"dah berlaki pun nak kepit dengan abah lagi"Zara mencebik mulut, tangannya menampar bahu Basir berkali kali.
"Suami tu suami, abah abah lah, tak boleh ganti"lengan Pak Samad dirangkul Zara.
"Dah ambil semua barang kamu Basir"suara garau Pak Samad tersekat sekat. Kebelakangan ini kesihatannya sedikit merosot. Kerap batuk batuk.
"Dah abah"Basir menutup bonet keretanya dan memeluk kedua orang tuanya erat.
"kak, aku belayar kali ni 3 bulan je tau, kau sabar ye.. aku balik kita buat kenduri" manik manik halus bertaburan dipipi pemuda itu. Walaupun dia tidak selesa dengan kehadiran Amir tapi dia tidak mahu menghalang kebahagiaan kakaknya. Basir sempat melirik matanya ke arah Amir yang berdiri disebelah Zara sebelum masuk ke perut kereta. Kereta yang dipandu Basir keluar dari perkarangan rumah Pak Samad.
"nanti tinggal lah kita berdua Jah"luah Pak Samad.Mak Jah diam. Itu hakikat yang harus mereka terima.Ketika anak anak kecil mereka bersama ibubapa, apabila sudah dewasa, mereka harus merantau untuk belajar erti kehidupan sebenar,untuk belajar menjadi manusia yang matang.
"pasal pula mak dengan abah nak tinggal berdua, Zara cantik kan ada"sampuknya.
"kamu dah berlaki, kamu kena ikut ke mana suami kamu pergi"kata kata Pak Samad seakan menusuk sanubarinya. Zara menunduk. Diseka manik jernih yang jatuh ke pipinya.
Hampir dua bulan Zara mendirikan rumah tangga, tapi malam pertamanya masih belum digauli Amir. Jijik kah Amir padanya. Apakah hanya dia yang mengharap perkahwinan ini seperti pasangan lain. Apakah Amir menganggap dia sekadar persinggahan, andai ingatannya telah pulih dia akan ditinggalkan. Pelbagai persoalan bermain dibenaknya. Tapi tidak sedikit pun diutarakan kepada kedua orang tuanya, risau berang Pak Samad yang akan meledak.
"Zara, amir pergi dulu ya"disalam tangan suaminya yang akan kelaut bersama Pak Samad. Diperhati bot yang dikemudi Pak Samad makin menjauh ke laut dalam.
Awan mendung memenuhi langit. Angin semakin melepaskan amarahnya. Laut seakan mengamuk mengeluarkan gelora yang makin mengganas. Zara menanti suami dan ayahnya dipesisir pantai. Mak Jah risaunya sudah tidak terkawal.Hari makin menjengah malam. Pak Samad dan menantunya masih belum pulang. Nelayan lain semakin merapati darat.Mak Jah sudah tidak keruan.
"Ayob ada nampak Abang Samad dengan Amir."Mak Jah mula bertanyakan nelayan lain.
"takde pulang Jah.. dorang tak balik lagi ke"soal lelaki itu. Mak Jah hanya menggeleng. Berita akan kehilangan Pak Samad dan Amir mula tersebar dari mulut ke mulut. Malam sudah menjelma, dua beranak itu masih belum kelihatan.
"aku tak tahu apa yang siapa dorang tu"tempik Pak Samad. Zara menangis teresak esak disudut ruang tamu sambil ditenangkan Mak Jah. Pada hari itu ribut melanda tengah laut menyebabkan bot Pak Samad terbalik, mujur mereka dapar berpaut pada bot, akan tetapi datang sebuah bot yang disangka datang mahu menyelamatkan mereka hanya membawa Amir pergi dan ditinggalkan Pak Samad yang kesejukan bereseorangan. Pak Samad dijumpai orang kampung yang membantu mencari. Amir sudah tidak keberadaannya seakan hilang jejak ditiup bayu. Zara berdiri dibibir pantai. Angin lembut meniup rambutnya lembut. Dingin terasa, dipeluk tubuhnya dan dibelai lembut.
"Amir, takdir apa yang sedang kita lalui.. lakaran apa sedang kau lakarkan Hadif Fayyad. "bisik hatinya. Airmatanya menitis satu persatu. Dihapus lembut. Duka dihatinya bertambah apabila kehilangan Amir menjadi bahan canang orang kampung. Badi nek salmah memakan dirinya.
"Sudah la Zara meratapi,doakan yang terbaik.. InsyaAllah dia akan pulang semula"pujuk Mak Jah.. Tubuh kenit anak itu di peluk erat.
"Kalau dia tak pulang macam mana mak"andaian menerjah benaknya. Risau bercampur sedih memcengkam tangkai hatinya.
"atau ingatan dia sudah pulih, aku sudah dia lupakan"bisik hatinya. tangisannya menderu.
"Affan Mikail"pemuda itu menghentikan langkahnya. Dia berpaling dengan raut yang geram
"apa lagi papa, Affan dah buat apa yang mahukan, i done"tangannya diangkat keduanya tanda menyerah. dia melangkah meninggal lelaki yang separuh abad itu.
"Tan sri.. tan sri ok.. nak saya hantarkan pulang " lelaki itu hanya menggeleng. ditekan batang hidungnya kuat berkali kali bagi menghilangkan stressnya
"Rudy, saya perlu ke pejabat sekarang"dia bangun dan beredar. lelaki yang bernama rudy itu mengikutinya.Tan Sri Muzzaffar seorang ahli koperat yang berjaya dan disegani kerana ketegasannya. Cuma akhir akhir ini konflik yang berlaku didalam keluarganya tidak dapat di uruskan dengan baik.
"saya akan meletak jawatan sebagai executive director sekaligus ceo Marga Holdings. Lantikan director baru akan di umumkan dan mesyuarat bOD manakala ceo Marga holding buat sementara ini akan dibekukan sehingga diberitahu kelak."semua yang berada didalam mesyuarat itu tergamam. satu keputusan yang mengejutkan syarikat setelah dua abad beroperasi.
"kenapa tan sri tak beri jawatan tu pada Affan atau Hadif,dorang paling faham selok belok syrikat"cadang salah dari ahli mesyuarat
"jangan lupa vice ceo, Aish Adrian"seorang lagi cuba mengingatkan.Suasana mula kecoh apa bila penyokong dari ketiga tiga nama yang disebut itu bertelagah.
"keputusan saya muktamad, mesyuarat tamat disini"Tan Sri Muzaffar bangun dan beredar. Aish yang berada dalam mesyuarat termangu. Pen di ditangannya di mainnya.
Kertas dan diatas mejanya bertaburan ke udara. Amarah Affan masih belum berakhir.Dilempiaskan geramnya ke pada mejanya.
"shila masuk sekejap"panggilnya.tidak lama kemudian setiausahanya masuk beserta note pad.
"aku nak kau periksa iternary Hadif.."soalnya. laju sahaja tangan gadis itu melerek pada note pad itu.
"flight dia dah sampai dari belgium"ujar gadis itu.
"sial.. "marahnya. kerusi yang berada dihadapannya di ditumbuk berkali kali.
"minta pihak cleaner kemas kan kondo aku, lepas tu dapatkan raihan untuk aku, suruh dia jumpa aku sekarang"ujarnya.dia berdiri dihadapan cermin dan pandangannya dilepaskan pada langit biru.
"tapi kejap lagi cik Affan ada lunch date dengan Tiara" gadis itu mengingatkan. lama pemuda itu terdiam. berfikiran barangkali
"ermmm ok.. suruh raihan datang kondo aku malam ni"balasnya.gadis itu berlalu pergi.
"Sayang"sapa seorang gadis. Affan duduk dihadapannya.
"sorry baby,lama tunggu"soalnya.tangan gadis itu dipegang.dimain jari jemari gadis itu. Tiara tersenyum. Makanan yang dipesan mereka sudah sampai. Tanpa mereka sedari mereka sedang diperhatikan.Beberapa foto mereka di ambil.
"Sayang kenapa ni, mencuka je dari tadi"tiara perasan akan perubahan pada wajah jejaka itu.
"hal kerja.. "balas Affan pendek. Malas dia memikirkan usahanya untuk projek resort di terengganu itu akhirnya terpaksa dia lepaskan kepada Hadif Fayyad. Dia yang berusaha bermati matian hanya untuk memastikan projek itu mendapat kelulusan dari kerajaan dan dia juga yang berusaha menambat hati orang kampung agar memberi kerjasama yang baik pada projek itu, tapi akhirnya apabila projek membangunkan resort itu telah lulus hanya perlu menggerakkan jentera sahaja, dia terpaksa melepaskannya kepada orang lain sedangkan dari awal ditentang cadangan nya.
"don't be sad, baby kan ada untuk happy kan sayang"ujar tiara. Dia mengukir senyuman yang manis.
Affan bangun dari lenanya. Disebelahnya tiara yang ketiduran.Tubuh gadis yang tanpa seurat benanga itu di tutup dengan selimut. Disarung seluarnya lalu keluar dari bilik itu. Di brew secawan latte dan dia duduk dibalkoni. Telefonnya berdering.
"cik affan kondo dah siap kemas, ada apa apa lagi yang perlu di buat untuk kondo"soal shila dihujung talian.
"tak pe, yang lain aku urus sendiri"talian dimatikan.Dia mandi dan bergegas ke kondonya.Ditinggalkan tiara yang masih ketiduran. Diperhatikan setia ruang kondonya dengan teliti. kemas mengikut seleranya. Dia membuka laci di almari biliknya. Dompet kain BADBOY itu masih belum bertemu dengan pemiliknya. Dia tersenyum melihat gambar itu.
"ZARA AULIYA" dia tersenyum sendirian. Loceng kondonya berbunyi.Dia membuka pintu.
"macam mana"soalnya tidak sabar kelihatannya.
"aku dah siasat, dia duduk dekat terengganu, dekat dengan kawasan resort yang kau nak bangun kan"cerita dari lelaki itu diamatinya. Dia seakan teruja
"dia dah kawin, tapi sayang suami dia hilang ketika kelaut. "affan tercengang. ada kerut didahinya.
"dah kawin, mudanya.. kolot"sinisnya
"dia ada abang, doktor dekat sphynix hospital, Azam Muzamil dan adik lelaki Basir Dhurah, kelasi kapal minyak"Affan menganggukkan kepalanya seakan mengerti
"kenapa adik dengan abang dia kerja hebat hebat tapi dia.. kawin muda.. menjanda pula tu"dia tertawa sinis
"dia sekolah setakat tingkatan 3, sebab dibuli. lagi satu dia ada kelebihan boleh tengok nasib orang maksud aku dia dapat tahu yang bakal jadi"Affan seakan kehairanan.
"dia tu ahli nujum ke"soalnya ingin tahu lebih lagi. seakan menarik minatnya
"bukan lah, kau ni... nenek dia dulu bidan hebat kampung... boleh berubat orang ooo.. katanya nya saka dia turun ke cucu dia si zara ni"Affan tersentak. mahu percaya atau tidak tapi itulah yang diperlu tahu.
"esok Affan nak ke terengganu, nak tengok tapak projek"ujarnya yang berdiri di hadapan tan sri Muzaffar
"kan papa kata serah kan projek itu pada hadif"tempik tan Sri Muzaffar. Hadif dan Aish yang berada disitu turut terkejut dengan tempikan dari tan sri itu
"Affan hanya nak tengok tempat bukan nya nak masuk campur dalam hal projek.. lagipun Hadif juga kena pergi esok, para pelabur akan adakan meeting dekat sana"ujarnya.
"kenapa aku tak tahu"hadif kehairanan. kerana tiada sebarang informasi tentang perkara itu
"memang lah kau tak tahu sebab dari awal bukan kau yang handle"sinisnya.
"korang jangan bertengkar.. esok korang pergi settle kan dengan pelabur, tapi Affan hanya kali ini, kamu tiada kena mengena dengan projek ini lepas ni"ujar tan sri Muzaffar. Affan menggenggam tangannya geram.
"Aish kau ikut sekali" soal hadif
"esok aku ada date dengan Zulaika, nak urus pasal pertunangan kami"ujar pemuda itu. Affan keluar dari bilik itu. Malas dia mengambil tahu akan kisah mereka.
"Ariana Zulaika"gadis itu menoleh. Dia tersenyum apabila melihat buah hatinya hadir dengan sejambak bunga. Forum yang dihadirinya sudah tamat setengah jam lalu. dia hampir berputus asa menunggu tapu akhir nya lelaki yang ditunggunya tiba
"Aish Adrian...kenapa lambat"soalnya.Lelaki itu mengucup dahi gadis itu lembut. Dipeluh tubuh yang tinggi lampai itu.
"Ada kerja sikit tadi, so macam mana forum"soalnya.Di pegang tas tangan gadis itu dan dibukakan pintu buat gadis itu.
"semuanya ok, nampaknya medical malaysia selangkah kehadapan, silap hari bulan boleh masuk dalam top ten medical terbaik dunia"selorohnya.dia masuk ke perut kereta. Aish memandu keretanya dengan tenang. Di dengari cerita gadis itu dengan penuh minat. Mereka tiba di galeri pengantin. Dicuba baju pengantin untuk majlis pertunangan mereka yang bakal berlangsung.
Share this novel