"puas hati kau sekarang Zara"Marah Pak Samad.Ditampar pipi anaknya berkali kali.
"aku ingatkan kau dah kesal dengan apa yang berlaku hari tu rupanya tak... kau lebih percayakan fitnah orang dari suami kau sendiri.. isteri jenis apa kau ni Zara"suara Pak Samad bergema didalam bilik itu. Semua terdiam. Tiada yang berani menyampuk.
"baik kalau betul kamu nak bercerai.. aku tak kisah Zara... tapi kau ingat pesan aku ni bersaksikan abang dan adik kau.. andai jatuh ke talak pada kau.. aku samad bukan lagi bapak kau.. dan kau bukan anak aku.. kau ingat tu Zara"Mak Jah yang berdiri terduduk ke lantai.terkejut dengan kata kata suaminya. Zara menangis. Sesal dihatinya menggunung
"aku dah nasihatkan kau dah hari tu, tapi kau ikut hati kau.. sekarang kau tengok apa jadi.. nasib baik tak kena buah pinggang dia.. "tegur Azam.
"lain kali guna akal yang Allah bagi... beza kita dengan haiwan ialah akal.. lembu pun ada otak tapi takde akal.. lembu kalau ada akal aku rasa dia lagi bijak dari kau"tempelak Basir. Zara diam. Dia menghampiri Affan. Dipegang tangan yang kaku itu.. wayar berselirat di seluruh badannya.
"kau jaga dia.. sedar dia nanti kau minta ampun dengan dia.. banyak sangat dosa kau dengan dia Zara"pesan Pak Samad. Zara diam
"kau dengar tak apa aku cakap ni"semua tersentak dek jerkahan Pak Samad
"dengar abah"balas Zara takut.
Raihan melawat Affan. Sahabatnya masih kaku.
"dia macam mana Azam"soal Raihan
"dia stabil cuma perlukan masa untuk sedar"Zara yang berada disisi Affan lesu. Tidak rehat dia.. tidak lelap dia walau sesaat
"polis tengah cari Aish.. semua perbualan dorang Affan dah rekod.. cctv pun ada so ada bukti kukuh untuk dakwa dia.. cuma aku minta Zara pergi balai buat laporan tentang kes rogol tu..kau boleh cari rekod perubatan dia kan"soal Raihan
"boleh... tapi bab Zara tu... "mereka menoleh memandang Zara.
"kena bagi dia masa"pinta Azam
"boleh..tapi jangan terlalu lama"pesan Raihan. kedengaran kecoh diluar bilik Affan. Azam dan Raihan keluar.
"kau kenapa kecoh kecoh kat sini"soal Raihan
"aku nak lawat Affan.. aku girlfriend dia"lagak Tiara
"kau awek diam. tapi kat dalam tu isteri dia yang sah.. lagipun dah permintaan isteri dia tak bagi sesiapa melawat selain dari aku dan keluarga mertua Affan kau nak boleh buat apa"marah Raihan
"aku tak kira aku nak masuk juga"amuk Tiara
"kau tak malu ke orang semua tengok.. Tiara pelakon terkenal mengamuk dekat hospital.."pancing Raihan. Tiara berhenti. Dia memandang sekeliling. Ada beberapa mata yang memandang mereka. Tiara malu lalu beredar.
"ish laaa.. famous ke dia.. tak kenal pun aku"seloroh Azam
"entah.. kat mana famous dia pun tak tahu la"mereka tertawa.
"Affan bangun la..jangan la tidur lama lama.. bangun la"rayu Zara
"Zara tahu Zara banyak dosa dengan Affan.. bangun la.. bangun.. tolong ampunkan Zara."nangisnya. Badan itu masih kaku.
"kau pergi mandi.. pergi rehat.. tu mak dah masakkan untuk kau"suruh Basir. Zara akur. Selesai mandi dia menjamah makanan yang dibawa Basir tapi seleranya mati. Dia berbaring disofa matanya menatap Affan yang terbaring. Dia terlena. Zara terjaga. Katil Affan kosong. Seorang jururawat sedang mengemas katil suaminya.
"nurse suami saya mana"soal Zara.
"hah... urmmm.. ermmm"jururawat itu serba salah
"aku tanya suami aku mana"tempik Zara
"Zara kenapa ni.. nurse awak boleh keluar.. thanks ya"Azam menghampiri Zara
"abang Affan mana.. dia pergi mana"Azam cuba menenangkan Zara
"sabar Zara dengar dulu apa aku nak cakap"ujar Azam. Zara teringat akan berita tentang kematian Amir.
"kau jangan kata Affan dah takde... kau jangan kata dia dah meninggal... kau.. "Zara mula hilang akal
"Zara... dengar dulu apa aku nak cakap"pinta Azam
"kau nak bagitahu yang Affan dah mati..dia dah tinggalkan aku macam amir.. macam tu"tempik Zara
"wah... sampai minta mati ye... baru je sedar tiba tiba minta mati pula..wahhhh...wahhh"Affan menumbuk numbuk dadanya. Zara menoleh. Affan berkerusi roda didorong Basir keluar dari toilet.Zara lari mendapatkan Affan.
"kau memang babi Azam.. kenapa kau tak bagitahu aku dia dah sedar.. dia pergi jamban"tempik Zara.
"la aku pula"Azam redha dimarahi adiknya yang semakin mereng difikirnya.
"tepi aku nak tolak dia ke katil.. "pinta Basir. Zara berdiri ditepi Affan. Basir membantu Affan naik ke katil. Azam memeriksa Affan.
"dah settle dah... syohhh syohhh sana sana.. keluar tinggalkan kami"suruh Zara. Tangannya digoyangkan ke udara.
"amboi.. mentang mentang laki dia dah bangun.. aku tumbuk kau kang"seloroh Basir. Zara memeluk kaki Affan.
"ish..meluat pula aku"Basir dan Azam meninggalkan mereka berdua. Mereka diam. Tiada kata.
"Dia sihat"Affan memulakan bicara.Zara angguk.
"Dia tak nak cakap dengan orang dah ke"soal Affan lagi. Zara menunduk. Sebak mula membanjiri dadanya.
"hei kenapa ni"Affan yang berbaring cuba mengesat airmata itu tapi gagal. Dia terasa sakit ditempat lukanya
"sakit.. kat mana"Zara risau. Dia bangun lalu memeriksa Affan
"sakit dekat sini"Affan menarik tangan Zara lalu diletakkan telapak tangan gadi itu didadanya.
Zara diam.Dia cuba menarik tapi dipegang kemas Affan.
"kenapa dia datang juga.. kan orang dah pesan jangan datang.."Zara serba salah.
"sebab dia isteri orang.. orang kena selamatkan dia"balas Affan
"tapi orang dah bagi surat tu.. kenapa nak tolong orang lagi"soal Zara lagi
"baru sign surat bukan jatuh talak lagi.. lagipun orang tahu dia pun berat hati nak pisah dengan orangkan"uji Affan. Tiba tiba Zara menangis.Affan kalut.
"jangan la nangis orang nak pujuk tak boleh." pinta Affan
"Dia.. orang minta ampun.. orang tahu orang banyak buat salah dengan dia.. orang bukan isteri yang baik buat dia.. tolong ampun kan orang... "rayu Zara. tangisannya meleret lagi apabila Affan mentertawakannya.
"dia orang minta ampunnn"tangan Affan dicium berkali kali..
"ni minta ampun sebab menyesal ke"Zara mengangguk
"bukan sebab abah marah.. abah suruh"soal Affan lagi.
"tak... orang menyesal dengan perbuatan orang.. orang minta maaf... "rayunya lagi.
"betul ni tak nak buat dah"soal Affan
"ya... "balas Zara pendek.
"dia sayang orang tak"soal Affan
"sayang la"Affan tertawa.
"dia sayang orang?"Zara memancing
"gila tak sayang.. dah macam ni tak sayang lagi tak tahu la.. "mereka tertawa.
"disebabkan Affan Mikail tidak sihat dan masih berada diwad jadi kita mulakan mesyuarat pada hari ini. "ujar Tan Sri Muzaffar.
"Puan Sri Zaleha sudah lima tahun menghilang maka dengan ini saham miliknya akan menjadi .."sebelum habis peguam Tan sri berucap pintu utama bilik mesyuarat dibuka. Puan Sri Zaleha hadir dimesyuarat itu dengan berkerusi roda ditemani Raihan. Semua mata tertumpu padanya. Azizah dan Muzaffar tergamam.
"Assalamualaikum.. masih kenal dan ingat saya"Seloroh Zaleha.
"maaf ketidak hadiran saya selama 5 tahun ni disebabkan masalah kesihatan seperti yang kalian boleh lihat lah.. "ujar Zaleha berbasi basi.
"so agenda hari ini untuk perlantikak exec directorkan.. mengikut dari urutan saham saya adalah pemegang saham utama dan kemudian Affan.. jadi saya dan Affan akan dapat majoriti tapi saya lebih suka secara fair and square... kita buat melalui undian...Tapi sebelum tu saya nak kalian tengok laporan ini"kertas aliran keluar masuk syarikat diedarkan Raihan. Rata rata yang melihat kertas itu tersentak.
"ini laporan untuk 5 tahun kebelakang.. dimana ada pertindihan maklumat"Azizah dan muzaffar mula tidak senang duduk.
"shitt... sial punya orang tua.. aku ingatkan dah mampus"marah Azizah. "Di dail nombor pembantunya
"hello Syafiq you dekat mana.. I nak jumpa you sekarang"pintanya
"I dekat gym ni sayang.. kejap lagi I pergi dekat you"suara lelaki itu seakan termengah mengah.
"ok kita jumpa dekat tempat biasa"talian ditamatkan.
"oh shittt... fuck"jerit lelaki itu.. dia menarik nafas setelah penat bertarung diranjang.
"siapa call.. kacau betul"tempelak seorang gadis.
"bakal mak mertua awak la"ujar lelaki itu.
"Puan Sri Azizah"tekanya
"yelah cik Ariana Zulaika oiii.. siapa lagi"Gadis iti bangun lalu pergi kebilik air.
"dia nak apa.. "tempik Ariana
"nak jumpa saya la"tempik syafiq
"hah ye lah pergilah servis orang tua yang gersang tu"rajuk Ariana
"mana ada... tak lalu saya.. kecut semuanya macam gamat"tawa dihujungnya.
"yelah tu.. depan saya je.. belakang saya"tempik Ariana lagi.
"saya nak harta dia je..saya kumpul pun untuk awak...nanti kita kawin dah senang tak payah susah susah kumpul duit. "tempelak syafiq lalu meninggalkan Ariana sendirian dalam bilik air.
Share this novel