BAB 28

Drama Completed 25301

Affan mundar mandir memikirkan siapa punya angkara. Diraba badannya..
"ish.. fon aku kan dah jahanam"bisik hatinya. Dia tidak boleh hanya duduk berdiam diri.Dia perlu bertindak. Dia mencapai kunci keretanya lalu keluar dari perkarangan kondonya. Dia ke kelab. Hingar kelab malam itu tidak menganggunya. Dia duduk dihadapan bar dan memesan secawan wiski. Diminum air itu perlahan lahan. Bahunya ditepuk dari belakang. Raihan.
"kau pehal kusut ni"soal Raihan.
"adik ipar aku kena pukul" Affan menelan wiski yang berada dihadapannya. Raihan tersentak. Raihan memesan minumannya. Coke yang berikan disedut perlahan lahan.
"so kenapa kau kusut sangat ni.. "Raihan menyoal.
"Hadif tuduh aku yang upah orang pukul Basir.. dia buka semua pasal Ain.. laila..semua yang mana kena pukul dan mati tu.. diceritakan semuanya.. boomm..Zara mengamuk"Affan meminum gelas ketiga. Dia sudah tidak boleh berfikiran waras lagi.. dia sudah mabuk.Raihan menenangkan Affan. Sepanjang persahabatan mereka.. ini kali pertama dia melihat Affan begini. Apa saja yang berkaitan Zara dia tidak pernah tidak serius.. jika dia tidak tersenyum kegembiraan dia akan berduka sehingga hilang kewarasan.

"babe you tak bagitahu pun nak datang malam ni"soal gadis itu lalu membuka pintu rumahnya
"aku saja nak jumpa kau...aku nak share satu story yang menarik dengan kau" ujar Hadif. Dia duduk disofa menunggu gadis yang seksi itu menghampirinya.Disuanya segelas wain putih tanda meraikan berita gembira
"marah betul Zara dekat Affan...puas hati aku"Hadif meneguk wain itu dengan penuh nikmat bagi meraikan kejayaannya membuatkan Affan berjauhan dengan Zara.
"Affan Mikail don't play fool with Tiara " ujar gadis itu.
"that's my Tiara"Hadif mengangkat Tiara dan meletakkan diatas ribaanya.
"I give you your reward"nafas mereka bersatu. Mereka meraikan kejayaan mereka dengan desahan yang mengasyikkan diranjang. Tiara terjaga dari tidurnya.Telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan itu.
"dekat mana.. ok I sampai kejap lagi"Tiara yang tidak berbaju bangun lalu mandi dan bersiap untuk pergi. Hadif ketiduran tanpa baju itu dihampiri Tiara..
"I've got my boy back.. thank you dear. "bisik Tiara pada telinga lelaki itu. Tiara memandu ke tempat yang dituju.
"Sayang" panggil Tiara apabila melihat Affan terhuyung hayang dipapah Raihan
"kenapa ni"soal Tiara
"Dia bergaduh dengan Zara.. "Affan diletakkan di tempat duduk pemandu. Tiara memandu keretanya ke kondo Affan.
"ini kondonya"bisik hatinya yang pertama kali datang ke situ. Dia dan Raihan memapah Affan masuk ke biliknya. Mereka melepaskan lelah.
"kenapa kau tak bawa dia sendiri"soal Tiara
"aku takde kunci.. dia pernah cakap dekat aku kunci ada satu dekat dia satu dekat kau"jelas Raihan
"aku ni first time datang.. "cerita Tiara. Raihan bangun sebelum apa apa yang lebih teruk berlaku. Dia tidak sanggup kehilangan sahabat. Cukup la sekali dia mengkhianati.
"aku blah dulu.. kau settle kan dia"Raihan keluar dari rumah itu. Tiara membiarkan Affan diperbaringan. Tiara meninjau kondo yang dihiasi dengan gaya moden dan elegant itu.
"shittt... cantik.. kenapa dia tak pernah bawa aku datang.. sial kau Affan"bisiknya.Kedengaran suara Affan memuntahkan isi perutnya. Tiara diam di ruang tamu. Dibuka tv dan ditontonnya tanpa menghiraukan Affan yang berada didalam bilik air. Kedengaran pancuran air. Affan sedang mandi. Tiara masih menonton.
"baby....bila you datang"sapa Affan yang menuang air kosong dari dalam peti lalu meminumnya. Dia menghampiri Tiara.
"i yang bawa you balik.. Raihan call suruh hantar you balik.. kenapa tak suruh Zara yang hantar.. kenapa nak I.. "rajuknya Affan merangkul lengan Tiara manja.
"sorry baby.. I takde apa apa dengan Zara tu.. dia bekas isteri arwah Bazlikan.so baik dengan dia just friend..nothing more"jelas Affan
"habis tu malam tu"soal Tiara
" I'm sorry I've got mad while I watch that video... I'm so frustrated..sorry cause I'm goes wrong and wild"pintanya.Tiara tidak mengendahkannya. Affan merayu lagi. Tiara tetap berdiam.
"ok fine you tak nak maafkan I.. "Affan ke dapur mengambil plastik dan masuk ke biliknya. Tiara tidak mengendahkannya. Affan mengunci pintu biliknya dari dalam. Air pancuran dibuka Affan. Bathtub dipenuhi air.. Affan menerkup kepalanya dengan plastik dia kelemasan. Tiara mula risau apa bila Affan terlalu lama didalam bilik air. Tiara cuba memantau. Pintu bilik Affan dikunci dari dalam. Tiara cuak.
"sayang.. sayang.. "Tiara mengetuk pintu bilik Affan dengan kuat namun tiada jawapan. Tiara mencari kunci rumah. Di buka pintu bilik Affan.Dia mencari Affan didalam bilik air namun tiada..
"sayang... sayangggg.. "panggil Tiara yang hampir menangis. Tubuh gadis itu dipeluk dari belakang.
"baby.. I'm sorry.. really sorry.. "rayunya
"sayang.. you jangan buat lagi macam ni..I separuh mati risau kan you"tubuh langsing lampai itu di rangkul Affan erat.
"I swear..never do that again.. "Tiara tersenyum. Bibir mereka bertemu.. Tiara dan Affan menikmati malam dengan ranjang yang mengasyikkan.

Zara setia di sisi adiknya. Dia tidak berganjak walau sejenak. Azam memeriksa keadaan Basir.
"kau pergi lah tidur dulu.. nanti aku jaga dia. Zara membatu. Azam menghampiri Zara dan membawa Zara ke satu sudut.
"kau terlalu awal untuk menghukum Affan"ujar Azam
"aku rasa tak.. sebab semuanya ada kaitan.Setiap orang yang cedera dan mati aku nampak kejadian tu tapi aku tak nampak pelaku.. dan orang orang itu semua berkait rapat dengan aku."ujar Zara
"Affan akan bunuh Hadif aku pasti itu sebab aku kerap mimpi Hadif jatuh ke laut ditolak seseorang dan aku pasti itu dia"jelas Zara
"kau pasti yang jatuh itu hadif"soal Azam
"aku pasti sebab aku dengar namanya disebut jelas.. ada orang tempik nama dia jelas.. sebab tu aku fikir Amir adalah Hadif.. sebab sebelum abah jumpa dia terdampar aku mimpi itu tapi ternyata bukan.. dan orang yang aku harus selamatkan adalah Hadif.. bukan Affan"jelasnya
"entahlah Zara.. aku tak pasti akan mimpi kau tapi aku yakin ia bermaksud sebaliknya"Azam memberi tafsiran
"apa pun dia suami kau..bincang elok elok dengan dia.. "pinta Azam
"nak bincang apa.. call pun tak dapat... habis kau nak aku fikir apa.. "luah Zara. Dia yang cuba menelefon Affan berkali kali tapi tiada jawapan.

Zara terjaga dari mimpinya. Mimpi yang sama. Hadif dihumban ke laut. Zara menggigil. Hari sudah cerah. Zara berada disofa dan berselimut. Azam mengangkatnya ke situ. Zara menghampiri adiknya yang kaku di katil. Affan ke pejabat. Dia tidak terasa mahu mencari seseorang. Semuanya seakan dilupakannya. Zara ke stesyennya.Semua mata tertumpu padanya.
"korang kena hati hati oiii silap langkah habis disantau nya"perli pekerja pekerja di situ.. Zara diam..dia meneruskan kerjanya. Tapi hatinya membengkak.
"sayang"Hadif menyapanya. Zara hanya mampu tersenyum.
"kenapa ni.."Hadif memeluk bahu Zara dari belakang.Semua mata tertumpu pada mereka.
"habis dah.. sihir bidan Salmah dah berjalan"bisik pekerja disitu Zara geram tapi ditahan hatinya. Dia bangun dan menarik tangan Hadif keluar dari stesyennya. Affan yang sedang berbual ditelefon di pandangnya.
"sayang kenapa ni"soal Hadif
"awak saya nak minta tolong boleh.. "pintanya
"nak minta tolong apa sayang"rambut Zara yang menutup mata itu diselak Hadif
"saya nak tukar ke tempat lain... mana mana pun takpe janji bukan kilang"pinta Zara.
"kenapa"soal Hadif
"sebab saya dah tak selesa kerja dekat sini"ceritanya.Dia sesekali memandang Affan ditingkat atas yang sedang bercakap ditalian.
"but why.. "Hadif menangkap gerak geri Zara. Dia menoleh ke arah Affan.
"ok.. saya akan carikan awak tempat baru ya"Zara mengangguk. Tanpa melihat Zara walaupun sekilas Affan beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience