BAB 31 Hanya Berbicara Dengan Kata Hati

Romance Completed 24098

Akhirnya, mereka sudah selesai menduduki peperiksaan terakhir pengajian mereka di USM itu. Terasa bebas seketika selepas menghadapi pelbagai dugaan bagi menduduki peperiksaan itu.

" Alhamdulillah. Akhirnya, kita dah berjaya jawab final exam. Huhl Lega sekejap! Lepaih ni, nak tunggu result dan grade pulak.", ujar Fakhrul Nazmi. Jejaka yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Memang loghat utara pekat di setiap bicaranya.

" Tau takpa, Fakhrul. Aku pun rasa macam tu. Huh! Lega! Aku harap-harap, result kita grand la. Terbayang-bayang segulung ijazah di genggamanku ini.", ujar balas Shahriz Aryan pula sambil menggenggam jari-jarinya dan ketawa nakal.

Fakhrul Nazmi tertawa melihat gelagat Shahriz Aryan. Tiba-tiba, Eyza Adriana memanggil nama mereka berdua.

" Shahriz! Fakhrul!", suara merdu itu milik Eyza Adriana.

Mereka berpaling ke belakang. Eyza Adriana kini berada di hadapan mereka.

" Macam mana jawab last paper tadi? Ok?", soal Eyza Adriana.

" Alhamdulillah, ok je. Hang pulak macam mana? Ok tak?", Fakhrul Nazmi menjawab pertanyaan gadis itu dan soalan yang sama ditanya kembali.

" Alhamdulillah juga, Fakhrul. Lega rasanya.", ringkas jawapan Eyza Adriana sambil tersenyum.

" Oklah. Hangpa berbuallah na? Ceq nak p telefon mak dan ayoh ceq habaq mai kat depa yang ceq dah habih jawab peksa tadi. Shahriz, ceq tunggu hang kat biik na?.", ujar Fakhrul Nazmi berlalu pergi sambil tersenyum nakal kepada Shahriz Aryan dan menepuk bahu sahabat baiknya itu.

Eyza Adriana dan Shahriz Aryan tersenyum melihat Fakhrul Nazmi.

" So? Apa plan awak lepas ni, Eyza?", soalan itu menjadi pembukaan perbualan di antara mereka.

" Hmm. Saya akan balik ke KL hari Ahad ni.Family saya dah pindah kat Kondominium Danau Idaman.", ujar Eyza Adriana menjawab soalan Shahriz Aryan.

"Oh! Dekatlah dengan rumah saya. Saya duduk kat Taman Desa.", jelas terlihat kegembiraan di wajah Shahriz Aryan.

Mereka ketawa bersama. Perbualan mengiringi perjalanan mereka ke hostel. Di dalam biliknya, Fakhrul Nazmi sedang mengemaskan barang-barangnya.

" Awalnya kau nak balik, bro?", Shahriz Aryan rasa pelik dengan sahabat karibnya yang sudah mahu pulang ke rumahnya. Hanya melihat Fakhrul Nazmi mengemas barang-barangnya. Fakhrul Nazmi hanya tersenyum.

" Mak dengan ayoh ceq nak amik ceq hari esok. Ceq simpanlah dulu. Esok dokla kelam kabuit sangat. Hang bila nak balik KL?", ujar jejaka yang hitam manis itu.

" Oh, macam tu. Aku ingatkan kau nak balik hari ni. Aku mungkin balik hari Ahad ni. Aku tunggu sepupu aku dari UUM ambil aku.", Shahriz Aryan menjawab pertanyaan Fakhrul Nazmi. Tersenyum.

" Shahriz, ceq tengok hang la ni dok tersenyum ja. Tersenyum sana. Tersenyum sini. Hang ni sebenaqnya dah jatuh cinta kan kat Eyza tu? Betoi dok?", ujar Fakhrul Nazmi sambil tersenyum nakal kepada Shahriz Aryan.

" Ish, mana ada. Memandai-mandai je kau ni." Shahriz Aryan cuba menafikan kata-kata Fakhrul Nazmi.

Fakhrul Nazmi hanya tersenyum dan terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

Di bilik Eyza Adriana dan Dania Farhanim pula, mereka berbual-bual sepeti biasa sambil memakan biskut yang diberikan oleh ibu Dania Farhanim sewaktu balik cuti semester baru-baru ini.

" Babe, kau balik hari Ahad juga kan? Mereka gerak sekali kan?", soal Dania Farhanim.

" Yup! Ok juga tu. ", ringkas jawapan Eyza Adriana.

" Babe, kau dengan Shahriz makin rapat sekarang ni? Ada apa-apa ke?", ujar Dania Farhanim sambil tersenyum nakal.

