BAB 4

Drama Completed 25301

Pak samad bersiap untuk kelaut.Dia ditemani zara seperti kebiasaannya namun tidak pada hari ini. Zara akan ke pekan bersama Azam untuk mencari barang keperluan rumah. Pak Samad membawa pukat dan peralatan lain menuju ke botnya
"abah, kalau tak kelaut hari ni tak boleh ke, azam nak balik kejap lagi ni"pujukan azam tidak diendahkan pak samad. mak jah ke pantai bersama mangkuk tingkat, bekal buat pak samad.Daun rokok yang dikepit dibibirnya disedut asapnya berkali kali lalu dibuang ke tanah.matanya melirik kearah azam sekilas.
"dah lama aku tak kelaut,pukat tu entah kena rembat hasilnya entah tak"sehaya kata kata itu, dia mengambil bekal makanannya dari mak jah. zara yang datang dari rumahnya baru saja tiba dengan amir.
"kamu nak ikut aku ke laut amir"dia mempelawa pemuda itu kelaut. dia cuba untuk memulihkan ingatan pemuda itu. mana tahu andainya ditengah lautan itu nanti berkemungkinan ingatannya pulih.dia tidak mahu dan tidak berapa senang dengan kehadiran pemuda itu dirumahnya. bukan kerana tiada simpati tapi lebih memikirkan nasib zara yang mungkin akan menjadi mangsa fitnah.
"boleh juga abah, kejap amir ambil baju"pemuda itu bergegas ke pondok mengambil kemejanya berserta topi mengkuang lalu kembali ke pantai. zara hanya melirik.
"nak jah tambahkan bekal ke bang, sebab tu nampak macam sikit.. abang sorang je tu"pak samad berfikiran. diamati mangkuk tingkat di tangannya.
"buat kan untuk amir satu.. takut balik lambat kebulur pula aku dengan amir. "mak jah tersenyum dan kembali ke rumahnya untuk membuat bekal. azam menghampiri ayahnya. dipegang telapak tangan lelaki tua itu. terasa jelas urat jantan yang melingkari tangan lelaki itu.tangan yang mencari rezeki untuk membesarkannya hingga berjaya menjadi siapa dia sekarang diurut lembut. sebak rasa didada bila dia mengingatkan kembali apa yang telah terjadi pada keluarga yang berpunca darinya. kasih seorang ayah tidak terluah dengan kata kata,tapi setiap tindak tanduk sudah cukup untuk menggambarkan segalanya. walaupun lelaki bersuara garau itu kelihatan garang, tapi sikapnya yang tenang menampakkan sifat penyayang seorang ayah.setiap masalah yang melanda, lelaki tua itu tidak pernah cuba untuk melepaskan diri malah dialah paling bersungguh untuk menyelesaikannya walaupun pada awalnya tidak dipersetujui.apa yang terjadi ada pertunangannya bersama Ariana Zulaika benar benar mengguris hatinya.
"abah, azam minta ampun dan maaf,azam dah mengguris hatinya abah dengan keputusan yang telah azam salah pilih"butiran manik jernih mula mengalir pecah satu persatu membasahi pipinya.tangan pak samad di santuninya lembut.
"azam terlalu ikut kan hati, kalau azam dengar nasihat abah dulu mesti tak jadi macam ni kan, abah pun takkan dapat malu"ujarnya lagi. tangisannya makin menjadi. sendunya jelas kedengaran. sesalnya terluah dengan linangan air mata.
"aku tak ambil hati dengan apa yang jadi, aku turutkan sebab kamu anak aku, aku nak tengok kamu bahagia, tapi dah ini ketentuan Allah aku bersyukur sangat Allah tunjuk sebelum kau sah menjadi suami dia, malu, untuk apa aku malu,hidup aku hanya untuk Allah bukan untuk manusia. cuma aku risau kan kamu takut kamu buat sesuatu yang bodoh"nada suara garau itu lembut. kata katanya menenangkan jiwa anak terunanya. dipeluk erat anak terunanya.situasi yang sukar digambarkan dengan kata kata. zara bersyukur kerana hadir dikalangan mereka. walaupun hidup tidak semenggah orang lain tapi kasih sayang tidak pernah kurang malah berlebih lebih lagi.
"azam minta maaf abah"ujar azam lagi.rasa bersalah tiada henti
"aku maafkan kan kamu, kamu tu jangan nak buat kerja bangang pula,selalu aku tengok berita, baca akhbar keluar je kes tunang kena bunuh la, bunuh diri sebab kecewa la...apa lah... macam macam sangat, sampai naik gerun aku baca, kamu jangan terpengaruh dengan hasutan syaitan, anggap tiada jodoh, insyaAllah Allah nak bagi yang lebih baik dari pada tu"pesan pak samad. azam mendengar setiap bait pesanan dari ayahnya. terasa tenang dan lega, apabila beban rasa bersalah yang dirasakannya tadi ibarat gunung yang diletakkan dibahunya tiba tiba runtuh dek angin lalu. lapang dadanya.
"insyaAllah abah, azam ingat pesan abah,terima kasih abah"diseka air matanya. ada senyuman terukir dibibirnya.zara menghampiri mereka dan mereka bertiga berpelukan. Amir yang berada disitu tersentuh dengan reaksi mereka.
"kau nak cari kakak ipar cari macam aku, baik kan abah kan"zara berseloroh. masuk bakul angkat sendiri.pelukan mereka terlerai. pak samad memeriksa botnya dan azam mengadap ke laut.
"apa zara ni tak baik ke, tak bagus ke"rajuknya.
"kau tu macam serombong kapal pun ada, macam pokok kelapa pon ada, tengok kau berdiri dekat situ dah nampak macam pokok kelapa"tawa azam berderai. zara yang geram mengejar abangnya untuk melepaskan geram. pak samad tertawa. begitu juga amir. mak jah yang baru turun dari rumahnya kehairanan melihat gelagat dua orang anaknya
"kenapa tu bang"bekal yang dibawa diletakkan di dalam bot. azam mendapatkan mak jah dan memeluknya. wanita itu terhuyung hayang kerana tapak kakinya tidak memijak tanah dengan kejap.
"mak tengok abah dengan abang ni, kata zara tak baik, macam serombong kapal la macam pokok kelapa lah"dia memeluk tubuh. kepalanya di sandarkan ke lengan bondanya. belakangnya dilurut lembut wanita itu agar tenang
"betul apa abang cakap"zara ternganga mendengar kata kata dari mulut mak jah. rajuknya bertambah. dia duduk bersila didalam bot menguis nguis pukat.mereka tertawa. muncungnya panjang sedepa.
"anak abah yang sorang ni mana ada orang boleh lawan, serombong kapal ke,pokok kelapa ke, tetap abah sayang, ratu hati abah ni"di kucup ubun ubun anak daranya yang seorang. terukir senyuman manis dibibirnya menampakkan baris gigi yang putih bak mutiara.
"sayang abah"dipeluk erat lelaki itu.
"cantiknya"bisik hati amir. dia seakan terpukau dengan keletah si gadis kenit itu.

"cukup kot baju untuk si amir khan tu"zara mengira helaian baju yang dipegangnya.Azam yang masih meneliti setiap helai baju yang tergantung itu menoleh.dicapai sehelai dua lagi lalu diletakkan dilengan zara.
"ok jom,kau nak beli baju tak, kalau tak nak aku nak pergi bayar"ujar azam. zara mengeleng dan membontoti abangnya.diletakkan pakaian itu di kaunter. dia berjalan keluar.

DEBUKKK

zara terjelepok ke lantai.
"maaf cik"pintanya yang cuba bangun namun gagal kakinya sakit. lelaki itu bertinggung dihadapannya dan mengutip barangnya bertaburan. zara terdiam apabila sisi wajah lelaki itu hampir dengannya.dia menginjak sedikit ke belakang. lelaki itu bangun. dihulurkan tangan. zara mencapai tangan lelaki itu dan berusaha untuk bangun namun pautan itu dilepaskan. dan zara jatuh semula.
"hei"tempiknya.disapu sikunya yang merah tercalar.
"apa kau buat dan kau fikir"soal lelaki itu.keras nadanya. mata mereka bertentang tapi di halang pandangan mereka melalui kaca mata hitam milik lelaki itu.lelaki itu menunjukkan sesuatu.zara menutup dadanya dan kakinya diheret merapati pinggulnya.lelaki itu tunduk dan menghampirinya. zara tergamam dengan tindakan itu.tangannya menghala kebelakang badannya. zara menoleh ditutup matanya kemas.
"astaghfirullahalazim..."mulutnya terkumat kamit.
"hoi"lelaki itu menyergahnya. zara membuka matanya. ditunjukkan lipbalm yang dipegangnya. zara ralat.
"kau fikir apa.. kau lain kali jalan tengok depan sama, jangan main redah je.. lepas tu nak play victim.. bayang konon aku nak cabul kau"zara tertampar dengan kata kata lelaki itu. dia gagah untuk bangun. dia tidak mahu mengalah.
"kau cakap baik sikit ye.."geram zara. matanya memandang tepat kearah lelaki itu. jika boleh biar menembusi kaca mata itu hingga ke otak agar dapat discan di mana benaknya lelaki itu.
"habis tu yang kau kumat kamit tadi tu, apa.. ooo nak menderem aku ke.. wahhh dasyat ye orang orang dekat sini"perlinya.
"maaf ye.. taktik kotor kau tu tak lut dengan aku... cermin dulu diri kau nak play victim pun.. aku pun ada taste la, takat kau.. puihhh nak sentuh pun geli"herdik lelaki itu. zara mula hilang sabar lelaki itu cuba berlalu pergi tapi rambutnya digenggam kemas zara. lelaki itu mengerang kesakitan.
"wei,sakit la"tempik lelaki itu
"aku dah minta maaf tadi kan kau melebih dah kenapa,hah ini makan dia"ditepuk dahi lelaki itu berkali kali hingga merah. azam yang berada didalam kedai berlari keluar apa bila melihat kekecohan itu. dia meleraikan. dipegang tangan zara kemas
"zara kenapa ni"soal azam yang ingin tahu
"ni, mamat ni, entah dari mana datang tiba dia langgar zara lepastu tuduh zara play victim, zara dah minta maaf kot"cerita zara. dadanya turun naik menahan marah. lelaki itu memegang kepalanya yang terasa perit dek kerana ditepuk didahi dan rambutnya digenggam kemas zara. rambutnya terasa seakan tercabut.
"ni, kakak kau, adik kau, bini kau ke arghhh whatever lah...dia langgar aku tiba dia nak menderem aku.."lelaki itu cuba mempertahankan diri. zara yang masih lagi dalam amarah berang semula. dia yang berdiri dibelakang azam cuba menendang lelaki itu berkali kali namun gagal kerana dihalang azam.
"sorry, dia adik saya... saya azam"azam menghulurkan salam. jabat tangannya disambut.
"ni adik saya zara... saya minta maaf bagi adik saya.. dia ni mental sikit..sebab tu macam ni.. tantarum kuat"ujar azam sambil tersenyum kambing
"aku.. mental... bila pula aku mental.. lahanat punya abang"geram hati zara. azam menarik tangan zara dan berlalu pergi. pintu kereta dihempas kuat.dia menoleh kearah tempat duduk pemandu dan direnung tajam. azam masuk dan duduk ditempat duduk pemandu terkejut dengan reaksi zara.
"sedap mulut je kata zara mental,tak sayang mulut ke"marahnya.tawa azam terhambur seluruh kereta. berdekah dekah. zara masih tidak puas hati.
"itu je jalan terbaik nak ending cerita, buatnya dia nak saman zara sebab cederakan dia macam mana"soal azam. zara terdiam. dia berfikiran. ada betul juga kata kata abangnya
"ok la abang minta maaf ya"pujuknya apa bila melihat muncung gadis itu panjang sedepa.
"jom mcd"pelawa azam untuk memujuk hati gadis itu sekaligus memohon maaf.

Kakinya tersepak sesuatu.Dompet kain bertulis BADBOY itu dibukanya.Ada gambar gadis tadi bersama satu pasangan.Emak dan ayahnya barangkali. Dia berpanasaran. Dibelek lagi isi dalam dompet itu wang bernot Rm10 sekeping dan beberapa keping wang seringgit.
"boleh beli apa lah"bisik hatinya. dikorek lagi isi dompet itu. sekeping kad pengenalan dikeluarkan. Diamati kad itu
"ZARA AULIYA BINTI ABDUL SAMAD"nama itu meniti dibibir pemuda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience