Seperti yang dijanjikan, Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis pergi menjemput Eyza Adriana di rumahnya selepas solat Isya'. Fikri Rizwan meminta izin daripada bapa Eyza Adriana. Encik Johari mengizinkan anak gadisnya pergi bersama mereka tetapi diberi pesanan jangan balik terlalu lewat malam. Fikri Rizwan bersetuju dengan syarat Encik Johari. Dia tahu bapa sahabatnya itu seorang yang tegas dan prihatin. Mereka pun pergi ke Restoran Texas Chicken berdekatan dengan kawasan rumah mereka.
Setelah selesai menempah makanan dan membayarnya, Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis pergi ke meja yang diduduki oleh Eyza Adriana dengan membawa dulang bersama hidangan itu.
" Banyaknya korang order?", Eyza Adriana memulakan bicara sambil tersenyum.
" Kita makan puas-puas malam ni. Tak lama lagi kita nak masuk kampus pula untuk sem yang terakhir kan?", ujar Fikri Rizwan dengan nada suara yang gembira. Selepas itu, dia membaca doa makan. Mereka bertiga makan bersama-sama. Di luar restoran itu, ada sepasang mata memehatikan mereka bertiga. Shahriz Aryan berada di dalam keretanya sambil menunggu adiknya menempah dan menunggu makanan di Restoran Texas Chicken itu.
" Siapa pula dengan Eyza tu ya?", teka-teki itu bermain di fikiran jejaka yang berhidung mancung itu. Oleh kerana ingin tahu Eyza Adriana bersama siapa, Shahriz Aryan mendail nombor gadis itu.
" Eh! Siapa pula call saya ni ya?", ujar Eyza Adriana. Apabila dia melihat ke skrin telefon itu tertera nama ' Shahriz Aryan'. Dia pun menjawab panggilan itu.
" Hello, Shahriz. Assalamualaikum. Kenapa ya?", Eyza Adriana memberikan salam kepada si pemanggil itu.
" Hello, Eyza. Wa'alaikummussalam. Saja je call awak. Awak busy ke tu? Macam busy je? Awak kat mana tu?", sengaja Shahriz Aryan berbicara seperti tidak tahu Eyza Adriana berada di mana.
" Saya dengan kawan-kawan saya ni. Makan kat Restoran Texas Chicken kat Damansara Utama. Awak kat mana tu?", Eyza Adriana menjawab dengan jujur. Tersenyum manis Shahriz Aryan apabila Eyza Adriana betul-betul memberitahu hal yang sebenar. Dia tahu gadis itu seorang yang jujur.
" Oo..yeke? Saya kat rumah ni. Maaflah ganggu awak. Awak makanlah dulu ya? Kirimkan salam saya kat kawan-kawan awak ye?", ujar Shahriz Aryan untuk mengakhiri perbualan di talian telefon itu. Selepas memberi dan menjawab salam, panggilan itu dimatikan.
" Siapa call awak, Eyza? Boyfriend ya?", usik Qira Yuhanis sambil tersenyum nakal.
" Ish! Tak adalah, Qira. Kawan sekuliah saya, Shahriz. Oo.. Dia kirim salam kat korang berdua." ringkas jawapannya sambil tersenyum manis. Mereka berdua menjawab salam itu. Fikri Rizwan hanya tersenyum saja melihat gelagat kedua-dua gadis di hadapannya.
Selepas makan, Fikri Rizwan cuba membuka bicara tentang Tazwin Iqbal. Dia sebenarnya tidak sanggup untuk memberitahu sikap Tazwin Iqbal ketika berada di UPM kepada Eyza Adriana. Namun, gadis itu juga sahabatnya.
" Eyza, sebenarnya saya ada hal nak jumpa dengan awak ni. Saya tak sanggup nak rahsiakan hal ni lagi. Tapi, sebelum tu saya nak minta maaf sangat andainya hal ni akan buat awak terkejut dan kecewa, Eyza.", akhirnya Fikri Rizwan membuka bicara. Riak mukanya jelas menunjukkan rasa serba-salah. Qira Yuhanis hanya mengangguk dan tersenyum melihat wajah buah hatinya itu. Dia juga sudah tahu apa yang ingin Fikri Rizwan bagitahu kepada Eyza Adriana.
" Saya tahu apa yang awak nak bagitahu saya, Fikri. Tentang Tazwin dan kekasih barunya kan?", soal Eyza Adriana bersahaja sambil tersenyum.
Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis tergamam setelah mendengar kata-kata itu dan hairan apabila Eyza Adriana hanya tersenyum walaupun sebenarnya hal itu akan membuatkannya sedih dan kecewa.
" Korang pula jangan terkejut. Saya dah tahu semua ni daripada mulut Tazwin sendiri petang tadi. Dia sendiri yang bagitahu saya. Ya, memang pada mulanya saya terkejut, sedih dan kecewa. Tapi, bila difikir-fikir semula, saya bersyukur sebab Allah dah tunjuk dia bukan jodoh saya lagi. Just move on.", ujarnya bersahaja sambil tersenyum walaupun hatinya masih kecewa. Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis merasa lega dan terkejut dalam satu masa yang sama apabila mendengar apa yang baru dikatakan oleh Eyza Adriana. Mereka tersenyum dan mengucapkan syukur.
" Alhamdulillah syukur, Ya Allah.", ujar Qira Yuhanis sambil meraut kedua-dua tangannya ke muka dan selepas itu memeluk Eyza Adriana yang berada di sebelahnya. Fikri Rizwan hanya tersenyum.
" Eyza, saya respect sangat kat awak. Awak seorang yang tenang. Kalau semua ni terjadi pada diri saya, saya tak tahulah apa yang akan saya buat.", ujar Qira Yuhanis selepas meleraikan pelukan mereka. Airmata bergenang di bibir matanya namun dengan pantas dia menyeka airmata itu. Eyza Adriana hanya tersenyum.
" Maafkan saya, Eyza. Saya dah puas nasihatkan Tazwin tapi dia langsung tak pedulikan nasihat saya.", ujar Fikri Rizwan menundukkan kepalanya dengan rasa kesal.
" Awak tak salah apa-apa pun, Fikri. Awak dah jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang sahabat tapi dia tak pedulikannya. Kita cuma doakan je semoga dia diberikan hidayah oleh Allah.", tenang Eyza Adriana berbicara.
" Tazwin akan menyesal suatu hari nanti, Eyza. Sebab, dia tinggalkan wanita sehebat awak. Walaupun kami berdua berkawan daripada kami kecil lagi, tapi sikap dia mula berubah bila dah belajar kat UPM tu. Gara-gara terlalu mengikut hawa nafsunya sendiri.", ujar Fikri Rizwan. Di matanya bergenang airmata. Di hatinya pula, dia bangga mempunyai sahabat perempuan yang sehebat Eyza Adriana.
" Sudahlah tu, Fikri. Haa.. Lepas kita habis study sem terakhir ni, kita plan nak buat reunion kan?", ujar Eyza Adriana menukar topik perbualan mereka.
" A'ah.. Terlupa pula saya. Saya ingat nak kita buat reunion lepas semua dapat result sem terakhir nantilah, Eyza. Anis rasa macam mana?", soal Fikri Rizwan meminta pendapat Qira Yuhanis.
" Anis tak kisah pun, Iz. Tapi kan? Kita buat reunion tu kat Port Dickson ok tak?", ujar Qira Yuhanis memberikan pendapatnya.
" Hmm! Macam best je tu?", ujar Eyza Adriana pula.
" Ok juga. Tapi, terlalu awal kita nak plan lokasi reunion tu. Nanti apa-apa hal, kita discuss dalam Whatsapp Group ek?", Fikri Rizwan memberikan buah fikirannya pula. Eyza Adriana dan Qira Yuhanis mengangguk faham dan tertawa.
Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis menghantar Eyza Adriana pulang ke rumahnya hampir pukul 11 malam. Selepas itu, Fikri Rizwan ingin menghantar Qira Yuhanis pula ke rumahnya. Dalam perjalanan itu, mereka berbual mengenai perasaan Eyza Adriana.
" Kalau Anis jadi Eyza, Anis tak tahulah apa yang Anis akan buat. Mungkin Anis akan menangis sampai bengkak mata ni.", ujar Qira Yuhanis.
" Amboi, biar betul Anis?.", Fikri Rizwan pura-pura terkejut mengusik kekasihnya.
" Betullah, Iz. Iz jangan buat macam Tazwin ya? Anis tak nak hubungan kita sekerat jalan je.", ujar Qira Yuhanis penuh harapan.
" Takkanlah Iz nak buat macam tu kat Anis. Iz nak hubungan kita ni sampai ke akhir hayat kita berdua. Sampai kita ada cicit tau?", ujar Fikri Rizwan sambil tertawa nakal. Qira Yuhanis dah masak dengan sikap kekasihnya itu yang suka bergurau. Disebabkan itulah dia jatuh cinta dengan Fikri Rizwan. Pandai mengambil hati dan tahu batas-batas pergaulannya.
Share this novel