" Mana ada. Kami berkawan jelah, Dania.", Eyza Adriana memberi respon kepada Dania Farhanim. Dania Farhanim masih tersenyum nakal.

Encik Johari, Puan Salmiah, Encik Jamil dan Puan Suraya bertolak bersama-sama dari Kuala Lumpur ke USM pada awal pagi Ahad itu. Di waktu pagi itu, Eyza Adriana dan Dania Farhanim menghubungi Shahriz Aryan untuk bersarapan bersama-sama di restoran yang berdekatan dengan USM. Setelah selesai makan, mereka berbual.

" Harap-harap lepas ni, kita still contact lagi ya?", ujar Shahriz Aryan.

" In Shaa Allah. Haa.. Awak pun balik hari ni kan, Shahriz?", Dania Farhanim menyambung perbualan itu.

" Yup! Saya tunggu Iqmal ambil saya kat Terminal Bas Express Perai. Iqmal ambil saya kat situ.", Shahriz Aryan menjawab pertanyaan itu. Tersenyum manis.

" Dari sini awak naik apa?" soal Dania Farhanim lagi.

" Dari sini, saya akan naik teksi sampai ke Terminal Bas Express Sungai Nibong. Lepas tu, saya naik bas dari situ sampai ke Terminal Bas Express Perai. Kalau saya rasa lama tunggu dia, saya jalan-jalan kat Mall yang berdekatan kat situ. Macam tulah perjalanan saya selama study kat sini.", ujar Shahriz Aryan menerangkan dengan lebih jelas.

Dania Farhanim dan Eyza Adriana mengangguk faham.

" Dania, apa kata kita tumpangkan Shahriz kat situ karang? Ok tak?", Eyza Adriana memberikan pendapat.

" Ok juga tu. Mesti barang-barang awak nak bawa balik pun banyak kan, Shahriz? Jom kami hantarkan awak ke Terminal Bas Express Perai tu. Dalam lebih kurang setengah jam je kan dari sini? Kami pun boleh pusing-pusing kat Mall tu.", ujar Dania Farhanim sambil tersenyum nakal.

" Oh. Sambil menyelam minum airlah ni?", ujar Eyza Adriana pula.

Dania Farhanim dan Shahriz Aryan ketawa. Eyza Adriana hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum manis. Senyuman itu diperhatikan oleh Shahriz Aryan. Senyuman yang membahagiakan hatinya.

" Eh! Tak apalah, Dania. Susah-susahkan korang je. Nanti korang nak balik ke sini pula tunggu parent korang kan?", Shahriz Aryan tidak mahu menyusahkan kedua-dua gadis itu.

" Tak menyusahkan pun, Shah. Bukan jauh sangat perjalanannya. Lagipun, Dania ni kaki jalan kat Mall. Walaupun tak beli apa-apa, dia dapat jalan-jalan kat situ pun jadilah.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum menjeling ke arah Dania Farhanim. Gadis itu masih lagi tersenyum nakal seperti tadi.

" Oh! Ok, thanks Eyza, Dania. Kita nak pergi pukul berapa?", soal Shahriz Aryan sambil tersenyum juga.

" Lepas solat Zuhur ok kan?", ujar Dania Farhanim.

" Ok.", serentak jawapan itu diucapkan oleh Shahriz Aryan dan Eyza Adriana. Mereka bertiga tertawa.

Selepas solat Zuhur, mereka pun bertolak dari USM ke Terminal Bas Express Perai. Mereka makan tengahari dan bersiar-siar di Megamall Pinang. Selama lebih kurang pukul 3 petang, Iqmal Yusri menghubungi Shahriz Aryan. Dia memaklumkan kepada jejaka tampan itu yang dia telah berada di parkir Megamall Pinang. Mereka pun ke parkir itu. Iqmal Yusri ada di keretanya.

" Kau dah makan ke?", soal Shahriz Aryan.

"Dah siap dah. Makan kat Hentian Sebelah Tikam Batu tadi, Shahriz. Korang dah makan dah?", soal jejaka yang baru tiba di situ.

" Dah makan juga dah.", jawab ketiga-tiga sahabatnya itu.

Tiba-tiba telefon pintar Eyza Adriana berbunyi. Di skrin telefon pintar itu terpapar nama " My Lovely Ayah". Dia menjawab panggilan itu. Encik Johari memberitahunya mereka berada di Hentian Sebelah Juru untuk makan tengahari dah solat Zuhur. Setelah selesai menjawab panggilan itu, dia mendapatkan ketiga-tiga sahabatnya tadi.

" Babe, mak ayah kita dah sampai kat Hentian Sebelah Juru. Mereka nak makan dan solat kejap. Kita nak balik USM dulu ke, nak tunggu mereka kat sini dulu?", Eyza Adriana memaklumkan kepada Dania Farhanim.

" Aku rasa kita balik dululah ke USM tu, Eyza. Nak packing barang-barang kita dan letak kat satu tempat. Senang kita nak masukkan ke dalam kereta nanti. Ok?", ujar Dania Farhanim memberikan pendapat.

" Ok juga tu.", ujar Eyza Adriana pula.

" Ok, macam ni. Korang boleh beransur balik ke USM sekarang ni. Saya dan Shahriz pun nak gerak balik ke KL dah ni.", Iqmal Yusri mencelah.

" Ok. Take care, guys. Drive carefully.", ujar Eyza Adriana dan Dania Farhanim sambil tersenyum.

" Ok, babes. Take care and drive carefully to both of you too.", ujar Iqmal Yusri dan Shahriz Aryan pula.

Kedua-dua jejaka itu pun bertolak dari sana dan melambaikan tangan mereka kepada Eyza Adriana dan Dania Farhanim. Begitu juga dengan mereka. Eyza Adriana dan Dania Farhanim pun bertolak dari sana ke USM.

" Eyza, aku mesti rindu kat kau nanti. Ya Allah, lindungilah wanita itu. Aku menyayanginya kerana-Mu, Ya Allah. Takdirkanlah dia sebagai bidadariku suatu masa nanti. Aamiin.", hati kecil Shahriz Aryan berbisik dan berdoa.

" Ya Allah, semoga jodohku ditakdirkan bersama lelaki itu. Semoga dia sentiasa berada di dalam lindungan-Mu, Ya Allah. Aamiin.", begitu juga kata hati dan doa Eyza Adriana.

Mereka berdua hanya membicarakan kata-kata sebegitu di dalam hati sahaja. Belum sampai masa yang terbaik untuk diluahkan di antara satu sama lain walaupun sudah bertahun-tahun mereka kenal.

Petang itu, ibubapa kepada kedua-dua gadis itu pun tiba di USM dan pergi mengambil mereka ke hostel. Mereka memunggah barang-barang dan memasukkannya ke dalam kereta ibubapa mereka. Setelah selesai pemunggahan barang-barang itu, mereka pun bertolak pulang ke rumah mereka di Kuala Lumpur. Mereka sampai di KL hampir waktu Subuh.

Pada hari Ahad di minggu berikutnya, Encik Kamal dan Puan Rohana mengadakan majlis penikahan dan perkahwinan anak mereka, Zayid Arman dan Feeya Rossa. Majlis itu diadakan di rumah keluarga Feeya Rossa di Kota Damansara. Encik Johari sekeluarga turut diundang ke majlis itu.

" Selamat Pengantin Baru, Abang Zayid. Cantiknya isteri Abang Zayid. Siapa nama dia?", Eyza Adriana bertanya kepada Zayid Arman apabila memberikan hadiah kepada pengantin baru itu dan bersalam dengan isteri Zayid Arman. Jejaka itu tersenyum.
" Terima kasih, Eyza. Nama dia, Feeya Rossa. Panggil Feeya je.", ujar Zayid Arman memperkenalkan isterinya. Tersenyum.

" Hai, Kak Feeya. Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.", Eyza Adriana tersenyum melihat kecantikan Feeya Rossa.

" Terima kasih atas ucapan dan hadiah ni, Eyza. Aamiin. Semoga Eyza pun akan bertemu jodoh nanti.", respon balas Feeya Rossa pula sambil tersenyum manis.

" Aamiin. Thank you, Kak Feeya.", ujar Eyza Adriana sambil tersenyum.

" Most welcome, Eyza.", ujar Feeya Rossa pula. Dia juga tersenyum.

Mereka berbual sebentar. Selepas itu, Eyza Adriana meminta izin untuk pergi kepada ibubapanya dan pulang ke rumah mereka.

Tazwin Iqbal dan Sofea Ramona sudah mula mempunyai masalah dalam kehidupan rumahtangga mereka. Tazwin Iqbal mula mengesyaki Sofea Ramona mencuranginya. Kandungan Sofea Ramona keguguran dua minggu selepas mereka bernikah. Sofea Ramona selalu memberi pelbagai alasan apabila Tazwin Iqbal mengajaknya keluar walaupun hubungan mereka sudah bergelar suami dan isteri yang sah. Disebabkan itu, Tazwin Iqbal mula mengingati Eyza Adriana semula. Terlalu jauh perbezaan perwatakan di antara isterinya dan bekas kekasihnya itu. Tazwin Iqbal mula menyesal. Hubungan Eyza Adriana dan Shahriz Aryan pula semakin hari semakin rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience