Zara tidak bekerja hari ini. Dia mahu rehat semahunya. Dia berbaring di sofa hingga tertidur. Suara tv menganggu lenanya dia meraba mencari remote tapi tak berjumpa. Ditepuk paha yang meriba kepalanya.
"kau pelan sikit suara tv tu.. aku nak tidur" Suara tv diperlahankan. Zara kembali lena. Paha empuk itu menjadi bantalnya.
"abang kau makan jajan kunyah lah pelan sikit.. bising la"di tonyoh pipi itu berkali kali
"hoi kau mamai ke apa"sergah Azam. Zara membuka mata. Azam duduk dikerusi di hujung kakinya. Habis ribaan siapa dia berbaring.Dia mendongak. Affan. Dia mahu bangun tapi di halang Affan
"tidur tidur... "Affan menepuk bahunya perlahan. Dia malu. Matanya tidak dapat dipejam lagi. Siaran tv ditonton Zara.
"aku tak balik malam ni.. aku duty. "Azam memberitahu jadualnya.
"ok.. boleh la aku rehat malam ni.. makan lepastu tengok tv dan tidur.. ahh syurga dunia"ujar Zara.
"banyak kau punya syurga dunia.. tu syurga kau tu...dari tadi tunggu kau sampai tertidur dah pun" Zara bangun Affan tertidur bersandar disofa
"suruh dia masuk bilik kau,kesian dia"Zara akur. Dikejut Affan berkali kali namun tiada reaksi. Didekatkan telingnya ke hidung lelaki itu untuk mendengar pernafasannya tapi pipinya di kucup lelaki itu. Zara terkejut.
"mana bilik.. nak sambung tidur"Zara memegang pipinya yang terasa hangat. Ditunjukkan biliknya. Affan merebahkan dirinya ke katil Zara. Matanya dipejam.
"aku ada benda nak tunjuk"kertas transaksi berjumlah 800k di berikannya kepada Affan. Affan tersenyum melihat bukti itu. Bukti itu cukup untuk menunjukkan bahawa dia tidak bersalah.
"thanks dear.. thank you so much"dipeluk pinggang Zara erat. kepalanya diletakkan ke perut gadis itu. Zara terdiam.
"but wait... mana kau dapat ni"soal Affan
"dalam bilik Hadif"jujurnya.
"what.. bilik Hadif.. apa kau buat dalam bilik dia.."Affan mula naik angin
"kau pula buat apa dengan Tiara dalam bilik kau"Affan diam. kali ini dia mati kata.
"dia yang benarkan aku masuk bilik dia.. so aku masuk.. tiba papa kau panggil dia tinggalkan aku sorang sorang dekat bilik tu aku tengok la bilik dia mana aku tahu aku boleh jumpa ni"cerita Zara
"kau tahu tak ku dah bahayakan diri kau.. kalau Hadif tahu macam mana"risau Affan.
"Dia takkan tahu...kalau dia tahu biarlah.. sekurang kurangnya nasib aku sama dengan Amir.. aku tahu tu. "jawab Zara tenang.
"kau jangan bahaya kan diri kau untuk aku boleh tak"suara Affan mendatar. Risau benar dia.
"kenapa.. aku bukan buat untuk kau tapi aku buat untuk siasat siapa pelaku yang membunuh suami aku"Zara seakan kemasukan syaitan. Darahnya mendidih mengingatkan kata kata Hadif. Affan yang dihadapannya adalah syaitan bertopengkan manusia.
"itu kan aku dah janji aku akan cari sampai dapat dan aku akan pastikan yang pelaku akan dapat balasan setimpal."balas Affan tenang
"macam mana nak dapat tangkap pelaku kalau pelaku sendiri siasat salah sendiri"tengking Zara.
"apa maksud kau"Affan pelik. Kenapa Zara tiba tiba berubah begini.
"Hadif dah ceritakan semuanya.. kau yang buat taik kau letakkan najis tu pada orang lain"Affan makin bingung
"apa yang dah diracun otak kau ni"marah Affan
"kau yang racun fikiran aku agar aku percayakan kau tapi hakikatnya kau mahu menutup salah kau"Affan makin keliru. Affan meraup mukanya dan melepaskan keluhan berat.
"maksud kau apa.. terus terang dengan aku"pinta Affan
"kau yang rancang untuk bunuh Amir kan sebab dia ada bukti yang kau ada buat salah laku.. so kesalahan kau dah kantoi kau takut terbongkar kau bunuh dia kan.. lepas tu kau tahu aku isteri dia kau gunakan aku untuk kau rampas bukti semua kesalahan kau kan" Zara semakin berani. Affan mundar mandir menahan sabar.
"Ain...kau punya kerja kan.. Laila pun kerja kau kan.. Hadif terlantar dihospital kau upah orang pukul dia kan"tengking Zara lagi. Affan terduduk. Satu persatu dibaca Zara. Affan seakan tersekat nafasnya. Dia tiada kata.
"kenapa kau diam"Soal Zara. Affan memandang Zara redup. Hatinya seakan hilang.. jiwanya sudah terbang bersama angin. Isterinya sudah tidak percaya padanya.
"Hadif.. Hadif cerita semua ni dekat kau.."Affan meraup lagi wajahnya.. Ditongkat dagunya dengan tangannya. Dia resah.
"kau percaya kata kata dia.. "soal Affan.Nadanya bergetar.
"aku percaya dia.. kenapa" provok Zara.
"terpulang kau nak percaya dia atau aku.. cuma aku harap kau lebih berhati hati sebab kau isteri aku"pesan Affan. Dia mula sebak
"kau ceraikan aku"Zara berani. Affan tersentak. Satu satunya orang yang dia percaya sudah tidak lagi berpihak padanya.
"maaf aku tak boleh.. "Affan menahan tangisnya
"kau jangan jadi dayus Affan Mikail.. ceraikan aku kalau kau hanya nak gunakan aku"Ujar Zara tegas.
"Tiara.. kekasih aku yang aku cinta selama 6tahun tipu aku.. curang dengan aku.. dan sekarang orang yang paling aku percaya dalam dunia ni selain umi..orang yang aku sayang dah tak percaya kan aku.. juga mahu tinggalkan aku.. maaf aku tak boleh.."tangisnya berderai akhirnya. Affan keluar dari bilik Zara dengan tangisan. Zara tergamam. Tiara curang dengan Affan.. Tapi mereka kelihatan mesra seperti tiada apa apa berlaku. Orang yang paling dia percaya dan sayang.. siapa. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Dia mula merangka teorinya sendiri.
Affan tidak menghiraukannya.Memandangnya walau sekilas pun tidak. Zara cuba mengawal emosi. Dia mahu tetap dengan katanya. Cerai.
"sayang"panggil Hadif. Zara menoleh. Hadif menghampirinya.Dibelai rambutnya yang diikat pony tail.Zara terasa bahagia dan dihargai. Kemesraan mereka menjadi cemuhan pekerja lain. Affan hanya memerhati dari jauh
"kau dah jumpa"soal Raihan. Affan mengangguk.
"ish la.. kau bagi dia masa untuk dia hadam semua ni.. dia terkejut kot dengan situasi sekarang.. aku pasti bila dah settle semua ni dia akan maafkan kau"pujuk Raihan. Mereka beredar. Bilik pengasingan data diterjah mereka satu persatu rak di periksa. Satu buku fail pun tidak terkecuali.
"Bingo"bisik Raihan.
"kau jumpa?"soal Affan
"dah... "mereka keluar berhati hati agar tiada mata yang memandang. Pintu pejabat Affan dikunci dari dalam.Dibuka fail itu. Segala transaksi sulit dan aliran keluar masuk dana syarikat secara haram tertera disitu. Mereka terkejut. Kebanyakkan transaksi dibuat menggunakan bank luar negara. Urusan jual beli juga dikesan. Beberapa keping gambar Puan Sri Azizah dengan pembantunya turut ada disitu. Dipasang pendrive yang ditinggalkan Bazli untuk mereka. Affan menahan geram apa bila melihat rakaman cctv kereta uminya diberikan ubat tidur sebelum dia ditukarkan ketempat duduk pemandu dan memandu dalam keadaan tertidur lalu melanggar pembahagi jalan sebel kereta itu terbang ke gaung.Dan kedengaran perbualan Puan Sri Azizah bersama seseorang dan merancang kemalangan itu. Affan makin geram.
Hadif membawa Zara berjalan disekitar ibu kota.Mereka berhenti di sebuah taman rekreasi. Mereka berjalan menghirup udara segar. Zara tampak gembira.
"Fayyad"sapa seorang gadis. Dirangkul pinggang Hadif slumber dan Hadif membalas rangkulan gadis itu. Mereka berbisik bisik dan gadis itu agak mengeletis. Zara geli melihat aksi mereka. Zara mengalihkan pandangannya. Gadis itu pun beredar.
"siapa tu"Zara menyoal.
"kawan saya time kami study dekat Leeds"Zara hanya diam. Digoncang cawan plastik berisi ais.
"awak cemburu ke?"Hadif tersenyum
"no"Zara menafikan.Dia tidak cemburu tapi geli melihat aksi itu.. tapi dia terasa sakit apabila aksi manja begitu dilakukan Tiara dan Affan.Pipi Zara dicium Hadif. Zara tersentak. Lamunannya terhenti.
Affan melangkah berat masuk pejabatnya. Pakaiannya juga kasual tiada kot dan blazer. Dia harus ke satu tempat.
"Encik Affan ada orang nak jumpa dekat parking"Affan bangun dan turun menuju ke parkir. Dia terserempak dengan Zara. Mahu di sapa gadis itu tapi dikeraskan hatinya. Zara juga mahu menyapa tapi dia terasa berat. Affan mencari kelibat yang dimaksudkan. Zara memerhati dari kejauhan. Dilihat Affan merangkul pinggang gadis itu dan mengucup pipi gadis itu. Zara menjadi geram.
"itu... "Dia cuba mengingat kembali. Gadis yang ditemuinya malam kelmarin.Ya gadis itu yang menyapa Hadif pada malam itu. Apa urusannya dengan Affan. Dia penasaran. Kelihatan perbualan mereka tegang dan gadis itu menangis lalu meninggalkan Affan yang resah. Affan masuk semula ke kilang. Kali ini Zara yang tidak duduk diam
"Affan"panggilnya namun tidak diendahkan.
"Affan Mikail"panggilnya lagi, tetapi pemuda itu melangkah lebih laju. Zara mengejarnya dan memintasnya. Affan berhenti. Tidak dipandang Zara.
"kau dengar tak aku panggil"Affan diam. Dibelek jam ditangannya.
"kau dengar tak aku panggil"Affan membatu.
"pervert"tempik Zara. Affan menerkup mulut Zara lalu mereka masuk kedalam store.
"kau nak apa"soal Affan. Dingin.
"kau tak dengar ke aku panggil"marah Zara
"kau ada urusan ke dengan aku"kali ini Affan pula memprovoknya
"aku panggilkan mesti la ada urusan"marahnya lagi.
"aku bos dekat sini..jadi segala urusan bagitahu P. A aku dulu.. aku sibuk takde masa nak dengar..."Zara memintas
"dengan isteri sendiri pun takde masa.. isteri sendiri pun nak kena buat appointment"marah Zara lagi. Affan tersenyum
"bagi aku masa itu emas.. isteri ke siapa ke.. bagi aku masa itu duit... lagipun aku ada isteri ke"provok Affan lagi
"kau... "Zara geram. Dia menjinjit sedikit terasa mahu ditumbuk muka itu tapi tidak kesampaian.
"apa dia.. aku bagi kau 5 minit. cepat.. masa kau sedang berjalan"Affan menatap jamnya
"siapa tadi"nada Zara mendatar.
"apa kau sibuk..siapa dia takde kena mengena dengan kau"balas Affan. Zara makin geram.
"kau nak ke mana dengan beg bagai" soal Zara lagi.
"ke mana aku nak pergi dengan siapa aku nak pergi takde kena mengena dengan kau"balas Affan lagi.
"aku isteri kau Affan Mikail"tempik Zara. Ada senyuman dibibir itu. Affan terasa seakan kemenangan berpihak padanya. Affan menatap wajah gadis yang dirinduinya itu.
"so.. "usiknya
"aku berhak tahu kemana kau nak pergi"marah Zara lagi
"aku ada isteri ke.. kejap aku nak ingat.. ada ke.. rasa macam takde.. ishh ada ke"Zara geram. Tingkah Affan benar menyakitkan hatinya.
"habis aku ni tunggul"Zara semakin tidak sabar. Affan bersandar didinding. Dia seakan berfikiran. Semakin galak dia ingin menyakat.
"lima minit kau dah tamat"Affan mahu beredar. Zara dengan tidak semena mengucup bibir pemuda itu. Affan kaget. Dia tidak menyangka Zara akan bertindak seperti itu. Zara yang malu berlari keluar.Affan tersenyum. Disentuh bibirnya. Hangat.
Share this novel