BAB 7

Drama Completed 25301

Zara berdiri dibibir pantai.Baju kurung yang disarungnya beralun lembut. Dia masih menanti kehadiran Amir. Dia tahu Amir masih hidup. Selama mana hatinya berkata begitu dia masih menanti dan terus menanti. Duka dihatinya sudah berbekas dek kerana hinaan orang kampung terhadapnya. Dia seakan malu untuk berhadapan dengan orang kampung. Dia banyak menyendiri. Mak Jah menatap sayu anak daranya dari kejauhan. Anaknya ditinggalkan tanpa sepatah kata,apatah lagi ditinggalkan dalam usia perkahwinan hanya menjangkau beberapa bulan.
"Jah,kamu nasihat kan Zara tu... Sampai bila dia nak termenung macam tu. Entah entah Amir dah ada bini dekat luar sana.. ingatan dia dah pulih sebab tu dia tak pulang cari Zara"nada Pak Samad yang mendatar menyimpan sebak di dada.

Affan dan Hadif bersiap untuk ke terengganu manakala Aish ke hospital untuk mengambil Ariana dari sana.
"korang drive elok elok tau, jangan laju sangat, jangan buat mama risau"pesan Puan Sri Azizah. Di peluk dua anak terunanya erat. Mereka yang memandu kereta berasingan keluar dari perkarangan rumah agam itu.
"Baby, I outstation tiga hari tau, if you tak dapat contact I mean I diluar kawasan"Affan berbicara di talian
"Sayang kenapa tak inform awal awal.. Kalau tak I boleh postpone shooting, I nak ikut"rengek Tiara didalam talian.
"Tak pe la.. baby I tak nak ganggu shoot you.. wait for me ok"pujuknya. Affan melayankan saja karenah gadis itu. Kereta yang dipandunya berada kelajuan sederhana. Dia tidak mahu terkocoh kocoh sampai ke terengganu tapi dalam masa yang sama dia berharap bertemu dengan seseorang.
"ZARA, kau tunggu aku sampai"bisik hatinya. Hadif yang mengekorinya dari belakang memandu tenang. Dia menikamti pandangan sepanjang jalan. Adakalanya jari jemarinya dihentak perlahan kerana alunan muzik yang bermain dicorong radio.

"Azam, I nak pergi terengganu hari ni"Ariana cuba memecah sunyi bilik itu. Hanya dia dan Azam sahaja di bilik itu. Semenjak mereka putus pertunangan Azam lebih banyak berdiam diri dan mengelak dari bertemu dan berbicara dengannya.
"ermmm ok"balas Azam pendek. Dia mengemas meja lalu keluar dari bilik. Tugasnya untuk hari ini sudah tamat. Dia berjalan diparkir. Dari kejauhan kelihatan Ariana berjalan ke arah seorang pemuda yang menantinya di kereta. Tunangnya barangkali. Azam bersangka baik.
"Padan la dia tak nak kau... kau kuman je, dia sambar jerung biru oii"bisik hati Azam sendiri. Kereta yang dinaiki pasangan itu melintas dihadapannya. Azam memandang sekilas sebelum memasuki ke dalam keretanya.

"Jah dengar orang kampung kata dekat kuala tu ada syarikat dari kolumpo nak buat resort"Mak Jah berceloteh. Air kopi yang dibawanya di letakkan di hadapan Pak Samad. Kepulan asap nipis keluar dari mulut Pak Samad.
"Lama lama habis pantai bersidai spenda"luah Pak Samad. Dari awal berita itu sampai ke telinganya sehinggalah projek hampir berjalan, Pak Samad tidak setuju akan projek itu. Cukuplah dengan resort kecil milik orang kampung, itupun sudah mengubah keseluruhan kampung itu. Dari anak melayu yang penuh adab sopan kini sudah lebih kearah kebaratan. Tapi dia tidak mahu berlebih lebih membantah kerana tidak mengenai tanahnya. Pak Samad tidak mahu menggadaikan tanah yang hanya sekangkang kera itu untuk kesenangan yang hanya sementara.
"kamu tak nak jual nasi lemak Zara"cadang Mak Jah. Zara menoleh.
"nasi lemak dah ramai orang jual mak, lagipun nak jual dekat mana"Zara tidak mempersetujui cadangan Mak Jah.
"rezeki masing masing Zara, kalau orang nak makan yang hujung simpang tu silakan, nak makan yang kamu punya silakan, kamu meniaga la tepi jalan tu ha"cadang Mak Jah lagi. kali ini lebih positif.Zara terdiam.
"tak payah, meniaga kalau setakat nak jadi bahan umpatan orang baik tak payah.. lama mana nak meniaga tak sampai dua tiga hari untung tak de apa takde tuptup tutup.. dapat penat je.. "bantah Pak Samad. Dia tidak mahu berurusan dengan orang kampung. Jadi bahan umpatan dan cacian saja. Pak Samad sudah serik.

"haaaaaahhhhhhh"diregang segala otot badan akibat memandu selama 4 jam. Laut biru dinikmati semahunya.Terasa lapang dan tenang.
"Hadif"jejaka itu menoleh.
"hei Balqis Anaizah Dato Borhan"sapanya.Dia menghampiri gadis itu yang berdiri tidak jauh dibelakangnya.Mereka berpelukan mesra
"kenapa Hadif tak bagitahu nak datang, tidak kita boleh datang sekali" bicara gadis itu.tersenyum manis indah dibibirnya mekar.
"Hadif baru balik dari Belgium semalam, ingat nak rest, tapi papa suruh datang so.. nak tak nak kena datang juga"ceritanya. Kain pario yang dipakai gadis itu ditiup angin bayu menampak kan bahagian dalam tubuhnya yang hanya berbikini. Hadif mengalih pandangannya.
"Pak ngah mana, tak nampak pun"dia tidak mahu kelihatan canggung. Dia seakan tercari cari kelibat lelaki yang disebut tadi.
"he's not coming.. Qish on behalf...papa tak sihat "jelas gadis itu.Affan menyertai mereka yang berada di tepi kolam.
"hai Qish, sorang je.. pak ngah mana"soalnya.dihirup wain putih ditangannya perlahan.
"papa tak sihat, so Qish wakil kan dia"jelas gadis itu lagi. Wain putih ditangan mereka diminum peralahan. Affan ke pantai. Dia melepaskan gian untuk mandi air laut.Terik matahari membuatkan air laut itu terasa dingin.

Malam yang diterangi sinar bulan purnama yang mengambang penuh itu dinikmati Zara bersama deruan ombak. Dia masih menanti disitu. Harapannya masih berada di samudera yang terbentang dihadapannya.
"Amir, pulang lah, Zara rindu"rintihnya.Matanya yang bergenang mula mengalirkan airnya. Disapu airmata itu lemah. Rindunya pada seseorang yang digelar suami tiada batasnya.
"Hadif Fayyad, pulang la, Zara dah lama sangat tunggu.. balik la, Zara takkan marah"rintihannya hanya didengari oleh pohon pohon kelapa yang meliang liuk ditiup angin. Zara duduk di atas tunggul kelapa. Dipeluk tubuhnya yang kedinginan. Tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh
"Amir"dia teruja. Diukir senyuman semanis mungkin. Terasa jari lelaki itu menyeka airmatanya lembut. Hangat telapak tangan lelaki itu terasa. Matanya tidak berkerdip walau sesat. Ditatap tubuh itu semahunya.
"Amir dah balik"soalnya.Lelaki itu mengangguk. Mahu dipeluk tubuh itu semahunya tapi yang dipeluk adalah angin lalu. Tubuh itu hilang entah ke mana. Airmatanya mula mengalir. Tapi kali ini makin deras dan bersama esakkan.
"Hadif Fayyad... pulang lah"rintihnya.Sesak didadanya tidak terkata.

Cahaya matahari menerjah wajahnya. Hadif bangun lalu membuka pintu balkoni. Laut biru terbentang luas. Dia berdiri di balkoni sambil menghirup udara segar perlahan lahan. Nelayan mula belayar ke pentas samudera. Ditatap satu persatu bot yang memasuki samudera. Matanya tertangkap susuk tubuh seorang gadis yang sedang memenuhkan bot dengan peralatan.Keletahnya mesra bersama orang orang disitu diamatinya. Hadif tersenyum sendiri. Matanya tidak berhenti menatap gadis itu.
"hoiii"jerkah Affan dari koridor sebelah. Namun apa yang ditatapnya lebih menarik minatnya
"kau senyum sorang sorang ni kena sampuk hantu ke"soal Affan yang hairan dengan gelagat Hadif pagi itu. Dia cuba mencari cari apa yang menarik minat jejaka itu
"memang kena sampuk tapi bukan dengan hantu tapi dengan puteri"Hadif masih menatap gadis itu.Sesekali dia tersenyum. Affan berputus asa. Dia tidak menemui apa apa yang menarik melainkan laut yang seolah olah memanggilnya untuk mandi.

"Zara tak payah lah ikut abah hari ni, Zara duduk saja dirumah, kejap lagi Basir balik"suruh Pak Samad. Namun Zara membantah. Dia tetap mahu ke laut sana.Harapannya masih ada. Pak Samad tidak terdaya lagi untuk menghalang. Mak Jah memujuk.Di biarkan Zara memiliki masa sendiri untuk bertenang dan mencari kekuatan untuk dia bangkit semula dari kekusutannya.Zara masuk ke laut luas dengan bot yang dikemudi Pak Samad. Mak Jah ke pasar untuk membeli lauk,Basir yang baru pulang dari belayar akan sampai sebentar nanti. Dia ingin masak makanan kegemaran anak nya.

SPLASSHHHHH

Baju Mak Jah kotor terkena air lopak yang di langgar sebuah kereta.Mak berdiri ditepi jalan. Disapu air yang membasahi bajunya.
"maaf makcik, saya tak sengaja" mohon maaf sesungguhnya.Tampak rasa bersalah di wajahnya.
"eh tak pa tak pa, sikit je"Mak Jah tidak mahu ralat. Dia tersenyum.
"mari saya hantarkan mak cik balik " hati Mk Jah berbelah bagi. Dia terus dipujuk untuk dihantar pulang. Akhirnya Mak Jah akur. Didalam kereta mereka tidak berbicara. Mak Jah cuak takut takut ada mata mata jahat yang salah tafsir.
"terima kasih nak"ujar Mak Jah.Pintu kereta ditutup perlahan.
"amboi mak naik grab"usik Basir yang sudah tiba dirumah itu.
"ishhh kamu ni"ditepis tangan anaknya. Basir merapati kereta itu dan tingkap disebelah pemandu dibuka
"jemput naik dulu,minum minum dulu"pelawanya tapi pelawaan itu ditolak baik pemilik kereta itu.
"Saya Basir"tangan dihulur dan dijabat.
"saya Affan Mikail"mereka berjabat. Kereta itu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience