua bulan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience