BAB 40

Drama Completed 25301

"Umi...boleh tak janga gunakan Zara untuk tunai kan hasrat umi" marah Affan
"apa umi buat... " Zaleha tertanya tanya.
"umi gunakan Zara supaya pujuk Affan bertunang dengan Qish.. " marahnya lagi.
"umi buat untuk kebaikan korang... umi dahctak larat dan tak sihat.. umi dah letih umi nak rehat" alasan penyelamat. Dia tidak mahu bertegang urat dengan anaknya
"dah tu.. umi duduk diam diam dekat rumah or you want go travel.. ok Affan akan aturkan bukan dengan cara ni..ni nak rehat apa..." marah Affan lagi
"umi nak tengok Affan bahagia.. Affan ada zuriat.. ada keturunan"ujar Zaleha
"kenapa umi tengok Affan tak bahagia ke.. Affan yang tak nak anak lagi.. tapi kalau umi dah kemaruk nak cucu Affan boleh bagi.. nak keturunan Affan boleh bagi" Affan tidak berpuas hati dengan alasan bondanya
"tapi bukan keturunan bidan" tempik Zaleha. Marahnya dia apabila permintaanya seakan mainan buat Affan
"umi.. jangan hina dia macam tu.. Zara tak bersalah.. lagi pun itu hal keluarga dia.. kita tak perlu masuk campur" tengking Affan. Dia bengang apa bila perihal isterinya di canang canang.
"dia tetap keturunan bidan.. umi tak suka.. memang betul apa yang dikatakan orang..kamu dah kena guna guna oleh dia" tengking Zaleha. Kata kata Zaleh menusuk jiwanya. Sakit.Airmatanya hampir menitis.
"Apa korang ni.. benda macam ni bincang dekat rumah tak boleh.. umi... perkara macam tak perlu bawa ke pejabat.. be rational..jaga aib Zara sama" tempik Aish. Zaleha dan Affan terdiam. Zara yang berdiri di pintu pejabat Zaleha beredar dan kelibatnya dilihat Affan. Affan mengejar isterinya.
"sayang... "tangan Zara dipegangnya kemas.
"dia dengar dulu apa orang nak cakap." Affan rasa bersalah.
"dia tak perlu jelaskan apa apa.. orang dah dengar dan orang terima apa yang umi katakan.. orang ikhlas terima Balqis dalam hidup kita.. " Kaki Zara seakan tidak berpijak dibumi.
"apa dia cakap macam tu.. orang takkan menduakan dia.. "pujuk Affan. Dihapus airmata Zara lembut.
"tapi orang tak nak sebab orang dia bergaduh dengan umi.. " ujar Zara sebak
"orang takkan gaduh besar dengan umi percaya lah.. orang kenal umi macam mana kalau dah dia kena racun memang lah.. " pujuk Affan.
"tolong percayakan orang.. jangan buat orang serba salah" rayu Affan
"dia yang buat orang rasa serba salah.. " ujar Zara
"orang tak nak dia bergaduh dengan umi sebab orang...orang taknak dia hilang semua yang dia dah usahakan...orang tak nak jadi penghalang bahagia dia" ujar Zara
"kita bahagiakan... orang taknak bahagia dengan orang lain.. sekarang orang tengah bahagia.. dengan dia" pujuk Affan lagi
"tapi umi nak cucu.. dia tahukan orang ada masalah kesuburan" ingat Zara
"itu kerja Allah bukan kerja kita.. dia jangan bagi alasan bodo untuk orang bertunang dengan Qish.. orang tak nak.. orang tak nak lah" nadanya tinggi seoktaf. Zara diam. Affan meninggalkannya sendiri.

Rumah mereka suram. Tiada suara hilai tawa seperti selalunya. Mereka membuat kisah sendiri.Zara dibalkoni dan Affan di ruang tamu. Tiada sepatah kata hanya bunyi angin yang menerobos dari balkoni. Telefo Zara berdering.
"hello..hah.. bila.. esok..ok.. esok aku sampai" talian dimatikan. Zara bangun dan mahu beredar.
"siapa" soal Affan
"Basir dia baru balik dari belayar.. nak ajak keluar esok..kami tiga beradik" jelas Zara.
"emm pergi lah" Affan memberi keizinan. Zara diam dan terus masuk ke bilik. Cahaya matahari menerjah ruang matanya. Dia bangun dari lenanya. Affan tiada disisinya. Dia mencari kelibat suaminya. Namun tiada.
"awal dia pergi kerja." bisik hatinya. Dia masuk semula ke biliknya mahu mandi. Pintu bilik dihadapan dibuka.Affan.Tahulah Zara bahawa semalam Affan mengasingkan tempat tidur tanda protes. Zara tidaj mengendahkan Affan. Dia bersiap untuk ke tempat kerja. Dia menanti Affan di ruang tamu. Mereka tegang.
"korang makan sarang tebuan ke apa hari ni"soal Aish
"lebih kurang la.. " balas Zara acuh tak acuh.
"korang kenapa.. takkan pasal semalam korang nak bergaduh" Aish ingin tahu. Zara menarik tangan Affan lalu mereka masuk ke stor fail. Affan yang melihat kelibat mereka mengekori.
"Zara minta dia terima Balqis itu saja" jelas Zara
"dah kenapa pula paksa dia terima Balqis.. Zara sanggup dimadukan"soal Aish
"demi kebahagiaan Affan..Zara sanggup..bermadu ke.. poligami ke.. Zara sanggup dari Zara hilang Affan terus. " Zara menunduk.. Airmatanya menitis.
"Zara.. Zara rasa kalau Zara benarkan dorang kawin.. Zara takkan hilang Affan.. Aish kenal sangat Qish tu.. dia kata dia nak dia akan buat sampai boleh.." Aish cuba memujuk
"Aish....Zara nak dia bahagia.. Zara tahu Zara bukan orang yang boleh beri Affan bahagia" Aish dan Zara tersentak apabila pintu stor itu dibuka.
"siapa kata.. "tengking Affan.
"fan...fan.. lek lek.. kita sembang elok elok.. korang ni.. benda boleh bincang guys" Aish cuba meleraikan ketegangan.
"sekarang Affan dengar cakap Zara.. sama ada dia terima Balqis dalam hidup dia atau kita habis kan disini perkahwinan ni" Aish dan Affan tersentak.
"Zara.. takkan sampai nk bercerai.. sabar.. tenang" pujuk Aish.
"sayang.. dia merapu apa ni.. "Affan gugup
"Zara serius.. sama ada dia terima Balqis atau kita berpisah" Zara keluar dari bilik itu tanpa setitis airmata. Dia nekad. Dia tidak mahu lagi dirinya di hina dek kerana keturunannya.Andai perkara ini diketahui Pak Samad, habis Affan dikerjakannya.

Zara, Azam dan Basir meluangkan masa bersama sebelum Basir pulang ke Terengganu. Dari satu mall ke satu mall mereka berjalan akhirnya mereka pulang ke rumah Azam.
"bang aku tidur rumah kau malam ni..malas nak kacau Affan surun amik aku memalam ni" Alasannya.
"kau dah beritahu Affan" soal Azam
"dah.. eh bang kau buang ke baju aku yang banyak banyak" sol Zara
" aku ketuk juga ku kang.. kau kutip bawa balik rumah kau tu apa dia" tempik Azam
"owh ye ke.. tapi aku rasa.. ermm tak palah.. aku silap kot" dia turun ke ruang tamu. Diragutnya keropok ditangan Basir lalu dia duduk disebelah Basir.
"makan banyak sangat keropok tu yang bengong selalu" tegur Azam.Zara menjuihkan bibirnya tanda tidak setuju. Sekeping sekeping keropok kentang itu masuk ke mulutnya.
"Aku dengar kau paksa Affan bertunang dengan sepupu dia.. betul" soal Azam
" ha ah" Zara tenang. Basir menoleh ke arah Zara lalu diperiksa dahi dan leher Zara. Didekatkan matanya dengan kepala Zara seakan matanya menembusi otak Zara
"ish... kau pehal"soal Zara
"kau.. abang aku rasakan kau ken check otak dia.. biol gamaknya" selar Basir.Zara mencubit paha Basir dan pemuda itu menggosok pahanya yang sakit.
"orang lain tak nak bermadu.. kau lek lek je bagi dia dekat orang lain" ujar Basir.
"aku buat untuk kebaikan dia.. aku taknak dia susah...malu.. sebab aku" ujar Zara. Tenang.
"kau kan...cuba guna akal berfikir Zara.. kesian aku tengok si Affan tu.. macam orang bodoh je kau buat.. macam bola.. kau main pass pass" marah Azam.
"habis kau nak tengok dia hilang semua yang dia ada sebab kau.. dia punya struggle nak dapatkan semula apa yang dia hilang..tiba tiba hilang macam tu je.. sebab kau.. kau sanggup" tempik Zara.
"Affan tahu la apa yang dia nak buat.. kau sebagai isteri.. kau kena sokong dia bukan down kan dia.. " tengking Azam
"aku tak boleh beranak...umi dia nak anak.. kau..kalau kawin takkan taknak anak.. macam tu juga dia.. aku nak dia dapat zuriat dia walaupun bukan dari aku" luah Zara. Azam terduduk. Dia terlupa akan masalah itu. Zara mengalami dengan kehamilan dimana andai tersilap boleh mengorbankan nyawanya.
"tapi boleh cuba ikhtiarkan.. sekarang dah moden kan" cadang Basir.
"kalau kata tiba rahim aku tak sesuai macam mana.. aku nak biar proses tu semulajadi.. aku taknak paksa paksa.. rahim aku dah tak kuat..silap hari bulan dengan aku kiok" dalam selorohnya ada sebaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience