Hadif ke Terengganu bagi melawat resortnya yang sedang naik. Panas terik matahari menyambar matanya. Dia menghabiskan cepat cepat kerjanya dan dia mahu pulang ke hotel. Dalam perjalanan dia tertarik dengan pemandangan di kampung itu lalu dia berhenti untuk mengambil gambar. Dia kepesisir pantai. Kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan bot.Dia mengambil gambar situasi itu lalu di dekati lelaki tua itu.
"Assalamualaikum pakcik"sapa Hadif. lelaki tua itu menoleh. Garis garis tua jelas kelihatan didahi dan tepi bibir lelaki itu.
"saya Hadif Fayyad, boleh saya ambil gambar pakcik dan bot ni"pintanya
"Pak Samad"tangan mereka berjabat. Pak Samad mengangguk. Diambil gambar lelaki itu satu persatu. Lalu ditunjuk hasilnya. Pak Samad kelihatan kagum dengan hasil foto itu.
"jom ke rumah, mak cik ada buat minum petang tu"pelawa Pak Samad. Hadif mengekori lelaki itu dari belakang. Rumah kayu yang hampir hilang warnanya itu tampak unik. Hadif mengambil beberapa keping gambar rumah itu.
Mak Jah ke beranda dengan sepinggan cekodok dan dua cawan kopi. Dijemput Hadif makan. Hadif naik ke rumah itu dan bersila di sebelah Pak Samad. Rumah itu walau pun tampa usang tapi menenangkan.
"bercuti ke"Pak Samad mulakan bicara
"tak pakcik,saya datang untuk kerja"cekodok iti diambilnya sebiji lalu dikopek dan dimasukkan ke mulut. Mak Jah mengamati lelaki itu. Setiap gerak gerinya diperhati Mak Jah.
"kerja dekat mana"soal Pak Samad lagi.
"saya sedang buat resort di kuala sana"cerita Hadif lagi.Matanya melingkari seluruh rumah itu.Matanya tertangkap pada satu bingkai. gambar.
"itu anak pak cik ke"soalnya
"ha ah, Zara...dia duduk di kolumpo nu, tinggal dengan abang dia.. abang dia doktor dekat spital sai sai sainik ke apa nama susah pakcik nak menyebut. "ada tawa dihujungnya. bangganya dia menerangkan akan perihal anak anaknya.
"hospital spynix"Hadif membetul kata kata pak Samad.
"hah yang itu lah"tawa Pak Samad
"nama apa ya, saya selalu terima rawatan dekat situ, tunang abang saya pun kerja situ"ceritanya seakan mahu merapatkan silaturrahim
"Azam "Hadif mengangguk. Matanya tertumpu pada bingkai gambar itu.
"Nak ni Encik Aish punya" plastik yang berisi nasi lemak di hulur Zara. Aisy mencium nasi itu. Bau yang enak menusuk hidungnya membuatkan perutnya bergelora.
"kalau saya nak satu lagi tapi makan dekat sini boleh"soal Aish. Zara menyiapkan tempat untuk pemuda itu.Nasi Lemak yang dihidang Zara dinikmati Aisy.
"hello, aku dekat bazar, hah ok aku share location"talian dimatikan. Zara tidak mengendahkan perbualan itu. Zara agak sibuk kerana pelanggan yang tak henti berkunjung.
"Zara nasi lemak sambal paru satu lagi ya"Aish membuat pesanan. Nasi yang dipesan dihantar Zara. Dia kaget.
"pervert"kata itu terkeluar dari mulutnya
"mental"lelaki itu juga seakan terkejut.
"korang kenal ke"soal aish
"tak "serentak mereka
"Zara kenal kan ni twin saya, kami sama umur tapi mak dan ayah lain lain, Affan Mikail.. Affan ni Zara owner nasi lemak Mak Jah"terang Aish.
"saya tak nak tahu"Zara ke meja kerjanya semula.
"aku pun tak nak tahu la pasal kau,mental"tempik Affan. Zara merenung geram.
"dia punya nasi lemak rupanya.. kat sini kau menyorok budak mental"bisik hatinya yang geram dengsn reaksi Zara tadi.
"minggu ni kau ada appointment dengan Doktor Sherry kan" Azam mengingatkan.Zara menarik keluh panjang. Malas dia bertemu doktor. Dia sudah sihat, kemurungan nya sudah makin membaik tapi apakan daya abangnya seorang doktor.
"okey"jawabnya lemah. Azam yang bertugas sebelah malam hari itu, Zara terpaksa bersendirian malam itu. Dia membuka gerainya seperti biasa. Jam 5.30 gerainya sudah beroperasi.
"nasi lemak paru satu"satu suara menjengah hawa telinganya dari belakang. Dia menoleh
"pervert"panggilnya.Affan berhenti menatap telefonnya. Matanya tertumpu pada Zara
"cantik sikit panggil aku"marahnya
"ada aku kisah"balas Zara. Affan mengetap bibirnya menahan geram
"nasi tak de habis"balas Zara lagi. Dia malas melayan pemuda itu
"hotak kau habis, aku rasa aku pelanggan pertama kau"dia masih tidak mahu mengalah
"untuk kau je habis.. untuk orang lain ada je"Zara tidak memandang walaupun sekilas. Tangan nya laju membungkus nasi yang dipesan pelanggan. Affan makin geram. Dia tetap disitu. Masih mahu berperang mulut. Zara agak kalut kerana pelanggan mula ramai. Affan hanya memandang. Zara tidak menang tangan. Dia menoleh,Affan masih disitu.
"tolong aku.. aku tak sempat ni"pintanya.Affan membuat tidak endah. Tangannya terus melirik telefon.
"sekejap ya"pinta Zara lalu ke meja Affan. Badannya dibongkok sedikit. Rambutnya yang lembut beralun itu melirik kebawah. Affan tersentak. Kaku.
"tolong aku please"rayunya.Disusun sepuluh jari untuk meminta bantuan.
"aku sibuk"alasan Affan
"kalau sibuk berambus"geram Zara
"kau nak minta tolong tapi marah marah"geram Affan. Mata mereka bertatap. Ada getaran dimata pemuda itu.
"sorry sorry.. tolong aku... tolong aku... ye ye ye"rayu Zara. Matanya dikerdip berkali kali dan mulutnya terjuih sedikit.
"apa upah aku"belum lagi dibantu sudah diminta habuan. Affan tersenyum sinis
"aku belanja nasi lemak paru spesial"Zara cuba memancing. Affan bangun lalu ke meja yang terhidang pelbagai lauk.Mereka berduet membungkus. Bagi Affan itu sesuatu yang baru baginya tapi dia seakan seronok dengan situasi itu. Mungkin kerana keletah Zara dan celotehnya itu menghiburkan.
"wei paru dah habis"Affan melihat bekas yang berisi paru sudah habis. Dia kecewa dan rasa seakan tertipu.
"hah dah habis... bukan rezeki kau lah"seloroh Zara tanpa rasa bersalah. Affan merenung Zara dengan pandangan tajam. Zara tidak mengendahkan.
"habis upah aku"soal Affan. Zara mencedok nasi lemak yang berbaki lagi sedikit dan mencedok lauk yang ada lalu di letakkan dimeja. Affan yang berdiri di meja lauk menghampiri meja. Dilihat lauk yang diisi Zara
"tak nak aku.. kau janji paru.. mana parunya"soal Affan
"dah habis kan,buta ke bekas dia dah kosong"Zara mengutip bekas bekas lauk yang kosong. Affan geram.
"kau nak ke tak nak.. kalau tak nak aku nak makan aku pun lapar"ugut Zara. Affan duduk dan mula menjamah kerana sudah tidak tahan perutnya berkeroncong.Zara mengeluarkan mangkuk tingkat dari dalam bakulnya. Affan hanya melihat. Zara duduk dihadapannya. Mangkuk tingkat itu dibuka dan dihidang satu persatu.Matanya memerhati lauk yang terhidang, Lemak pucuk ubi dengan kerang, ikan bakar berlada dan sambal belacan serta ulam. Affan seakan tertarik.
"nak"pelawa Zara. Affan menggeleng kepala. Zara mencedok lauk lauk itu lalu diletakkan didalam mangkuk nasi putihnya dan dijemput nasi itu lalu di sua ke mulut Affan. Affan kaget
"buka la cepat lenguh dah tangan aku ni"Affan seakan terpukau dia membuka mulut lalu mengunyah makanan yang disuap ke mulutnya.
"ok tak aku masak"soal Zara. Affan mengangguk.
"nak lagi"dia sua lagi satu suapan. Affan menurut sahaja. Makan Zara terganggu kerana ada pelanggan. dia meninggalkan Affan sendiri. Selesai membungkus dia kembali ke meja
"ya!!!!! kau sebat bekal aku sampai habis"marah Zara. Affan tersenyum. Ditepuk kepala Affan dari belakang. Affan terkejut dengan reaksi itu.
"bak nasi lemak tu.. kebulur aku"pinggan nasi lemak yang dimakan Affan dijamah Zara. Affan hanya memerhati. Keletah gadis itu membuatkan matanya tidak mahu terhindar walau sesaat. Selesai mengemas Zara duduk sebentar.
"esok kau buka"soal Affan. Zara mengangguk
"esok aku datang lagi"ujar Affan
"tak payah, rugi aku bagi kau makan free"seloroh Zara
"kau masak untuk aku, macam tadi"kali ini Zara terdiam.Mata mereka bertentang lagi sekali. Pipi Zara ditepuk Affan. Zara memegang tangan pemuda itu untuk menghalang. Tiba badannya berpeluh.. dia mendapat bayangan.Nafasnya sesak.
"Zara... zara.. "Affan memeluk bahu Zara yang mengigil dan hampir rebah.
"kau jangan balik lagi... kau dalam bahaya.. kalau kau balik sekarang kau akan mati"ujar Zara. Affan terkejut. Dalam bayangannya Affan diekori dari belakang dan sebuah kereta cuba melanggarnya.
"apa kau cakap ni"Affan terkejut
"percaya cakap aku, ada orang nak langgar kau dengan sengaja... ada orang nak bunuh kau"Zara masih mengigil. Affan seakan tidak percaya.Dia bangun dan meninggalkan Zara
"merepek"bisik hatinya lalu memandu keretanya dan pulang ke kondo. Dalam fikirannya dia terfikir akan kata kata Zara. Keretanya dia letakkan di parkir di basement dan dia berjalan menuju ke lif untuk naik ke rumahnya. Kedengaran bunyi geseran kereta yang laju dan kuat cuba melanggarnya. Nasib dia sempat mengelak. Dadanya berombak berdebar terkejut akan kejadian itu. Dia cuba mengingat semula kata kata Zara.Apakah ini kenyataan atau satu mitos. Tapi itu yang terjadi. Bermimpikah dia.
Share this novel