Hari demi hari kehidupan Tazwin Iqbal terasa kosong. Sofea Ramona terus berusaha cuba memujuk bekas suaminya setelah disahkan bercerai oleh mahkamah. Tazwin Iqbal tidak lagi mempercayainya. Hatinya terlalu sakit untuk menerima wanita itu lagi.
Hubungan Eyza Adriana dan Shahriz Aryan pula semakin rapat walaupun tidak pernah terlafaz ungkapan cinta di antara mereka. Shahriz Aryan mencuba untuk meluahkan rasa cintanya kepada gadis itu namun, hatinya memerlukan masa yang betul-betul sesuai.
Perasaan sayang di hati Eyza Adriana untuk Shahriz Aryan juga sudah mula bertapak di hatinya tetapi dihalang oleh hatinya yang masih berparut kerana kegagalan cinta pertamanya dulu. Dia membiarkan sahaja perasaan itu di dalam hatinya.
Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua bekas penuntut USM telah tiba. Mereka telah memiliki segulung ijazah di dalam genggaman mereka. Hari penyampaian ijazah itu telah dihadiri oleh Eyza Adriana, Shahriz Aryan, Dania Farhanim dan Fakhrul Nazmi. Turut disambut juga oleh keluarga-keluarga mereka. Hari itu merupakan hari terindah buat mereka.
Ketika mahu pulang, Fakhrul Nazmi menemui Shahriz Aryan secara bersendirian. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada si jejaka yang sedang dilamun cinta itu.
" Shahriz, hang sampai bila nak pendam perasaan hang tu? Luahkan jelah. Sat lagi kalau ada yang ambik dia jadi bini, teriak tak berlagulah hang.", ketawa kecil mengiringi kata-kata Fakhrul Nazmi.
" Biar dululah. Dah sampai masanya nanti, aku akan bagitahu juga. Sekarang ni belum sampai masanya. In Shaa Allah. Kau doakan je yang baik-baik.", respon balas Shahriz Aryan sambil tersenyum manis. Berseri-seri wajahnya.
" Hang tu memanglah lagu tu. Tak habis-habis nak tunggu, tunggu, tunggu masa hok sesuai. Tak taula bila masa hok sesuainya. Ceq tak mau hang kecewa nanti, kawan.", ujar Fakhrul Nazmi sambil menepuk-nepuk bahu Shahriz Aryan sambil tersenyum.
" Kalau jodoh takkan ke mana,bro.", ujar Shahriz Aryan pula. Masih tersenyum seperti tadi.
" Semoga hangpa akan disatukan juga nanti. Aamiin. Hang jangan lupa jemput ceq na?", seloroh Fakhrul Nazmi sambil mendoakan sahabat baiknya.
" Aamiin. In Shaa Allah, bro. Kau pun jangan lupa jemput aku juga bila kau nak kahwin nanti ok?.", ujar balas Shahriz Aryan pula.
Fakhrul Nazmi hanya tersenyum. Dia sudah mempunyai teman istimewa daripada bangku persekolahannya lagi. Perhubungan mereka tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dia telah berjanji kepada dirinya untuk menjadinya pilihan hatinya itu sebagai suri hati hidupnya yang sah dan halal setelah mengecapi kejayaan dalam hidupnya sebagai seorang doktor.
Mereka pun berpelukan sebagai sahabat. Shahriz Aryan pergi ke parkir kereta menemui keluarganya.
" Tahniah, anak ayah!. Ayah bangga dengan kamu!", ujar Profesor Firdaus Muhammad kepada anak lelaki sulungnya.
" Terima kasih, ayah.", Shahriz Aryan memeluk bapanya.
" Alhamdulillah. Syukur. Akhirnya, kamu dah capai cita-cita kamu, sayang.", ujar Puan Maria memeluk anaknya juga.
Mereka sekeluarga gembira. Eyza Adriana dan Dania Farhanim juga berada di parkir kereta bersama keluarga mereka. Akhirnya, mereka semua pulang ke Kuala Lumpur dengan rasa penuh kebahagiaan.
Hubungan Shahriz Aryan dan Eyza Adriana kelihatan seperti pasangan yang sedang bercinta apabila mereka keluar bersama Iqmal Yusri dan Dania Farhanim. Tazwin Iqbal pernah terlihat mereka berempat jalan bersama-sama. Hatinya mula rasa cemburu dengan Shahriz Aryan. Sofea Ramona pula masih cuba mendapatkan kembali Tazwin Iqbal ke sisinya.
Selang seminggu kemudian, reunion sahabat-sahabat lama itu telah diadakan di Port Dickson. Fikri Rizwan dan Qira Yuhanis yang merencanakan reunion itu. Mereka semua menginap di bilik hotel Lexis Port Dickson yang berada di atas laut. Sungguh indah permandangan itu. Eyza Adriana, Dania Farhanim dan Qira Yuhanis menginap sebilik manakala Fikri Rizwan, Shahriz Aryan, Tazwin Iqbal dan Iqmal Yusri juga menginap sebilik. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan menginap selama 2 hari 1 malam di situ. Daripada makan tengahari di hotel itu, minum petang,mandi laut, makan malam dan berbarbeku di Pantai Port Dickson.
" Best kan barbeku kat tepi pantai malam-malam macam ni, babe?", soal Dania Farhanim sambil membalikkan ayam barbeku itu di atas bara api bersama Eyza Adriana dan Iqmal Yusri.
" Tau takpa, babe. Seronok kan? Macam nak buat lagi reunion kalau macam ni.", respon balas Eyza Adriana pula. Tersenyum.
" Lain kali kalau nak buat reunion, kena bawa anak-anaklah pula. Lagi meriah kan?", seloroh Iqmal Yusri mengusik buah hatinya.
Merah pipi Dania Farhanim menahan malu. Eyza Adriana dan Iqmal Yusri pula tertawa. Fikri Rizwan dan yang lain-lain berada di unggun api. Minum dan berbual-bual. Tiba-tiba Tazwin Iqbal muncul di antara mereka bertiga. Eyza Adriana meminta diri dan menuju ke unggun api. Sengaja ingin menjauhkan dirinya daripada Tazwin Iqbal. Namun, lengannya ditarik oleh Tazwin Iqbal.
" Eyza, Win nak cakap sesuatu dengan Eyza. Sekejap je.", Tazwin Iqbal seperti merayu kepada Eyza Adriana.
" Awak nak cakap apa lagi, Tazwin?", lengannya ditarik kasar daripada tangan Tazwin Iqbal dan terus berlalu pergi.
" Dania, Iqmal please help me?", ujar Tazwin Iqbal kepada Dania Farhanim dan Iqmal Yusri.
" Nak tolong apa lagi, Tazwin? Kau dah ada pengganti dia kan? Kenapa kau tak bawa isteri kau yang cantik dan seksi tu sekali ikut kau pergi sini?", Dania Farhanim melepaskan kemarahannya kepada jejaka itu dan pergi kepada Eyza Adriana yang berada di unggun api.
Iqmal Yusri hanya membakar ayam, daging dan makanan-makanan barbeku yang lain. Fikri Rizwan pula muncul di antara mereka berdua dan meminta Iqmal Yusri membawa makanan-makanan barbeku yang telah siap dibakar kepada sahabat-sahabat mereka di unggun api. Pemuda berkaca mata iti hanya menurut sahaja.
Kini, tinggal mereka berdua sahaja di tempat barbeku itu. Terus membakar makanan-makanan barbeku yang masih ada.
" Bro, sudah-sudahlah tu. Kita reunion ni sebab nak jumpa semula kawan-kawan kita. Eyza tu tak mungkin akan terima kau lagi. Hati dia dah cukup hancur dengan apa yang kau dah buat dulu. Just move on, bro.", ujar Fikri Rizwan membuka bicara.
" Aku akan terus pujuk cinta pertama aku tu, Fikri. Mungkin sekarang ni dia tak boleh terima aku lagi. Aku kenal dia macam mana, bro. Dia tu mudah lembut hatinya.", ujar Tazwin Iqbal dengan penuh keyakinan sambil tersenyum.
" Ok, whatever. We will wait and see, bro.", ujar Fikri Rizwan pula seperti mencabar Tazwin Iqbal padahal dia yakin Eyza Adriana tak akan menerimanya semula.
Keakraban persahabatan di antara Shahriz Aryan dan Eyza Adriana membuatkan hati Tazwin Iqbal berasa cemburu. Selesai membakar makanan barbeku itu, mereka berkumpul ramai-ramai di unggun api. Berbual mengenai perancangan masa depan mereka.
" Ok, guys! Apa plan korang lepas kita dah grade ni?", soal Fikri Rizwan.
" Aku nak buat bisnes online.", ringkas jawapan Iqmal Yusri.
" Kami bertiga nak tunggu jawapan kerja yang kami minta tu.", ujar Dania Farhanim pula sambil jari telunjuknya ditunjukkan kepada dirinya, Eyza Adriana dan Shahriz Aryan.
Eyza Adriana dan Shahriz Aryan hanya mengangguk dan tersenyum.
" Kerja apa, guys?", soal Qira Yuhanis pula.
" Doktor!", mereka bertiga serentak menjawab pertanyaan tunang Fikri Rizwan itu. Mereka semua tertawa.
" Plan awak pula, Qira?", soal Eyza Adriana kepada Qira Yuhanis.
Qira Yuhanis hanya tersenyum dan matanya dilirikkan kepada tunangnya. Fikri Rizwan hanya tersenyum dan faham apa maksud lirikan mata Qira Yuhanis itu. Mereka yang lain pelik melihat reaksi gadis yang bertubuh langsing itu.
" Ok, ok. Aku dan Qira akan berkahwin hujung bulan ni. Korang semua dijemput hadir datang tau?", Fikri Rizwan mengumumkan tarikh perkahwinannya bersama Qira Yuhanis.
Mereka semua menepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Qira Yuhanis tertunduk dan tersenyum malu.
" Lepas ni, Iqmal dan Dania pula yang kahwin kan?", seloroh Shahriz Aryan.
" Eh! Kau dulu, Shahriz.", ujar Iqmal Yusri pula sambil ketawa.
" Aku mana ada buah hati? Nak kahwin dulu macam mana?", jawab Shahri Aryan sambil ketawa juga.
" Yelah tu.", mata Iqmal Yusri memandang Eyza Adriana dan Shahriz Aryan.
Mereka semua tertawa bersama. Tazwin Iqbal tidak banyak berbicara seperti dulu. Dia lebih banyak mendiamkan dirinya. Setelah hampir pukul 11 malam, mereka pun pulang ke bilik masing-masing. Namun, Tazwin Iqbal tetap ingin berjumpa dengan Eyza Adriana bersendirian. Akhirnya, Eyza Adriana akur.
" Nak cakap apa lagi, Tazwin? Awak dah ada isteri kan? Jaga dia sudahlah. Saya tak nak jadi perampas suami orang.", ujar Eyza Adriana.
" Eyza, Win tahu Win yang buat salah kat Eyza. Win dah bercerai dengan dia.", Tazwin Iqbal terus berterus-terang mengenai status dirinya.
" What?! Dah bercerai? Kenapa boleh jadi macam tu?", Eyza Adriana betul-betul terkejut dengan apa yang dikatakan oleh bekas kekasihnya itu.
" Win tak nak ceritakan sebab penceraian tu. Yang Win tahu, Win silap berkahwin dengan dia. Eyza, maafkanlah Win. Win rayu Eyza maafkan Win dan terima Win semula.", Tazwin Iqbal melutut dan merayu kepada Eyza Adriana.
" Tazwin! Tolong bangun! Saya tak suka tengok awak buat hal macam ni.", tegas nada suara gadis bertubuh ramping itu.
" Selagi Eyza tak maafkan dan terima Win semula, selagi tulah Win takkan bangun.", ujar Tazwin Iqbal.
" Tazwin, awak ingat kita ni budak sekolah lagi ke? Listen! Saya dah maafkan awak. Tapi, untuk terima awak semula, l'm so sorry. Takkan ada lagi perasaan tu. Up to you want to stay like this or whatever. Saya tetap dengan keputusan saya.", ujar Eyza Adriana dengan nada suaranya yang masih tegas seperti tadi.
" Eyza, Win tahu Eyza masih cinta dan sayangkan Win. Mengaku jelah, Eyza. Jangan tipu diri sendiri.", ujar Tazwin Iqbal yang masih merayu dan melutut.
" Enough is enough, Tazwin Iqbal!", ujar Eyza Adriana dan berlalu pergi meninggalkan Tazwin Iqbal sendirian.
Tazwin Iqbal bangun dan masuk ke biliknya dengan perasaan yang hampa. Tanpa disedari, Shahriz Aryan melihat dan mendengar apa yang berlaku di antara Tazwin Iqbal dan Eyza Adriana.
" Rupanya Tazwin ex-boyfriend Eyza.", ujar hati kecil jejaka bertubuh sasa yang baru mengenali Tazwin Iqbal.
Dia pun berlalu pergi dari situ dan masuk ke biliknya.
Keesokan harinya, mereka semua daftar keluar dari hotel itu dan pulang ke rumah masing-masing.
Share this novel